Menu Utama

Persis “Budak Kecil Nak Jadi Ketua Darjah 5 Anggur”…

Macam budak kecil yang memalukan ibubapanya di khalayak umum. Itu saja ayat yang terlintas di fikiran saya tentang pergaduhan yang semakin sengit di antara MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali. Rasa macam nak ketawa pun ada…

Terkini, Anwar menegaskan bahawa tindakan menggugurkan “kekasih”nya dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS baru-baru ini adalah tidak sah. Katanya, pengurus besar PKNS tidak punya kuasa untuk menggugurkan jawatan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Kuasa tersebut berada di tangan Kerajaan Negeri.

Kata Anwar, dia akan “bercakap” dengan Khalid dalam masa terdekat mengenai kedudukan Azmin yang berada di belakang Ketua Umum PKR itu ketika bercakap dengan media.

Dalam perkembangan yang sama, Azmin turut mengutuk Khalid Ibrahim di Twitter, mengatakan MB Selangor itu mengeluarkan “kenyataan kangkung”.

TweetAzminAli01

Malah ADUN Selangor itu juga turut menggelar MB Selangor itu sebagai “Mr U-Turn”, mungkin gelaran itu diberikan atas alasan Khalid membuat pusingan U bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk membina loji Langat 2 baru-baru ini.

TweetAzminAli02

Selain itu, Faekah memarakkan lagi api pergaduhan dengan sindiran pedas terhadap “kem” Azmin. Ungkapan seperti “hero persis badut” dan “tersalah salak pokok” selamba diluahkan di Twitter. Tweet Faekah itu dibidas pula “anak ikan” dari kem “Azmin”, Rafizi Ramli yang menyifatkan tweet dari Faekah itu “persis racun”!

TweetFaekah01

Tak macam budak-budak? Hanya kerana sebuah JAWATAN, pemimpin-pemimpin “pembela rakyat” itu bergaduh macam budak sekolah tak dapat jadi ketua darjah 5 anggur? Sampai perlu mengadu pada “mak bapak”? Dan kemudian ibu bapanya buat siadang akhbar berikrar akan bertemu Guru Besar tentang kedudukan anaknya?

Selepas itu, konco-konco budak yang berebutkan jawatan ketua darjah itu bergaduh, lawan kutuk mengutuk di papan hitam. Seluruh murid dalam kelas berkenaan sudah tentu pening dan menyampah melihat dua orang budak bodoh yang berebutkan jawatan, kan?

Sebab itulah saya katakan pemimpin Pakatan Haram di Selangor macam budak-budak!

Padahal, Selangor kini sedang menghadapi pelbagai masalah yang di antaranya sangat serius, sensitif dan meresahkan rakyat di negeri termaju itu. Isu kalimah “Allah” dan rampasan bible berlaku di Selangor. Malah paderi Andrew Lawrence yang kurang ajar itu juga bertegas mahu terus gunakan kalimah “Allah” di seluruh negeri Selangor. Isu itu lebih penting!

Tapi yang disebokkan Azmin, Khalid, Anwar, Faekah dan Rafizi ialah soal JAWATAN! Isu aqidah umat Islam itu seolah-olah langsung tidak menarik minat mereka untuk diselesaikan segera.

Isu keputusan Khalid menutup Pusat Giat Mara misalnya, juga perlukan penyelesaian segera. Pusat yang menjadi harapan bangsa Melayu untuk melatih kemahiran anak-anak muda seperti itu perlu dikekalkan, tapi Khalid nak tutup pula. Anwar tak mahu “bercakap” dengan Khalid tentang kedudukan Pusat Giat Mara di Selayang Utama itu, kah?

Sebetulnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Haram Selangor itu telah lari dari memikul tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. Lain yang rakyat suruh mereka buat, lain yang mereka lakukan. Lain yang rakyat harap, lain yang mereka laksanakan. Lain yang rakyat mahu, lain pula yang mereka berikan. Macam itu rupanya “pembela rakyat ala Pakatan Haram”?

Gila jawatan betul! Sikap itu saling tidak tumpah seperti Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan Kerajaan. Mulanya dia hanya ketua pelajar, dia mahu jadi Timbalan Menteri. Kemudian dia mahu jadi Menteri dan kemudian merengek nak jadi Timbalan Perdana Menteri. Bila gopoh sangat “gilakan” jawatan Perdana Menteri, sebab itulah dia kena “lempang”, kot? Melampau!

Hodoh betul akhlak mereka. Kalau nak bergaduh, bergaduhlah “diam-diam”. Kalau nak bergaduh pun, bergaduhlah demi sesuatu yang lebih berfaedah dan membawa manfaat. Mujurlah mereka tidak bergaduh kerana berebutkan Faekah. Kalau bergaduh berebutkan Faekah, memang parah..!!!






9 Komen to Persis “Budak Kecil Nak Jadi Ketua Darjah 5 Anggur”…

  1. alimedanbaru says:

    PKNS yg dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat adalah PKNS yg tidak merasai denyut nadi rakyat
    mereka hanya merebut jawatan sesama sendiri
    mereka hanya merangka meletak kroni menduduki jawatan utama
    mana pembangunan untuk rakyat
    terutama rumah murah untuk rakyat
    terakhir semasa zaman Khir Toyo
    masih boleh dilihat rumah murah terutama flat dan apartmen harga sederhana didirikan
    masih boleh dilihat PKNS buar rumah kedai
    harga mampu yg masih boleh dibeli
    sekarang mana ada
    adakah pengundi Selangor tak buka mata
    jangan kata nak buat rumah kos mampu milik
    Tanah reakriasi diKelana Jaya tempat beriadah dan bersukan pun
    nak dirampas dan nak dibuat tapak komersial
    PKNS bukanlagi spt dizaman UMNO/BN
    dengar khabarnya pegawai kakitangan PKNS
    DISUAP DAN DIMINTA TUTUP MULUT DAN DIRABUNKAN MATA DARI MISSI DAN VISI ASAL PKNS
    APABILA BONUS TAHUNAN DIBAYAR BERLIPAT GANDA
    apa nak hairan dgn itu semua
    sbb PKNS bukan lagi melaksanakan tanggongjawab sosial untuk rakyat
    tetapi tanggongjawab memajukan swasta dan bisnes persendirian
    mereka bermatlamatkan keuntungan
    dan rakyat kena kelentong!

  2. alimedanbaru says:

    seperkara lagi
    aku yg mengikuti perkembangan PKNS melihat
    apabila kepimpinan PKNS sibuk berpolitik
    PKNS bukan lagi menjadi hgergasi sukan
    PKNS tidak lagi jadi pasukan bolasepak yg kuat
    PKNS tiada lagi pasukan hoki yg menggugat liga Malaysia
    teringat dizaman kegemilangan sukn PKNS yg melahirkan
    Mokhtar Dahari,Santokh Singh, Arumugam
    Soh Chin Aun dan sebahagian pemain negara yg ada dalam pasukan PKNS
    BEGITU JUGA DALAM TEAM HOKI
    dan sesungguhnya
    Pakatan Rakyat tidak akan dapat memecahkan rekod tersebut,
    sebagaimana matinya pasukan bolasepak Pulau Pinang & Selangor sekarang
    SEBAB
    aktiviti PKNS dan kerajaan PR adalah POLITIK DAN KEUNTUNGAN ONLY!

  3. WTF says:

    Biarkan puak2 ni bersandiwara!!!

    Kita tengok jer drama mereka sambil gelak2 dan makan kuaci!!!

    TAKE BEER FUCKUTAN!!!

  4. raplahjingaa says:

    PKNS la ni dah jadi lubuk cina DAP buat duit, tanyalah staff PKNS…macam-macam la depa akan cerita. Bagi DAP lantak pi la kat melayu dok rebut kuasa…depa hanya siapkan guni kaut duit.

  5. baba says:

    hahahaha sesama mereka gaduh mcm budak tadika…..bodohlah pakatan ni

  6. system baru says:

    yg aku kesihan azmin gantung tak bertali selepas anwar lebihkan rafizi nak mengangdu dekat ambiga sebagai ketua lgbt tak boleh tak makamah boleh dia andu kepada siapa adu kesihan lihatnya habis madu sepah dibuang

  7. bangKano says:

    Ni semua salah silap pemimpin UMNO yang mengakibat kan penutupan Pusat Giat MARA yang terlalu lenient & selesa nagn kedudkan jawatan masing masing. pasdai apa bina pusat tersebut di tanah TOL….? kan tak tau risiko TPL tersebut. Nak kata UMNO bodo kerelaluan plak tapi tu la tealiti nya kini. Semua usaha usaha murni UMNO dah hancoq lebok di kerja kan oleh insann insan punya mentaliti pariah dari Paria Rembat PR. kan dqh bbwetyoi pemimpin ghaprak ni dah rembat semua untgukm kepentingan individu ,parti & krono depa tu. Tapak TOL tersebut dengaq habaq nak di jadi kan kawasan komersil…tu dia sikit punya turrr dapat pitih untung berganda ganda tu…bijak nya haprak paria ni mengambil kesempatan pantang ada kesempitan semua nya nak di rodok habih. Ni semua pasai ketololan & keluguan/lurus bendol para pemimpin UMNO terutama nya UMNO Selangor tu….tu la akibat nya pemikiran langsung tak dak wawasan….patut la UMNO kantoi kat Selangor pada PRU 2008 & 2013!!!

  8. decepticon jr. says:

    yup ,harus ada tindakkan.mana mana prasarana mara yg berada di bawah kerajaan negeri bn harus di beri terus hak milik tanah demi kelansungan agenda mara untuk bumiputera.kene amik iktibar mcm yg dah berlaku kat selangor.seronok la org pas bila tempat pendidikan org melayu kene tutup ataupun pas nak take over pusat giat tu serta akan menawarkan kursus elektrikal islamik,automotif syumul.penyamanan udara islam..bla bla

  9. jombo says:

    Buat lah cerita pendedahan pasal PKNS kami semua minat..

Leave a Reply

Threesome