Menu Utama

Bila Mahfuz Omar Cabar Majlis Fatwa Kebangsaan…

Ewah-ewah…”hebat” sungguh Mahfuz Omar sejak bergelar Ketua Penerangan PAS sekarang. Masih lagi belum puas melepaskan geram tewas bertanding jawatan Naib Presiden PAS? Tak puas di Parlimen, Mahfuz marah-marah di lobi Parlimen. Tak puas lagi? Mahfuz sambung pula di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut?

Cuma kali ini Mahfuz tidak menyerang UMNO. Kali ini mangsa Mahfuz ialah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Semalam, Mahfuz menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan ketetapan mengenai hak penggunaan kalimah “Allah” yang menjadi “duri dalam daging” dalam keharmonian hidup berbilang agama di negara kita. Dia mahu Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan kenyataan segera berhubung isu tersebut.

Mahfuz berhujah, kononnya umat Islam dan bukan Islam di negara kita keliru berkenaan hak penggunaan kalimah “Allah”.

Paling “hebat”, dia mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan dibubarkan saja jika gagal mengeluarkan kenyataan berhubung isu kontroversi itu dan melantik Ahli Jawatankuasa yang baru. “Hebat” bukan? Lagaknya bagai DYMM Yang DiPertuan Agong!

“Kalau Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh keluarkan ketetapan isu ini, elok bubar dan lantik orang baru,” kata Mahfuz yang dipetik dari Harakahdaily, semalam.

Tahukah Mahfuz bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan itu terletak dibawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu yang diketuai oleh DYMM Yang DiPertuan Agong? Hanya Majlis Raja-Raja saja yang layak menentukan tempoh perkhidmatan bagi setiap Ahli Majlis Fatwa. Maknanya, selagi Majlis Raja-Raja perkenan, maka ulama atau mufti yang dilantik itu akan terus berada di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan.

Siapa Mahfuz untuk mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan? Dia ulama dari mana? Tok Guru mana yang ajar Mahfuz? Dari pondok mana? Dari universiti mana? Dari ulama muktabar mana? Walau dari mana pun Mahfuz belajar, saya yakin Tok Guru Mahfuz tak sempat ajar perbezaan di antara perkataan “lunch” dan “launch”…

Sombong. Bongkak. Takkabbur. Itu saja yang wajar saya sifatkan atas gesaan Mahfuz itu. Tidakkah Mahfuz terlintas dalam dirinya bahawa dia perlu menghormati ulama-ulama muktabar yang dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan? Sehebat mana ilmu agama Mahfuz berbanding ulama-ulama dan ashaabus samaahah mufti-mufti?

Tidakkah Mahfuz terlintas untuk menggunakan pendekatan yang lebih lunak bahasanya, lebih indah budi pekertinya dan lebih cantik bahasanya? Selama di dalam PAS, tidakkah ulama-ulama PAS mengajar Mahfuz tentang akhlak mahmudah? Atau Mahfuz memang sinonim dengan sifat mazmumah?

Setahu saya, Majlis Syura PAS telah sebulat suara mengeluarkan “fatwa” mereka sendiri tentang isu hak penggunaan kalimah “Allah” ini. Majlis Syura PAS yang bersidang sebelum ini dengan senang hati mengizinkan golongan bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” selagi ia tidak disalahgunakan.

Jadi, Majlis Syura PAS sudah keluarkan “fatwa” mereka. Jadi, apa perlunya Mahfuz menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai isu tersebut?

Macamlah Mahfuz akan mengguna pakai fatwa kebangsaan sekiranya dikeluarkan nanti, kan? Jika fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan itu tepat dan sama dengan “fatwa” Majlis Syura PAS, mungkin Mahfuz akan dapat terima.

Tapi bagaimana jika fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan itu bertentangan, tidak bertepatan atau kurang sama dengan “fatwa” Majlis Syura PAS? Boleh Mahfuz terima?

Bukan apa. Selama ini Mahfuz memang suka membangkang. Tak kira salah atau betul, Mahfuz selalunya akan berusaha memutarkan otaknya bagi mencari jalan mendapatkan hujah membangkang sesuatu isu itu. Biasalah. Nama Mahfuz Omar terkenal dengan sifat bangkang membuta tuli begitu, bukan?

Saya tertanya-tanya, sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa “mengharamkan PAS menggunakan nama “Islam” pada nama partinya”, apakah Mahfuz sudi terima fatwa tersebut dengan hati yang terbuka dan patuh pada fatwa berkenaan? Agak-agak, apa respon Mahfuz?

Saya tidak yakin Mahfuz dapat menerimanya. Kenapa? Sebab PAS memang begitu “nature”nya. PAS memang payah menerima kebenaran yang pahit. Malah sejak kebelakangan ini, PAS lebih gemar pada kepalsuan yang manis…

Untuk pengetahuan Mahfuz, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria merupakan salah seorang Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Tapi pandangan dari Mufti Perak itu enggan diterima pakai oleh PAS baru-baru ini. Tan Sri Harussani berpendapat bahawa peserta himpunan Turun Guling Kerajaan itu bersifat “bughah” kerana dianggap penderhaka pada sebuah kerajaan Islam.

Sekiranya PAS boleh terima pandangan Ahli Majlis Fatwa, kenapa pula ramai pulak budak-budak PAS yang ilmunya baru “setahun jagung” tampil membuat laporan polis terhadap beliau? Sebab budak-budak PAS itu rasa “pahit” bila “bughah” terpalit pada diri mereka? Pahit sungguh kebenaran yang perlu PAS telan, bukan? Dari menelan pahit, lebih baik PAS buat laporan polis!



« (Previous News)
(Next News) »



39 Komen to Bila Mahfuz Omar Cabar Majlis Fatwa Kebangsaan…

  1. PAS, dan Penyokong….

    sama je…. betindak tak pakai otak….

  2. BNbagoos says:

    We have to be cruel to be kind. Olih kerana kerajaan sekarang tidak memilih pendekatan itu maka apa yang kita nampak sekarang, kita atau generasi selepas kita bakal hidup dlm keadaan tegang sentiasa.

    Kita tak mahu cakap yg kita bakal hidup dlm negara yg huruhara tetapi yang pasti kita sentiasa diselubungi keadaan tegang yang tentunya tidak tenteram.

  3. BNbagoos says:

    We have to be cruel to be kind. Olih kerana kerajaan sekarang tidak memilih pendekatan itu maka apa yang kita nampak sekarang, kita atau generasi selepas kita bakal hidup dlm keadaan tegang sentiasa.

    Kita tak mahu cakap yg kita bakal hidup dlm negara yg huruhara tetapi yang pasti kita sentiasa diselubungi keadaan tegang yang tentunya tidak tenteram.

  4. BNbagoos says:

    ISA dilihat sebagai satu cara yg kejam. Tetapi ISA telah berjaya menangani banyak penderhaka dan negara kita aman tenteram sebelum ini.

  5. BNbagoos says:

    ISA dilihat sebagai satu cara yg kejam. Tetapi ISA telah berjaya menangani banyak penderhaka dan negara kita aman tenteram sebelum ini.

    • bangKano says:

      Depa yang mengagnggap ISA tu kejam ada la puak puak berniat jahat saja nak menghuru hara kan keamanan negagha semata mata kerana pahaman sempit politik nak dapat kan kuasa memerentah jerr. Bagi rakyat lain & penguat kuasa undang undang menganggap ISA sebagai senjata ampuh membenteras segala kejahatan….!!!

  6. dkds says:

    amat lucu bila dah terjerat dengan drama mereka sendiri, mahfuz cuba menarik seberapa ramai yang boleh untuk menyertai partinya dalam situasi ini…

    Jais adalah dalam kuasa kerajaan negeri….kegagalan mempertahankan Jais dilihat sebagai kegagalan Pas dalam mempertahankan institusi yang menyokong agama islam…

    Drama kalimah Allah hanya menjerut leher Pas sahaja…kenapa parti UMNO mendapat lebih kerusi pada PRU lepas..semuanya kerana umat melayu islam sudah nampak kebodohan Pas dalam isu yang melibatkan islam…

    Tak perlulah kerajaan pusat hendak mencampuri hal Pas yang dah tak boleh menguasai kerajaan negeri Selangor dalam hal kalimah Allah…biarlah orang islam di selangor mendengar kalimah “tuhan Bapa Allah” “anak Tuhan Allah” dan macam-macam lagi gelaran yang berkaitan dengan Allah agar mereka sedar itu semua adalah peringatan tentang keterlanjuran Pas dalam perjuangan,…

  7. Anak Lenggong says:

    kah kah kah…. lagi poning la melayu PAS penjawat Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Kerajaan Negeri Selangor, Sallehin Mukhyi sebab diberi tempoh 48 jam oleh sebuah blog Pro Pembangkang disebabkan dia buat pusingan U menyokong tindakan serbuan yang dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) dan meramas Bible baru – baru ini. Katanya, serbuan tersebut mengikut SOP yang telah ditetapkan…nanti tak merasa lak elaun lumayan tuuu..tengok ni..

    “Kenyataan dalam blog Negara Pakatan Rakyat itu menjelaskan bahawa apa yang disebut oleh Sallehin ternyata bertentangan dengan pendirian rasmi Pakatan Haramjadah tu.

    Tambah memeritkan kenyataan ini dibuat dengan kedudukkannya sebagai Exco, sama dengan kenyataan rasmi kerajaan negeri, dan ini tidak boleh diterima sama sekali.

    Pakatan Rakyat telah bersetuju bahawa serbuan itu gopoh dan tidak berlandaskan prinsip permuafakatan dalam Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dah sebutkan dalam satu kenyataan akhbar semalam.

    Jadi kenapa Sallehin pulak buat kenyataan bercanggah?

    Maka itu Pakatan Rakyat telah menggerakkan jentera media sosial kita di seluruh negara untuk mendesak penggunduran Sallehin sebagai Exco kerajaan negeri Selangor.

    Dari saat artikel ini ditulis, semua facebooker dan pengikut Twitter Pakatan Rakyat sepakat dan satu hati mendesak perletakkan jawatan Sallehin atas kenyataannya yang dibuat sebentar tadi.

    Melainkan ada bukti menunjukkan kenyataan Sallehin itu telah dimanipulasi media, selagi itu desakan untuk melihat pengunduran Sallehin, tidak akan berhenti.

    Kalau Sallehin nak jadi ‘hero’ seperti mana Datuk Dr Hassan Ali sebelum ini, maka dia silap besarlah. Lihat saja di mana Hassan Ali sekarang, sekadar melukut di tepi gantang, tak siapa yang nak pedulikan.

    Dalam masa yang sama, aku lihat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga ada saham dalam isu ini. Patutnya dari awal lagi Khalid tak seharusnya lantik seorang wakil rakyat PAS menjaga portfolio berkaitan agama Islam di negeri tersebut.

    Jawatan itu patut diserahkan kepada wakil PKR, atau paling tidak, Khalid sendiri terus memegang jawatan tersebut seperti sebelum PRU13. Tidaklah semua masalah ini berlaku.

    Apa sekalipun, Sallehin ada 48 jam untuk meletakkan jawatan, jika tidak, Khalid seharusnya tahu apa yang nak dibuat.”

    • bujuk says:

      OK la… beliau telah jumpa JAIS minta keterangan berhubung isu rampasan bible tersebut. Beliau kemudiannya berjumpa pula dengan pihak gereja untuk mendapat penjelasan. Sebagai exco beliau berhak menyatakan pendirian K’jaan setelah mendapat maklumat tepat dari kedua belah pihak. Dikatakan juga beliau akan jumpa KDN untuk mendapat penjelasan lebih jelas, kerana bible tersebut ada cop kelulusan KDN. Biarlah mereka yg. berkuasa buat kerja.. jangan GOPOH sebarkan fitnah.

      • alimedanbaru says:

        apa pun bujuk pendirian kamu kena JELAS dimana sepatutnya diSemenanjung Al Kitab (Bible) yg ada kalimah Allah adalah tidak dibenarkan samasekali. Kalau ada cop KDN sekalipun ianya hanya untuk di Sabah dan Sarawak. Masaalah orang Melayu macam kamu bujuk apabila mahu berjuang..perjuangan tidak jelas..masih jugak mahu berpihak kepada manusia kafir..mengapa takut untuk bertegas mengatakan YA kepada yg sepatutnya YA dan TIDAK kepada yg TIDAK BOLEH.MAKA SEBAB TU ORANG KAFIR NAIK TOCANG SEBAGAIMANA TIDAK KONSISTANNYA PENDIRIAN HAJI HADI DAN NIK AZIZ SEKAJAB YA LEPAS TU TIDAK DAN LEPAS TU YADAN TIDAK. Sesungguhnya Allah mahu endalam pengetahuannya tentang isi hati manusia…berhati-hatilah dalam memberi sokongan samaada mahu menjaga kepentingan pemimpin atau Tuhan Semesta Alam!

        • bujuk says:

          Atas dasar Islam.. pada aku takda masalah sebab Nabi tak pernah halang Yahudi/Nasara sebut Allah, malah kafir Quraish pun sebut Allah juga, tapi atas dasar melayu memang banyak masalah sebab orang melayu dah samar2 islamnya. Terbaru.. khatib masa khutbah dedahkan hanya 15% pelajar yg. solat 5 waktu. Data ni dia ambil masa buat bengkel untuk pelajar2.
          Jadi inilah delima melayu…

          • badrole amin says:

            tahu pun bujuk hanya 15% yang solat 5 waktu, kalau sudah tahu bilangan besar generasi muda Islam tak solat 5 waktu yang sudah tentu bermaksud akidah dan iman mereka sebagai orang Islam mudah goyah….

            apakah bujuk masih lagi nak pertahankan pihak kristian harus dibenar menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa melayu sehingga dibenar bible itu diedarkan?

          • gambus says:

            bila kafir Quraish sebut Allah secara otomatiknya mereka telah menyekutukan Allah , mereka mengatakan gunakan patung untuk menyembah Allah , dan jelas perkara ni syirik , kenapa patung dimusnahkan di Kaabah dulu ?? lain kali baca laa sejarah jangan sibuk nak menghalalkan cara jee kau ni !!!

            Yahudi/Nasara tu dulu zaman Nabi adalah golongan ahli kitab , hinggakan boleh berkahwin dengan orang Islam .. dah memang tu semua adalah agama langit !!! apa yang kau merapu ni bujuk , ada lagi ke zaman sekarang ni ahli kitab????

            kalau dah tahu tak ramai solat 5 waktu , mana pejuang Islam PAS ? semua sibuk berdemo dan bersama puak DAPigs menghina dan mngkritik JAIS jeee !

      • gambus says:

        setelah memaki hamun dan fitnah JAIS baru ada hati nak jumpa JAIS kaa ???

        jumpa pihak gereja ??? dia jumpa baruah paderi DApigs dan pemimpin DApigs jee !!! sebab masing-masing dah terbelit dan kemarahan umat Islam kecuali PAS telah membara !!!

        yang sebarkan fitnah dan memaki hamun JAIS ialah puak DApigs dan exco agama Pakatan tu !!!

        • bujuk says:

          Siapa yg. maki hamun?
          Teguran itu nasihat… Nabi kan pernah halang sahabat pukul seorang badwi(kalau tak silap) sebab kencing dalam masjid. Bukan bermakna Nabi setuju, tapi nak elak perkara yg. lebih buruk.

          • raplahjingaa says:

            Tegur apa tu bujuk ?? ni bujuk ostad maza hang dah pandai buat fitnah…hehehe

          • Pemerhati says:

            fitnah makanan ruji PAS, saya mesti pilih – dr maza

          • gambus says:

            puak DAPigs memaki hamun JAIS pun kau buta kan bujuk !!! sampai exco agama PAS ni mengkritik pun kau tak tahu !!!

            Nak tegur buat apa ?? dah memang keja JAIS dan melakukan mengikut undang-undang !! yang sibuk tegur dan menghina JAIS ni ialah puak DAPigs jee bersama PAS !!!

            kau nak bawak cite Nabi , tapi agama Islam kau perolokkan buat apa bujuk ??? MUNAFIK jee

        • WTF says:

          Nampak sangat si Salehin Mukhyi MALAS buat kerja dan makan gaji buta!!!

          INCOMPETENCY TANPA BATASAN is part of FUCKUTAN TRADEMARK!!!

      • WTF says:

        Hang baca kat mana ni Bujuk???

        Macam wayang opera Cina jer!!!

    • Pemerhati says:

      walaupun selepas sallehen mukhkyi mendapat penjelasan dari JAIS bahawa serbuan dan rampasan bible itu mengikut SOP dan atas sebab aduan orang awam, dia harus ketepikan(jangan sebut fasal penjelasan dari JAIS itu) sebaliknya dia harus memberi kenyataan mengutuk tindakan JAIS itu

      apakah sallehen tak sayang gajinya yang telah dinaikkan 300%?

      apa pendapat moo, bujuk dan mek esah?…apakah sallehen mukhyi harus terus tumpukan kepada habbul akhirat atau tumpukan kepada hubbul dunya?

      sallehen mukhyi telah menongkah arus, ini tidak disukai musibat(anwar) itu dan kafirun lain dari DAP…RBA sepantas kilat mahukan sallehen mukhyi meletak jawatan sebagai exco, khalid gagap sudah tentu berada dalam keadaan tertekan ekoran kenyataan sallehen mukhyi yang memperakui tindakan JAIS itu adalah betul

      apa yang pasti, DAP terpaksa berbincang lagi secara sulit dengan anwar untuk mencari ‘pengganti’ kepada sallehen mukhyi walaupun dijangkakan sallehen mukhyi akan dapat bertahan sebagai exco yang menjaga hal-ehwal Islam di Selangor…segalanya bergantung kepada ‘ujian’ selanjutnya di hari-hari yang mendatang

      • bujuk says:

        Isu sensitif tak boleh gopoh dalam tindakan.
        Akhlak Islam perlu d jaga, titah sultan perlu d junjung, harmoni rakyat perlu d timbang. Itu langkah orang berilmu.. tak mudah melatah bila d telah.

        • Pemerhati says:

          kalau bujuk maksudkan tindakan gopoh itu ialah JAIS, munafik teruslah bujuk

          ni nak tanya lagi bujuk sebab dia gagal jawab soklan lain…

          misal kata bible dirampas JAIS yang berbahasa melayu dan iban itu tidak mempunyai kalimah Allah, apakah JAIS telah melakukan kesalahan dan wajib dikenakan tindakan(seperti saman)?

        • gambus says:

          gopoh ?? ikut undang-undang pun gopoh ?? contoh orang yang gopoh ialah macam pemimpin PAS yang tergopoh-gopoh mengkritik JAIS dan menghina JAIS bersama puak DAPigs ..

          kalau pemimpin PAS tu orang berilmu dia tentunya akan mintak penjelasan JAIS , tapi jelasnya takde langsung !!! macam ni nak perjuangkan Islam kee bujuk ?? memalukan !!!

  8. BNbagoos says:

    Tahan tanpa bicara memang kejam pada dasarnya. Tetapi ia tetap perlu diamalkan untuk keamanan sesebuah negara.

    Tiada siapa yg akan setuju jika kita katakan Iraq sekarang lebih baik keadaannya dibandingkan dari zaman Saddam. Walau Saddam dikatakan kejam kerana Saddam melenyapkan musuhnya tanpa ikut undang2, tetapi cara itu berjaya mendamaikan Iraq.

  9. meMangTERok says:

    Maknanya kalau perkara begini berlaku 10 tahun lepas, manusia macam Mahfoz sudah kedalam untuk 2 tahun tanpa bicara buat dicuci otak bengapnya.

  10. meMangTERok says:

    Maknanya kalau perkara begini berlaku 10 tahun lepas, manusia macam Mahfoz sudah kedalam untuk 2 tahun tanpa bicara buat dicuci otak bengapnya.

  11. meMangTERok says:

    Dalam masakan.. KUKUS, PANGGANG, KUKUS,PANGGANG.

    Dalam PAS…. TIPU, NAFI, FITNAH, TIPU, NAFI, FITNAH.

  12. meMangTERok says:

    Atas cara itu Mat Sabu Syiah dibiarkan dengan syiah dia. Dia di restu dengan tabiat zina dgn bini orang… kerana segala maksiat boleh dinafi dan ditepis oleh nya lalu disokong oleh ketua dia.

    Demikian dengan Mustafa spender putih.

    Semua dinafikan, ditidakkan lalu mereka yang durjana dilihat bersih oleh konco nya dan diterima.

  13. Kliwong says:

    sayangnya mahfuz kepada paderi sekor tu.

  14. alimedanbaru says:

    Apabila manusia mementingkan dunia dari akhirat, maka itulah yg keluar dari mulut mereka spt siMahfuz.Dunia yg keji ini adalah menjadi perjuangan suci bagi hipokrit pejuang agama dari puak yg bernama Pas. Semuanya demi kuasa dan tahta.
    Pejuang Islam yg sejati jangan kata apabila berhadapan dengan Ketua agama Krisrean mereka BERANI mengatakan TIDAK. Malah dengan Maharaja Zalim pun pejuang Islam sejati berani mengatakan TIDAK demi menegakkan kebenaran.

    HAL INI AMAT JAUH DENGAN KEPIMPINAN PAS. Hanya kerana dengan alasan tidak sebulu dengan pemerintah UMNO, WALAUPUN KERAJAAN MELAKUKAN TINDAKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA iSLAM, Pas tetap menentang dan menjadi perisai untuk pihak kafir semata-mata kejar dunia mahukan sokongan dalam PRU yg akan datang.Inilah dia puak ug menjual agama dengan harga yg amat sedikit. Bacul dan dayus.
    Mengapa Mahfuz hingga terkeluar dr mulutnya agar Majlis Fatwa Kebangsaan DIBUBURAKAN?
    Sepatutnya Mahfuz mengeluarkan kenyataan PADERI LAWRENCE ANDREW yg melanggar perintah mahkamah dan mendurhaka kepada ulil amri Sultan Selangor SUPAYA MELETAK JAWATAN bukan Majlis Fatwa.
    Sungguh bacul kamu wahai Mhfuz..kalaulah zaman ini zaman keris dan tombak…ehh ehhh..geramnya aku

  15. gambus says:

    mahfuz yang kata syiah tu kuih ada hati nak cabar majlis Fatwa .. tgk diri kau tu dulu laa mahpus , setakat jadi PAS ingat dah bagus sangat kaa ?? pigiiraahhh !!

  16. raplahjingaa says:

    mahpus nak cabar majlis fatwa ?? laaaa…dia pi ambil PMR lagi sekali ada jugak faedahnya.

  17. korokstabang says:

    mahfuz masih meroyan pasai kalah bertanding dalam pemilihan pas aritu kesian tolong lah kasi panadol kat dia

  18. anoi says:

    bolayan orang tongong ni pelajaran tak tinggi mana hanya tahu twisting, conering, backfire, fitnah, tohmahan & memcarut.

Leave a Reply