Menu Utama

Bila Khalid Ismath Kutuk Ustaz Azhar Idrus…

Sebenarnya, saya kurang berminat dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus. Bukanlah kerana dia selalu berpolitik menghentam kerajaan dan agak rapat dengan pembangkang. Tapi saya cuma kurang berkenan dengan sikapnya yang suka berpolitik di dalam majlis-majlis ilmu Islam, khususnya di dalam masjid.

Kadangkala, tindakan Ustaz Azhar Idrus itu menyinggung perasaan jemaah di masjid dan kadangkala justifikasi kefahaman Islam yang disampaikan UAI itu agak kurang tepat serta bersandarkan pada “cakap-cakap mulut” saja, tanpa fakta atau bukti yang sahih. Saya lebih gemar dengan cara Ustaz Kazim berdakwah, yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil…

Meskipun begitu, saya tidaklah sampai tergamak menghina UAI. Saya tidaklah tergamak menuduhnya dengan hinaan-hinaan atau menuduhnya sebagai “penjual agama”….

Namun, ada seorang aktivis muda PAS bernama Khalid Ismath yang begitu lancang mulutnya menghentam Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata kesat. Malah UAI seolah-olah diberi kata dua sama ada dia mahu berceramah agama atau “berjuang bersama Pemuda PAS, NGO, budak-budak punk dan skinhead”?

ScreenHunter_03 Jan. 02 03.09

Kata Khalid Ismath, sambutan malam tahun baru dengan cara menyampaikan ceramah agama adalah satu cara sambutan yang PALING HINA. Malah dia tanpa rasa segan atau bersalah, menganggap menyambut ambang tahun baru dengan berhimpun di Dataran Merdeka untuk menukar kerajaan adalah LEBIH BAIK berbanding majlis ceramah agama!

ScreenHunter_04 Jan. 02 03.09

Pertamanya, Khalid Ismath ini merupakan aktivis muda PAS. PAS sebelum ini memberitahu bahawa parti itu sering mengadakan program “tarbiyah” terhadap ahli-ahli PAS, khususnya anak-anak muda parti itu. Sudah tentu, PAS mendakwa mereka mentarbiyah anak-anak muda PAS dengan cara Islam…

Apakah ini hasil tarbiyah PAS? Khalid Ismath ini antara produk tarbiyah PAS? Tarbiyah jenis apa yang PAS ajar pada anak-anak muda sebenarnya? Inikah akhlak Islam yang ditinggalkan Rasulullah SAW? Setahu saya, akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Quran dan apakah akhlak Khalid Ismath itu menggambarkan akhlak yang dipetik dari Al-Quran? Ayat mana satu? Surah yang mana?

Kedua, siapa ajar Khalid Ismath tentang fahaman Islam? Mat Sabu? Khomeini? Hasan Nasrallah? Syiah?

Sejak bila berdemonstrasi itu lebih mulia berbanding majlis ilmu? Kalau Khalid Ismath itu benar Syiah dan benar-benar menyanjung Sayyidina Ali RA, apakah dia lupa bahawa Ali Karramallahuwajhah meletakkan kedudukan majlis ilmu itu lebih tinggi berbanding perkara lain? Syiah jenis apa yang Khalid Ismath anuti? Zaiddiyyah atau Imamiyyah?

Wajarkah mengatakan sambutan malam tahun baru dengan ceramah agama itu paling hina dan sambutan dengan cara menggulingkan kerajaan secara berdemo itu lebih mulia? Apa agama Khalid Ismath? Sudah sesat sampai ke tahap itu? Itukah pemuda yang dianggap “hero” oleh PAS?

UAI diberi kata dua, nak terus berceramah atau berdemo bersama Pemuda PAS, NGO, Punk dan Skinhead? Tak payah tanya UAI, kalau saya sokong Pakatan Haram sekalipun, saya lebih memilih untuk berceramah agama berbanding aktiviti sia-sia yang langsung tidak memberi faedah.

Sekurang-kurangnya, saya peroleh ilmu akhirat jika saya ke majlis ceramah agama. Tapi apa yang saya dapat kalau saya turun semalam berdemo di tengah jalan? Selain mengganggu ketenteraman awam, orang menyampah pada saya, orang pandang serong pada saya dan paling utama, Islam tidak ajar saya untuk berakhlak begitu jijik seperti Khalid dan rakan-rakannya!

Lagipun, kerajaan BN tidak tumbang pun pada 1 Januari 2014. Malah selepas kekacauan yang sengaja ditimbulkan demonstrasi itu, ia seolah-olah tiada apa pun yang berlaku. Rakyat cuti rehat seperti biasa dan rakyat di Kedah yang tidak bercuti tetap perrgi kerja seperti biasa. Tidak ada sebarang kesan pun, sia-sia belaka…

Lebih teruk lagi, ramai yang dapat merakam aksi tak senonoh dan tidak berakhlak puak-puak Pakatan Haram semalam. Ada yang berguling atas jalan, ada yang bawa anak bawah umur yang tak tahu apa-apa berdemo, rempus polis, rempuh pentas, sabotaj majlis keraian rakyat, burukkan imej negara dan macam-macam hal negatif yang sempat dirakam. Itu yang Khalid Ismath banggakan?

Astaghfirullahil’azim. PAS perlu panggil Khalid Ismath untuk ditarbiyah semula dengan cara Islam. Tapi sebelum PAS panggil Khalid Ismath, PAS perlu “panggil dulu dirinya” dan betulkan dulu cara tarbiyahnya supaya menepati akhlak yang diwariskan Rasulullah SAW. Selepas itu barulah panggil Khalid Ismath. Kalau boleh, panggil Mat Sabu sekali…kan?

Ingatlah pesan Rasulullah SAW, “Innama bu’ithtu li utammima makaarimal akhlak” dan jangan burukkan nama Rasulullah!






74 Komen to Bila Khalid Ismath Kutuk Ustaz Azhar Idrus…

  1. shwan says:

    Orang macam 3 KHALID ini boleh menjahanamkan masa depan umat Islam. 1) Khalid Ismath SYIAH yang sudah pasti dibesarkan dalam PAS oleh orang PAS yang berfahaman SYIAH, 2)Khalid Samad yang berfahaman LIBERAL Islam. Dia ni parasit yang Hasaan Ali selalu sebutkan yang akan merosakkan PAS dari dalam, 3)Khalid MB Selangor yang sememangnya berfahaman pelbagai bermula dari LIBERAL sehingga PLURALISME kerana parti PKR yang didokongnya sememangnya pelopor kefahaman bahaya ini.
    Umat melayu-Islam mesti menjauhi mereka ini demi masa depan Umat Melayu-Islam di tanahair ini akan hidup terus aman, boleh melakukan amal baik dengan aman dan yang penting terselamat aqidah anak-cucu kita.

  2. Moohyideeeeen says:

    UMNO bukan suka syiar agama pung. Dah sekular…..

    • srikandi says:

      dah 2014 mooooo…masih dgn fitnah durjana kau tu…

      • acid says:

        Itulah akhlak pas yg di tonjolkan di sini saban hari.

      • Moohyideeeeen says:

        Apa fitnahnya????

        Kapal UMNO dah nak tenggelam….tak payah divert issue..

        • fitnahnye sebab cakap UMNO tak suka syiar islam… kat negara ni ape bende yg berkaitan dgn Islam UMNO tak laksana? ade, tapi sedang diusahakan…

          minded jgn terlalu sempit…

          dekat mana sekularnya UMNO? jgn terlalu dibodohkan dgn momokan PR perosak rakyat.

          nak diharapkan PAS? ape PAS buat? highway ke? hehehe

          • banyak berkaitan dengan islamik UMNO dah buat… dari ekonomi sehingga undang2 syariah… pendidikan islam pun dah cukup dah… cuma hudud je belum ade… sedang diusahakan in sya Allah…

            jadi nak dikatakan UMNO sekular dan tolak Islam, itu adalah fitnah…

            jgn jadikan diri tu ade sifat2 khawarij Mooohh..

        • reds says:

          kapal lu yang dah tenggelam…demo malam tahun baru pon orang x layan…..kahkahkah..

        • alimedanbaru says:

          Moo hoi Moo..siapa yg nak tenggelam..kapal Pas sedang mengimbang dalam lautan politik 50/50 antara khawarij dan syiah.syiah ni macam virus kejab je merebak, apalagi dapat sokongan taheran…siap2lah nanti bakal Presiden bermutaah lepas sorang sorang lepas sorang sorang..Moo peringatkan sikit muslimah Pas tu..hati-hati pandai2lah jaga diri..

      • rusaminum says:

        Moohhhhh,…aku kesian tengok ko. Mudah-mudahan ko sempat bertaubat, Insha Allah yea Moohhh…

        • Moohyideeeeen says:

          Aku lagi kesian tgk ko dok jilat bontot Najib. Kos tetap naik jugak…

          • reds says:

            lu pulak terang terangan jilat bontot cina…guan eng dapat merc 2 biji.. orang negeri pakatan dapat naik cukai jek… mooh x perlu bertaubat…dia diperlukan sebagai penghibur manusia2 disini…. kalo demo kat dataran pon sanggup join… rasenye orang dah tau level IQ dia…

          • bangKano says:

            Selepas Dem TURUN pada malam 31.12.2013 harga barang tetap naik jugak..pi tengok kat Selangor di baah PR apa dah jadi…Tu semuia akibat penatiakn subsidi petrol & gula ak Mooo…?

            Yang dok turun ada la batang peliaq Anuaq & Mat Kaki Sapu setelah memancut kan ayaq mani ke dalam lubang pun koq jantan & cibai bini oghang…betoi tak Mooo..?

          • Omega says:

            hee..hee tang kos naik nie hang kena tanya DAP.. pual mereka pakat perguna lembu macam hang utk demo tapi dalam dia mereka sengaja naikkan harga barang.

          • gambus says:

            yang tetap naik ialah gaji pemimpin Pakatan dan kereta baru mercedez apek guan eng jee moo lembu

      • reds says:

        berjuang bersama punk ngan skinhead… pastu moo dok canang yang umno nih sekular….kahkah…kah..bodoh…

        • Moohyideeeeen says:

          Dah tak der idea ka?

          • alimedanbaru says:

            Moo UMNO tetap bertahta di Putrajaya, Najib bersemayam diistananya dan kami berpayong kat sana..marilah ke sana Moo boleh ambil gambar ditempat2 menarik… jangan malu.. nanti tidur celikk, jangan mara Moo..

          • reds says:

            pakatan rakyat yang takde idea… sampai syiah,punk ngan skinhead pon sanggup dikutip jadi pengikut…tu x masuk kongsi gelap ngan penjenayah lagik…. ngaku jelah…rakyat normal dah start tolak pakatan rakyat….lu punya kapal pon dah start bocor…kahkahkah..

    • tak suka syiar Islam tapi Islam diangkat dalam perlembagaan, macam mane tu mooo?

      perbankan islam diwujudkan untuk membebaskan rakyat dari riba, tolak Islam guane tu Mooo?

      mahkamah syariah diwujudkan dan sekarang dalam usaha untuk menaiktaraf sama atau lebih tinggi dari mahkamah sivil, tolak Islam guane tu Mooo?

      pendidikan Islam tersebar meluas kat negara, tolak Islam guane tu Moooo…

      kalau kau tuduh UMNO tak suka syiar Islam, maknanya kau tuduh UMNO kafir… ni la budaya orang PAS, mengkafirkan orang dan mendabik dada mereka lebih Islamik…. ppuuiihhh..!!

      nampak sangat pemikiran ko ni pemikiran tipycal Melayu PAS.

      • Moohyideeeeen says:

        angkat macam mana tu ?? Kalau Perlembagaan sendiri based on Lord Reid??

        • alimedanbaru says:

          Moo Pas pakai PERLEMBAGAAN apa? Dalam Perlembagaan Pas dalam fasal mana dan perenggan nombor berapa Tuan Mursyidul Pas diberi kuasa ampunkan dosa manusia..boleh bagi tahu kami Moo?

        • ni la ko tak faham… konsep perlembagaan tu mungkin dari lord reid… tapi isi dalam dia diisi oleh idea2 dari raja2 melayu.. tu yang didalamnya ade Islam…

          bukan perlembagaan tu dibuat oleh kapior sepenuhnya…

          PAS ckap UMNO pakai perlembagaan kapir, tapi dalam perlembagaan tu la Islam diletakkan diatas… kapir ke tu?…

          jgn sempitkan pemikiran… kasihan…

        • gambus says:

          moo lembu , pemimpin PAS , DAPigs dan PKT sendiri mengangkat perlembagaan Lord Reid yang dikata kau dalam manifesto mereka !!! hahahahaha

    • bangKano says:

      Mooo…agama & sekular tu apa..? Tolong perjelaih kan…!!!

      • mek esah says:

        mcm umno dok buat dulu kini …mungkin selamanya tu le…buat2 tanya pulak

        • gambus says:

          umno martabatkan Islam , dan menentang puak pro murtad , pro LGBT dan anti Islam macam DApigs dan Pakatan

          so apa dia mekk ?? cerita laa apa benda yang sekular tu ..

        • WTF says:

          Eh org tua ni…

          Cerita kenaikan harga barang kat Malaysia pun Mek kaitkan dgn “rantaian makanan”, ada hati nak cerita pasal secular???

          http://www.mykmu.net/?p=38425

          Mueh4444

    • gambus says:

      camana umno tak suka syiar Islam moo lembu ??? yang mengutuk ni puak PAS !!! hahahahaha bodohnya kau moo lembu !!!

    • sireh ke gagang says:

      sekular umno dia bina masjid , jaga ulama . isle pas ada apa moo ? jadi lembu keling dgn cina ? makin hari , makin bodoh moo ni. bodoh tahun lepas masih dia bawa sana sini.

      • mek esah says:

        setakat bina je le…mengimarahkannya jauh sekali….ulama dijaga selagi mana tak bercanggah dgn umno…bukan selagi mana tak bercanggah dgn Islam…alahai

        • anakbochek says:

          OK la tu, takde la sampai nak kongsi kalimah Allah. Punyala nak jaga hati kapir orang2 PAS ni.

        • gambus says:

          Laaa kerajaan UMNO dah tunaikan tanggngjawab dengan membina Masjid .. bab mengimarah tu terletak paad individu , kalau kau kata orang PAS jee yang ada kenapa aku pergi tak sampai 20 orang pun , kau nak kata orang PAS hanya 20 orang jee ???

          merapu laa kau mekk PAS .. tgk kat artikel ni dengan jelas PAS sendiri memaki hamun ulamak mereka sendiri kerana tak turun berguling-guling dengan mereka wakakakakaka

          • Mek esah says:

            Ooo dah laksanakan tanggungjawab dgn bina masjid…..tp dah dekat 60 tahun umno berkuasa…rakyat tak berapa nak cintakan masjid …..kenapa ya ?…sistem pendidikan umno terlebih kuah kot….anak muda asyik terkinja2 je lebih….

          • WTF says:

            Rakyat mana hang cerita ni Mek???

            Rakyat beragama selain Islam, sudah tentu tak suka kerajaan Malaysia bina masjid!!!

            Mek tergolong dalam rakyat bukan Islam ka???

            Ubtuk pengetahuan Mek, yg terkinja4444 tu kawan Mek, si Mooohhh…mabuk4444 pergi Zouk cari amoi!!!

            http://www.mykmu.net/?p=38613

    • Jambol says:

      Moo, dah lebih 20 tahun Pas berkuasa di Kelantan, berapa ribu mesjid yang dibina untuk menyibarkan syiar Islam ? Nak ambil air sembahyang dan mandikan mayat pun susah, pandai pulak cakap mengenai “negara berkebajikan”.

      Kami lebih sokong orang-orang Pas yang ke Siam “mendirikan beberapa masjid” untuk diri mereka. Lepas itu banyak “surau-surau” yang terbena ! Betul tak, Moo !

    • WTF says:

      Apalah kau ni Mooh…

      Di sana sini, hang sembang pergi cegah maksiat kat Dataran Merdeka, bila budak PAS bernama Khalid Ismeth dok marah Ostad McD bagi ceramah agama, tetiba hang jadi divert kata UMNO bukan suka syiar agama Islam dan secular!!!

      Divertlah semahunya, perhimpunan TURUN di ambang 2014 di Dataran Merdeka sudah GAGAL mendapat sambutan majority rakyat Malaysia.

      Daripada hangpa semua buat perhimpunan TURUN (atau disebut GULING KERAJAAN), aku lebih suka hangpa semua join ceramah agama, walaupun penceramahnya Ostad McD.

      Kurang4, takderlah hang pergi singgah tengok amoi4444 sambil mabuk4444 kat Zouk!!!!

      http://www.mykmu.net/?p=38613

  3. yon76er says:

    LEMBU mana bolih diAjar…sampai KIAMAT pon dia mcm tuuulah…FITNAH darah daging dia….tak gitu MOOOOOOOOOOOOO….

  4. khalid ismath ni la contoh anak muda yg rosak angkara tangan2 PR…

    punk & skinhead?… hahaha… bodo je…
    perjuangkan Islam la katenye, sokong PAS, tapi bawak sekali nama skinhead & punk…skinhead & punk tu kapir punye…

    ape perjuangan khalid ismath ni sebenarnya? kesian la dia ni….

    • alimedanbaru says:

      banyak dah Pas membela anak-anak buaya yg akhirnya makan tuan..dah yg kelakarnya Pas ada bela bapak buaya bernama DAP.. dah tahu buaya tu bahaya dan mengamcam ditonggangnya jugak..sekarang buaya besar tersebut sedang merendamkan mangsa dalam air..syok..sejuk memang syok..tiba masa dan ketikanya nanti kena ngapp lah kamu wahai Pas…bodo sombong..kepada ketua pemuda pas dan yg seagkatan dgn nya la ni terang2 jadi abdi Cina untuk tumbangkan UMNO..penyapu baru nak tunjuk lagak hero membunuh bangsa sendiri!

    • anakbochek says:

      Skinhead & punk tu dah dibaptis oleh PAS. Diorang dan dpt “syariah compliance certificate”.

    • bujuk says:

      Dia keliru… tapi dia bukan PAS. Malah takda pulak pemimpin PAS yg. angkat dia dan puji kepimpinan dia. Nama dia takda pun dalam saf pimpinan pemuda, apatahlagi pemimpin PAS.
      Mungkin takat penyokong… sebab tu hanya layak komen dalam blog/fb je.

  5. Wong Pin Ter says:

    Kaum Cina tidak turut serta dalam demonstrasi TURUN ini sebab nanti boleh backfire perniagaan mereka.

    • Moohyideeeeen says:

      Ya ke?? Mana sumbernyer???

      Aku tengok ada pun…ko baca Utusang ye?

      • ade…berapa kerat?…

        lagipun ape kesan dari perhimpunan tu? knapa perlu hijack majlis orang…perhimpunan aman, hak untuk berhimpun, tapi aman ke? jage ke hak orang lain?

        kalau berani sangat, nak suruh gov turunkan harga, knapa tak buat je kat putrajaya?… knapa kne buat waktu malam, dekat majlis yg rami tumpuan… nnti nampak macam ramai lepastu claim himpunan dapat sokongan rakyat…kahkahkah

        dapat ape lepas TURUN? hari ni semua bende turn to normal again.

        aku pelik, knapa perlu rempuh and masuk buat kacau majlis orang…

        memang macam tu ke caranya?

      • mana sumber yg ckap UMNO sekular dan tak suka syiar Islam?

      • gambus says:

        mana ada moo lembu , yang majoriti Melayu jee .. kau mana tenbgok demontrasi , kau kata kau lepak depan zouk !!! atau kau mabuk malam tu moo lembu ??? hahahaha

  6. baba says:

    budak ni dah rosak akhlak…..mak bapak dia buat tak tau saja

  7. decepticon jr. says:

    aku byk kali terbaca dlm blog mereka ,melayu urban bongok ni dah x perlu tongkat dari kerajaan,x perlu status bumiputera.baru bole jd bangsa kuat jati diri dan mampu bersaing.baru kene cabut skit tongkat subsidi dah terguling-guling.agak2 klu x de status bumiputera dlm kemasukan U dan mcm2 lg peruntukan/bantuan dari kerajaan hanya perlu diberi bersandarkan meritokrasi saje , mau diorang tanam diri masing2 plak.

    • WTF says:

      Tang tu, sampai bila pun aku tak faham

      Tapi, mana2 di dunia, rakyat kelas menengah susah nak puaskan hati mereka.

    • gambus says:

      yang ni komen paling tepat .. baru subsidi kena tarik berapa puluh sen jee .. terus melalak .. tapi orang macam ni laa kononnya taknak tongkat dan segala keistimewaan .. sembang jee lebih sebenarnya puak Pakatan ni kaki sembang deras jee !!! padahal semua hidup atas ihsan kerajaan !

  8. omega says:

    Mooo azam tahun 2014 ka.. tak habih habih lagi nak fitnah dan pecah belah.

  9. sireh ke gagang says:

    moo melompat2 marah bila khalid ismath kena sumbu . sedara ko ke moo ? patut perangai teruk macam beruk je aku tengok khalid ni.

  10. muhd amir says:

    siapa plk la khalid ismath ni..pndai2 la ngaku ank didik PAS..tnjuk bukti jgn serkap jarang..ntah2 kne bayar wt fitnah

  11. bujuk says:

    Terlambat..
    Panas isu ni, bila budak mentah datang dari mana tiba2 nak sergah Ustaz yg. konsisten sedarkan Ummah. Aku boleh faham kekecewaan Khalid Ismat kerana anak muda memilih dengar ceramah UAI berbanding demo TURUN. Jelas rakyat pilih ILMU berbanding DEMO.
    Aku tak pulak halang demo, tapi menghina majlis ilmu.. adalah BIADAP. PAS bersama DEMO tapi bukan Penganjur DEMO. Jadi jangan berlebihan..
    Khalid Ismat perlu sedar, siapa dia berbanding UAI. Berapa ramai pengikut/penyokong dia, apa kelebihan/ilmu yg. dia ada nak hina UAI?
    Jangan nak berlagak hero PAS, kalau akhlak tak macam orang beriman.

    • WTF says:

      Mana si Khalid Ismath tak kecewa

      DEMO kat Dataran Merdeka tak berjaya mendapat sokongan majority rakyat Malaysia!!!

  12. Pahlawan Sufi says:

    bagus admin, pancung terus PAS dan pengikutnya PEMIMPIN AJARAN SESAT (PAS)!

  13. anis says:

    ehem2..assalamualaikum, adakah anda pasti PAS yang mengajarnya? mungkin khalid ismath pemuda pas tp ttg akhlaknya bgntung pada dri sdri sma ada mengikut yg buruk atau yg baik..xbaik mnuduh tanpa usul periksa yg JELAS..ini bkn soal parti tp soal ISLAM!! umno atau pas kduanya islam..tp mngapa msti bermusuh? maaf andai teguran sy mgguris hti kalian..maaf~

Leave a Reply

Threesome