Menu Utama

AZMIN DIPECAT DARI PKNS SEBAB SELEWENG KUASA?

Pertelingkahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah tidak boleh dibendung lagi dan kini sudah menjadi perang mulut secara terbuka.

Malangnya ketua umum PKR, Anwar Ibrahim gagal menunjukkan kepimpinan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah dalaman partinya sehingga membarah ke peringkat sekarang.

Jika Anwar tidak mampu memimpin sebuah parti yang kecil, bagaimana hendak menjadi nakhoda kepada pakatan pembangkang apatah lagi memimpin negara sebagai perdana menteri?

Isu berlaga angin antara Menteri Besar dan Azmin bukannys perkara baru.

Ia bermula sejak pasca Pilihan Raya Umum 2008 apabila Khalid di angkat oleh Anwar sendiri sebagai menteri besar.
Jawatan itu sememangnya menjadi idaman Azmin tetapi beliau dikecewakan oleh bos kesayangannya sendiri apabila tidak menjadi pilihan.

Perasaan dendam yang membuku di hati Azmin akhirnya terkeluar juga apabila tekanan demi tekanan dipaksa ke atas Khalid sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor.

Jadi berlakulah senario di mana Selangor mempunyai dua ‘menteri besar’ – satu yang dilantik secara rasmi dan satu lagi berlagak seperti menteri besar.

Namun cara mana sekali pun Azmin cuba memalukan Khalid dengan apa jua cara pun, menteri besar tetap berdiri teguh.
Jawatan Azmin menerajui PKR Selangor tidak lebih daripada posisi politik yang kosong tanpa kuasa ekonomi yang dipegang erat oleh Khalid.

Jadi Azmin dan kuncu-kuncunya bolehlah menyalak sekuat hati mengkritik sehebat mana terhadap menteri besar tetapi sedikit pun ia tidak menggugat atau menggoncang kedudukan Khalid.

Yang menjadi masalah apabila ahli politik bergaduh, penjawat awam yang menjadi mangsa.

Apabila timbalan presiden PKR itu digugurkan sebagai anggota lembaga pengarah PKNS semua jari menuding kepada Khalid tetapi ini dinafikan beliau.

Khalid menjelaskan itu bukan kerja beliau dan merujuk perkara ini kepada pengurus besar dan penasihat undang-undang PKNS.

Anwar pun masuk campur dan berkata tidak bersetuju dengan tindakan terhadap Azmin tetapi setakat itu saja lah yasng termampu oleh penasihat ekonomi Selangor itu seperti melepaskan batuk di tangga.
Apa pun Setiausaha Kerajaan Negeri telah berkata keputusan memecat Azmin dari PKNS adalah muktamad dan tidak boleh dipertimbangkan lagi.

Akhirnya dua pegawai tinggi PKNS tersebut menjadi mangsa kemelut politik Khalid-Azmin dan mereka ditukarkan serta merta ke SUK.

Persoalan utama yang patut ditanya oleh semua pihak bukannya tindakan PKNS menggugurkan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah tetapi mengapa tindakan drastik dan mengejut itu diambil.

Pernah satu ketika Azmin merajuk dalam pertikaiannya dengan Khalid sehingga memaksa beliau menghantar surat perletakan jawatan dari PKNS namun setelah dipujuk Anwar surat itu ditarik balik.

Jadi sebenarnya Azmin tidak kisah pun samada beliau berada di dalam PKNS kerana pernah berhasrat untuk berhenti.
Jadi kenapa pula kali ini apabila benar-benar hasrat beliau termakbul mahu buat bising pula?

Apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir dan juga di dalam bilik mesyuarat lembaga pengarah PKNS sehingga tindakan tersebut diambil.

Khalid dikenali ramai sebagai seorang yang kedekut dan mentadbir Selangor seperti badan korporat kerana pernah menjadi CEO Guthrie sebelum menceburi politik dahulu.

Azmin pula dikenali sebagai ahli politik yang licik, rakus dan bercita-cita besar dan dengarnya makan pun besar.
PKNS merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang terbabit secara aktif dalam pembangunan hartanah di Selangor sejak ia ditubuhkan.

Jawatan ahli lembaga pengarah PKNS adalah bagai bulan jatuh ke riba kerana sesiapa pun menjadi ahli lembaga pengarah akan terbuka kepadanya banyak peluang untuk menggaut kekayaan.

Adalah ini puncanya Azmin di pecat apabila menteri besar yang ‘telus’ dan ‘transparen’ itu telah menghidu Azmin telah melakukan sesuatu bagi kepentingan dirinya di belakang beliau?

Mungkin maklumat telah sampai kepada Khalid daripada orang kuatnya, Faekah Husin yang kini diletakkan sebagai bos nombor satu di MBI bagi mengawal semua anak-anak syarikat termasuk PKNS?

Adalah Azmin telah melakukan penyelewengan kuasa di dalam PKNS sehingga informasi ini dijadikan senjata untuk menyahkan beliau dari organisasi itu?

Seharusnya menteri besar, Faekah dan PKNS bersikap telus dan transparen di dalam isu pemecatan Azmin.
Ketiga-tiga pihak itu harus memberitahu rakyat mengapa Azmin dipecat.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sentiasa mewar-warkan nilai-nilai keadilan dan ketelusan dan segala tindak tanduknya inilah masa untuk berbuat demikian.






5 Komen to AZMIN DIPECAT DARI PKNS SEBAB SELEWENG KUASA?

  1. BNbagoos says:

    Allah maha berkuasa dan mengetahui atas segala2nya. Dengan kepincangan yang berbagai , Dengan salahlaku dan salahtadbir didedahkan saban hari… tetapi mereka masih disitu.

    Tentunya ada sebab musabab yang lojik kenapa mereka masih disitu. Kenapa mereka masih meneraju. Kita manusia tidak wajib menyoal kerana ini kerja Allah dan kita tidak boleh berprasangka terhadapNya. Namun dalam redha ini kita diharuskan mencari jalan keluar dengan sebarang daya upaya, sebagai manusia yang dihidupkan dan diberi akal.

  2. system baru says:

    lupa tambah khalid ini aku penah juga dengar cerita dengan orang tua masjid semasa khaid kerja dekat kopelek kewangan malaysia berhad bila dengan duit dan bonus cepat buat kerja bila suruh buat kerja lembat boleh dia pegawai paling lembat buat kerja ini ceritakan orang tua dengar aje

  3. meMangTERok says:

    Khalid pernah jadi celebrity corporate terutama semasa dengan PNB. Dia bertangungjawab pada ASN & ASB, mengumumkan bonus % devident, umumkan untung dan laba kerana ASN/ASB belum pernah rugi.

    Keluar PNB masuk guhtrie, keluar Guthrie jadi rakyat derhaka. Ada cerita masa itu, tapi kurang ingat. Yang jelas mungkin dia berharapkan golden handshake saemasa keluar dari badan tersebut. Dibayar 10 atau 20juta ke sebagai golden handshake (penghargaan pada khidmat cemerlang) Mungkin tak dapat, kalau dapat masakan dia menderhaka kerana kita tahu penderkaka dalam pembangkang 99.9% manusia kecewa dan yang milki grudge.

  4. Jambol says:

    Eh, bukankah ini disebabkan oleh UMNO ! Tak mengapa tuduh dan fitnah UMNO, sebab bila kena saman kelak boleh “tarik balik” dan “akui kesilapan tanpa minta maaf”, pasti UMNO akan gugurkan saman !

  5. sirimuda says:

    simat jambol zaman kesultanan melaka pembawa fitnah diuji masuk kawah jika hidup terselamat moral cerita hanya menang moral, si pembuat fitnah pada zaman skrg boleh papa kedana seumur hidup so rakyat kena tanggung seumur hidup juga

Leave a Reply

Threesome