Menu Utama

Chua Soi Lek Sabotaj MCA Untuk Cuba Imbangi Kelemahan Pemilihan CEC DAP?

Barisan Nasional seolah-olah terus akan disabotaj oleh MCA. Dalam keadaan masalah dalaman MCA yang berterusan menjadikan mereka sebagai parti yang gagal menyumbang dan memberi kekuatan sinergi yang sepatutnya kepada Barisan Nasional.

Namun persoalannya, adakah ini merupakan perancangan tangan ghaib yang memastikan MCA terus berada dalam keadaan kacau bilau? Dengan itu sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional akan terus merudum dengan teruknya. Dengan kata lain DAP akan terus mengungguli dalam carta hati pengundi Cina.

Kita terus dikejutkan lagi dengan berita bahawa MCA berisiko berdepan krisis integriti yang belum pernah dialaminya sebelum ini yang bakal memburukkan lagi imejnya. Kononnya kesahihan pemilihan parti 21 Disember lepas dan barisan pemimpin baharu turut dipersoalkan, ekoran pendedahan oleh presiden sebelum ini Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa perjanjian dimeterai dengan penggantinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, telah dilanggar.

Sekiranya Datuk Seri Dr Chua lebih mengutamakan parti dari kepentingan peribadi maka beliau tidak akan sengaja menimbulkan isu tersebut. Proses pemulihan MCA sepatutnya menjadi keutamaan kesemua kepimpinan MCA. Namun kita dapat lihat dengan jelas bahawa kelemahan ketara MCA kerana “hilang” semangat perjuangan sebenarnya untuk mendapatkan semula keyakinan orang ramai.

Sebelum ini Chua Soi Lek mendakwa Liow telah melanggar perjanjian yang dimeterai sebelum pemilihan parti. Kononnya Liow telah bersetuju untuk melantik orang Chua memegang beberapa jawatan penting dalam parti sebagai pertukaran kepada sokongan Chua dan kumpulannya. Walauapapun alasannya kita perlu lihat dari segi perjalanan pemilihan telah berjalan secara sah dari segi perundangan.

Tidak ada sebarang salah laku dan penipuan manipulasi pengiraan dan sebagainya berlaku. Dan yang paling penting kesahihan pemilihan parti tidak timbul kerana ia diadakan secara telus dan demokratik. Oleh itu semua pihak sepatutnya menghormati keputusan pemilihan dan keputusan perwakilan pusat.

Sekira Chua Soi Lek berterusan menimbulkan huru hara dan kacau bilau dalam MCA maka beliau akan dilihat sebagai perosak parti yang sebenarnya. Usaha yang lebih gigih sepatutnya dilakukan bagi memastikan transformasi parti dapat dilakukan.

Prestasi buruk MCA dengan kekalahan teruk pada PilihanRaya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan hilangnya lebih banyak kerusi kepada pembangkang yang telah berjaya meranapkan “kubunya” di Johor sepatutnya menjadi garis panduan untuk mereka mengorak langkah dalam PRU14 yang akan datang.

Parti itu hanya manpu memenangi 7 kerusi parlimen dan 11 kerusi negeri. Sedangkan dalam PRU12 mereka memenangi 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi negeri. Kita sebenarnya sedar bahawa ahli MCA sendiri tidak mengundi Barisan Nasional. Namun kekecohan yang cuba dicetuskan oleh Chua Soi Lek seolah-olah cuba mengimbangi kelemahan ketara yang berlaku dalam pemilihan CEC DAP. Datuk Seri Najib perlu menyiasat perkara ini supaya mereka tidak terus menjadi duri dalam daging yang membinasakan Barisan Nasional dari dalam.






8 Komen to Chua Soi Lek Sabotaj MCA Untuk Cuba Imbangi Kelemahan Pemilihan CEC DAP?

  1. korokstabang says:

    mca pengkhianat BN no wahid

  2. Anonymous says:

    Tolak MCA kerana mereka sebenarnya bersekongkol dangan DAP untuk menjatuhkan BN/UMNO.Salah satu buktinya ialah suratkabar “Star” hakmilik MCA yang isi kandungannya cenderung mempromosikan pihak pembangkang (terutamanya DAP) dan memperlekehkan segala tindak tanduk kerajaan.MCA dan DAP sebenarnya rakan seperjuangan yang sama-sama merancang untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam negara ini.

  3. PakChak says:

    Dah lama tahu.

  4. alimedanbaru says:

    apa pun
    jika bangsa Cina berangan nak kuasai politik Malaysia
    ianya seperti pak tani nak jadi Maharaja
    rasis, tamak, zalim dan berpura-puranya kepimpinan Cina telah terbukti sejak tahun 2008
    jika cina berkuasa di negara ini
    yg memenangkannya adalah Pas dan Pas kemudian PKR
    dan jika Cina berkuasa
    apa yg berlaku diTahiland pada hari ini
    akan berlaku,
    malah 10x ganda lebih teruk dari itu
    pasti, aku yakin ianya pasti terjadi…

  5. anoi says:

    chua soi lek lah penyebab utama majoriti Cina menyokong dap – dia sebenar dap jadian. skrg bukan mudah majoriti Cina kembali pada BN.

  6. raplahjingaa says:

    Chuah Soi lek ni dari dulu macam tu, Inner circle kat Johor tahu dia amat rapat dengan orang-orang politik singapura.

    • Boboi says:

      Tak sokong u all kutuk mca…patutnya kena kutuk dapigs jer… mca kan saudara dgn kita dlm politik jadi mcm tampar muka sendiri kalau puak2 pr sini nampak beb

      • WTF says:

        Kata2 saudara Boboi kurang tepat

        MCA pada waktu in agak lemah, dan ini diterjemahkan pada PRU13 yg lalu, di mana 95% undi kaum Cina telah memihak kepada DAPigs

        Dahulu Cina sokong BN kerana MCA, yg merupakan sebahagian BN sentiasa menjaga kebajikan kaum Cina.

        Tapi, MCA sekarang tak mendapat sokongan kaum Cina, kerana MCA tidak menjaga kebajikan kaum Cina akibat perbalahan politik sesama sendiri.

        Di samping itu, peralihan undi kaum Cina kepada DAPigs adalah sebab kaum Cina diyakinkan oleh DAPigs yg kaum Cina boleh perintah Malaysia .

        Ditambah pula dgn sikap tamak, berpura2 dan tidak reti mengenang budi yg rata2 ada pada kaum Cina.

        Bagi saya, secara jujur MCA perlu berubah sekiranya ingin mendapat sokongan kaum Cina!!!

        Dan UMNO rasanya takkan masuk campur masalah dalaman MCA, melainkan Presiden MCA sendiri menjemput UMNO untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA.

Leave a Reply

Threesome