Menu Utama

January, 2014

 

Setiausaha Politik MB dan Azmin Ali Bercakaran di Twitter

Oleh Nur Azlina Shaari Percakaran antara dua pengikut ahli politik iaitu Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin rupanya tidak berhenti memandangkan umum mengetahui komunikasi antara mereka berdua tidak baik. Sebelum ini, Azmin dan Faekah pernah saling tuduh-menuduh di laman sosial Twitter masing-masing ekoran dari rasa tidak puas hati mereka terhadap ketua masing-masing walaupun mereka tidak menyebut nama antara satu sama lain. Terbaru, Azmin membidas kenyataan Faekah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) yang menyatakan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri AnwarBaca Lagi


Maybank Nafi Mesin ATMnya Tidak Berfungsi Hingga Isnin ini

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Maybank hari ini menjelaskan bahawa semua mesin juruwang automatik (ATM) miliknya beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh cuti ini. Jurucakap Maybank berkata demikian sebagai membetulkan kesilapan laporan Berita Harian hari ini dan menegaskan bahawa tiada gangguan dengan perkhidmatan ATM Maybank. “ATM kami dan semua sistem perbankan lain beroperasi sepenuhnya dan adalah tidak benar (dalam laporan itu) bahawa akan berlaku gangguan pada sistem perbankan kami sehingga tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan tiga para di sini hari ini. – BERNAMA


Khalid Ibrahim Gagal, Harus Diganti, Dakwa Malaysiakini.com

Portal berita pro-Pakatan, Malaysiakini.com, mula mengadakan serangan secara halus ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagai membentuk persepsi politik bahawa usaha membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sudah tidak dapat dielakkan dan merupakan perkara yang mendesak. Malaysiakini melalui seorang penulis antara lain mendakwa Khalid gagal menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Besar Selangor dengan baik. Khalid hanya tertonjol sebagai hero yang gagah kerana jentera propaganda Pakatan bukannya batang tubuh Khalid sendiri. Penulis Malaysiakini mendakwa hanya Anwar yang mampu menyelamatkan Selangor agar tidak tumbangBaca Lagi


Peng’satay’an DUN Kajang: Anwar Cuba Raih Simpati Pulak Dah

DARI sudut mana pun, Anwar hilang fakta untuk menjustifikasikan kekosongan dalam DUN Kajang yang sengaja dibuat bagi membolehkan dia bertanding dan seterusnya berpeluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Gamenya sekarang, buat-buat mengaku salah, buat-buat insaf, buat-buat tak boleh elak, divert isu dan yang seumpama dengan itu supaya yang bodoh-bodoh ini (para macai) diakhirnya akan terima sajalah hakikat bahawa Anwar memang perlu bertanding disitu. Tapi itu hanya jangkaan penulis, mengenali Anwar (bapak pembohong), apa saja boleh berlaku, silap-silap pada hari penamaan calon, orang lain yang muncul mewakili PKR.  Ini semua tidak mustahil, Anwar kan, tahu sajalah. Menariknya, Anwar sekarang sedang main ‘sympathy card’, apabilaBaca Lagi


AMEKAW NUAR


Harga Barang Turun Hingga 70% Serentak Tepis Fitnah Melampau Pembangkang

Pembangkang yang sering melagukan isu harga barang naik kononnya sinonim dengan Barisan Nasional bakal kehilangan punca. Ini berikutan tindakan drastik kerajaan yang cukup perihatin pada kesulitan rakyat. Komitmen kerajaan merupakan bukti keseriusan dalam menangani masalah kos sara hidup yang kini membelenggu rakyat. Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sekali lagi mempersendakan Perdana Menteri dengan mengakui sayur kangkung turun harga kerana tiada seorang pun menteri kabinet atau kroni mereka terlibat dengan perniagaan kangkung. Sikap para pemimpin PAS yang berterusan memfitnah dan mentohmah kerajaan menunjukkan sikap gelojah dan tidak matangBaca Lagi


Tiga Kali Rakyat diTipu Anwar Melalui PRK

Pilihanraya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sesuka hati dan pada bila-bila masa. Pilihanraya adalah simbol ‘kepercayaan rakyat’, ‘integriti’ dan ‘keadilan’. Justeru, sesebuah pilihanraya memakan kos yang begitu tinggi untuk memastikan perjalanannya lancar dan tepat. Bagi sesebuah pilihanraya kecil juga, SPR dan PDRM memerlukan jumlah jutaan ringgit. Contohnya, bagi PRK Kuala Besut yang lalu, perbelanjaan dari SPR sahaja memakan jumlah RM750,000 dan PDRM pula sebanyak RM10.4 juta. Jumlah ini sudah cukup untuk menunjukkan yang ia bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan. Berdasarkan hakikat ini, seseorang wakil rakyat tidak boleh berundur diri danBaca Lagi


Bapa Kelar Anak Berjaya Ditangkap

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Seorang bapa yang mengelar hingga mati anaknya berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anaknya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, dekat sini telah berjaya ditahan polis sebentar tadi. Dalam kejadian amuk kira-kira pukul 3 petang tadi, ketiga-tiga mangsa berada di rumah tersebut, manakala isterinya keluar bekerja. Suspek kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditahan atas maklumat jiran.


#PRKKajang Rafizi Jambu Terpaksa Mohon Maaf Bagi Pihak Anwar

Menyedari tindakan bodoh PKR yang popular dengan panggilan Parti Kangkung Rakyat pada ketika ini telah memaksa Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menagih simpati rakyat. Melalui posting terbaru di laman blognya, Rafizi mengakui tindakan partinya itu, telah mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. “Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang,” katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu. MenurutBaca Lagi


Pembaziran PRK DUN Kajang, Anwar Cuba Redakan Kemarahan Rakyat

Oleh Nur Azlina Shaari Sedar tindakannya mengundang rasa marah rakyat dan ahli politik lain di negara ini bersabit isu pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menabur janji mahu berjimat cermat dalam pilihan raya akan datang itu. Kata Anwar, beliau mengakui sendiri proses PRK yang akan berlangsung akan menanggung perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan duit rakyat. Justeru, beliau mahu mengguna pakai semula segala bahan kempen yang digunakan sebelum ini. “Saya terima pandangan itu (PRK Dun Kajang suatuBaca Lagi