Menu Utama

December, 2013

 

Artis Dibaling Botol, Sambutan Tahun Baru Dibatalkan

Peserta Demontrasi Turun akhirnya merempuh halangan Polis dan memasuki kawasan sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka. Khabar terbaru setakat ini mereka cuba mengambil alih pentas dan menyebabkan artis serta orang kenamaan yang hadir meninggalkan majlis sambutan.   Sebelum majlis dihentikan para artis telah dibaling botol oleh peserta demontrasi. Sekarang ini polis mengambil alih pentas dan menghalang sebarang persembahan mahu pun cubaan ambil alih daripada peserta demontrasi. ** Gambar akan dikemaskini kemudian. Kebanyakan talian telefon sekitar Dataran Merdeka terjejas menyebabkan tiada gambar dapat diperolehi dengan pantas.


Muka PM Diletak Selipar, Demontrasi Akan Rempuh Polis Jam 11 Malam?

Seorang peserta Demontrasi Turun malam tadi dilihat mengusung gambar Perdana Menteri ke hulu ke hilir dengan tujuan untuk meletakkan seliparnya ke muka Perdana Menteri setiap kali lensa kamera fokus kepada beliau. Sementara itu, satu sms yang sedang bertebaran sekarang ini menggesa semua peserta demontrasi merempuh Polis pada jam 11 malam ini. “Salam tuan-tuan. Jam 11 malam tepat kita rempuh masuk dataran. hambat polis2 tu… tunjukkan kuasa rakyat. Sehingga kini sekitar 3000 orang dikatakan berada di sekitar Dataran Merdeka.


Demontrasi Turun: Gambar Dari Udara

Berikut ialah Gambaran dari udara di sekitar Dataran Merdeka pada jam 10 malam tadi. Dianggarkan sekitar 2000 orang. Namun sukar dipastikan apakah berapa ramai peserta demontrasi dan berapa ramai rakyat biasa yang datang untuk menyambut tahun baru dan menonton demontrasi ini.


Demontrasi Turun: Peserta dan Penonton Sama Banyak, Malaysiakini Isytihar Guling Kerajaan

Malaysiakini mengejutkan ramai pembaca siber apabila mengisytihar demontrasi ini sebagai Guling Kerajaan melalui twitter mereka. Sementara itu, setakat jam 9.15 malam tadi jangkaan peserta yang kelihatan akan menghadiri Demontrasi Turun tidak sampai 2 ribu orang dengan sebahagiannya bercampur antara peserta dan orang ramai yang berminat untuk merakam gambar. (Lihat Video)


Dua Mercedes Guan Eng Dan Kg Buah Pala

Kejamkah Guan Eng apabila beliau bermewah-mewahan selepas merobohkan Kampung Buah Pala?  Pembangkang  telah tunjukkan taring sebenar selepas  berjaya merampas Selangor dan Pulau Pinang. Di Pulau Pinang , mereka telah  membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Di Selangor gaji adun dan speaker telah dinaikkan sehingga lebih dari 300%.   Nampak gayanya belum lagi menjawat jawatan Perdana Menteri namun Guan Eng sudah mengalahkan DS Najib dari segi kereta rasmi. PM hanya menggunakan Proton Perdana sebagai kereta rasmi manakala Guan Eng sebagai  Ketua Menteri Pulau Pinang sahajaBaca Lagi


Wardina, Ahli Majlis Konsultansi Negara, Menipu dan Menghasut

Tindakan pelakon yang juga merupakan ahli Majlis Konsultansi Negara, Wardina Safiyah mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukan RM 15 juta sambutan Tahun Baru 2014 merupakan satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan bercorak membakar api kemarahan kumpulan demontrasi kenaikan harga barang malam ini. Wardina yang dipetik oleh Harakahdaily.net dari facebook beliau, “Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan,” Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 jutaBaca Lagi


Barang Dan Tol Naik Didalangi Pembangkang?

Tindakan pembangkang yang menyalahkan dan menghentam kerajaan dalam setiap langkah samada betul atau salah ternyata memakan diri mereka sendiri.  Rakyat dapat menilai akhlak dan moral jahat pembangkang yang tidak dapat memberikan pandangan yang adil dan benar dalam apa sahaja situasi.   Setiap perkara yang hebat bermula dengan langkah yang kecil.   Langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan sektor awam merupakan satu langkah yang baik untuk permulaan tahun 2014. Namun pembangkang tetap mendakwa kononnya ia  bersifat berat sebelah dan tidak menyentuh kepada perkara-perkara besar yang menyebabkan bebanan kewangan kepada rakyat. Selama ini mereka menuduhBaca Lagi


Ditangkap Bersama Bom Buatan Sendiri, Polis Tingkatkan Kawalan

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Polis telah meningkatkan rondaan dan menjalankan pemantauan ketat di beberapa lokasi di ibu kota ekoran penahanan seorang individu yang memiliki bom buatan sendiri dan terdapat desas-desus rancangan perhimpunan haram bagi menggulingkan kerajaan. SHAH ALAM 31 Dis. – Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama-sama sebutir bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang, Ahad lepas, yang dipercayai hendak diletupkan pada sambutan ambang tahun baharu. Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, bom berupa paip PVC dirampas dari suspek berumur 46 tahun ketika beliauBaca Lagi


Penjimatan Kerajaan: Pandang Kot Mana Pun Tetap Langkah Baik

YA, penulis sedar ramai orang beri macam-macam reaksi kepada 11 langkah penjimatan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri semalam.  Ada yang setuju, ada yang tidak dan ada yang sekadar no comment. Dari segi kelompok pulak, ada kelompok yang sokong kerajaan, yang lawan kerajaan dan yang bermimpi Mahathir masih lagi Perdana Menteri negara ini, semua ada pendirian masing-masing. Pandangan dan pendapat seperti yang semua orang tahu, tidak ada salah dan betul. Tapi kalau nak mengatakan penjimatan ini satu langkah yang salah, itu penulis terpaksa bangkanglah.  Jimat, tidak kira apa nilai sekalipun, tetap satu penjimatan, apatah lagi dalam situasi Malaysia yang dikatakan pembangkang bahawa pembaziran kerajaan jadi punca hutang luar tinggi dan sebagainya. Dah heboh merata cakap macam itu, bila kerajaan berjimat, kondem pulak, apa cita? Rujuklah dari sudut mana pun, agama, falsafah, sains atau apa, tidak ada satu pun yang merujuk penjimatan ini kepada tingkah laku yang salah.  SamaBaca Lagi


Siapa Bijak Urus Ekonomi? Siapa Habiskan Duit Rakyat?

Baru-baru ini memang ramai puak Pakatan Haram yang bertepuk tangan apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menasihati Kerajaan agar menggunakan mekanisme mengurangkan kos pengurusan dan pentadbiran kerajaan bagi mengelak tindakan menaikkan kos sara hidup kita. Kemudian, ada pula “kutu” yang menambah-nambah pula di belakang nasihat Tun M itu, kononnya mantan PM itu “sekolahkan” Najib. Kononnya Tun M menyebelahi Pakatan Haram dalam isu kenaikan kos sara hidup itu, Najib boros berbelanja dan meletakkan kesan boros itu pada rakyat. Begitulah “otak” puak pembangkang di negara kita… Saya setuju dengan nasihat TunBaca Lagi