Menu Utama

Bila Terdesak, Calon BN Berkopiah Pun Jadi Isu

Oleh Nur Azlina Shaari

Harakahdaily.net hari ini mengkritik Calon BN bagi DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi yang memakai kopiah putih sebagai meniru cara pemakaian dan kempen dari parti PAS. Laporan itu turut menekankan kopiah putih hanya sinonim dengan parti PAS.

Harakahdaily memperlekehkan calon Barisan Nasional (BN) apabila mengatakan Dr. Ahmad Sohaimi Lazim tidak sepatutnya memakai kopiah berwarna putih untuk bertanding dalam PRK kawasan itu yang bakal berlangsung pada Isnin depan, 4 November 2013. Bagi Harakahdaily, hanya ahli PAS dan calon PAS sahaja yang layak memakai kopiah putih memandangkan mereka adalah bertaraf ulamak.

“Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Dun Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.

Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan “Berani Hijrah” bagi menyaingi tema “Kekal” calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.” Dipetik dari laporan Harakahdaily.net.

PAS juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memakai kopiah putih ketika menunaikan solat di beberapa buah masjid sekitar Sungai Limau baru-baru ini.

Kritikan dan pertikaian ini menampakkan sikap kurang ilmu pengarang Harakahdaily. Jika pengarang tersebut biasa dengan kehidupan masyarakat kampung di Kedah, pemakaian kopiah putih melangkaui batas politik. Adalah biasa orang UMNO dan pemimpin UMNO memakai kopiah putih dalam majlis-majlis masyarakat di kampung.

Pemimpin UMNO seprti Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Othman Abdul (Ahli Parlimen Pendang), malah Tun Dr Mahathir Mohamad turut memakai kopiah putih dalam program-program di kawasannnya ketika menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu. Cuma pemimpin UMNO tidak memakai kopiah putih untuk menjual imej agama yang dicipta dan dirangka oleh Pas sejak dahulu.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga sekali sekala memakai kopiah putih mengikut keperluan majlis. Anehnya pengarang Harakahdaily ini bukan sahaja bebal malah malas melakukan penyelidikan.

pemimpinumnokopiah

lattsharimanazeezrahim

PAS sebelum ini banyak mengeluarkan peraturan ‘agama’ yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Contohnya seperti orang-orang PAS tidak boleh solat bersama atau berimamkan orang UMNO, solat jenazah diimankan oleh orang UMNO tidak sah, tali persaudaraan dengan orang UMNO harus diputuskan dan bermacam-macam lagi.

Kali ini, soal kecil iaitu sama ada individu itu memakai songkok atau kopiah pula diwujudkan sebagai peraturan baru untuk bertanding.

Di dalam Islam, tidak pernah ada hadis atau suruhan yang menyatakan orang-orang PAS atau pemimpin PAS sahaja yang boleh memakai kopiah putih. Malah, di dalam Al-Quran juga tidak termaktub seperti peraturan PAS ini.

Nampaknya, PAS mewujudkan satu lagi fahaman di mana kopiah putih hanya layak dipakai oleh orang PAS sahaja. Dan, UMNO dan BN, sepertinya hanya boleh memakai songkok sahaja.

Apa-apa pun, kopiah putih tidak melambangkan keperibadian mulia dan keimanan yang tinggi dalam diri seseorang itu hingga layak diangkat tinggi martabatnya yang membezakan dengan orang Islam lain yang tidak berkopiah atau hanya bersongkok. Itu yang PAS perlu tahu.

Untuk pengarang Harakahdaily, berhentilah menjadi budak-budak cybertroopers, jagalah martabat seorang pengarang.






49 Komen to Bila Terdesak, Calon BN Berkopiah Pun Jadi Isu

  1. sireh ke gagang says:

    pas beruk ni mmg bodoh !

    • alimedanbaru says:

      pepagi jumaat ni terpaksa jugak aku sokong cakap kau sireh..memang Pas beruk, dia ingat pisang tu makanan dia sorang je padahal bagi kat gajah dan bagi kat burung pun mereka makan.
      agaknya kat Mekah tu semua yg pakai kopiah tu dah mendaftar jadi ahli Pas semasa dia orang mendaftar masuk hotel kat sana.. beruk betull

    • anakbochek says:

      Adakah PAS akan mewartakan kopiah sebagai sebahagian dari pakaian kebangsaan jika mereka dapat memerintah negara nanti.

      • mek esah says:

        entah le…tapi yang pasti para guru atau ustaz di kelantan dan terengganu yang berkopiah putih waktu persekolahan adalah dilarang keras….secara tak langsung umno di sini seolah2 mengiktiraf kupiah putih adalah pakaian orang pas…..benak sungguh umno sini…

        • WTF says:

          Ada pekeliling ker Mek larangan oleh Kementerian Pendidikan melarang para guru atau ustaz di Kelantan dan Terengganu DILARANG SAMA SEKALI pakai kopiah waktu persekolahan??? Meh sini bak mai BUKTI!!!

          Aku sekolah kat Selangor, takder pun org larang para guru dan ustaz pakai kopiah!!!! Sekolah mubaligh lagi tu Mek!!!!

          Hang cerita apa Mek???

          • Mek Esah says:

            Depa tak pakai pekeliling …org ppd,jpn , pengetua dan guru besar pakai pekeliling sendiri….”pekeliling ampu” set politik nama nya….pengaruh politik umno begitu mencabuli para guru di kelantan dan terengganu….pengarah pelajaran kelantan antara pengampu terbilang di dunia…hehe

          • WTF says:

            Lol, then ustaz2 tu reportlah kat Kementerian Pendidikan…

            Tak pun buat press conference dgn Malaysiakini ker, Harakah ker…

            Tak pun buat YOUTUBE terus, bukan susah pun…

          • gambus says:

            laa takde pekeliling boleh melarang kee mek ??? mana kau belajar ni , aku tgk guru sekolah ramai yang bebas pakai kopiah !! kenapa laaa balaci PAS macam kau nak tunjuk bangang mekk !!! kau bagi tahu aku sekolah kat kelantan mana yang larang oakai kopiah !! gila kee kau mekk , mau meroyan guru-guru tu kalau dilarang pakai kopiah !!!

        • alimedanbaru says:

          MEK YG KAU SIBUK-SIBUK CAKAP KOPIAH PUTIH ADALAH HAK MUTLAK PAS SHJ BOLEH PAKAI, APA, PAS PENGELUAR KOPIAH UTAMA DUNIA KE.. SUDAHLAH MEK KEBANYAKAN ORANG PAS BELI KOPIAH PUTIH KAT MYDIN HARGA RM1.99 TAUKEY MYDIN TU BEBAIK DGN SAPE MEK… KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA TU KAU MASUK TAK MEK?

        • bujuk says:

          Takkan lupa kes MAHKAMAH yg. menghalang anak sekolah pakai SERBAN suatu masa dulu?
          Kenapa UMNO tak cakap apa2 masa kes ini berlalu? Kenapa SING boleh pakai serban tapi MUSLIM tak boleh?

      • sungai_siput says:

        sekrang pun depa dah warta, sapa pkai kupiah orang PAS…. haramjudi punya PAS

  2. korokstabang says:

    kopiah putih untuk ahli pas sahaja ini bukan saja dikatakan bodo tapi dah masuk tahap gila baban dah hahahaha

    • mek esah says:

      bukan untuk ahli pas pun…tp set umno sebelum ni yang segan2…

      • kekuda says:

        segan ape.. kat kampung aku penyokong umno pakai kopiah putih dan serban tu perkara biasa. penyokong pas main dam haji kat wakaf pun perkara biasa juga. penyokongg umno pergi ke masjid pengadang baru pun perkara biasa juga.

      • gambus says:

        kenapa laa balaci Pakatan ni tolol sangat .. dengan TERANG harakah sendiri kata ia adalah pemakaian puak mereka !!! dan mengkritik orang UMNO yang memakai .. kakakakakaka , kau tak tahu mebaca ke mek ???

        • Mek Esah says:

          Tak de le depa cakap mcm tu sekali…..cuma set hang emosi sangat….depa cakap menjadi ” kebiasaan” yang berkupiah putih org pas…itu saja kan?…tak de la sampai ianya menjadi milik mutlak org pas …….tak faham bahasa ke….ish ish

          • gambus says:

            kalau macam tu buat apa nak merengek kalau orang UMNO pakai kopiah mekk !!! yang buatkan benda ni jadi isu ialah bila puak PAS cuba kata ia adalah pemakaian mereka .. bukan ke bangang namanya tu .. kau nak backup pun bacalaa artikel tu betul-betul jangan nak jadi bangang laa mekk !!!

          • alimedanbaru says:

            BANG gambus ,JANGAN MARAH SANGAT Mek TU, DIA JENIS LEMBAM..cabang spesis OKU. Tapi orang lain OKU jugak tak macam Mek ni.. he he

          • bujuk says:

            Kalau biasa pakai kopiah kenapa nak terasa? Yg. terasa adalah yg. tak biasa.. kan janggal bila semua orang datang pakai kopiah, penceramah pakai SONGKOK HITAM. Jadi terpaksalah ubah fesyen… ini yg. tak betul, mereka pakai kopiah sebab nak berfesyen sama dengan penduduk tempatan. Kononnya sehati sejiwa… tapi balik KL pakai songkok hitam semula dan mencaci2 kopiah putih.

          • gambus says:

            kau ni bodoh kee apa ni bujuk ?? yang buat isu pasal kopiah ni adalah harakah , harakah yang terasa kononnya pemakaian kopiah ni untuk PAS jee .. tu yang jadi isu lawak !!! hahahahahahaha

  3. sireh ke gagang says:

    pakai kopiah putih dalam dewan bermuktamar , tapi menjilat khomeini .pakai kopiah putih atas pentas ,cina ,india nak lelong kalimah Allah , dia pakat sokong .pakai kopiah putih atas pentas , tapi mencarut ,memaki hamun org seagama & sebangsa .pakai kopiah putih dlm majlis parti ,tapi menjual cerita bohong pasal lebuh raya rakyat , kambing janmapari dan stadium baru .pakai kopiah putih ke mana2 , tapi sokong peliwat jadi ketua .pakai kopiah putih kat rumah , keluar rumah buang kopiah , tenggelam dalam dakapan JANDA , sambil pekik2 , ‘im coming ,im coming .. WTF IS THAT ?

  4. […] More: Bila Terdesak, Calon BN Berkopiah Pun Jadi Isu […]

  5. baba says:

    apa dia ingat kopiah putih tu hak cipta terpelihara pas ke, pas yg invent kopiah putih tu ke? bodoh betul pas ni

    • alimedanbaru says:

      bang , dia beli kat Mydin..kalau ada ceramah Pas adalah gerai jual kopiah yg dibeli borong dr Mydin..beli RM1.99 tapi jual balik RM5.00 satu, he he

  6. Anak Lenggong says:

    Bro..SkG..ko buat aku tergelak pepagi buta ni..tapi itu lah hakikat sebenarnya lobai PAS..mungkin pemberita haramkah tu duduk kat bawah tempurung kut..suruh dia pergi melawat negara luar ataupun pergi ketanah suci mekah tengok berapa ramai manusia memakai kopiah putih..mereka ni orang PAS jugak ke..kopiah tu pakaian umum bagi orang muslim..apa dia ingat orang PAS je yang pakai kopiah ..aduhhhh…dah bangang bertambah bangang laa melayu PAS ni…kalau dah takde isu baik dok diam je..

    Sama lah juga bila nike ajis simusang berjanggut mendakwa UMNO sebagai murtad. Ianya merupakan satu tindakan bangang dan memalukan PAS sebagai parti Islam, tetapi juga sebagai satu fitnah kepada umat Islam secara keseluruhannya di Malaysia. Atas apa asas yang dia mengatakan begitu sedangkan umat Islam yang menjadi anggota UMNO juga mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu dan bertuhankan Allah yang satu ataupun mungkin pemimpin dan ahli-ahli PAS Islamnya tanpa mengucap dua kalimah syahadah?. Yang pelik nya PAS menuduh orang UMNO semua sekali itu murtad. Apa maksud murtad dengan mengatakan kalau bersekongkol dengan kafir Harbi yang terang-terang menentang Islam itu adalah kafir, sedangkan persahabatan PAS bersama dengan kafir DAP dibolehkan pulak..So islam apakah yang dipegang oleh melayu PAS.

    Satu lagi pabila PAS mendoakan kehancuran umat Islam demi kepentingan politik tidak pernah berlaku di dalam Islam sebelum ini kerana ianya satu perbuatan yang bertentangan didalam islam.

    Beliau berkata perbuatan berdoa dan mengaminkan kehancuran umat Islam adalah bidaah dan hukumnya haram serta perlu bertaubat manakala menuduh orang Islam kafir boleh membuatkan orang Islam yang menuduh itu sendiri menjadi kafir.

    Ketahui lah wahai melayu PAS bahawa seluruh umat adalah bersaudara dan menjadi kewajiban untuk menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, namun parti PAS melenting dan menuduh pihak lain tidak menyokong Islam apabila tindakan melampaunya ditegur.

  7. raplahjingaa says:

    Kebenakkan PAS dah jauh melepasi sempadan logic !

  8. WTF says:

    Makin lama makin karut PAS..

    Since depa fikir kopiah tu hak milik PAS, maka aku cadangkan kita sbg umat Islam di Malaysia perlu mengesa parti PAS menggugurkan perkataan “ISLAM” dalam parti mereka…

    Depa ni selalu perasan TERLEBIH ISLAM, malah apa2 yg depa buat, depa considered it as Islamic.

    Dgn pengguguran perkataan “Islam” dalam parti PAS, maka tiadalah lagi isu kafir-mengkafir sesama muslim di Malaysia.

    Lagipun, PAS dah tak perjuangkan Islam pun, lebih baik gugur jer perkataan “Islam” dalam parti PAS.

  9. Matatelinga Gomen says:

    Pada PAS kopiah dan jubah putih itu lambang islam. Dan islam itu hak mereka. Secara tak langsong pakaian demikian hak mereka sahaja sejak berzaman, kerana mereka saja yang islam.

    Yang kurang islam atau pun yang tidak islam bukan orang Umno saja, malah orang arab pun kurang islam .. mengikut tafsiran itu. Orang arab dimekah tak pakai kopiah kerana mereka pakai serban tutup kepala dengan jubah putih. Yang berbeza jubah orang arab lawa kerana dibuat dari kain putih berkualiti tinggi. Tak macam jubah orang PAS putih dan lusuh kerana kain kureng kualiti.

  10. reds says:

    owh…kalo kopiah putih sinonim ngan pas…spende putih xl stopa ali pon sinonim ngan pas jugak..

  11. jawa bernam says:

    Kopiah putih punya cerita bukan milik pas. Yang milik pas hanyalah spender putih stopa ali…hahaha

  12. bangKano says:

    Aku selalu pakai songkok bila amal kan ritual agama…songkok ada la headgear dalam budaya melayu….!!!!

  13. Hadi Suhaimi says:

    Orang pas punya kenyataan mana boleh layan. Klu layan boleh jadi sewel mcm mereka juga.

  14. matkisah says:

    dalam pas tak kisah ..babi pun leh pakai kopiah..dia ingat mak bapak dia punya trade mark ke kopiah ni..org lain tak leh pakai..babi punya org pas

  15. reds says:

    guan eng pakai kopiah diorang bleh kool plak…heh…

  16. bujuk says:

    Kenapa nak terasa sangat jika tak buat salah. Pengarang Harakah bukan marah atau hina orang umno pakai kopiah, cuma ia menyatakan kebenaran @ kebiasaan cara pemakaian.
    Cumanya UMNO seperti TERDESAK, bila terpaksa ubah PEMAKAIAN untuk raih undi penduduk Sg.Limau. Takkan tak cukup jutaan wang yg. d tabur pada pengundi Sg.Limau…

    • gambus says:

      aikk yang calon BN tu memang dah lamaa macam tu bujuk !!! Kenyataan kau kononnya nak raih undi tak ubah seperti harakah yang marah-marah konon kopiah adalah pemakaian orang PAS kakakakakaka bodoh kee apa ni ???

      Patutnya harakah kena cakap yang paling sinonim dengan PAS ialah spender putih !! hahahahaahahah

  17. DataCode says:

    Dah tak modal lain dah PAS,PAS ibarat sedang tenat sebab itulah merapu tidak tentu pasal.kopianpun dah jadi brand PAS ke?

Leave a Reply

Threesome