Menu Utama

Apa Punca Pengundi Cina Beralih Arah

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau benar-benar mengejutkan semua pihak, lantaran perubahan mendadak sikap pengundi Cina yang mula bertukar angin. Menurut perangkaan yang diperoleh dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), DUN Sungai Limau mempunyai seramai 1,850 pengundi Cina atau 6.7 peratus daripada 27,222 orang pengundi keseluruhan.

Malah melalui pemerhatian awal, majoriti pengundi Cina memperlihatkan reaksi tidak menyokong mana-mana pihak yang bertanding. Rata-rata mereka memberi reaksi neutral tidak seperti pengundi dan penyokong Melayu. Selain daripada itu juga, rata-rata pengundi Cina yang datang mengundi dilihat hadir dengan tidak membawa bendera parti atau memakai pakaian parti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata PRK pada kali adalah merupakan platform terbaik untuk mengukur tahap perubahan sikap masyarakat Cina terhadap BN. Beliau turut mengatakan keputusan pada kali ini boleh menjadi penanda aras mengenai kesediaan masyarakat itu menyatakan sokongan terhadap kerajaan.

Kerusi DUN Sungai Limau, disahkan kosong berikutan kematian Azizan pada 26 September yang lalu. bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris , Dr Ahmad Sohaimi dipilih untuk mewakili BN dalam pertandingan satu lawan satu menentang calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat, 37, pengarah rangkaian pusat pendidikan awal kelolaan parti itu, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kedah.

Menurut penganalisis politik, pengundi Cina jelas menunjukkan perubahan sikap yang ketara apabila rata-rata di kalangan mula menunjukkan sikap yang positif dengan peratusan kehadiran di program-program BN sepanjang tujuh hari berkempen. Tidak cukup dengan itu, kehadiran jentera Wanita Umno yang berkunjung di premis perniagaan dan kediaman mereka juga menunjukkan sambutan yang menggalakkan.

Paling mengejutkan ialah, hanya sekitar 100 – 300 orang sahaja masyarakat Cina yang hadir ketika program Anwar Ibrahim di kawasan penempatan masyarakat itu di pekan Sungai Limau. Sedangkan umum mengetahui betapa mereka sebelum ini begitu taksub dengan Anwar yang dirasakan mampu menumbangkan kerajaan BN/Umno dalam pilihan raya umum yang lalu.

Malah sekiranya dilihat daripada keputusan undi yang diterima jelas membuktikan penolakan kaum Cina yang mula sedar akan penipuan yang dilakukan oleh Anwar. Sebagai contoh ketika PRU yang lalu dianggarkan hampir 90 peratus pengundi Cina telah keluar mengundi dan memberikan sokongan kepada calon pakatan pembangkang.

Berbanding 51.05 peratus sahaja yang keluar untuk mengundi dari jumlah keseluruhan 1,850 pemilih. Dari jumlah tersebut seramai 771 pemilih dari masyarakat Cina tidak hadir menunaikan tanggungjawab mereka. Menurut bacaan sikap yang dijalankan hampir 300 responden yang ditemui memilih untuk tidak mengundi pembangkang, manakala yang selebihnya adalah merupakan pengundi luar yang tidak mahu pulang untuk mengundi.

Kesimpulannya, pendedahan demi pendedahan yang dilakukan berhubung pembohongan Anwar sebelum ini telah menyebabkan masyarakat Cina mengambil keputusan untuk menolak calon dari pakatan pembangkang. Apa yang di harapkan semoga momentum sokongan akan berjaya dikekalkan sehingga PRU-14 kelak.

Beruang Biru






24 Komen to Apa Punca Pengundi Cina Beralih Arah

  1. […] More here: Apa Punca Pengundi Cina Beralih Arah […]

  2. Orang Kampung says:

    mungkin satu kegembiraan bagi pemimpin umno tetapi sebenarnya itulah cara pengundi cina menyesuaikan diri dlm keadaan2 tertentu.
    piliharaya kecil tidak harus dijadikan ukuran bahawa pengundi cina telah kembali menyokong bn.
    pengundi cina bukanlah seperti pengundi melayu yg kekal dlm semua keadaan menyokong dan mendokong parti yg di sokong dlm semua keadaan.
    pengundi cina pandai bermain dgn gelombang sesuai dlm semua keadaan seperti pilihanraya kecil sg limau krn tiada gunanya menzahirkan sokongan kpd puak pakatan pembangkang krn puak itu bukan lagi memimpin kerajaan negeri,mereka terpaksa menzahirkan sokongan kpd bn krn dlm waktu 5 tahun ini sudah tentu berbagai permintaan dan keinginan meraka akan di tunaikan oleh kerajaan bn.
    pimpinan bn akan terkhayal dgn sokongan ini dan akan melayan segala karenah pengundi cina dan inilah yg mereka mahukan dan bila tiba pilinraya umum ke 14 mereka akan kembali meneruskan impian meraka bersama pakatan pembangkang.
    pengundi cina mengetahui pemimpin bn khususnya umno adalah golongan melayu yg mudah lupa dan inilah yg mereka laksanakan dlm pilihanraya kecil sg limau agar mereka terus menikmati perkongsian ekonomi sebelum memacu sendiri ekonomi bersama pakatan pembangkang yg di ketuai oleh dap.

    • Jambol says:

      Pendapat Orang Kampung adalah tepat. UMNO menggali kuburnya sendiri jika pemimpin-pemimpin UMNO tidak sedar hakikat ini.

      Walaupun dengan berbagai penipuan PAS masih lagi boleh menang, UMNO perlu bertindak tegas dan berani sekarang ini.

    • ami ali says:

      pandangan orang kampong mesti diambil nerat oleh Daruk seri Najib.. Mereka tyersepit sekarang menyababkan mereka bermuka-muka. Tidak boleh dipercayai 1000 peratus.

  3. Mek Esah says:

    Apek ni bukan tak tau sapa itu umno….tahap temberang peringkat tertinggi umno sudah dalam poket cina le….ari tu depa nak cuba tukar putra jaya….tp malang melayu kampung masih sayangkan umno yang pandai membodek dan bersandiwara……itu je

    • bangKano says:

      Sudah la mek esah hang tok sah la nak meghoyan macam dah mati laki yang dah mati pucuk tu….angan angan kosong jerrr puak puak serba haprak ni nak ambik Putrajaya…tu sevbab mentor de facto PM tu dok sakan sasau la ni….!!!

  4. omega says:

    Mek Esah.. kesian ye.. makin lama anuwar makin tak laku dah..

  5. Azman Fi says:

    Ini satu lagi sendiwara Opera Cina,tak habis2 dgn tipu muslihat.Ini lah kaum yg memalukan kaumnya sendiri seperti kata Ye Lin-Sheng dlm bukunya Chiness Dilemma. Memang aku sudah jangka dgn sokongan yg tak seberapa ini diPRK Sg Limau,bak kata Sun Tzu mengelirukan awan mengalahkan musuh.Mengikut yg tak berarus. Kita tidak lupa dgn bersatunya mereka keluar awal beratur panjang untuk membuang undi pada PRU13,peratusan yg keluar undi begitu tinggi lebih dari 90% dgn membawa harapan “ini kalilah” Malangnya semangat ini tidak ditunjukkan pada PRK Sg Limau,sekadar lebih kurang 51% yg keluar mengundi.
    Jgn terpedaya,inilah sokongan yg membawa rebah.Fokus kita memperkasakan Melayu dan Bumiputra,ini lah sokongan yg padu yg sudah ditunjukan membuatkan mereka berubah,jgn kita lupa pula “Lain kali” nafsu besar masih menyala …

  6. matkisah says:

    cina ubah arah sebab dia tau melayu dh bercakaran sama sendiri..kalau dia ubah arah tentu sekali yang berkuasa DAP..maknanya cina berkuasa macam singgapore..dan lagi satu cina ni semua bangsa babi..najis..pembohong..komunis..jadi sesiapa yang asik nak sanjung cina memang bodoh..macam ahli politik melayu sekarang ni tak abis2 nak mintak sokongan cina wat apa..kan bodoh tu…dan namanya cina..lebih baik kawan ngan babi dari kawan ngan cina…

  7. korokstabang says:

    tadak apa yang mengejutkan prk yang tak mengubah apa apa macamna bleh di katakan penanda aras, dari keputusan prk apa kesan kepada pentadbiran negeri Kedah apa plak kesan pada pentadbiran negara Malaysia tadak apa kesan pun, jangan lah kita terlebih menjadi bodoh sedangkang kaum cina bertambah tambah cerdik dengan memperbodohkan kita, cara tarian politik cina pun masih tak boleh baca kaa oiii aku ulang jawapan keputusan prk sg limau tidak memberikan apa apa kesan kepada pentadbiran negeri jauh sekali kepada pentadbiran negara

    kalau pemimpin mau di perbodohkan oleh kaum cina pi jadi bodoh lah sorang2 toksah lah tarik ahli soh sama sama jadi bodoh

  8. sungai_siput says:

    haha
    itu strategi nama nya… cina wayang je dgn gomen

    nanti gomen bagi la macam2 kat cina….. PRU14 depa nak sokong BN/UMNO…jgn harap ler

    30% undi cina cukup untuk buat BN menang seperti yg lepas2… bermakna 70% cina dari dulu lagi tak undi BN/UMNO

    bila pemimpin UMNO nak sedar ni???

    nak tunggu 65-70% melayu bagi undi pada pembangkang ka

  9. tony gunawan says:

    cina undi BN adalah pengkhianat bangsa ,agama dan negara!

  10. jombo says:

    Hoi Toni cakap kau tak laku disini.. dasar pencacai tahap hina kau ni.. ptuih.. bodoh bongok punya cacai pkr.

  11. darman says:

    Pandangan mykmu ini adalah pandangan UMNO atau blogger UMNO …….jadi memang sahih najib razak akan jadi ketua pembangkang selepas PRU14. UMNO dan pengampu umn macam mykmu iilah akan menghancurkan Melayu.

    • bangKano says:

      Weiii darman serba koman…tang mana UMNO menjahanam kan melayu hah…? Tolong ulas sikit guna otak bukan otot berketoi ketoi kat badan hang tu.

  12. Mat Panjang says:

    PR pembohong. Mereka sanggup berbohong untuk menimbulkan perasaan marah dan benci terhadap BN untuk merah undi daripada pengundi.

    Mereka berbohong mengatakan adanya Blackout di Bentong, Pahang semasa Mengira undi dan adanya 40,000 pengundi Bamgala.

    Sekarang? Pengundi sudah tahu Belanger dan temberang mereka.

  13. pasdaplaknat says:

    Cina xberalih arah sbnrya..tp Cina terus nk perdaya UMNO yg lupa diri dan baik tak bertempat… itu jer..

    Cina dh dpt jalan terbaik utk survival cauvanist mereka bersama DAP yg menguasai Pakatan Haram.. so kick out UMNO BN laa.. no more needed..

    Najib masih nk kekalkan sistem Perikatan.. zaman dh berubah manusia dh berubah.. sistem pn perlu berubah..

    • yeop says:

      najib..anwar..hadi sama saja. cuma najib lebih bernasib baik sebab telah diselamatkan oleh ahli umno dan orang melayu penyokong bn yg ternyata lebih bijak dari melayu ahli pakatan haram.. memang melayu mudah lupa dan yang paling suka buat lupa adalah najib..hadi pulak lebih lupa dari ingat , sedang mabuk kuasa tetapi anwar memang dah terlupa terus..

  14. buya says:

    Kena ingat, dalam cina bersandiwara menipu pemimpin melayu, pemimpim melayu pun berkemungkinan menipu pengundi-pengundi cina. Dalam berpolitik, kemahiran mengubah kekurangan menjadi kelebihan sangat penting. Umum maklum, cina tak akan sokong BN pada pilihanraya akan datang.

    Pemimpin BN pun maklum akan keadaan ini. Tetapi, menipu orang yang menipu kita sehingga orang yang menipu kita rasa dia telah berjaya menipu kita adalah penting dalam politik.

    When your enemy think of 5 advance move, you think 10.

    Keep your friends close, keep your enemy closer.

    Kalau perlu pemimpin BN tabur duit di sekolah cina untuk dapat sedikit undi, atau sekurang-kurangnya untuk tunjuk konon-konon BN adil, biarkan. Sekurang-kurangnya UMNO boleh blame pengundi cina kerana tidak mengundi BN, dan menyalurkan banyak bantuan kepada bumiputra atas alasan itu.

    Kemahiran penting dalam berpolitik – fully utilize what you have, advantage or disadvantage. Itu yang Anwar sgt mahir. Dan mungkin pemimpin BN lebih mahir dari Anwar, melakukannya tanpa disedari musuh.

  15. Pejuang IMR says:

    Melayu. Bersatulah. Ambillah peluang yang disediakan oleh kerajaan BN/UMNO sementara cina menolak pemimpin mereka untuk berada dalam kabinet. Initiatif nasional untk merperkasakan ekonomi orang melayu/bumiputra patut di ambil peluang dan menyokong usaha murni kerajaan ini secara berterusan. Agensi2 seperti MARA, FELDA, PNB, Tabung Haji, Petronas, GLC patut meningkatkan lagi usaha membantu Melayu dan Bumiputra. Dalam masa yang sama isu2 mempertahankan akidah dan meningkatkan syiar Islam perlu mendapat kerjasama melampaui sempadan parti politik. Bersama2 kita pertahankannya selagi kuasa masih ada dan nyawa masih dikandung badan.

Leave a Reply

Threesome