Menu Utama

November, 2013

 

Selama 22 Tahun Rupanya Nik Aziz Kemaruk Nak Jumpa Najib

Oleh Nur Azlina Shaari Pertemuan Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ternyata memberikan tamparan hebat buat bekas MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menerusi laporan Sinar Harian, sepanjang beliau mentadbir negeri Kelantan, Nik Aziz meluahkan tidak ada sekali pun pertemuan antara dirinya dengan Najib diaturkan. “23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu,” kata Nik Aziz. Ini sekali gus memberikan pendapat bahawasanyaBaca Lagi


Wanita Taiwan diculik berada dalam keadaan selamat – KPN

KOTA KINABALU 30 Nov. – Polis memberi jaminan keselamatan wanita warga Taiwan yang diculik di Pulau Pom-Pom, Semporna pada 15 November lepas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes sedang diuruskan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina. “Kami beri jaminan yang mangsa berada dalam keadaan selamat. Kami juga membantu keluarganya tatkala kami berusaha membebaskannya dengan kerjasama pihak berkuasa negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini hari ini. – BERNAMA


Jeff Ooi Sepatutnya Dipecat Sebagai Pengajaran

Isu kebiadapan Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi sehingga kini belum menunjukkan tanda-tanda akan tamat berikutan kedegilannya untuk memohon maaf di atas kelancangan mulutnya menghina sekumpulan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang majoritinya berbangsa Melayu dengan gelaran kucing kurap. Gesaan pelbagai pihak termasuk tuntutan oleh kesatuan sekerja seperti ANUELA, MTUC, Persatuan Buruh Majlis & Pegawai Kanan MPPP juga tidak dihiraukan seolah-olah Jeff Ooi merasakan bukan satu kesalahan menghina dan memperlekehkan maruah penjawat awam. Demikian hinanya martabat dan maruah kakitangan awam dan orang Melayu Islam di mata pemimpin DAP. DigelarBaca Lagi


10 Orang Lagi Pengikut Tuhan Harun Dicari Bagi Kukuhkan Kes – KPN

KOTA KINABALU 30 Nov. – Polis masih memburu 10 individu lagi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya siasatan ke atas kes tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya dengan penangkapan 10 pengikut ajaran sesat ’Tuhan Harun’ yang disyaki terlibat dengan pembunuhan pegawai JAIP itu. “Biarpun kita telah cakap semalam siasatan dah selesai dengan penangkapan 13 orang termasuk dua wanita, kita percaya siasatan akan selesai terus dengan penangkapan 10 yang dikehendaki ini,” katanya kepada pemberitaBaca Lagi


Nik Aziz Meroyan Sakan Bila MB Kelantan Berjumpa PM

Sungguh melucukan sekali apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti mengeluh seakan mencemburui usaha diplomasi oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub yang melakukan kunjungan rasmi menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya beberapa hari lepas. Kata Nik Aziz, pertemuan rasmi sebegitu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan sama sekali kerana dakwanya sepanjang lebih 20 tahun beliau menjadi MB menerajui Kelantan tidak pernah ada perjumpaan sedemikian rupa diaturkan untuk membolehkannya menemui PM. “23 tahun baru boleh jumpa, payahnya Menteri Besar pembangkang nak jumpa perdana menteri,Baca Lagi


Kos Pejabat Anwar: Kalau Bukan RM 15 Juta, Berapa?

GELABAH puyuh macai-macai Anwar bila kos operasi pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dipertikaikan banyak pihak.  Yang jadi lebih sensasi ialah bila didakwa kos itu sebesar RM 15 juta setahun dan katanya maklumat ini datang dari pejabat Menteri Besar Selangor sendiri!! Bagaimanapun Menteri Besar Khalid gagap dah keluar kenyataan menafikan pejabatnya ada keluar kenyataan seperti itu, begitu juga membayar wang sebesar itu untuk menanggung kos operasi pejabat Anwar yang semua orang tahu tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada negeri Selangor. Penafian Khalid bagaimanapun tidak menyelesaikan semua persoalan yang timbul lanjutan dari pendedahan tersebut.  Benar dia kata pejabatnya tidak ada keluar kenyataan sedemikian tapi persoalannya jumlah itu betul atau tidak?  Kalau bukan RM 15 juta, berapa? Lagipun orang tahu pejabat Khalid sedang berkrisis dengan Anwar dalam soal kenaikan melampau gaji Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker baru-baru ini, kalau bukan dari Khalid secara rasmi, mana-mana pihak berkepentingan dalam pejabat itu yang bocorkan kepada pihak luar. Ini politik, apa pun boleh jadi. Baiklah, soal politik kita uruskan kemudian, yang penting kos pejabat Anwar ini dulu sebab setakat yang rakyat Selangor (selaku pembayar cukai) tahu, kos rasmi pejabat ini ialah sebanyak RM 12 setahun – jumlah elaun RMBaca Lagi


STAFOC Selesaikan Kes Pembunuhan Pegawai JAIP

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Polis berjaya merungkai kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dengan penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dan merampas pistol yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu. Tangkapan itu termasuk dua wanita. Perkara itu diumum oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya @KBAB51 malam ini. “Syabas kepada Team Cantas BAman (Bukit Aman), berjaya rungkai kes bunuh Penguatkuasa JAIP. Tangkap 13 orang dan pistol dirampas. Angkara Kump (Kumpulan) Tuhan Harun,” katanya. Ini disusuli dengan kenyataan kedua beliauBaca Lagi


MB Makan GAJI BUTA


Elizabeth Wong Sahkan Anwar Tahu Awal Kenaikan Gaji MB

Baru sahaja sehari yang lepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim buat-buat terkejut beruk seperti tidak merestui kenaikan menggila gaji MB Selangor dan anggota pentadbirannya, alih-alih hari ini EXCO Selangor iaitu Elizabeth Wong mendedahkan kenaikan itu sudah dimaklumkan awal lagi kepada pucuk pimpinan tertinggi PKR. Elizabeth yang juga ADUN PKR Bukit Lanjan menjelaskan segala perincian mengenai kenaikan tersebut sudah pun dibentangkan oleh Khalid Ibrahm dalam Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi PKR pada pada 22 November 2013 yang tentunya turut dihadiri Anwar. “Dalam mesyuarat 22 November itu, kita mendapati tidak ada bantahan yang diterimaBaca Lagi


PM Lancar Buku Berunsur Syiah?

Portal pro-DAP, Malaysikaini.com jelas berniat jahat apabila menerbitkan berita “Novel dilancar PM diharamkan Jakim”. Portal itu menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri telah melancarkan sebuah novel yang diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut Malaysiakini, “Novel pengarang terkenal Faisal Tehrani yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu kini diperakukan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas dakwaan mempunyai mesej Syiah.” Hakikatnya, Perdana Menteri melancarkan 30 judul buku karya asli terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) 2012 yang antara judul buku yang diterbitkan ialah antalogi rencanaBaca Lagi


Threesome