Menu Utama

Wayang Kulit “Bin Ibrahim” – Anwar dan Khalid

Oleh Zul Rawi

Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengkritik Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini seolah-olah telah membenarkan tanggapan sesetengah pihak berhubung konflik dalam yang melanda kepimpinan parti itu.

Anwar sebelum ini ketika bercakap di hadapan orang ramai di dalam forum Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya meminta Khalid Ibrahim agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

“Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh,” katanya.

Tindakan Anwar mengkritik prestasi Khalid Ibrahim itu dilihat agak pelik kerana beliau sendiri merupakan Penasihat Ekonomi kerajaan PKR Selangor. Malah tindakan mengkritik kelemahan Menteri Besar itu secara terbuka dalam menguruskan wang kerajaan negeri, secara tidak langsung telah menunjukkan kelemahan besar parti itu dalam menerajui negeri Selangor.

Sedangkan secara rasionalnya, sebagai Penasihat Ekonomi yang diberikan gaji dan seribu macam kemudahan melalui duit rakyat Selangor, antara tugas Anwar ialah membantu Khalid dalam mengurus tadbir ekonomi dan bukan hanya menuding jari menyalahkan orang lain.

Sekiranya ingin mengkritik ada baiknya Anwar meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi dan meminta Khalid mewujudkan satu jawatan khas yang dikenali sebagai Pengkritik Pentadbiran Selangor.

Namun persoalannya apakah Anwar begitu bodoh untuk membuka pekung tersebut? Jawapannya sudah tentu tidak, kerana rata-rata penyokong dan pengikut PKR Selangor menyedari akan hakikat itu. Malah mereka juga sedar konflik antara ‘Azizah – Azmin’ bukan baru bermula, ini kerana drama perebutan kuasa ini telah berlangsung sejak sekian lama.

Mengikut bacaan penganalisis politik kritikan terbuka Anwar itu sebenarnya bertujuan untuk mengambil hati ‘rakan dan sekutunya’ demi menyelamatkan survivor politiknya. Ini kerana menurut mereka, kegagalan Anwar untuk merampas Putrajaya pada pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan sokongan terhadapnya semakin berkurangan.

Khususnya sokongan dari kaum Cina yang merasakan Anwar hanya pandai berjanji dan bermain sandiwara. Tambahan pula penipuan untuk menawan Putrajaya bukanlah merupakan penipuan kali pertamanya. Sebelum ini, mereka juga pernah diperdaya dengan janji untuk ‘merampas kuasa pada 16 September’ namun gagal dilaksanakan.

Selain DAP, ramai mengetahui kenyataan tersebut lebih bersifat untuk memancing simpati Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang telah sekian lama mengidamkan kerusi empuk Menteri Besar. Malah jawatan tersebut adalah antara janji Anwar kepadanya sekiranya PKR berjaya menawan kembali Selangor pada pilihanraya umum yang lalu.

Namun disebabkan faktor sokongan isterinya Wan Azizah, Anwar terpaksa akur dan memungkiri janjinya kepada Azmin sehingga menyebabkan ahli parlimen Gombak itu kecewa dan ingin keluar dari parti.

Anwar sedar, Azmin bukanlah lagi ‘anak ikan jambu’ yang boleh diarah sesuka hati. Azmin yang suatu ketika dahulu sangat patuh dan taat padanya telah mula berubah sikap apabila merasa nikmat ‘kuasa’. Sekiranya dahulu Azmin mungkin boleh dipancing dengan ‘ayat-ayat cinta’ dan ‘digula-gulakan’ namun kini sekiranya ada permintaannya yang tidak dipenuhi, padah besar bakal menanti Anwar.

Kesimpulannya kritikan Anwar kepada Khalid Ibrahim bukanlah merupakan nasihat jauh sekali untuk dianggap sebagai peringatan, namun ia sebenarnya lebih merupakan percubaan Anwar untuk mengambil hati rakan dan sekutunya untuk mengemis simpati.

Ini kerana hanya dengan sokongan dan dokongan DAP dan Azmin, dia mampu untuk kembali selesa mengemudi politik pembangkang.






9 Komen to Wayang Kulit “Bin Ibrahim” – Anwar dan Khalid

  1. raplahjingaa says:

    Anwar puji guan eng atas prestasi terbaik ?? woii…pondan, prestasi terbaik apa yang guan eng buat kat pulau pinang ?? tariff air naik 100%, pelaburan asing menjunam pada paras yang paling buruk dalam 20 tahun, habis semua tanah rezab kerajaan negeri telah dan sedang dijual guan eng. prestasi tengkorak dia !

    Pondan ni apa pun sanggup dijualnya untuk menjadi PM, hatta anak bini dia sendiri pun.

  2. baba says:

    dia nak tunjuk dia kononya telus dgn kritik khalid tapi dalam masa sama dia jilat lim guan eng.

  3. Matatelinga Gomen says:

    Anwar adalah zaman lampau politik negara kita .

    Anwar sudah tidak relevan lagi.

  4. […] Link: Wayang Kulit “Bin Ibrahim” – Anwar dan Khalid […]

  5. ku2 says:

    lama tak dengar nuar melatah ..ingatkan dh kenyang bontot..

  6. mat yo says:

    anu war puji guan eng sebab kenyang projek tunnel dia masyuk…kan…nuar…kan..kan..kan

  7. decepticon jr. says:

    pas dan pkr bole bercakaran tapi dengan dappig, kedua dua badigol ni
    tunduk terkulai takut kantung nipis.

  8. kaki_lepang says:

    DAP tak takut pada PR sebab dia tahu PR pondan..DAP juga tidak takut pada PAS sebab dia tahu PAS adalah Pak PAndir..tapi dia takut pada UMNO sebab UMNO bukan macam PR atau PAS.. tulah sifir dia

  9. Alyabu says:

    Dua isu berbeza..DSAI mempersoalkan cara berbelanja MB Selangor yang terlalu konservatif dan berhati2 walaupun mempunyai simpanan wang berbillion ringgit..Najib pula mahu berbelanja secara berboros bagi itu, bagi ini …kalau takde duit!! ..pinjam!! naikkan harga minyak!! perkenalkan GST!!..hutang negara dah sampai 53% KDNK..ekonomi kroni dipertahankan sehinggakan usahawan2 gigih terbantut untuk maju kehadapan..

    Soalnya…cara berbelanja MB selangor yg konservatif tapi duit ada berbillion..Cara berbelanja Najib yg boros tapi hutang berbillion..

Leave a Reply

Threesome