Menu Utama

UMNO Permatang Pauh Buat Perubahan Drastik

Keputusan tidak rasmi UMNO Bahagian Permatang Pauh menyaksikan perubahan drastik apabila perwakilan bahagian hari ini memilih menukar kepimpinan sedia ada yang dilihat gagal merampas kembali Parlimen Permatang Pauh daripada Ketua UMUM PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian, bekas Ketua Pemuda Bahagian, Cikgu Mohd Zaidi Mohd Said menewaskan penyandang jawatan selama tiga penggal Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan dua calon lain. Mohd Zaidi dilaporkan menang dengan majoriti 110 undi.

Manakala, bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, dimenangi Ibrahim Ahmad yang mengalahkan penyandang, Datuk Mohammad Nasir Abdullah dengan 272 undi serta dua calon lain.

Seramai 588 perwakilan membuang undi dalam pemilihan bahagian itu di Politeknik Seberang Perai di sini.

Abdul Jalil dan Mohammad Nasir kelihatan meninggalkan dewan kira-kira jam 2.45 petang.






14 Komen to UMNO Permatang Pauh Buat Perubahan Drastik

  1. KerisMelayu says:

    Kalo dah x boleh berubah.. ahli akan tunjuk jln keluar spt ini..

  2. raplahjingaa says:

    Syabas Permatamg Pauh !!

  3. alimedanbaru says:

    ..carik-carik bulu ayam, semuga bertaut semula demi menewaskan pengkianat bangsa dan agama pada PRU14.

  4. […] Taken from: UMNO Permatang Pauh Buat Perubahan Drastik […]

  5. tony gunawan says:

    Abdul Jalil Abdul Majid pandai membodek najib!

  6. Firdaus says:

    Jalil kalah pon dia dah kaya dah, PRU13 dia cantas calon kegemaran Dato Arif Shah sehingga DUN Seberang jaya tewas kepada PKR,

  7. Anak Lenggong says:

    Tidak kiralah siapa pun yang menang yang paling penting sesudah pemilihan ini rapatkan kembali Syaff semua ahli..teruskan perjuangan kerana masih banyak lagi perkara yang belum selesai..yang paling penting tendang keluar Nuar brahi daripada Permatang Pauh..Kalau menang masih macam tu juga tiada apa gunanya…orang kata mengabihkan boras jee

  8. PASpartyNGOK says:

    Rakyat Permatang Pauh perlu sedar petukaran itu. Mereka juga perlu lupakan sentimen kerana sentimen ialah sejarah.

    Kita perlu masa depan sementara sejarah ialah sesuatu yang akan kita singkap. Kita hidup dengan masa depan kita tidak hidup dengan sejarah.

    Untuk itu Permatang Pauh perli memilih UMno. Faham ? Hishhhhh….

  9. bujuk says:

    Kalau Najib jadi Ketua Bahagian Permatang Pauh pun…. belum tentu UMNO boleh menang d sana.

    • Gambus says:

      Menang atau kalah tu perkara biasa , jangan buat fitnah macam manusia takde agama macam puak PAS dan Pakatan sudah laa bujuk

Leave a Reply