Menu Utama

UMNO Mendepani Cabaran Transformasi – Siapa Yang Relevan Bersama PM dan TPM?

Buat pertama kalinya, seramai kira-kira 146500 perwakilan berikan hak untuk menentukan pucuk pimpinan tertinggi dalam hierarki kepartian Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Akar umbi diberikan hak, yang membawa erti tanggungjawab terhadap siapa yang mereka pilih.

UMNO jelas mendepani cabaran, apabila membuka pintu demokrasi seluas-luaskan kepada perwakilan. Setuju atau tidak, pendekatan ini bakal dijadikan “benchmark” untuk parti-parti politik di Malaysia, samada tulus dalam membicarakan keterbukaan, atau sekadar menanam tebu di tepi bibir.

Atas faktor pertama kali, tentunya terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Waima pemilihan masih di dalam fasa berkempen, sudah terdengar rungutan akar umbi berkenaan undang-undang pemilihan. Ini menunjukkan prosedur dan garis panduan yang telah digubal perlu penambahbaikan sekiranya perlu, berdasarkan maklumbalas dari akar umbi.

Hak, atau tanggungjawab yang diberi kepada para perwakilan bukanlah enteng. Ia bakal menentukan siapa yang menakhodai bahtera sebuah perjuangan. Ia bakal menentukan halatuju parti, dan nasib agama, bangsa dan negara menjadi pertaruhan.

Bagi penulis, transformasi hanya akan terbiar menjadi retorik semata sekiranya para perwakilan bersikap sambil lewa dalam menentukan pucuk pimpinan. Kepada siapa dayung dihulurkan, sedang sampan sedia menanti?

Apa yang perlu perwakilan lihat dalam soal memilih pemimpin berdasarkan trak rekod mereka, terutamanya yang memegang jawatan menteri. Ini adalah golongan yang paling mudah untuk dijadikan kumpulan sasar, kerana masyarakat dapat menilai mereka secara langsung melalui isu-isu yang berlaku. Untuk perwakilan, cuba nilai prestasi mereka, bukan hanya berdasarkan isu-isu semata, malah melalui dasar-dasar yang dibuat sewaktu bergelar menteri di satu-satu kementerian.

Apakah mereka berjaya, atau sekadar menjadi “parasit” kepada tiang seri perjuangan, iaitu agama, bangsa dan negara?

Dalam pada itu, perwakilan tidak harus terpedaya dengan isu-isu semasa yang masih belum dapat dianalisa secara menyeluruh. Ia hanya akan bersikap berat sebelah sekiranya satu-satu pihak belum diberi peluang menjawab. Bersikap adillah kepada diri sendiri sebelum membuat keputusan. Oleh yang demikian, perlu untuk perwakilan membuat sedikit “homework” berkenaan calon-calon yang bertanding berdasarkan kriteria-kriteria seperti di atas.

Di Selangor, sebagai contoh, mengalami kekalahan teruk dalam sejarah pilihanraya. Apakah perwakilan masih mahu memberi kepercayaan kepada pemimpin yang telah kalah pada PRU yang lalu? Bukan berniat untuk menghasut, penulis sekadar melontarkan kriteria untuk sama-sama difikirkan oleh perwakilan semua. Sejauh manakah pemimpin-pemimpin yang telah kalah di tempat sendiri, masih relevan untuk memimpin sebuah parti?

Itu belum diambil kira dari golongan pemimpin yang pernah dua kali kalah di PRU. Berbaloikah untuk perwakilan diketuai oleh mereka untuk penggal seterusnya?

Cabaran politik negara semakin menuntut pemimpin yang faham tentang desakan politik baru. Kadar celik politik yang tinggi selepas PRU13 telah mengubah keperluan dan kehendak rakyat. Transformasi diyakini sangat diperlukan oleh UMNO.

Penulis bermohon, agar semua perwakilan dapat memilih dengan tepat, demi cita-cita sebuah bangsa merdeka. Tersilap pilih, anda harus bertanggungjawab kepada puluhan generasi.

Buktikan bahawa UMNO menjuarai transformasi.

Tepuk dada, tanya hati. Kerana kekuatan hati lebih teguh dari akal yang sentiasa mengakal.

34 Komen to UMNO Mendepani Cabaran Transformasi – Siapa Yang Relevan Bersama PM dan TPM?

  1. baba says:

    buatlah pilihan yg tepat, pilihlah pemimpin yang akan meastikan parti keramat kita terus dipercayai rakyat, pilihlah pemimpin yang benar2 dapat buat kerja utk agama, bangsa dan negara.

  2. Moohyideeeeen says:

    KJ Relevan…Tu PM lantik dia jadi menteri (kes2 dia dulu dah selamat). Waythamoorthy pun relevan jugak. Yg tak relevan ahli Mykemut.net jer….tu yg jadi haprak mintak BR1m tu…

    • Kayu says:

      Br1m tu kerajaan bagilah lemmoo,,… bukannya rakyat mintak..,.. sebagai ganti tarik subsidi dari orang kaya…,pulak tu termasuk pencacai PAS serta pencacai yang sewaktu dengannya yang dok guling-guling atas jalan dan padang yang anti kerajaan tu…,nya mintak pakai tadah tempurung dan tin Milo macam Nik Aziz tu…,!

    • Hamba Ar Rahman says:

      Hang ni Moo….pi tembak….pap terkena balik kat badan sendiri…tak ker naya….ahli MyKemu.net ni tak silap aku yang paling aktif ialah hang…pagi2 lagi dah online….hehehe

    • gambus says:

      hahahaha kau ni cakap tak pernah guna otak langsung , BR1M tu sendiri banyak diambil oleh macai-macai Pakatan .. dan kau juga harti-hari yang mempertahankan CEC DAPigs yang penuh pelbagai kemusykilan hahahaha

    • sireh ke gagang says:

      moo lagi haprak . ade plus bodo2 alang jugak . selalu komen tak kena dgn entry , meraban sana sini ,last2 sembang pasal kpop & giyomi . bebal bertingkat moo ni. 😀

  3. Moohyideeeeen says:

    Islam adalah gabungan kekuatan keruhanian dan kebendaan. Ia bukan agama kerahiban yang hanya duduk bersila berzikir dan melupakan tanggungjawab menjadi khalifah atas muka bumi ini.
    Juga, bukan agama yang memisahkan dunia dan akhirat, sehingga kegiatan dunia dibicara atau dilaksanakan dalam rupa yang berasingan dengan akhirat. Tidak, sama sekali tidak!

    Fungsi masjid

    Masjid adalah pusat umat Islam. Masjid dalam Islam mestilah melambangkan kesyumulan atau keluasan Islam itu sendiri. Masjid mesti berfungsi untuk membangunkan umat di sudut kerohanian dan fizikalnya.

    Memasuki masjid bererti melangkah ke kawasan yang melambangkan ketulusan, kemesraan, kerahmatan dan kesyumulan agama ini.

    Sebab itu, umat Islam dalam kesibukan urusan kehidupan, mereka diperintahkan singgah lima kali saban hari di masjid demi mengambil tenaga meneruskan agenda perjuangan sebagai khalifah yang memimpin dunia ini.

    Maka muncullah dalam diri setiap individu muslim satu kekuatan yang luar biasa. Ia adalah gabungan antara unsur langit dan bumi, atau kerohanian dan kebendaan.

    NONEKata Dr Yusuf al-Qaradawi:

    “Dengan menunaikan solat berjemaah di masjid sebanyak lima kali sehari, menjadikan masjid suatu tempat yang penting dalam Islam dan kehidupan muslimin. Masjid bukannya tempat bertapa untuk golongan pendeta (yang hanya menumpukan kepada ibadah khusus), atau sudut untuk golongan menganggur, bukan juga tempat ibadat golongan darwis (ahli pertapaan).”

    Dalam Islam tiada pendetaan atau pertapaan. Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Zar yang bermaksud:

    “Kewajiban kepadamu adalah jihad kerana itulah adalah pertapaan umatku.” (Ibn Hibban dan al-Hakim – hadis hasan)

    Al-Qaradawi juga menyebut:

    “Masjid Nabi itu adalah madrasah dakwah, demikian juga ianya adalah pejabat negara Islam. Padanya Nabi memberikan kerja bagi yang menganggur, ilmu kepada yang jahil, pertolongan kepada yang fakir, memandu urusan kesihatan dan kemasyarakatan, menyebarkan berita yang penting untuk umat, bertemu dengan para diplomat asing, mengatur tentera di medan perang juga menghantar pendakwah dan perwakilan untuk perdamaian.”

    (Al-Qaradawi, Al-`Ibadah fi al-Islam, ” ms 233, Beirut: Muassasah al-Risalah)

    Kata seorang tokoh Islam yang terkenal di masa ini, Dr `Imad ad-Din Khalil dalam karyanya Dirasah fi al-Sirah ketika mengulas tentang fungsi masjid yang diasaskan oleh Rasulullah S.A.W.

    “Masjid bukannya tempat ibadat dan solat semata-mata, bahkan kedudukannya sama seperti kedudukan Islam itu sendiri, mencakupi berbagai sudut al-din, politik dan kemasyarakatan.” (ms 149 Beirut: Dar al-Nafais)

    Gagal berfungsi

    Malangnya, masjid-masjid kita kebanyakannya masih gagal berfungsi sedemikian rupa. Di sudut kerahmatan dan kemasyarakatan umpamanya, banyak masjid kita masih tidak mesra remaja dan kanak-kanak. Golongan ini sentiasa rasa kurang selesa atau bimbang dengan layanan orang-orang masjid kepada mereka.

    NONETakut-takut dimarahi jika tersilap. Jika tidak pun, mereka kurang diberi layanan yang sewajarnya. Lebih teruk lagi ada masjid yang membuat penempatan khas untuk kanak-kanak ketika solat. Mereka dijarak jauhkan dari saf orang dewasa. Kadang kala jauhnya itu pula diselang beberapa saf.

    Ditulis pula satu papan tanda ‘saf kanak-kanak’. Ini semua berpunca dari “khurafat” yang disandar kepada fekah kononnya jika kanak-kanak belum berkhatan bersentuhan dengan orang dewasa maka batallah solat.

    Sebabnya di bawah ‘kulit’ kanak-kanak itu ada najis kerana belum bersunat. Cubalah tanya orang-orang tua, atau ustaz yang mengajar sedemikian rupa, apakah dalam perut orang dewasa tidak ada najis?

    Atau apakah jika seseorang ada nanah di bawah kulitnya, maka solatnya tidak sahnya?

    Saf kanak-Kanak

    Lebih lucu dari itu ada yang menyatakan boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf kerana ‘jangkitan sentuhan’ kanak-kanak.

    Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan akal.

    Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah SAW bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda.

    Kata Ibn ‘Abbas:

    NONE”…Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda.” (Riwayat al-Bukhari).

    Dalam hadis Anas yang bermaksud:

    “…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami.” (Riwayat al-Bukhari)

    Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah SAW menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.

    Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani:

    “Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah.

    “Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah SAW menjadi hujah dalam masalah ini.” (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah)

    Layanan buruk

    Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang.

    Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid.

    Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.

    NONEAda juga pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti mengganggu keheningan jamaah.

    Dukacita sikap yang demikian tersimpan dalam perasaan sesetengah orang. Ini kerana sesetengah kita lebih ingin jaga warna kapet baru dari berkempen mendapat jamaah baru.

    Dalam hadis Nabi SAW, baginda bersabda yang bermaksud:

    “Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya”. (Riwayat al-Bukhari)

    Lihatlah sikap mesra pelanggan yang ditunjukkan oleh baginda. Maka tidak hairan, masjid di zaman menjadi tempat terpautnya hati setiap generasi. Hadis ini juga memberi maksud imam mesti meringankan solatnya, jika makmum ramai yang bertugas di belakangnya.

    Demikianlah Nabi SAW menjaga perasaan ahli jamaahnya. Adapun kita, jika ada anak yang menangis, ibunya pasti dipandang sinis.

    Maka jangan hairan jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih diberi layanan mesra ketika berada di pusat-pusat hiburan, dibandingkan jika berada di masjid.

    Kemudian kita ‘bising’ apabila generasi muda tidak minat dengan masjid, atau tidak selesa di masjid.

    Pemikiran sekular

    Di sudut kesyumulan Islam, pemikiran ‘sekular’ masih terpalit baunya dalam gaya fikir kebanyakan kita. Pengajaran di masjid masih terikat dengan beberapa mata pelajaran tertentu sahaja, yang dianggap hanya itulah yang berkait dengan agama. Selainnya, tidak diberi ruang di dalam masjid.

    Maka hanya tauhid, fekah, tafsir, tasauf dan seumpamanya diajar di masjid. Itupun sebahagiannya masih lagi menggunakan pendekatan lama seakan pendengarnya datang dari beberapa kurun yang lepas.

    NONESoalannya, mengapa tidak mata pelajaran akademik moden seperti sains, matematik, geografi juga diajar dalam masjid-masjid? Tidakkah agama itu merangkumi dunia dan akhirat. Jika ustaz fekah boleh mengajar dalam masjid, mengapa ‘ustaz’ sains tidak?

    Fekah berkhidmat untuk umat dalam amalan mereka. Tanpa mengetahui sains juga, banyak fatwa moden tidak dapat dirumuskan!. Tidakkah generasi kita yang mempelajari sains dengan penuh keimanan boleh menjadi benteng kepada umat?.

    Fungsi masjid sepatutnya lebih luas. Kata ‘Aisyah RA:

    “Suatu hari Rasulullah SAW berada di pintu bilikku, ketika itu orang-orang Habsyah sedang bermain di dalam masjid. Baginda melindungiku dengan selindangnya, aku pula melihat kepada permainan mereka.” (Riwayat al-Bukhari)

    Dalam riwayat lain disebut permainan tersebut ialah permainan senjata. Sikap tidak membantah Nabi SAW terhadap permainan mereka menunjukkan perbuatan Habsyah mengadakan permainan senjata dalam masjid adalah sesuatu yang diizinkan.

    Demikian juga baginda tidak membantah ‘Aisyah melihat mereka, menunjukkan wanita boleh melihat pertunjukan permainan yang dilakukan oleh lelaki. Ini semua menunjukkan bahawa masjid pada zaman Nabi SAW tidak kaku seperti kita.

    Akademik di masjid

    Justeru, jika masjid memperuntukan kelas-kelas akademik percuma, maka para pelajar kita akan terasa kesyumulan agama ini.

    Di samping untuk peperiksaan, ia mendidik mereka lebih berdisplin dan ingatkan Allah mengenai ilmu yang dipelajari. Ia mampu menjadikan guru yang mengajar lebih mengingati Allah mengenai tanggungjawab dan kaitannya dengan Islam.

    Ini kerana semuanya beroperasi dalam masjid. Jika kelas-kelas tambahan percuma dalam pelajaran-pelajaran tersebut diberikan oleh masjid dan di dalam masjid pula, maka anak-anak akan dihantar oleh ibubapa ke masjid.

    Lalu hati mereka dan ibu bapa mereka akan dekat dengan masjid dan sentiasa mengenang masjid. Waktu solat, mereka akan bersolat. Jika mereka ingin melakukan sesuatu yang salah, mereka teringat mereka berada dalam masjid. Maka makmurlah masjid dan berfungsilah peranannya.

    Jika tiada ruang antara maghrib dan isyak kerana kuliah-kuliah agama yang formal. Masjid kita masih banyak waktu kosong antara Zohor dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

    Duit masjid yang ditabungkan orang itu, bukan sekadar untuk dipaparkan di papan kenyataan tentang peningkatan jumlahnya. Sebaliknya untuk dibuktikan fungsinya dalam membangunkan Islam yang syumul ini.

    Pusat kempen kebaikan

    Banyak aktiviti masyarakat muslim sepatutnya masjid menjadi pusatnya. Kempen penjagaan alam sekitar, kempen hak-hak wanita, kempen pembinaan ekonomi muslim dan berbagai lagi patutnya dikepalai oleh pihak masjid.

    Anak makmun atau jemaah yang mempunyai berbagai kegiatan dan aktiviti boleh memanfaatkan masjid.

    Selagi tidak bercanggah dengan syarak, masjid boleh dijadikan penggerak kepada sebarang aktiviti yang bersifat umat dan membantu membangunkan tamadun umat. Ahli jawatankuasa masjid pula jangan jadikan masjid sebagai syarikat sendirian berhad. Masjid untuk semua.

    Dr Mustafa as-Siba`i dalam menyebut pembinaan Masjid Nabawi serta fungsi masjid berkata:

    “Apabila Rasulullah SAW sampai ke Madinah, maka kerjanya yang pertama ialah membina padanya masjid. Ini menunjukkan kepentingan masjid dalam Islam… Apatah lagi bagi masjid itu mesej kemasyarakatan dan kerohanian yang besar kedudukannya dalam kehidupan muslimin. Masjidlah yang menyatupadukan mereka, mendidik jiwa, menyedarkan hati dan akal, menyelesaikan masalah dan di masjidlah dizahirkan kekuatan dan prinsip mereka. Sejarah masjid dalam Islam telah membuktikan bahawa daripada masjid bergeraknya tentera Islam memenuhi bumi dengan hidayah Allah. Daripada masjid juga diutuskan obor cahaya dan hidayah untuk muslimin dan selain mereka.

    “Di masjidlah bermula subur dan berkembangnya benih ketamadunan Islam. Tidaklah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Khalid, Sa`ad, Abu `Ubaidah dan seumpama mereka, yang merupakan tokoh-tokoh agung sejarah Islam melainkan para penuntut di madrasah Muhammadiyyah (sekolah Rasulullah s.a.w) yang bertempat di Masjid Nabawi… Jadikanlah masjid kembali sebagai tempat utama dalam semua institusi kemasyarakatan kita, adikanlah masjid kembali memainkan peranannya dalam mentarbiah manusia, melahirkan tokoh, membaiki kerosakan masyarakat, memerangi kemunkaran dan membina masyarakat atas asas taqwa dan keredhaan Allah.” (Al-Siba’i, Al-Sirah an-Nabawiyyah: Durus wa `Ibar, m.s. 74-75 Jordan: al-Maktab al-Islami)

    Kualiti

    Kuliah-kuliah di masjid juga mestilah ditingkatkan ke tahap yang sesuai dengan perkembangan masyarakat kita. Fekah yang payah dan menyusah hendaklah dihindari. Jadikanlah Islam itu mudah dan praktikal. Bersesuaian dengan nas-nas Islam yang bersifat demikian.

    Demikian pengajaran dalam masjid mesti memberi kesan kepada kehidupan insan yang ke masjid. Jangan ustaz asyik membahaskan tentang bermacam pembahagian air dengan berbagai pecahannya yang bukan-bukan, sehingga berbulan masih tajuk mengenai air itu dan ini. Belum pun masuk tajuk solat dan seterusnya.

    Malangnya dalam masa yang sama tandas atau bilik air masjid dipenuhi dengan bau dan kekotoran yang tidak melambangkan kebersihan dalam Islam. Islam bukan sahaja menyuruh kita bersih ketika dalam solat, namun juga di luar solat.

    Demikian juga isi pengajaran hendaklah dalam bentuk yang menarik generasi baru. Saingan luar masjid yang menarik manusia moden terlalu. Pusat-pusat hiburan yang lain menggamit generasi muda. Kempen-kempen ke masjid mestilah segar dan baru. Untuk itu, kita perlukan pihak pengurusan yang segar dan mampu membawa manusia ke masjid.

    Jika yang sedia ada tidak mampu maka, mereka perlu membina peningkatan diri, atau ‘menarik diri’. Pihak yang kerajaan amanahkan untuk memantau dan membina kekuatan masjid juga mesti segar megar. Jika tidak mampu, mungkin mereka kenalah segera tukar. Jika tidak, ia secara tidak langsung menghalang orang datang ke masjid.

    Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 114 yang bermaksud:

    “Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Mereka yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan mereka yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar”.

    Kita mungkin tidak menghalang manusia mendekati masjid. Namun tindakan yang tidak seimbang dengan fungsi masjid menjadikan manusia terhalang secara tidak langsung kerana kita. Generasi muda pelapis pembinaan tamadun umat. Jumlah mereka mesti lebih ramai di masjid dari di pusat-pusat ‘lamunan’. Jangan sampai masjid kita hanya jadi kelab orang pencen sahaja. Sedangkan orang muda berkelab di tempat lain.

    Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis.

    • bangKano says:

      Tu dia sikit punya berjela jela statmen berilmiah tu….alih alih cuma salin & tepek komen ohghang lain….ingat kan hasil nukilan autentik Mooohyideeeen sendiri. Gamak nya hang ni dapat ijazah di ipt cuma tebai ngan kertas kertas salin & tepek yang di muat turun dari internet sekadaq nok dapat markah kesian jerrr belaih ehsan dari pensyarah. Patut la dah ghamai depa kata graduan ipt tempatan kughang bermutu pasai tak mampu beghi hujah akal/reasoning bila buat tesis/disertasi. Semua pakai taram tak guna akai langsung macam Moooh serba carba marba ni…..dok haghap kan idea idea bernas oghang lain jerrr….!!!

    • gambus says:

      Beginilaa puak ajaran PAS , semasa pemerintahan BN Selangor , Selangor telah digelar Darul Maksiat kerana disco , kedai judi , kedai arak , dan telah menjatuhkan kafir kepada orang UMNO ..

      Kini bila DAPigs dan PAS berkuasa , disco makin bercambah , pusat judi tak pernah tutup , kedai arak berleluasa malah rumah urut bercambah dengan banyaknyaa

      inilah Islam pada PAS , iaitu penuh munafik dan fasik .. Islam hanya satu pelacuran sahaja demi kepentingan politik dan kuasa oleh pemimpin dan macai PAS

    • sireh ke gagang says:

      COPY N PASTE , KONON NK BAGITAU ORG KAT SINI , DIA PALING ALIM PASAL AGAMA . AGAMA DIA ADA , TAPI MENGAMALKAN TIDAK . hehehe.. ko suruh tony gunawan baca lagi bagus la moo.

  4. […] Read this article: UMNO Mendepani Cabaran Transformasi – Siapa Yang Relevan Bersama PM dan TPM? […]

  5. bujuk says:

    Aku hanya nak tengok Hishamudin tidak d lantik semula. Zahid.. pada aku dah patut masuk gelanggang lebih besar, tak padan lawan Naib Presiden. Macam guru besar lawan anak murid…
    Syafie Apdal hanya harap simpati umno Sabah sebab Musa Aman tak jadi bertanding. Rekod perkhidmatan tak memberangsangkan.. Isa dan Ali rasanya zaman dah berlalu. Mukhriz.. aku harap jadi wakil orang muda, jiwa baru dalam umno. Apapun ni hanya pendapat aku sebagai orang luar..

    • gambus says:

      tak dilantik ke atau dilantik itu bukan kau punya pasal bujuk , manusia munafik hina yang hina macam kau sememangnya penuh terpalit tahi .. baik kau fikir pasal PAS sendiri yang ramai pemimpinnya terdiri daripada penzina dan pengkhalwat !!!

      Malah pemimpin PAS sendiri ada video seks , jelas kepimpinan PAS sangat jijik dan penuh hina , pemimpin PAS berlagak sebagai Tuhan , dengan mengampunkan dosa zina … inilah pemimpin haprak PAS

  6. Moohyideeeeen says:

    Ex-PM wants ministers to quit due to their failures

    Lee Long Hui
    12:31PM Oct 10, 2013

    With the recent revelation of the government’s incompetence and mismanagement in the Auditor-General’s Report 2012, former prime minister Dr Mahathir Mohamed wants the respective ministers to resign due to their failures.

  7. bangKano says:

    Pendapat aku biaq la naib presiden tu di menangi oleh Zahid Hamidi,Shafie Afdal & muka baghu Mukhriz. Muka muka lama macam muka tarpal tu…..Hishamuddin Hussien Onn biaq pi dia tersingkiaq…jikalo ada pun buat peghabeh beghaih jerrr UMMNO/BN & melayu asyik asyik nak hunus & cium keris jerrr lepaih tu beghi amaran berpuluh puluhn kali…tindakan nya tak dak. Ketiga tiga tokoh mantap UMNO ni memang dah nampak naionalistik patriotisme nya untuk memertabat marwah bangsa melayu & negagha Malaysia.

    • alimedanbaru says:

      apa pun bang saya mengharapkan keberanian pemimpin menonjolkan imej Islam dan berani mengaitkan kerja buat adalah , ‘inilah tuntutan agama Islam’, biar orang PAS yg minda kelabu tu faham inilah kerja UMNO, RUGI BELANJA BILLION2 TAPI PUAK MELAYU YG KEPALA HIJAU TU TAK SAMPAI KE KEPALA HOTAK DIA UNTUK MELIHAT BAHAWA UMNO TELAH MELAKSANAKAN ISLAM…zaman la ni zaman promosi, kalau tak, tak laku..

      • bujuk says:

        Aku tak nampak lagi, tokoh2 Islam dalam UMNO. Ada tokoh2 muda seperti U.Firdaus, Asyraf Dasuki, U.Fathul Bari.. tapi bintang tak terang. Hanya d guna waktu2 tertentu, tapi nak jadi pemimpin dalam parti Melayu ni jauh sangat. Ada/tidak pun harap Jamil Khir, tu pun sebab jadi menteri JPM.
        Kalau UMNO betul serius sepatutnya dlm. MT ada sekurang2nya 3 ahli Agama. Naib Presiden 1 dan setiap sayap 3 ahli agama yg. berkebolehan.

        • Hamba Ar Rahman says:

          Tokoh2 muda ulama dalam Umno perlu memperhebatkan usaha mencari ahli2 baru supaya 5 ke 10 tahun yg akan datang….semakin ramai yg celik agama berada dalam Umno tak kira yg muda dan berusia….yg berusia tapi celik agama ramai berkumpul dalam PAS….jadi perlu cari pelapis2 dan orang baru untuk mengubah warna politik dalam Umno di masa depan…..nak kuat kena ramai….bila ramai suara lebih kuat…kalau setakat dua tiga kerat yg celik agama dalam Umno…bila bercakap guna microphone max volume pun takder sapa dengar….nak ramai…kenalah usaha cari geng dan sebarkan dan ajak ramai2….sama seperti ketika rasulullah menyebarkan Islam dahulu….sedikit2 lama2 jadi bukit….di samping menambah bilangan celik agama…..ulama yg ada ini juga perlu berusaha membawa lebih ramai ahli2 Umno yg sedia ada supaya berhijrah kepada Islamic course….manusia ni sifatnya lebih kurang sama sahaja…bila dah ramai dan popular….mudah mereka nak ikut dan mudah nak convince….cuma diharap agar setelah matlamat tercapai…mereka yg celik agama yg konon asalnya masuk Umno nak membetulkan orang….last sekali jgn jadi 2 x 5 macam sebilangan orang lain yg lapar kuasa dan melupakan niat asal….kalau sudah macam tu…lebih baik terus jadi macam PAS…kerana sudah tidak nampak apa perbezaan pun…

        • gambus says:

          PAS yang kononnya banyak ahli ugama pun lebih sanggup berpeluk dan bergembira dengan puak pro murtad dan pro LGBT .. tak payah ajar UMNO bujukk oiii , UMNO akan sentiasa membela dan mempertahankan Islam , tidak seperti PAS yang sibuk menjual dan melacurkan agama demi kuasa

          • bujuk says:

            Orang yg. takda ilmu selalu sesat, sedang orang berilmu selalu angkuh… hanya orang yg. iklas mendapat redha Allah dan syurga Allah.

          • WTF says:

            Kata2 Bujuk memang TRADEMARK bebudak FUCKUTAN pun…

          • gambus says:

            orang yang takde ilmu memang sesat bujuk, sesat hingga berbepulkan dengan golongan pro murtad dan pro LGBT

            orang yang ada ilmu dan angkuh ialah orang yang boleh tahu sembahyang seseorang tu diterima Allah atau tak , orang yang ada ilmu dan angkuh ialah orang yang jatuhkan hukuman murtad sesuka hati mereka kepada saudara seagama !!! sedangkan mereka melakukan perkara yang sama .

        • WTF says:

          Fuyooo…

          Siap demand lagi ya Bujuk!!!

          Mentang2lah Nicky Ajis naikkan taraf semua ahli PAS jadi Ulama!!!

          KAKAKAKAKAKA

  8. baba says:

    asal bukan kj

  9. omega says:

    1. Terima kasih moooo.
    2. Moo dah boleh atur siapa patut menang dan siapa patut kalah. Bolehundi ka Mooo

  10. DataCode says:

    Para perwakilan perlu ada pendirian kukuh sebelum memilih untuk mengundi para calon,perwakilan juga jangan banyak menerima khabar yang tak berasas tentang calon,kelak nanti soalan kena jawab sendiri

  11. MatbPanjang says:

    Wah! Bagus betul gerakan mengundi UMNO 2013.. Berapa belenja keseluruhan process mengundi di seluruh peringkat dan di seluruh Negara?

  12. arhi says:

    Apakah benar tidak berlaku poltik wang dalam pemilihan kali ini?melihat kpd keadaan secara halus dukar nak mempercayainya.Namun saya bnear2berharap kpd para perwakilan agar memilih mereka yg benar2 layak yg ada ketegasan demi menghadapi cabaran yg pasti amat getir drpd pihak pembangkang dlm PRU 14 nanti.Sekiranya disogok dgn wang sekalipun anda harus berfikir dgn mendalam sekiranya anda sayangkan parti keramat ini kerna dlm hal ini anda dan Tuhan saja yg mengetahuinya,yg pentingnya survival atau kelangsungan parti ini untuk bertapak di Malaysia ini,jgn dibiarkan diri spt keretapi tak mesti ikut kepalanya pabila ianya diyakini tidak berada di landasan yg benar,saya nampak pemilihan kali ini menampak jelas ada kumpulan2 yg sentiasa “menghiglightkan” supaya memberi sokongan kpd calon2 tertentu.Inilah yg tidak seronoknya di kacamata golongan atas pagar yg menyebabkan UMNO semakin tidak digemari,jaminan telus,bersih hanya dibibir saja tapi tidak pada implimentasinya.Wallahuallam

  13. bangKano says:

    Para agamawan la yang sakan meminggir kan ajaran ajaran islam ke arah kemajuan….depa dok sendiri berceramah suruh muslim buat solat banyak banyak supaya dapat berganda pahala. Pendapat depa cuma solat jerr yang penting dalam kehidupan…tapi depa terlupa perentah Allah supaya bersolat supaya menjauhi kemungkaran dan selalu buat kebaikan bukan nak dapat pahal dari bersolat tapi kebaikan lain yang di amal kan. Tang baca alQuran cuma di penting lan bacaan berlagu laghu jerr tapi makna & penafsiran langsung tak ambik port punya. Apa…setakat bijak melagu lagu teks alQuran dah gerenti dapat 100% pahala ka kalo tak di pahami & di praktik kan semua perentyahNYA…?

    Para agamawan jarang bincang pasai membaca seperti mana teks pertama wahyu..tapi depa paham cuma baca alQuran jerr tanpa memahami kandungan teks nya. Tu sebab la ni dah ramai muslim tersasar dari ajaran islam sebenaq akibat terpesona ngan tafsiran songsang para agamawan jumud,beku pikiran & tak dak missi & visi dalam kehidupan. Sampai kata ada seksa kubur bila mati kelak,tok leh sentuh kulit laki laki dan wanita…ni la antara kesilapan penafsiran para agamawan dulu,kini & mungkin masa depan kot. Teks alQuran sebut lain tapi dek keghana agamawan ni dah bijak kunun lalu buat penafsiran ikut kepahaman sendiri jerrr….pendapat oghang lain tak perlu dengaq kunun depa tu bukan mahir dalam islam kununnnn… peghangai depa dah jadi macam paderi gereja plak….!!!

Leave a Reply