Menu Utama

Tembak pegawai Ambank : RM 450 ribu dirompak, Tiga suspek ditahan

SHAH ALAM 25 Okt. – Polis menahan dua pengawal keselamatan dan seorang wanita, dipercayai bersubahat dan mempunyai kaitan dengan suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini kelmarin.

Dua pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara suspek sementara wanita itu pula dipercayai isterinya berusia 20-an hingga 30-an.

Kesemua suspek yang merupakan rakyat negara jiran tetapi dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Kemuning, Klang pada malam hari kejadian.

Susulan penahanan ketiga-tiga mereka, polis turut menemui wang tunai RM20,000 yang dipercayai sebahagian daripada RM450,000 hasil rompakan suspek dari peti besi Ambank cawangan berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan awal percaya selepas melarikan diri dari Ambank, suspek telah mengagih-agihkan sebahagian kecil hasil rompakan termasuk kepada tiga yang ditahan.

Beliau berkata, wang tunai RM20,000 itu disembunyikan mereka di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya dekat sini yang merupakan tempat kerja dua pengawal keselamatan yang ditahan.

“Kita masih memburu suspek yang dipercayai masih berada di negara ini bersama hasil rompakan dan selaras pump gun yang digunakan untuk menembak mati mangsa.

“Siasatan kita juga percaya suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, bukan berasal dari Sabah tetapi dari negara jiran dan dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

“Kini kita sedang menyiasat bagaimana suspek memperolehi kad pengenalan, serta dibenarkan menggunakan senjata api,” kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.

Difahamkan, suspek yang diburu berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Sementara itu Bernama melaporkan Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ’pump gun’ oleh suspek. – BERNAMA






9 Komen to Tembak pegawai Ambank : RM 450 ribu dirompak, Tiga suspek ditahan

  1. sungai_siput says:

    Mudah muadahan Allah cucuri rahmat keatas roh dia,Allah permudahkan segala urusan dia di sempadan negeri akhirat

    Allah permudahkan urusan keluarga dan anak2 dia di muka bumi ini.. Amin

  2. gomo gi says:

    celaka punya indon !!

  3. […] More: Tembak pegawai Ambank : RM 450 ribu dirompak, Tiga suspek ditahan […]

  4. naZ says:

    Syukur la malaysia masih aman..

  5. Abu Garcia says:

    Eksport utama Indonesia ke Malaysia adalah penjenayah !

  6. neu near says:

    kite perlu kaji root cause (sumber)macam mana kejadian ini boleh berlaku.perlu tengok dari perspektif yang lebih meluas.persoalan, bagaimana pembunuh tersebut boleh diberi tugas bersenjata,tiada saringan agaknya.sepatutnya pengawal keselamatan yang diberi senjata perlu lesen dan disaring dengan rapi.Kejadian ini akan menjadi trauma yang serious danmeluas bagi semua kakitangan bank di Negara ini.kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan segera.

  7. badrole amin says:

    tuan punya syarikat pengawal keselamatan harus dihukum dgn hukuman lebih setimpal, setakat memberhentikan lesen operasi syarikat tidak memadai dan berkesan utk memberi peringatan kepada syarikat lain agar tidak sewenangnya mengambil pengawal keselamatan tanpa membuat saringan yg ketat

    saringan yg ketat bukan tentang status kewarganegaraan seseorg pengawal keselamatan malah lebih dari itu…aku percaya banyak lagi aspek berkaitan saringan yg ketat ini telah diabaikan oleh syarikat kerana mahu meraih keuntungan yg lebih

    jadinya, syarikat pengawal keselamatan berkenaan harus didakwa dan didenda oleh pihak berkuasa dan mahkamah, waris mangsa harus dibenarkan utk memfailkan saman terhadap tuan punya syarikat pengawal keselamatan berkenaan

    mengenai ‘saringan yg ketat’, aku harap KDN dapat membuat sesuatu seperti menambah lagi syarat kepada syarat yg sudah ada itu utk dipatuhi oleh semua syarikat pengawal keselamatan

  8. min says:

    Kes ini juga haruslah dilihat dari perspektif meluas antaranya bagaimanakah mereka2 ini berjaya mendapatkan KAD PENGENALAN PALSU tersebut!! Tolonglah Msia….kalau spt yg dilapurkan dan terbukti benar suspek dan mereka2 yg ditahan menggunakan kad pengenalan palsu, usaha dan tindakan haruslah diambil dgn tegas yakni bagaimana, macamana ini terjadi..haruslah diingat kalau mcm nih bagaimanakah ketelusan keputusan dalam pilihanraya dan saya yg menyokong pehak kerajaan terkini telah mula mencurigai akan sistem2 yg ada diMsia kini…..

Leave a Reply