Menu Utama

Tembak Mati Pegawai Bank : Desak KDN Tegas Tangani Isu Pengawal Keselamatan Vs Syarikat Perkhidmatan

Syarikat yang  menyediakan pengawal keselamatan terutama kepada pihak bank  bertanggungjawab dalam  memastikan segala prosedur dipatuhi.  Mereka sepatutnya menyedari bahawa apabila mereka meletakkan pengawal yang berurusan dengan duit  yang banyak maka segala “loophole” dan peluang untuk kesilapan berlaku memang amat kritikal dan tidak dapat diterima.

 

Apabila timbul isu terbaru bahawa pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank baru-baru ini merupakan pendatang asing yang menggunakan kad pengenalan palsu maka ini bakal  menimbulkan kemarahan rakyat.  Bagaimana sebuah syarikat  pengawal keselamatan gagal mengenalpasti kad pengenalan palsu. Sepatutnya KDN menggariskan ciri-ciri  dan cara-cara  penting kad pengenalan bagi membolehkan kad pengenalan palsu ini dapat dikenalpasti.

 

Dalam kejadian Rabu lalu seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor. Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.  Oleh itu  Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971. Namun cukupkah dengan sekadar membatalkan lesen syarikat berkenaan sahaja? Syarikat tersebut sepatutnya dipertanggungjawabkan juga di atas kematian pegawai bank yang ditembak itu.

 
Menurut  Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib, pengambilan pengawal keselamatan mestilah  berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.  Seorang pengawal keselamatan itu hendaklah melalui tapisan yang telah ditetapkan seperti tiada rekod jenayah lampau. Apabila pengawal keselamatan itu telah mula bertugas, pihak syarikat perlu memastikan pengawal itu berkelakuan baik sekurang-kurangnya selama enam bulan sebelum dibenarkan memohon lesen untuk menjadi pengawal bersenjata. Dan  setelah memperoleh lesen senjata api, syarikat kawalan keselamatan perlu menghantar pengawalnya itu menjalani latihan menembak dan memastikan ia mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan semasa menjalankan tugas.

 

Perkembangan terbaru, pihak  polis telah  menahan dua lelaki dan seorang wanita, dipercayai isteri pengawal keselamatan yang merompak dan menembak mati pegawai Ambank Rabu lepas, dan menemui semula lebih 20,000 wang rompakan itu. Wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu dan lelaki berusia 20-an yang juga anggota keluarga suspek ditahan di sebuah rumah di Klang pada hari kejadian. Dua anggota keluarga suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah itu juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat keselamatan yang berlainan. Suspek dan anggota keluarganya dipercayai telah menetap di Malaysia selama dua tahun, katanya.

 

Syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Pemantauan sepatutnya dilakukan oleh KDN sebelum tragedy menimpa mangsa. Ini merupakan bidang tugas KDN yang tidak sepatutnya diambil mudah.

 

Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api. Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek).

 

KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api. Audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. KDN juga memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta.






17 Komen to Tembak Mati Pegawai Bank : Desak KDN Tegas Tangani Isu Pengawal Keselamatan Vs Syarikat Perkhidmatan

  1. Mat Panjang says:

    Ini semua berlaku oleh kerana KELEMAHAN kita orang mim, lam, alif, wau, ya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menyelia yang selalu dipertikaikan oleh pengundi dan rakyat (51% popular voters + 49% voters yang memberi kemenangan BN).

    Dan ia mencerminkan secara langsung dan tidak langsung kepada kecekapan Kementerian, Jabatan, Agensi-Agensi Kerajaan dan swasta serta Syarikat Keselamatan yang berkaitan dan Kerajaan BN sendiri (dari atas sampailah ke bawah). Susah untuk dinafikan.

    Tun Dr. Mahathir sudah bersara semenjak 10 tahun yang lalu setelah memerentah sebagai PM selama 22 tahun tetapi dasar “BERSIH, CEKAP & AMANAH” yang dikenalkannya kepada rakyat semenjak awal tahun 1980han belum juga berjaya sepenuhnya di dalam Jabatan dan Agensi Kerajaan dan juga di Bahagian Swasta.

    WAWASAN 2020 hanya tinggal 7 tahun lagi.

    Kita sebagai rakyat perlu juga sedar ia (berlakunya kes itu)juga ada kaitan dengan kelemahan dan kelalaian kita (sebagai jiran tetangga dan komuniti)gagal memberi makkumat dan bekerjasama dengan Polis dan Immigration kerana mungkin ada diantara kita yang tahu bahawa mereka pendatang haram tetapi tidak memaklumkan kepada pehak berkuasa dengan secepat mungkin. Kerana apa?…..

    • matkisah says:

      engko sendiri tak BERSIH CEKAP DAN AMANAH nak ngata orang..nasib baik di perintah mahathir boleh la ko merasa intenet..kalau tidak mungkin baca pun ko tak tau..macam orang vietnam..pakai gombang je..jangan2 ko pakai gombang yek..ahhaha..sebab tu MAT PANJANG..tak de spenda..ehhehe

  2. badrole amin says:

    tuan punya syarikat pengawal keselamatan harus dihukum dgn hukuman lebih setimpal, setakat memberhentikan lesen operasi syarikat tidak memadai dan berkesan utk memberi peringatan kepada syarikat lain agar tidak sewenangnya mengambil pengawal keselamatan tanpa membuat saringan yg ketat

    saringan yg ketat bukan tentang status kewarganegaraan seseorg pengawal keselamatan malah lebih dari itu…aku percaya banyak lagi aspek berkaitan saringan yg ketat ini telah diabaikan oleh syarikat kerana mahu meraih keuntungan yg lebih

    jadinya, syarikat pengawal keselamatan berkenaan harus didakwa dan didenda oleh pihak berkuasa dan mahkamah, waris mangsa yg ditembak mati oleh pengawal keselamatan dari syarikat berkenaan harus dibenarkan utk memfailkan saman terhadap tuan punya syarikat

    mengenai ‘saringan yg ketat’, aku minta KDN dapat membuat sesuatu seperti menambah lagi syarat kepada syarat yg sudah ada itu utk dipatuhi oleh semua syarikat pengawal keselamatan

  3. umnoover says:

    Benda ni pun tak boleh handle??

    Bukan susah sangat nak check profile individu.

    KDD pun boleh buat sendiri.. berapa ramai guard? 100k? 1 juta? 10 juta?

    Kalau ni pun tak boleh handle, benda yang lagi besar mcm hantar kapal angkasa pergi planet Mars sampai bila pun takkan tercapai.

  4. bujuk says:

    Aku jamin KDN tak berani keluarkan nama syarikan dan nama tuan punya syarikat ni. Mungkin aku buruk sangka…. tapi majoriti tuan punya syarikat securiti ni kroni2 menteri.

    • sireh ke gagang says:

      bukti please . cakap kosong tanpa bukti , dah rupa anjing menyalak bukit .rupa org gila pun ada bujuk . 😀

      • bujuk says:

        Ada saudara jauh aku, dulu jadi SU timb. menteri KDN(sebelum 2000). Bila berenti dapat lesen securiti… mudah sangat. Bukan ada kelayakan securiti pun..

        • badrole amin says:

          sudahlah tu bujuk beristighfar lah, teramat buruk perangai dan disukai oleh syaitan bila engkau memfitnah saudara sendiri

          utk sehari engkau berhentilah makan makanan ruji engkau itu iaitu membuat fitnah

        • gambus says:

          manusia yang sering memutar belit kenyataan Tun M dan DS Najib dan munafik tegar macam kau bujuk dah dinyatakan dalam Al Quran , jangan dipercayakan sangat !!!

        • WTF says:

          ITU BUKTI KAU BUJUK!!!

          NAK KAMI PERCAYA KER???

    • badrole amin says:

      hujung minggu hari ahad utk sehari pun engkau begitu susah tak boleh berhenti sekejap buat fitnah ya bujuk…apa nak jadi dah, sesat betul!

  5. matalwan says:

    Takziah kepada al-Marhumah ,

    Ini menunjukkan banyak cite,

    Kadar pengangguran Di Malaysia – maknanya banyak kerje boleh dibuat di negara ini sampaikan pengawal keselamatan pun mengambil pekerja asing

    kenapa mengaji pengawal asing – rakyat malaysia x berminat nak keje pengawal keselamatan ka? atau xde iklan jawatan kosong kt mana2

    kenapa rakyat tempatan tak berminat? – gaji yang kecil?, risiko yang bahaya?, jadual kerja tak sesuai?

    kalau rakyat tempatan tak berminat kerje pengawal keselamatan dan warga asing tak dibenarkan, adakah polis akan mengambil alih tugas jaga bank, kedai emas, kilang atau lain2?

    Sapa2 nak tambah ?

    • asyraf says:

      takziah kepada keluarga almarhumah,

      Sy setuju dgn pendapat anda, kerana rakyat Malaysia menganggap pekerjaan tersebut rendah darjatnya dan gajinya juga rendah. itu dari sudut pandangan rakyat. Dari sudut pandangan empunya syarikat pula, menggaji pekerja asing lebih murah dan mereka hanya ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan keselamatan negara.

      pada pendapat sy, adalah lebih baik polis sahaja yg mengambil tempat mereka ini dengan mewujudkan pasukan polis bantuan seperti yang sedia ada sekarang. sy rasa itu lebih baik.

  6. ais says:

    KDN bagilah talian hot untuk kita salurkan dimana syarikat ambil pekerja asing. Tetapi pastikan maklumat diri pemberi maklumat dirahsiakan. Saya pantang nampak orang asing nak jer bagi maklumat. Tapi bila buat tangkapan pastikan dirahsiakan walau kakitangan sendiri. Satu lagi, KDN kenalah kaji mana-mana syarikat guna orang asing untuk buat kerja kerana depa nak buat banyak untung dalam masa yang singkat. Bukan orang kita tak nak kerja, tetapi dengan gaji rm700 atau rm800 bolehke hidup dipekan. Sewa rumah je dah sama banyak dengan gaji. Orang asing bolehlah berasak-asak duduk dalam satu rumah, bayar seorang rm50. Rakyat kita pun hendak hidup selesa. Itu belum lagi yang nak berumahtangga. Gaji banyak tu bilalah dia mampu.

  7. kumbang says:

    bukan rakyat tempatan tak mau kerja..TAPI pemalas!.kerja nak senang gaji nak besar..Pilih kerja …maka di sini ada lak beruk ambil kesempatan buat bisnes bawak pekerja asing datang sini..dagang manusia untung atas angin…

  8. SHAH_rOcK says:

    SETELAH DIKAJI SELIDIK BERKENAAN SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN DIATAS,TAK BERSALAH DALAM MENGENDALIKAN TUGAS.SETELAH DITAPIS SETIAP PEKERJA ANGGOTA-ANGOTA PENGAWAL BERSENJATAPI TELAH LULUS,MAKSUDNYA SEPERTI UJIAN KAD PENGENALAN,CAP JARI IBU KIRI&KANAN,LESEN SENJATAPI SEMUANYA DAH LULUS,GAJI MELALUI ACCOUNT BANK,KES SEPERTI ATAS BUKANNYA I.C PALSU!!! SEBALIKNYA ASAL USUL ORANGNYA YANG PALSU…PERSOALANNYA DISINI…SIAPAKAH (JPN)YANG BERSALAH MENGELUARKAN I.C MALAYSIA KEPADA ORANG ASING.JIKA DIA ORANG ASING,TAKKANLAH…KETUA POLIS NAK KELUARKAN LESEN SENJATAPI KEPADA ORANG ASING???.SEPATUTNYA KDN TAK ADIL MEMBATALKAN LESEN SENJATAPI SYARIKAT KAWALAN TERSEBUT,KERANA MENYIKSA&MENYUSAHKAN ANGGOTA-ANGGOTA PENGAWAL BERSENJATAPI SEMUA LOKASI 1M.HARAP KDN DAPAT LULUSKAN SEMULA&PAMERKAN DALAM MANA-MANA SURATKHABAR@BERITA,BAHAWA LESEN SENJATAPI SYARIKAT KAWALAN TERSEBUT DITERUSKAN SEPERTI BIASA DALAM BULAN NOVEMBER 2013 INI JUGA!!!SEKIAN TERIMA KASIH““

  9. SHAH_rOcK says:

    CUBA KITA FIKIR SEJENAK…KITA ORANG MALAYSIA,KENAPA ADA ORANG ASING DIMALAYSIA SEMAKIN PADAT &MAJU??.SIAPA YANG MEMBENARKAN ORANG ASING MASUK MALAYSIA?SALAH SIAPA?.BUKAN PENGAWAL ASING SAJA,YANG DAPAT I.C MALAYSIA!!!.MALAH DI LAIN LOKASI PUN ADA,SEPERTI DI MANA-MANA KILANG-KILANG,HOSPITAL,PLAZA TOL,CLEANER BANK,YANG MEMBUAT BANGGUNAN,RUMAH,TUKANG URUT,RAMAI DIKALANGANNYA SAMAADA LELAKI@PEREMPUAN ORANG ASING.SEPERTI INDONESIA BANGLADESH,NEPAL,FILIPINES,THAILAND.ADA YANG DIANTARA MEREKA DAH HABIS PERMIT,PUN MASIH DIMALAYSIA LAGI..JADI SIAPAKAH YANG BERKUASA UNTUK MENANGKAP UNTUK DI KEMBALIKAN@PULANGKAN KE NEGARA MASING-MASING??SAMA JUGA SEPERTI SYARIKAT KAWALAN YANG TAK BERSALAH,& KENAPAKAH “KDN” SAMPAI HATI MENYIKSA@MENYUSAHKAN SEMUA ANGGOTA-ANGGOTA YANG TAK BERSALAH HILANG TEMPAT PENCARIAN REZEKI MEREKA.TAK SEPATUTNYA&TAK ADIL DIBATALKAN LESEN SENJATAPI 100/% DIKATAKAN SEBULAT SUARA.JIKA TERDAHULUNYA DAH BANYAK KES-KES BERLAKU SEPERTI “ANGGOTA SAFEGUARD”YANG PERNAH MENEMBAK MATI RAKAN SETUGAS DI TAIPING PERAK&MELARIKAN DIRI BERSAMA WANG LEBIH RM200 RIBU,KENAPA KDN DIAM&ZIP MULUT MEREKA???.LAGI SATU KES YANG BERLAKU DI HOSPITAL TENGKU RAHIMAH KLANG,BERKENAAN ANGGOTA PENGAWAL MENEBAK MATI 2ORANG RAKAN SETUGASNYA,KETIKA BERTENGKAR MULUT&TAK BERSEFAHAMAN.KENAPA DULU “KDN”TIDAK MEMBUAT TINDAKAN AKTA-AKTA BERSENJATAPI.BARU-BARU INI BULAN NOVEMBER 2013 JUGA KEDAI EMAS,SEORANG GUARD BERSENJATAPI TELAH MENGHALAKAN PISTOL KEPADA 7 JURU KEDAI EMAS&MELARIKAN SEDULANG EMAS.KERANA INI ADALAH BERKENAAN SENJATAPI,WALAUPUN GUARD TERSEBUT TIDAK MENEMBAK MATI SESEORANG PUN,TETAPI ADA NIAT JAHAT.TIADA APA-APA TINDAKAN “KDN”SEPERTI MENGANTUNGKAN LESEN SENJATAPI SYARIKAT TERSEBUT!!! PERSOALANNYA KENAPA???.SUNGGUH SEDIH&TERSIKSA SEMUA ANGGOTA PENGAWAL 1MALAYSIA YANG SEDANG MEMBINA NASIB MENYARA KELUARGA&ADA YANG PERIT MENANGGUNG TANGGUNGJAWAB KELUARGA,KERANA WANG UNTUK MENERUSKAN PERJALANAN HIDUP DIDUNIA TELAH DIMUSNAHKAN PIHAK BERKUASA “KDN’.MENGHARAPKAN SANGAT AGAR PIHAK “KDN” MANUSIA JUGA JADI BANTULAH SYARIKAT KAWALAN TERSEBUT IAITU LESEN NAMA SYARIKAT SENJATAPI DITERUSKAN OPERASI SEPERTI BIASA DALAM BULAN NOVEMBER 2013 INI JUGA.AMIN““ALAHUAKBHAR…ALLAHUAKBHAR…ALLAHUAKBHAR““

Leave a Reply

Threesome