Menu Utama

Serangan Ke Atas 5 Prinsip Rukun Negara – Terancang Atau Tidak?

Kalau dianalisa, apa yang berlaku sekarang cukup mendukacitakan, hasil sumbangan dari permainan politik yang tidak bertanggungjawab.

Pertama, kita lihat, ramai ahli politik yang menggunakan perkataan kurang elok, atau lebih tepat cacian dan makian. Akibatnya, ianya telah mempengaruhi rakyat, terutamanya golongan muda. Perkataan-perkataan yang melampau diucapkan tanpa ada rasa malu, sehingga menjadi sebahagian dari budaya terkini orang muda.

Tanpa kita sedari, ia sebenarnya menghakis sifat kita sebagai orang timur. Dengan ucapan-ucapan ini, amat mudah untuk menghasut rakyat. Aggresifnya perkataan ini pula, dizahirkan dalam bentuk perbuatan oleh kebanyakkan orang muda.

Lihat sahaja perbuatan mereka sewaktu demonstrasi seperti menayangkan punggung kepada gambar perdana menteri, dan mengibarkan bendera yang jelas bukan Jalur Gemilang. Itu belum diambil kira apa yang berlaku kepada pihak Polis sewaktu BERSIH 2.0, di mana pihak Polis dibelasah tanpa belas kasihan, walhal mereka sekadar menjalankan tugas.

Secara ilmiahnya, senario ini sedang menghakis salah satu prinsip negara, iaitu kesopanan dan kesusilaan. Tidak ada lagi nilai-nilai murni orang timur.

Itu adalah permulaan, di mana selepas itu, kita dapat lihat apabila pihak berkuasa sering dicabar oleh mereka. Demonstrasi jalanan bermaharajalela. Undang-undang diketepikan, tanpa punya rasa tanggungjawab terhadap majoriti yang menghormatinya.

Bukankah tingkat prinsip Rukun Negara yang seterusnya adalah kedaulatan undang-undang?

Lebih mendukacitakan, hak istimewa orang Melayu yang termaktub rapi di dalam perlembagaan juga dicabar. Tidak cukup dengan itu, Kalimah Allah pula tidak dikecualikan.

Samada dirancang atau tidak, satu lagi tingkat dalam prinsip Rukun Negara dinafikan, iaitu Keluhuran Perlembagaan. Apakah ianya satu kebetulan?

Kini, sudah ada kecenderungan yang sangat tinggi untuk menghina Sultan dan Raja-Raja Melayu. Malah, terdapat usaha untuk menggulingkan sistem beraja di negara ini. Di manakah kedudukan prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara?

Setelah menghuraikan 4 prinsip Rukun Negara yang dicabuli oleh golongan-golongan derhaka ini, marilah kita sama-sama fikirkan, apakah yang akan berlaku kepada prinsip pertama di dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Terancang atau tidak, suratan atau kebetulan.






33 Komen to Serangan Ke Atas 5 Prinsip Rukun Negara – Terancang Atau Tidak?

  1. Anak Lenggong says:

    Ni apa pulak ceritanya..kalau masa rege minyak Ron95 dinaikan RM0.20 kecuhh..tapi bila kena camni senyap la pulak dan bagi banyak alasan..sama saperti kenaikan kadar air di Penang meningkat 100%…tengok ni (keluar tajuk jap).

    Kerajaan Kelantan akui bil air naik lebih 30 peratus

    KOTA BHARU 6 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan mengakui telah melakukan pelarasan tarif air baru bermula 1 September lalu yang membabitkan kenaikan bermula dari dua peratus sehingga lebih 30 peratus.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, kenaikan tersebut bagaimanapun bukan bertujuan mengaut keuntungan sebaliknya bagi menampung kos operasi Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), terutama penggunaan elektrik sebanyak RM2.1 juta sebulan.

    Beliau berkata, kerajaan negeri tidak membuat pengumuman secara rasmi kerana mendakwa, kenaikan yang berlaku tidak menjejaskan kebanyakan pengguna domestik.

    Malah katanya, sebanyak 43.8 peratus daripada keseluruhan 181,024 pemegang akaun sebenarnya membayar lebih rendah daripada caj lama berikutan pengurangan kadar sewa meter.

    “Kali terakhir kita lakukan pelarasan tarif air adalah pada Januari 2001 dan kita sebenarnya memperoleh kebenaran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menggunakan tarif baru sejak 1 Oktober 2010 lagi.

    “Bagaimanapun kita menangguhkan pelaksanaannya sehinggalah sekarang memandangkan beban kos operasi yang ditanggung AKSB, lebih-lebih lagi kenaikan tarif elektrik sebanyak 45 peratus dengan tiga kali kenaikan sepanjang 2001 hingga 2012,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

    Beliau mengulas kritikan orang ramai yang mendakwa terdapat kenaikan mendadak kepada bil air yang dikeluarkan AKSB sejak Ogos lalu.

    Semalam akhbar ini melaporkan desakan daripada pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan yang mahu kerajaan negeri bersikap profesional dan membuat pengumuman terbuka mengenai kenaikan harga air tanpa perlu takut.

    Untuk rekod, kadar sewa meter bagi kediaman persendirian ialah 80 sen manakala untuk premis perniagaan sebanyak RM1.

    Hanifa berkata, kerajaan beranggapan kenaikan yang berlaku adalah terlalu minimum dan lebih membabitkan pihak industri serta pengguna domestik yang berpendapatan tinggi.

    “Kita tidak isytihar kerana kenaikan terlampau minimum, mungkin sedikit memberi kesan kepada pihak industri dan pengguna domestik kaya yang menggunakan air dengan banyak.

    “Kita perlu mengawal kos operasi yang mengalami kenaikan bahan kimia, kos ‘overhead’ dan sebagainya, kenaikan ini adalah adil kepada kerajaan setelah beberapa tahun menangguhnya kerana tidak mahu membebankan pengguna,” katanya

    • WTF says:

      “Beliau berkata, kerajaan negeri tidak membuat pengumuman secara rasmi kerana mendakwa, kenaikan yang berlaku tidak menjejaskan kebanyakan pengguna domestik.”

      Ada ker camtu, naik ker turun ker, kenalah bagitahu pada org ramai, bukan sorok2 tak nak announce…

      Manifesto harga turun tak terpakai rupanya pada puak2 ni…

      http://www.therocket.com.my/en/manifesto-rakyat-pakatan-the-peoples-hope/

      Baca bawah headline “The people’s well being” no. 3:

      3. Lower water charges

      Hari tu Penang, la ni Kelantan pulak…

      Dapat rasakan, tak lama lagi, kerajaan Selangor pun nak buat jugak…hehehe

      MANIFESTO BUKAN JANJI YA!!!

    • WTF says:

      PERGH!!!! Dulu janji takkan naik…

      http://www.malaysiakini.com/news/155608

      Oh ya…la ni MB Kelantan org lain, terlepas kau Nicky Ajis…

      Tu la Nicky Ajis, nak berjanji kena pastikan you still on top for life, tapi nak buat camana, Sultan Kelantan tak mau hang lagi Nicky Ajis..

      Kira berkat jugaklah tak jadi MB Kelate lagi…

      Hehehehe…

  2. Jambol says:

    Tidak ramai orang-orang Malaysia yang hafal Prinsip Negara ini, lebih-lebih lagi Cina yang tak peduli langsung kerana Prinsip ini tidak memberikan duit kepada mereka sesen pun.

    Kerajaan yang lemah dan lembik, seperti yang ada pada hari ini, menyebabkan wujudnya keadaan ini. Tiada tindakan yang berani diambil hingga ke hari ini, walaupun ramai masyarakat pengundi telah bersuara. Lihatlah nanti kesannya kepada anak cucu kita kelak.

    • Moohyideeeeen says:

      Ameno hafal je..tapi tak paham..

      • anakbochek says:

        Puak hang hafal, faham tapi langsung tak nak ikut. What the fuck Mooh…

      • manusia akan diuji dgn keangkuhan…

        toksah kata orang tak faham, ko sendiri faham ke?…

        pemimpin PR terang2 langgar… elok la tu..sebab tu penyokong semua biadap dan jilat si biaDAP…

        macam ko… kan?…

      • WTF says:

        Korang perasan tak…

        Saudara Jambol kata “lebih2 lagi Cina”, terus Mooh melompat divert UMNO tak faham…

        Mooh…bukankah UMNO yg lakarkan Prinsip Rukun Negara Malaysia, dan bukan puak2 hang…

        Jadi, sudah pastilah UMNO yg lebih faham berbanding org2 lain….

        Can you address this matter..

      • bangKano says:

        Macam gaya hang la Mooohyideeeeen oiii…baca pandai tapi tak paham paham langsung seperti burung tiong. Bab salin & tepek menepek hang memang champion…tapi bab nak ulas secagha ilmiah hang dah cabut laghi.

        Tu bukan bahalol nama nya kan…kan…kan…???

  3. Moohyideeeeen says:

    Siasat dan iasat dan siasat…. (inilah keje setiap tahun), alih2 akhir sekali tak berani nak charge ikan jaws…Bilis kena ler:
    .
    .
    .
    KUALA LUMPUR 6 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius kelemahan dan ketirisan yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Parlimen, baru-baru ini dan telah menubuhkan sebuah pasukan khas bersama Jabatan Audit Negara bagi menyiasatnya.

    Menurut Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali, pasukan khas itu yang diketuai SPRM akan membentangkan hasil penemuan, pelan tindakan dan cadangan bagi mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan salah laku rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan.

    Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta SPRM 2009.

    “Adalah tugas dan tanggungjawab SPRM untuk menyiasat kes-kes berunsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan termasuk yang diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

    “SPRM memberi perhatian terhadap isu-isu yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

    “Justeru, sekiranya ada unsur rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Arahan Perbendaharaan, SPRM akan mengambil tindakan tegas termasuk mengesyor tindakan disiplin kepada agensi-agensi berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Mustafar turut mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan menganggapnya usaha signifikan dan proaktif agar isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak berulang.

    Beliau berkata, pada masa sama, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang cuai dan gagal mematuhi peraturan dan undang-undang, lebih-lebih lagi yang terlibat dalam rasuah.

    Mustafar menjelaskan bagi Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebanyak dua kes telah dibawa ke mahkamah manakala lima orang pegawai kerajaan telah dikenakan tindakan tatatertib.

    “Pada masa yang sama, hasil tindakan bersama SPRM dengan lain-lain agensi kerajaan, tindakan penambahbaikan sistem dan prosedur serta tatacara kerja bagi mengurangkan risiko, ruang dan peluang gejala rasuah juga telah diambil,” ujar beliau.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131007/dn_02/Laporan-audit-negara-disiasat#ixzz2h0LoGJIO
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    • WTF says:

      Mooh says…

      ”Org bodo jer yg do tolak ameno ni…Pak Cik2 tua, Mak Cik2, Kakak & awek2 yg rajin tgk drama2 kat TV,

      3:21 PM on October 4, 2013″

      http://www.mykmu.net/?p=35604

      • anakbochek says:

        Indirectly orang yang “suka” cut and paste ni bodoh jugak lah yea.

        • Moohyideeeeen says:

          Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mempertahankan jawatan itu berkata perbahasan seperti itu tidak perlu kerana pemilihan tersebut hanya “melibatkan keluarga Umno”.
          Naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cadangan agar semua calon yang bertanding untuk merebut jawatan tersebut membahaskan idea melalui siaran televisyen.

          Beliau yang mempertahankan jawatan itu berkata, perbahasan seperti itu tidak perlu kerana pemilihan tersebut hanya “melibatkan keluarga Umno”.

          “Jadi, kalau kita hendak bincangkan dalam khalayak orang, ini bukan pilihan raya presiden (Amerika Syarikat). Dalam hal sebegini rupa, saya rasa apa yang ada depan kita ini pun sudah cukup.

          “Pemilihan ini untuk perwakilan dan bukannya seluruh dunia yang menentukan nasib calon-calon Umno.

          “Malah bukan semua ahli UMNO yang menentukannya. Baik buruknya, kadang-kala memakan diri, jadi itu yang hendak kita elakkan. Tak perlu buat siaran langsung kerana kita tahu siapa ahli-ahli kita,” katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan Online.

          Kenyataannya itu timbul selepas seorang calon naib presiden Umno Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menyambut baik cadangan yang ditimbulkan oleh bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam itu.

          Katanya beliau sedia menyertai forum berkenaan yang menurutnya boleh memberi ruang kepada calon untuk berkongsi fikiran masing-masing dalam memberi sumbangan kepada parti serta memberi peluang kepada perwakilan untuk membuat pilihan yang tepat.

          • WTF says:

            Mooh says…

            ”Org bodo jer yg do tolak ameno ni…Pak Cik2 tua, Mak Cik2, Kakak & awek2 yg rajin tgk drama2 kat TV,

            3:21 PM on October 4, 2013″

            http://www.mykmu.net/?p=35604

          • raplahjingaa says:

            hehehehehe…

    • MelayuSelamanya says:

      Kurang2 Moooohhh baca gak Utusan..dibanding dgn Harakah yg suka tangkap muat, putaq belit, sumpah seranah org..Naseb baik Moooohhh x baca Daily Mail, langgan The Sun UK, BBC News yg made in Great Britain kannn…Hmmm, cita2 asal Moooohhh nak jadi pendebat kat Oxford…

  4. Anak Lenggong says:

    Kah kah kah…moo lembu ni rupanya baca jugak UTUSAN MALAYSIA kata..utusan tu surat kabar pembohong dan buat fitnah…kah kah kah kah..nike ajis dan lain2 pemimpin PAS pun baca utusan malaysia gak..

  5. […] Read More: Serangan Ke Atas 5 Prinsip Rukun Negara – Terancang Atau Tidak? […]

  6. baba says:

    ni semua rancangan jahat dap nak mengcinakan bumi malaysia ni.awas

  7. alimedanbaru says:

    Sebelum muncul PKR yg Anwar berada didalamnya, parti politik yg paling lantang kurang aklak dan mulut kurang ajar ialah PAS dan DAP.Kepada PAS,mencaci, mencarut,menggelar dgn perkara keburukan kepada UMNO dan kerajaan adalah biasa-biasa sahaja.Malah kalau nak kata orang UMNO ni bukan Islam pun bagi mulut pemimpin Pas tidak berdosa pun, itu mainan mereka atas pentas ceramah politik
    .Bila PAS bergabong dgn Anwar dan DAP konon untuk menumbangkan BN/UMNO, 3 parti ni bagai disampuk iblis , bersemangat dan bernafsu besar dgn buat apa saja, menghalalkan cara dgn terang2 melanggar PRINSIP RUKUN NEGARA:
    * sebelum tu Pas belasah Anwar atas salah laku liwat dgn gelaran Anwar Al Juburi, lepas bersama, Anwar dianggap bersih.Hilanglah PRINSIP KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
    * KALI AKHIR DEMONSTRASI TERBESAR PAS adalah semasa peristiwa MAMALI. Lepas bersama Anwar, Pas bukan main galak, syok berdemonstrsi. Sama lah juga dgn DAP, selepas 13 Mei 69, DAP phobia dgn demonstrasi.Bila bersama PKR dan PAS maka DAP tunjuk berani semula.Mereka merusuh tak patuh undang2 maka jelas mereka langgar KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.
    * PAS,PKR dan DAP jelas tidak ada KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA apabila mempromosikan bendera baru untuk menukar jalur gemilang. Tinkah laku biadap PAS menghalang laluan rAJA MUDA pERAK JELAS TIDAK HORMAT RAJA. KARPAL SINGH NAK MENYAMAN sULTAN pERAK ADALAH KURANG AJAR TERHADAP rAJA mELAYU.

  8. alimedanbaru says:

    DAP jelas anti hak keistimewaan terhadap kaum bumiputra, anti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, disamping itu tindakan PKR dan DAP dalam kes Chin Peng yg komunis yakni komunis tidak percaya kpd Tuhann adalah jelas melanggar KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN.

    KESIMPULANNYA DGN CONTOH2 KECIL DIATAS JELAS PARTI2 PEMBANGKANG DINEGARA INI MEMBENTUK BUDAYA ANTI RUKUN NEGARA YG AKAN MENJAHANAMKAN KEUTUHAN NEGARA…pelik sb ramai yg tidak boleh ‘buka mata’ terutama orang Melayu sendiri.

  9. sireh ke gagang says:

    Wakil rakyat pakatan mana ada belajar pasal rukun negara .sebab dlm otak dorg , yang datang dari kerajaan , semuanya menguntungkan UMNO & BN je . dorg tak untung 1sen pun .itu pada pendapat otak dungu doranglah . sebab tu kita bolah lihat masa upacara angkat sumpah MP dulu , yang angkat sumpah tangan kiri(mengaku pengamal undang2) , yang membaca akuan sumpah lintang-pukang bahasa malaysia nya ,yang goyang2 badan semasa angkat sumpah , siapa lagi .semuanya dari kalangan MP pakatan .tugas mereka masuk dlm dewan rakyat bukan nak perjuangkan nasib rakyat dan isu kawasan masing2 , tetapi hanya sebagai pengacau bilamana ada pembentangan dasar oleh wakil2 kerajaan UMNO & BN . Bila dalam dewan rakyat pun dah berperangai mcm org gila , macam mana nak menghayati , memahami prinsip2 dan makna rukun negara itu .

  10. bangKano says:

    Pemimpin PR ni memang nak doktrin kan para generasi X & Y bertindak anarkis…bila pemimpin ni plak dapat kuasa secagha anarkis para anak didikan generasi X & Y akan bertindak anarkis untuk menjatuh kan depa plak.

    Memang dah jadi sifat alam,kalo manusia ajaq insan lain berbuat jahat…jahat jugak akan di balas kelak pada oghang yang ajaq buat jahat tu.

    Setiap oghang jahat mana leh di percayai keghana konsep kejahatan di guna kan demi nak capai hasrat jijik tu….!!!

  11. PASpartyNGOK says:

    Sekelompok manusia mabok untuk berkuasa itu jenis manusia sombong dan angkoh. Mereka lupa peradapan, tatasusila dan tidak mempedulikan langsong nilai kemanusiaan dalam mengejar angan2 mereka.

    Mereka ada support/backing yang kuat. Dengan backing sedemikian mereka rasa berkuasa lalu mereka ketepikan langsong siapa yang sebenarnya berkuasa.

    Mereka lupa rukun 6. Mereka lupa ta’arifan qadak dan qadar.

  12. jombo says:

    Mooo lembu mana tau rukunegara… dia ni keturunan bangla.. dia ni sama la hati perut macam cina red bean

  13. […] Petikan Mykmu.net […]

  14. dkds says:

    apa yang berkaitan dengan melayu dan sultan akan dianggap tidak berfaedah oleh DAP…malah jika diungkit akan dikatakan rasis…

  15. Cinabeng says:

    yang nyata, cina memang BABI!!!

  16. Mat Panjang says:

    Rukun Negara adalah seperti satu tiang untuk membantu Kerajaan Persekutuan dan Negeri membena 1Malaysia yang lebih maju, selamat, aman, damai dan progressif – process Nation Building seperti yang diterangkan dalam laman web di bawah ini:

    http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/malaysia?layout=edit&id=22

    http://www.jpnin.gov.my/objektif_krn;jsessionid=C3DD2BDB2F37DDD7AE69E5BB5F2467CC

    Semua rakyat, semua kaum, Kementerian, Jabatan, Agensi, pehak swasta,semua media,semua parti politik, NGOs dan pertubuhan sepatutnya memberi bantuan dan kerjasama agar dasar tersebut berjaya.

    Sekiranya ada bantahan atau aktiviti yang cuba meruntuhkan Rukun Negara maka orang, persatuan dan pertubuhan yang terlibat tidak kesah dan tidak mementingkan masa hadapan kita, anak cucu kita dan masa hadapan Malaysia. Mereka mungkin sedang berusaha memajukan dasar agen-agen dari luar negara yang ingin meruntuhkan perpaduan rakyat Malaysia, ekonomi Malaysia dan kemajuan Malaysia,

    • TUBIR says:

      So apa masalahnya kat sini?Kalau kerajaan sedar adanya gerakan tersebut ,kerjaan mesti bertindak dengan sewajarnya .kecualilah kerjaan yang ada harini sebuah kerjaan yang takut dan tak tau nak buat apa apa setakat memberi amaran macam masa dulu dulu baik tak payah cerita buang masa dan airliur saja .
      Pada aku pemimpin yang kita ada sekarang nini tak layak menjadi pemimpin dan boleh membawa bincana besar kepada negara .BN diangkat menjadi kerajaan dan UMNO sebagai tulang belakang didalam BN.Apa yang berlaku didalam UMNO itu sendiri banyak mempengaruhi corak pemerintahan negara .Lihatlah president UMNO dan barisan kepimpinan tertinggi ada yang bertindak macam pondan dan terlalu takut……begitu juga dengan Najib yang kelihatan tidak upaya untuk menerajuai dan menjaga hak orang orang melayu.Akan tetapi orang orang inilah yang orang orang UMNO pilih semula untuk jawatan tertinggi ……pelik pelik perangai orang orang UMNO ni .TOTOk sampaikan dah tak tau yang mana baik dan yang mana terbaik .Banyak sangat sentimental value kononya…….Ingatlah UMNO itu Melayu ….dan bukan semunya Melayu menyokong UMNO…….Tapi kami orang melayu yang bukan ahli UMNO memberi undi kami kepada UMNO untuk terus memerintah negara dalam PRU13 yang lalu .Kalau beginilah gayanya PRU14 nanti payahlah sikit ……Kami nak najib berubah ,Kami nak TMY berubah ….jangan jadi penakut dan bertindak memalukan orang orang Melayu .Kami tak mintak bulan dan bintang …apa yang kami orang orang Melayu minta hanyalah jangan biarkan orang orang pendatang bertindak sesuka hati mengawal ekonomi negara tampa ada kawalan sewajarnya .Tak dapat dihuraikan secara tepat dan mendalam disini …….apa yang tersurat dan apa yang tersirat dihati orang orang Melayu keseluruhanya .

Leave a Reply

Threesome