Menu Utama

Sejak Bila Islam Bukan Lagi Agama Persekutuan Malaysia?

Oleh Ahmad Soffian

Islam itu agama bagi persekutuan Malaysia. Kalau tidak pasti, sila beli buku Perlembagaan Malaysia dan rujuk perkara ke-tiga. Islam bukan agama “rasmi” seperti mana yang sering disebut-sebut oleh para penyokong dan pemimpin DAP dan PKR. Ringkas kata, kalau Malaysia itu adalah seorang manusia, agama yang dianutinya adalah Islam.

Kenapa Islam itu agama persekutuan tetapi bukan agama “rasmi”. Apakah natijahnya pemimpin UMNO terdahulu memperjuangkan keIslaman Malaysia? Adakah mereka telah menjangka bahawa dizaman anak cucu mereka nanti akan berhadapan dengan pelbagai terjahan dan serangan dari orang-orang bukan Islam di Malaysia?

Biar apa pun yang terjadi semasa Perlembagaan Negara dirangka, kita patut berterima kasih dan bersyukur kepada para pemimpin UMNO pada zaman dahulu yang benar-benar serius dalam menjaga dan memelihara akidah dan peradaban Islam di negara ini.

Kini Islam di Malaysia seringkali diserang oleh orang-orang bukan Islam. Mereka mengatakan undang-undang dan peruntukkan yang terdapat di dalam sistem pentadbiran Malaysia mendiskriminasikan mereka. Namun begitu, terdapat pula umat Islam di Malaysia yang terlalu “Islamik” dan menentang pihak kerajaan kerana pada hemat mereka kerajaan yang sedia ada ini tidak Islam.

Dewasa ini, senario politik di Malaysia sering dijadikan medan perbalahan atas sebab agama dan bangsa. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua pihak telah bersetuju bahawa Islam itu perlu diletakkan di tempat yang paling tinggi di negara ini. Islam itu perlu dihormati dan dilebihkan dalam semua perkara. Cuba bayangkan, semasa perlembagaan dibuat 56 tahun dahulu, bagaimana kiranya pemimpin terdahulu mengharamkan semua agama lain selain Islam. Adakah orang-orang bukan Islam dapat beribadat dengan selesa seperti sekarang?

Bak kata peribahasa Melayu lama, “Sudah bagi betis, nak peha”. Orang bukan Islam di Malaysia semakin lupa diri dan meminta macam-macam, seolah-olah mencabar kesabaran orang Melayu di Malaysia. Orang Melayu pula kesabarannya memang tiada tandingan, namun jika berterusan sesuatu perkara itu berlaku, maka bersiap sedialah untuk menerima padahnya. Apakah mereka telah lupa, perkataan Inggeris “amock”? Perkataan yang menakutkan para penjelajah dan penjajah Inggeris sehingga mereka memasukkan kedalam kamus mereka. Adakah rakyat Malaysia yang bukan Islam mahukan perkataan ini dimasukkan kedalam kamus bahasa ibunda mereka pula?

Sedang artikel ini ditulis, terlalu banyak propaganda provokasi untuk menentang Islam di Malaysia sedang disebarkan. Dari isu kalimah Allah, sehinggalah isu ibadah kurban yang dijalankan di sekolah kebangsaan. Adakah ini cara orang bukan Islam di Malaysia membalas budi baik orang Islam/Melayu di negara ini?

Yang paling sedih adalah apabila ada golongan ulama’ dan guru agama Islam yang menyokong kenyataan orang bukan Islam di negara ini. Memang betul kata Rasulullah, diakhir zaman nanti ramai golongan bijak pandai agama yang berhati serigala. Mereka sanggup menjual agama semata-mata untuk kebahagiaan duniawi. Ini termasuk juga dikalangan ulama’ politik dari Parti Islam Se-Malaysia. Mereka sanggup menggadaikan kalimah suci Allah, semata-mata inginkan undi daripada kaum bukan Islam.

Penulis berharap agar, seluruh umat Islam di Malaysia sedar akan kepincangan yang berlaku di negara ini. Kita kaum majoriti, dan mereka tahu mereka tidak boleh berlawan dengan kita dengan kekuatan fizikal. Namun begitu, seperti Yahudi yang sedang cuba untuk menguasai dunia, mereka memecah belahkan kita dengan demokrasi dan menggunakan pelbagai agenda halus supaya kita terus hanyut di dalam kancah perpecahan ummah. Akhirnya kedudukan perkara ke-tiga perlembagaan persekutuan juga akan diubah mengikut selera orang bukan Islam.

Kesedaran tentang keadaan sebenar negara ini perlu hadir di dalam setiap hati dan perasaan umat Islam di Malaysia. Jangan pula sampai masa nanti, kita akan dijajah oleh golongan kafir yang dahulunya hanya menumpang dibumi bertuah ini.






25 Komen to Sejak Bila Islam Bukan Lagi Agama Persekutuan Malaysia?

  1. bangKano says:

    Puak puak serba tongong dalam PR ni maksud kan rasmi tu apa…? Ada ka islam tu bermaksud pada acara tertentu saja….seperti persidangan,simposium dll kot kemudian di lancar kan oleh PM ato menteri.

    Kalo tu la maksud nya memang la tongong depa ni….tak tau la kalo ada maksud lain kot…?

  2. baba says:

    kalau bagi peluang pakatan perintah islam memang takkan jadi agama rasmi malaysia lagi.

  3. Matatelinga Gomen says:

    Jika semua umat islam disini bersatu demi agama, pastinya keagongan Islam tidak akan diganggu gugat. Ini kerana founder negara ini beragama Islam dan majority penduduk negara ini beragama Islam… Maka agama Islam adalah agama rasmi disini.

    Agama kita dipesendakan, disoal dan dikotak katikkan… bukan kerana mereka kaum kufar yang berlainan agama. Tetapi kerana terlihat jelas perpecahan antara kita. Kufar pun tanggok diair keroh. Bukan salah mereka, salah kita.

  4. Matatelinga Gomen says:

    Jika semua umat islam disini bersatu demi agama, pastinya keagongan Islam tidak akan diganggu gugat. Ini kerana founder negara ini beragama Islam dan majority penduduk negara ini beragama Islam… Maka agama Islam adalah agama rasmi disini.

    Agama kita dipesendakan, disoal dan dikotak katikkan… bukan kerana mereka kaum kufar yang berlainan agama. Tetapi kerana terlihat jelas perpecahan antara kita. Kufar pun tanggok diair keroh. Bukan salah mereka, salah kita.

  5. Matatelinga Gomen says:

    Agama Islam agama Allah, bukan ciptaan manusia. AlQur’an kalam Allah, bukan tulisan manusia.

    Kristian agama ciptaan manusia, demikian hindu, budha dll2 adalah ciptaan manusia. Injil/bible tulisan manusia.

    Telah disabdakan bahawa terdapat 73 umat rasul tetapi cuma satu dari 73 ini diterima Allah dan ditempatkan disyurga.

    • bangKano says:

      Walo pun terdapat satu dari 73 umat rasul yang di terima Allah dan di masuk kan syurga…tu belum lagi pasti. Sebab tak semua umat yang SATU tu benaq benaq ikut ajaran islam..cuma pandai baca alQuran tapi tak memahami & bijak menafsir kan segala teks apa lagi nak mengamal kan sebagai ad Dhin. Lagu mana nak masuk syurga…?

  6. Matatelinga Gomen says:

    Yang satu itu ialah ahli sunnah al-jamaah ikutan kita. Kita diwajibkan percaya semua rasul Allah termasok nabi Isa/Jesus. Wajib kita percaya jesus sebagai seorang manusia, bukan son of god saperti dakwaan mereka. Agama mereka ciptaan mereka, bukan dari Allah.

  7. Matatelinga Gomen says:

    Yang satu itu ialah ahli sunnah al-jamaah ikutan kita. Kita diwajibkan percaya semua rasul Allah termasok nabi Isa/Jesus. Wajib kita percaya jesus sebagai seorang manusia, bukan son of god saperti dakwaan mereka. Agama mereka ciptaan mereka, bukan dari Allah.

  8. Matatelinga Gomen says:

    Setelah bersatunya kita.. tiada siapa akan rampas Allah kita. Tiada siapa yang berani menyoal kenapa kita lakukan sembelihan terbuka di 10 Zulhijjah bukan dirumah sembelihan.

    Salah kita… bila ada hindu menyoal principal sekolah kerana lembu disembelih dikawasan sekolah. Hindu itu pasti takut mati kena belasah.

    Sekarang mereka terlalu berani kerana dia pasti dia selamat, dibela dan tidak dibelasah.

  9. Matatelinga Gomen says:

    Politik telah mencacatkan agama anutan kita, walau pun belum lagi memusnahkannya sama sekali. Tetapi tidak mustahil terjadi dek kelapaan kita sendiri.

    Politik kita kejam, dan politik kita saperti WMD yang memusnahkan.

    Malangnya kita tetap perlu politik. Tetapi politik harus selamat tidak destructive saperti sekarang.

  10. Matatelinga Gomen says:

    Kita melaknatkan syiah kerana syiah ternyata sesat. Apabila syiah mengatakan wahyu sudah tersalah dihantar oleh jibrail kepada junjungan kita bukan kepada Sayyidina Ali, ini menunjukkan syiah sesat.

    Malaikat Allah tidak akan tersilap. Apabila syiah mendakwa AlQur’an tulisan manusia… Syiah itu sesat.

    Malang kerana kita berpecah sedara kita dalam PAS tetap pertahankan syi’ah.

    Itulah tanda perpecahan kita.

  11. tony gunawan says:

    memadai-madailah umno!

  12. […] See more here: Sejak Bila Islam Bukan Lagi Agama Persekutuan Malaysia? […]

  13. SebaikPerhiasan says:

    Bersyukurlah islam diangkat sbg agama persekutuan oleh pemimpin terdahulu. Generasi skrg bebas amalkan ajaran islam sepenuhnya. Semuany terpelihara kemas dlm perlembagaan.

    Ironinya perlembagaan yg dikatakan perlembagaan penjajah itulah yg menjadi asas dan benteng kpd pengamalan ajaran agama islam oleh umatny di Malaysia.

  14. pasBab2 says:

    masallah Malaysia sekarang ni ialah adanya sikitol alaf baru yang mendapat perlindungan drp zionis dan yahudi amerika, oleh yang demikian ramai kafir2 mengambil kesempatan memprovokasi sentiment dan kesabaran orang islam di Malaysia ini.mereka menunggu tercetusnya ketidakstabilan dalam Negara ini untuk campurtangan atas dasar keadilan dan hak asasi manusia.selagi Malaysia ini aman mereka tidak akan senang duduk dan agent2 mereka akan terus mengusik dan terus melalak macam anjing2 kurap…

  15. alimedanbaru says:

    semuanya bermula dgn parti ‘mata yahudi’ apabila PKR membuka keahlian kepada India dan Cina. untuk dapat sokongan Anuar dan Azizah meliberalkan segala-galanya baik kepentingan bangsa dan tonggak agama. lepas tu Pas tidak mahu ketinggalan untuk dapatkan sokongan Cina dan India dengan menubuhkan kelab Penyokong Pas.. lalu sama dgn PKR semuanya menjadi sama rata dan liberal, hingga Pas buang kerajaan Islam dan ganti dgn kerajaan kebajikan.

    PKR dan Pas lah yg menyebabkan Cina India naik muka dan tunjuk berani sbb ada petualang Melayu membela mereka. Kerajaan juga jadi tersasau jugak bila lantik Ketua Hindraf jadi Sanator/Menteri dan menambah India yg naik tocang!

    Inilah kebenaran sabda Nabi akan kemunculan puak yg menjual agama dgn harga yg tak masuk akal, asal sokong dan janji pangkah mereka, agama dan bangsa sanggup dijual.. itulah latarbelakang ceritanya seadanya..

    • raplahjingaa says:

      Yup pembangkang bersalah…dan kerajaan pun tak boleh lepas tangan dengan menyalahkan pembangkang 100%, Siapa yang bubarkan ISA ???? Siapa yang menubuhkan SUHAKAM yang sekarang ni dah macam NGO pembangkang, dah jauh lari dari tujuan asal penubuhannya sebagai badan pemantau.

      Ingat kerajaan adalah pemerintah, apa pun terjadi pemerintah harus sama memikul tanggungjawab.

  16. DataCode says:

    Sejak pas-pkr jadi DAP

  17. sireh ke gagang says:

    jangan dijolok sarang tebuan . merana badan nanti .

  18. jombo says:

    Inilah manusia akhir zaman. Berhati kaudu.. pas yang kononya berjuang utk Islam diam menikus takut dap murka.. mana perginya lobai2 pas yang alim ulamak tu..

Leave a Reply

Threesome