Menu Utama

Saya Marah Khalid Sebab Jalan Berlubang – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan bahawa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Isu ini timbul apabila Abdul Khalid dikritik Anwar baru-baru ini kerana menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik.

Mengulas mengenai kritikan itu, Anwar berkata: “Abdul Khalid lantik saya untuk jadi penasihat, sebab itu saya tegur. Saya bertanggungjawab mengingatkan (Abdul Khalid)”.

Mengambil contoh jalan raya yang berlubang di Selangor, Anwar berkata adalah lebih baik jika wang lebihan perolehan dibelanjakan untuk menyediakan infrastruktur lebih baik dan dibelanjakan kepada pendidikan.

“Setiap minggu saya terima aduan tentang jalan di Shah Alam. Jadi saya tegur Abdul Khalid untuk jaga-jaga pegawai yang bagi laporan semua baik, sedangkan sebenarya berlopak-lopak.”

Mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu sebelum ini berhubung desas-desus Mohamed Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid selepas beberapa pihak dalam PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Menteri Besar itu.

Anwar berkata tiada sebarang keperluan untuk melakukan pertukaran itu kerana mendakwa pentadbiran Selangor adalah antara yang baik di negara ini, selain Pulau Pinang.

“Kalau ada pengambilan alih, sudah tentu saya akan tahu. Ini suratkhabar yang lebih tahu tentang apa yang berlaku,” katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Rakyat, di sini.






15 Komen to Saya Marah Khalid Sebab Jalan Berlubang – Anwar Ibrahim

  1. Orang Kampung says:

    tak guna pun jalanraya di turap semula kalo sekadar tempek2 sahaja seperti yg berlaku sejak 2008 hingga ke hari ini.
    kami di selagor dah gelar kerajaan negeri yg ada sejak 2008 adalah kerajaan TAMPAL sebabnya jal;an yg rosak hanya sekadar di Tampal dan hanya bertahan beberapa bulan seblum ianya kembali asal.
    kalau tanya alasannya tak cukup duit tetapi lebih baik tumpuan di beri pada jalan2 yg rosak teruk dgn penurapan sepenuhnya,gunakan peruntukan yg ada untuk selesai jalan2 tertentu dari menampal merata rata bagi membuktikan kerajaan buat pembaikpulihan sedangkan itu mengakibatkan keadaan lebih teruk lagi dan boleh mengakibatkan kemalangan.

  2. system baru says:

    lebih teruk lagi selangor pun tak ada duit, habis tanah semua dijual pada pemaju untuk di buat rumah mewah dan jalan berlubang-lubang macam bontot azmin di kawasan taman melawati kawasan azmin hanya tampal aje tak ada jalan baru dibuat, azmin dan khalid 2×5 aje

    • reds says:

      melawati tu dah abis gondol siyot aku tengok….sumer wat projek umah juta-juta…camner leh xde duit nak repair jalan?? wat pesta poora kat thailand ade duit plak khalid ibrahim nih…

  3. Meman kerajaan LUBANG la PKR ni…

  4. Manong says:

    Meneliti jari jemarinya tu, memang sebijik dgn jari pembalun dlm video tu…. Jari kembang tu memang tak boleh disorok. Perut nampak buncit sebab pakai tuala longgar…. Aku yg perut kempis pun nampak boyot kalau pakai tuala.

  5. tengkudin says:

    nuar pun suka yang berlubang…citer banyak konon…cakap la jalan pun ko nak tala jugak aljuburi!! hehe

  6. Nusantara Jones says:

    Patutlah pencacai pembangang dok bangga kembang hidung. Bukan main riuh depa dok canang kerajaan PR Selangor ada duit simpanan tunai bilion-bilion.

    Duit banyak bukan sebab bijak mengurus tapi sebab dok jimat tak mau belanja utk pembangunan negeri. Ini kerja bodoh namanya. Kerajaan Myammar pon boleh buat macam ni. Maknanya kerajaan PR Selangor ni pon taklah hebat mana pun kecuali membohong rakyat.

  7. Nusantara Jones says:

    Kerajaan pakatan haram Selangor ni sama macam sorang pakcik yang aku kenal dulu. Pak cik ni dah arwah. Duit banyak sampai beratus ribu hasil pengambil-alihan tanah untuk bina projek kerajaan pusat.

    Disebabkan first-time merasa duit banyak dan hidup miskin sebelum tu, pakcik ni simpan semua duit dia dalam bank. Langsung tak belanja takut duit habis. Umur pon dah tua apa salahnya kalau dia belanjakan duit tu pergi buat haji, beli kereta baru dan sebagainya.

    Beberapa tahun lepas tu pakcik ni jadi arwah dan semua duit tu dapat kat anak-beranak dia. Habis anak-beranak dia joli sakan semua duit tu dan salah seorangnya ialah member baik aku. Dia boleh beli kereta baru dengan bahagian duit dia.

    Macam tu jugaklah kerajaan pakatan haram Selangor, duit banyak tapi taknak belanja. Mengaku banyak duit pon tak guna kalau duit tu peram bawah telur kau.

    Hello bodoh, kau ingat duit tu bapak kau punya ke? Duit tu duit rakyat dan mesti dibelanjakan utk pembangunan rakyat.

    • Mawar says:

      Mb selangor kemut duit!! Exco byk cakap tapi haprak…nak politik je memanjang. Apa mb kisah kalau org nak cakap apa ponn, telinga dah tebal…pastu senang2 blanja sana sinun ke thailand lah…chiinalah, taiwan lah…..cube bagitau dlm banyak bantahan depan suk selangor, brapa banyak yang dilayan?

      Berbangga dgn simpanan yang ada tapi selangor akan ke belakang kalau tak settle infrastruktur dan pembangunan….especially isu AIR!!!

  8. baba says:

    lubang lain nuar pantang kira nak masuk, lubang jalan dia nak komplen plak….ingat jenis janji ada lubang si nuar ni…..ropanya memilih gak.

  9. alimedanbaru says:

    nak buat camno lagi, merekalah yg rakyat Selangor pilih..itulah andaian Allah kalau pilih pemerintah yg bukan ahli pemerintahan akan berlikulah jalan kehidupan yg penuh dgn lubang2 spt memilih Pas jadi wakil rakyat, ‘mesti pilih Islam sbb imej Islam’ sedangkan Allah dah ingatkan kalau kamu menyerahkan sesuatu perkara itu bukan kepada ahli yakni yg bukan pakar dlm bidang kerja itu maka tunggu dan lihatkan saat kehancuran.. SALAH SATU FAKTOR KERJA TAK SEMPURNA KERANA DALAM URUSAN KERJA ITU ADA UNSUR ‘RASUAH’. SAH.

  10. just saying says:

    mohon buat kerja geng pkr. jalan dengan selangor teruk gila! berlopak-lopak! itulah lain kali jangan tahu menuding jari maki hamun bn tak tentu hala kalau diri sendiri kerja apa tak jalan. huhh

Leave a Reply

Threesome