Menu Utama

Pusat hiburan degil diserbu lagi, 52 GRO Vietnam ditahan

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Polis menahan 52 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Bandar 9, Pusat Bandar Puchong di sini dalam serbuan yang dijalankan malam tadi.

Serbuan dibuat terhadap premis itu yang masih berdegil dan terus menjalankan aktiviti tidak bermoral walaupun pernah diserbu empat kali oleh pihak berkuasa sebelum ini.

Serbuan kira-kira pukul 11.40 malam itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang diketuai Inspektor Roslin Mohamad Isa.

Menurut Roslin, premis tersebut sudah berulang kali diserbu namun tetap berdegil menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Ketika serbuan, sebanyak 85 pengunjung berada dalam premis itu dan pemeriksaan mendapati kesemua wanita Vietnam berusia antara 20 hingga 30 tahun didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

“Berikutan itu kita akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menyita pusat hiburan ini meskipun mereka memiliki lesen yang sah,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan malam tadi. – UTUSAN ONLINE






Satu Komen to Pusat hiburan degil diserbu lagi, 52 GRO Vietnam ditahan

  1. […] Visit link: Pusat hiburan degil diserbu lagi, 52 GRO Vietnam ditahan […]

Leave a Reply

Threesome