Menu Utama

Polis kesan individu pertama sebar gambar mangsa tembak di Ambank

SHAH ALAM 30 Okt. – Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Okt lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial.

Beliau berkata, polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

“Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar ini malah kita juga sudah ambil rakaman percakapan dua anggota polis. Kita akan lakukan siasatan terperinci,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Pada 24 Oktober lalu, portal MYKMU menyelar pihak Polis kerana menyiarkan gambar mangsa tembakan tersebut dalam keadaan mengerikan [KPN Harus Hentikan Budaya Menyebar Gambar Mangsa Jenayah]. Sehari kemudian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengecam penyebaran gambar mangsa pembunuhan dalam rompakan bank semalam, Norazita bt Abu Talib, yang ditembak di bahagian muka dan mati di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, ditembak dengan senjata api jenis ‘pump gun’ oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, juga tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun, Mohd. Shukri enggan mengulas lanjut berkaitan suspek namun mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga lelaki itu, ditahan bagi membantu siasatan setakat ini. – BERNAMA






7 Komen to Polis kesan individu pertama sebar gambar mangsa tembak di Ambank

  1. Kayu says:

    Memang tidak ada alasan untuk seorang lelaki bersenjata untuk membunuh seorang pegawai operasi bank wanita hanya untuk merompak,sedangkan dengan mengacu senjata pun perempuan itu sudah tidak boleh berbuat apa-apa .Memang ada motif lebih penting dari merompak bagi tujuan pembunuhan ini,pembunuh tu memang sudah bersedia dengan risiko hukuman merompak bersenjata sudah pun satu kesalahan,membunuh pula,.. ternyata misinya yang lebih penting adalah membunuh,hasil rompakan adalah satu bonus baginya.Dalang disebalik pembunuhan ini juga mempunyai matlamat yang lebih penting dan besar lagi ,serta terdiri dari orang yang berkepentingan.

  2. Anak Lenggong says:

    Tapi yang menjadi penggalak kegiatan jenayah ini merupakan dikalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat..mereka tidak pernah melahirkan rasa simpati terhadap mangsa serta pihak keselamatan tetapi mereka merupakan pembela kepada poenjenayah tetapi dalam masa yang sama mengutuk pihak polis dengan mengatakan tidak menjalankan tugas menyebabkan kes jenayah makin berluas-luasa.

    Perkara ini terbukti dengan kes diatas, walaupun penjenayah tersebut belum lagi ditangkap tapi pihak Pakatan Rakyat sudah menghulurkan bantuan guaman untuk membela penjenayah tersebut..Apa boleh buat sebab ketua mereka pun kaki yang rendah moral dan akhlaknya..

  3. alimedanbaru says:

    SEPATUTNYA SEMUA PEMEGANG SENJATA YG BERTUGAS DENGAN SYARIKAT KESELAMATAN TELAH MENJALANI LATIHAN PERSENJATAAN DAN UJIAN MENEMBAK DIBAWAH SELIAAN KDN. PADA WAKTU ITU DOKUMEN MEREKA BOLEH DISEMAK SEMULA DAN PENGESAHAN WARGA NEGARA DAN BUKAN NEGARA BOLEH DIBUAT DISAMPING MENGESAN KETULINAN KAD PENGENALAN.MAKSUDNYA YG DAPAT KELULUSAN KDN SAHAJA YG BOLEH PEGANG SENJATA API… MASAALAH SEKARANG,SYARIKAT KESELAMATAN DENGAN SEWENANG-WENANG MENUGASKAN SIAPA SAHAJA UNTUK PEGANG SENJATA API TANPA PENAPISAN DAN AMBIL KIRA RISIKO LUAR JANGKA..

    BUKANKAH MEREKA YG MEMILIKI SENJATA API SECARA HARAM BOLEH DIHUKUM GANTONG? HALALKAH KUASA SYARIKAT KESELAMATAN UNTUK SERAHKAN SENJATA API IKUT SUKA DIA? Sekarang ni syarikat hanya dapatkan lesen senjata api, bagaimana dengan pemegang senjata api syarikat? ..lu fikirlah sendiri

  4. korokstabang says:

    uikk hangpa semua duk melalut komen tentang apa ni ?

    tak patut dibiarkan gambar atau rakaman kejadian disebar kepada orang ramai secara berleluasa, kejadian yang sangat mengerikan serta menguris hati keluarga serta saudara mara mangsa, bukan saja penjenayah telah bersikap kejam malah manusia yang mengedar gambar serta rakaman video yang menyayat hati ini turut bersikap kejam pada keluarga mangsa.

  5. kumbang says:

    Bunuh orang guna bom C4 lagi kejam

Leave a Reply

Threesome