Menu Utama

Pindaan Akta Pencegahan Jenayah Buatlah Pertimbangan Jujur

Oleh Zul Rawi

Secara umumnya rakyat menyedari Akta ini amat diperlukan bagi memastikan pihak berkuasa seperti polis dan diberi ruang yang secukupnya untuk menjalankan tugas menjaga keamanan dan keharmonian negara.

Menurut rekod terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011. Angka itu diperoleh berdasarkan jumlah suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam tidak berapa lama dahulu.

Walaupun secara holistik, statistik jenayah menunjukkan penurunan namun jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks menunjukkan peningkatan. Sebagai contoh pada hari raya pertama yang lalu, media melaporkan terdapat empat insiden tembakan berlaku dalam tempoh masa 24 jam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

Malah menurut satu kajian yang dilakukan kejadian tembak dan bunuh, mendapati sejumlah 31 kes serangan atau pembunuhan melibatkan senjata api telah berlaku dalam tempoh empat bulan (April – Julai 2013). Di mana seramai 43 orang telah menjadi mangsa, 22 nyawa telah terkorban dan 21 orang yang mengalami kecederaan.

Dalam bulan Julai 2013 sahaja, jelas memperlihatkan sebanyak 14 kes tembak-bunuh telah dilaporkan. Selain daripada itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Penang Institute pula, dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2013 telah memperlihatkan bilangan kes tembak-bunuh yang jauh lebih banyak daripada tahun 2012 dengan mencatat sebanyak 38 kes, di mana 2 kejadian tembak-bunuh berlaku dalam tempoh seminggu secara purata.

Dengan merujuk kepada kedua-dua kajian tersebut, jelas menunjukkan bahawa kes tembak-bunuh berlaku dengan begitu konsistennya sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini tanpa berhenti atau secara puratanya 2 kes dalam seminggu.

Kekerapan yang setinggi ini, secara telah mencetuskan kebimbangan dan ketakutan di kalangan masyarakat sekali gus menakutkan para pelabur yang ingin melabur di dalam negara. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, besar kemungkinan negara akan mengalami kerugian dan seterusnya bakal menyebabkan ekonomi negara lumpuh.

Oleh yang demikian, pembangkang seharusnya mendahulukan kepentingan negara berbanding bermain politik demi kepentingan individu tertentu. Ini kerana sekiranya mereka benar-benar ikhlas ingin memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat perkara ini perlu diberi keutamaan seterusnya menyokong pindaan tambahan akta ini.

Malangnya, Dewan Rakyat pada hari ini kembali kecoh dengan gelagat dan tindakan segelintir wakil-wakil rakyat dari blok pembangkang yang cuba menghalang pembentangan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan Dan Perluasan) 2013 oleh Menteri Dalam Negeri.

Ia bermula apabila, ahli parlimen Gombak, Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR bangun mempertikaikan beberapa klausa yang ingin dimasukkan di di bawah akta ini.

Pelbagai hujah yang digunakan antaranya ia tidak bersifat universal dan kononnya bertentangan dengan hak asasi manusia. Namun tindakan pantas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berjaya meredakan suasana.






3 Komen to Pindaan Akta Pencegahan Jenayah Buatlah Pertimbangan Jujur

  1. dkds says:

    Pembangkang sudah tidak tahu perbezaan antara penjenayah dengan rakyat…mereka bersuara seolah-olah para penjenayah yang menghantar mereka kedalam dewan rakyat mempertahankan hak penjenayah melakukan jenayah…itu sesuatu yang amat memalukan…

    alasan yang mereka guna, kenapa tidak dihadapkan terus ke mahkamah….apa yang menjadi persoalan saya, adakah MP pembangkang ini tahu apa itu jenayah terancang yang dilakukan oleh kumpulan samseng dan kongsi gelap…? mereka melakukan jenayah tanpa kesan bukti…ini yang membezakan antara pencuri amatur dgn golongan jenayah terancang ini…

    Apa yang melucukan ada dikalangan MP pembangkang membangkitkan soal hak asasi manusia dalam perkara membabitkan penjenayah…sedangkan penjenayah tidak pernah memikirkan hak asasi rakyat yang inginkkan keamanan…

  2. […] Continue Reading: Pindaan Akta Pencegahan Jenayah Buatlah Pertimbangan Jujur […]

  3. bangKano says:

    Ni la bentuk demokrasi yang di mahu kan oleh puak puak pembangkang la ni….hak hak rakyat mesti di nafi kan sebalik nya hak hak penjenayah tegaq mesti di utama kan. Depa dah berjaya membuat tafsiran baru berkaitan demokrasi,kebebasan bersuara & hak hak asasi manusia. Tu definisi sebelum depa dapat pegang kuasa…jika dah berkuasa nanti berubah plak tafsiran nya…relatif la kata kan…!!!

Leave a Reply

Threesome