Menu Utama

Pindaan Akta Cegah Jenayah Gembirakan Rakyat

Penghapusan Akta Pencegahan Jenayah telah mencetus berbagai reaksi dan juga keadaan yang kelam kabut dalam negara. Ini berikutan meningkatkan jenayah tembak dan bunuh apabila tahanan yang kebanyakannya merupakan ahli dan kepala kumpulan kongsi gelap telah terpaksa dibebaskan.

Apa yang menarik ialah kedua-dua kerajaan dan juga pembangkang sama-sama dipersalahkan atas apa yang berlaku ini. Kerajaan dipersalahkan kerana akur dengan desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta Pencegahan, manakala pembangkang dipersalahkan kerana mendesak kerajaan untuk berbuat demikian.

Apa yang tidak boleh diterima rakyat ialah keputusan diambil tanpa terlebih dahulu mengambilkira pendapat pihak yang berkait langsung dengan keselamatan negara, iaitu pihak polis. Akibatnya, tuding menuding jari dan tepis menepis terus berlaku di kalangan ahli politik sedangkan akhbar terus melaporkan satu demi satu kes tembakan.

Justeru, walaupun kedua-dua pihak enggan memikul kesalahan, pendapat dan kemarahan rakyat telah disuarakan secara berterusan di laman-laman sosial. Jika pihak kepimpinan mengambil sedikit masa untuk benar-benar mendengar, maka mereka pasti akan sedar bahawa rata-rata, rakyat mendesak agar Akta Pencegahan dikembalikan.

Bagi rakyat, sama ada ahli politik mengaku atau tidak kesalahan masing-masing kerana terdesak untuk menjaga ego atau air muka sendiri, adalah tidak penting lagi. Apa yang penting ialah semua pihak yang berkenaan wajib memastikan keadaan dalam negara terkawal.

Untuk itu, rakyat menyambut baik pengumuman mengenai Pindaan Akta Pencegahan 1959 semalam. Seperti yang dijelaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, deraf pindaan itu sedang disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara dan dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 September ini. Pindaan ini akan turut mengambilkira Sabah dan Sarawak.

Apa yang pasti, pindaan ini bertujuan untuk mengembalikan taring pihak polis yang sebelum ini telah dicabut tanpa kajian menyeluruh.

Sudah tentu rakyat merasa gembira dengan komitmen yang ditunjukkan kerajaan untuk mengakhiri keresahan yang melanda masyarakat selama berbulan-bulan ini. Walaupun pengumuman ini agak lambat, tetapi ia cukup melegakan.

Sebagai peringatan, pindaan ini wajib memberi keutamaan kepada hak rakyat untuk keselamatan dan bukannya mengutamakan hak penjenayah. Selain itu, sebarang keputusan haruslah dikaji dengan menyeluruh agar tidak terdapat sebarang kepincangan yang mungkin membawa kepada masalah yang lain pula di masa depan.

Walaubagaimanapun, jika ini sukar dilakukan, mengembalikan Akta Pencegahan yang lama juga sudah cukup untuk membuatkan rakyat gembira. Dan harapan kita ialah agar Akta ini digubal dengan seberapa segera.

Beruang Biru



« (Previous News)



3 Komen to Pindaan Akta Cegah Jenayah Gembirakan Rakyat

  1. […] Read More: Pindaan Akta Cegah Jenayah Gembirakan Rakyat […]

  2. Mat Panjang says:

    Sekiranya rakyat 1Malaysia mahu semua Daerah, Bandaraya, Taman Perumahan dan Lebuhraya aman dan selamat dari ganjuan samseng, gangster dan penjanayah maka rakyat perlulah membantu Polis menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Berilah maklumat yang lengkap kepada mereka akan kegiatan gangster dan penjenayah di kawasan anda. Jangan takut, jangan risau.

    Saya percaya Polis perlukan butir-butir seperti No. kenderaan dan jenis, tempat,rumah dan kawasan mereka beroperasi, No.talipun, jenis kegiatan mereka dan butir-butir ketua dan ahli-ahli mereka.

    Kawasan kita selamat, keluarga dan semua komuniti selamat dan boleh menjalankan tugas harian dengan senang hati.

  3. bangKano says:

    Sebenaq nya Akta Pencegahan Jenayah 1959 belum lagi di mansukh kan….cuma ISA & EO jerrr di mansukh kan. Ia cuma di buat pindaan terhadap seksyrn & klausa klausa tertentu supaya lebih mantap & berdampak lebih positif. Mana boleh akta yang telah di hapus kan macam ISA & EO top top nak di pinda plak…nanti loyar loyar dari puak puak pembangkang akan jadi kan isu ni sebagai senjata ampuh nak menjatuh kan citra kerajaan & memudarat kan kewibawaan kan institusi perundangan.

Leave a Reply