Menu Utama

Pemilihan UMNO Telah Selesai, Masa Untuk Bersatu Mantapkan Parti

Oleh Zul Rawi

Semalam adalah merupakan detik yang panjang untuk semua baik di kalangan mereka yang bertanding di peringkat bahagian mahupun di jawatan tertinggi Umno Malaysia. Bagi yang menjadi penunggu setia di PWTC semalam graf keputusan yang sekejap naik dan turun, ada kalanya cukup meresahkan sehinggakan ada yang tidak senang duduk. Atau dalam bahasa perumpamaan, mengalahkan saat menunggu ketika bini ingin bersalin.

Namun itulah realiti dalam dunia politik dan adat pertandingan. Pasti ada yang akan kalah dan menang. Kepada mereka yang berjaya setinggi-tinggi tahniah diucapkan, namun pada mereka yang gagal diharapkan dapat menerima keputusan tersebut dengan hati yang tabah dan terbuka.

Walau apa pun, yang berlaku pemilihan Umno untuk sesi kali ini telah ‘selesai’ dengan menggunakan sistem yang lebih berdemokrasi dan telus untuk menobatkan pimpinan parti Melayu ini.

Sebagai generasi perwakilan dan ahli Umno yang menjadi perintis kepada inisiatif Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam memperkenalkan sistem baru ini, rata-rata di kalangan mereka nampaknya lebih berpuas hati berbanding sistem terdahulu.

Sistem yang lebih telus bagi mengelakkan amalan politik wang terus menghantui Umno sedikit sebanyak dilihat bakal membantu Umno untuk menarik minat kumpulan orang muda untuk memberi terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional khususnya Umno pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

Apa yang pasti, pemilihan kali ini sudah selesai dengan baik. Sudah tiba masa untuk semua ahli memperkukuhkan jentera dan berhenti bermain politik. Berusahalah untuk menempuh cabaran yang bakal dihadapi melalui Pilihan Raya Kecil Sungai Limau menjelang 4 November ini.

Kekalkan semangat bersatu padu demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja kaum Melayu kerana sebagai negara yang berbilang kaum, perpaduan merupakan asas untuk membentuk sebuah negara yang terbaik.

Walaupun Umno merupakan satu parti yang memperjuangkan dan mempertahankan hak istimewa orang Melayu, itu tidak bermakna kepentingan kaum lain akan dipandang sepi. Jadikan lah pemilihan kali ini sebagai satu modul yang paling cantik untuk diikuti dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Tiada senioriti mahupun pilih bulu, siapa yang layak untuk dibantu, haruslah diberikan bantuan. Ini dapat memastikan Umno dan juga Barisan Nasional sebagai kerajaan yang memimpin dapat mengekalkan relevan mereka pada PRU akan datang untuk terus mengemudi negara ke arah yang lebih maju dan aman.

Hapuskan budaya politik wang, hapuskan juga budaya kronisme yang kerap disinonimkan dengan Umno. Demokrasi dan ketelusan yang ditawarkan Presiden Umno adalah satu platform yang sangat baik untuk diteruskan.

Jelas Najib mengambil berat soal rakyat dan juga parti, oleh itu beliau berusaha keras untuk terus memastikan Umno kekal relevan sepanjang zaman untuk ahlinya.

Buktikan kekuatan dan juga semangat perpaduan yang ada pada PRK Sungai Limau ini, sama-sama berganding bahu untuk memastikan rakyat Sungai Limau berhak menerima kemajuan seperti yang lain.

Umno perlu mara untuk rakyat Malaysia.



(Next News) »



42 Komen to Pemilihan UMNO Telah Selesai, Masa Untuk Bersatu Mantapkan Parti

  1. WTF says:

    Tahniah diucapkan kepada yang menang

    Kepada yang kalah, boleh cuba lagi dalam pemilihan akan datang…

    Yang penting, menang atau kalah, semua ahli UMNO perlu bekerja dgn lebih kuat dan berkhidmat memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu

    Semoga Allah SWT melindungi umat Islam Malaysia

  2. […] Read More: Pemilihan UMNO Telah Selesai, Masa Untuk Bersatu Mantapkan Parti […]

  3. alimedanbaru says:

    ..kepada yg membebel dan mempertikaikan keputusan dan kaitkan kalah menang calon dgn siapa-siapa sedarlah bahawa anda semua adalah simunafik yg suka cocok memcocok dan suka pecah belah. kalau anda percaya dgn sistem demokrasi..cukup, nohtah, dan terima keputusan. calon tak sibuk dgn kekalahan mengapa pulak kita yg perlu menyibuk.apakah UMNO boleh tegak hanya kerana Hishamuddin atau Mukriz? Tidak.. UMNO tegak dari akar umbi dan akar umbilah yg buat keputusan. aku tahu kamu yg sokong Mukriz (akupun pangkah Mukriz)salahkan Najib, soalnya betul ke?.. tapi hormatlah sikit perwakilan Pahang tu..mereka bukan robot.. undi rahsia, kalau nak pangkah, pangkah. kalau tak nak pangkah,tak siapa boleh halang!

  4. raplahjingaa says:

    150,000 jer akar umbi UMNO ??? agak-agak la, kalau ia pun.

  5. omega says:

    Semoga Carik Carik semasa pemilihan dapat disatukan semula.

  6. tony gunawan says:

    raplahjingaa ,najib yang u tak suka masih presiden umno ,muhidyin yang u sokong bertindak pengecut!
    sayang sekali!
    hahahahahahahahaha!

    • raplahjingaa says:

      Najib aku tak suka,tapi bukan bererti aku tak sokong, so bagi aku its balance up. dan tag team yang 50% kekuatan ni lah yang menyebabkan, Perak dan Kedah kembali ke tangan orang Melayu, dan tag team ni jugak lah yang membuat cai macam hang berguling-guling makan tar diatas jalan !!

      selalu sangat hang makan soup anjing, sekali sekali hang makan tar…sedap ke ??

    • sireh ke gagang says:

      Eh cinabeng ni reti pulak nak membahan orang .gi mati sana lah lekas !

    • Gambus says:

      walaupun tak suka , tapi UMNO terus mencatat kemenangan dan menentang golongan racist seperti DAPigs yang sering ingin menjatuhkan Islam , itu yang penting laa apek tonyy …

      kalau pengecut ialah macam DAPigs , iaitu HANYA anak beranak Lim boleh memilih mana-mana cawangan yang boleh mengundi .. inilah pengecut !!!

    • alimedanbaru says:

      ..orang UMNO benci pemimpin bukan tak suka, benci tapi rindu..maknanya benci sayang. kalau macam to’kong kamu tu tony, Dap.. menci membenci sampai pecat memecat, belasah dan buat kenyataan akbar, buat laporan polis terhadap pemimpin dan bla. bla. bla.. jadi jangan cubalah provok.. kami tak suka tetapi tetap ‘rindukan pemimpin’..he he

  7. dkds says:

    Hormatilah pilihan perwakilan….walaupun ada dikalangan kita tidak bersetuju dgn keputusan yang ada…

    Ambil sikap sabar dan tekun dalam menerima keputusan ini..yang kalah tidk semesti kekal kalah, yang menang tidak selama akan kekal menang…semuanya adalah dari Allah

  8. ahmad says:

    agak mengecewakan bila mengetahui naib presiden masih milik org yg sama…adakah majoriti perwakilan tidak belajar drp sejarah atau majoriti drp mereka mempunyai kepentingan diri masing2…org yg pernah derhaka dan terpalit kes2 tidak baik ketika dulu masih diberi kepercayaan…org yg lemah masih juga diberi jawatan…apa nak jadi dgn umno skrg??? mgkn benarlah kata seorang soleh yg umno akan jatuh jua nnt…dptkah agama islam dan bangsa melayu dimartabatkan jika dipimpin oleh pengkhianat dan org yg lemah…fikir2kanlah…skrg, tidak nampak pun kesungguhan umno sendiri utk membina kekuatan bangsa melayu…

    kpd alimedanbaru, tuduhan munafik tu agak berat…kpd WTF, anda dipihak mana sebenarnya? kpd raplahjingaa, aku tahu kau sayangkan bangsa melayu…

    aku dah bosan dgn politik tanahair…cukuplah aku memberi komen di forum ini…aku mintak maaf jika pernah terkasar bahasa dlm forum ini…

    • bujuk says:

      Ini namanya ‘demokrasi terpimpin’. Ada pemilihan, tapi ikut apa yg. pemimpin mahu. Sebelum pemilihan lagi.. orang dah berkata ‘orang lama akan kekal’. Lihat pada pemilihan wanita, adalah paling ketara.
      Korang boleh kata aku apa2… tapi aku dah tulis dulu lagi. Tapi aku memang harapkan Hishamudin boleh kalah dengan Mukriz… nampaknya tunM kena terima hakikat, dia dah takda kuasa dah walaupun masih punya pengaruh.

      • raplahjingaa says:

        Apa hang dok merepek bujuk, Tun yang serahkan kuasa dia pada pak lah secara suka rela, kata-kat dia yang aku ingat sampai sekarang, bila ditanya tentang cara dia mengekalkan kesihatan antaranya ” bila kita makan, kita berhenti makan bila tengah sedap, begitu jugak dalam politik ”

        Nik ajis asyik nak melantak walaupun perut dah mengah, apa jadi kat dia ??? terpaksa menyerahkan kuasa walaupun tanpa rela .

        Ingat pesan Tun Mahathir tu bujuk….amalkan Insyaallah baik lah kesihatan hang…at least, hehe..

      • sireh ke gagang says:

        Pandai bujuk susun ayat .kita tengok nanti hasil muktamar PAS pulak .masih wujudkah demokrasi di dalam pas dan bagaimana kesudahan anwarinas & geng ulama bersilat merebut kerusi2 panas kepimpinan pas.

      • Gambus says:

        yang menang dan yang kalah tu perkara biasa . Tapi kalau ikut cakap orang penipu macam kau memang haprak laa bujuk , macai nik ajis yang hina !

        Tun M memang letak jawatan pada kemuncak , bab kuasa tak timbul macam nik ajis , yang nak jadi MB sampai mati TAPI akhirnya TERPAKSA juga berhenti hahahahaha .

        • bujuk says:

          TGNA tak umum bersara d pentas perhimpunan Agung untuk dapat SIMPATI macam Presiden parti keris. Bukan nak kata laaaa… orang yg. suruh tun tarik balik pengumuman dan nangis2… kemudian dia ‘fier’ tun bia dah tak berkuasa. Bukan sorang… tapi ramai.

          • raplahjingaa says:

            Nak umum apa ?? dia di arahkan bersara !! sebab dah jadi beban pada sultan Kelantan !

          • gambus says:

            memang laa dia tak umum , sebab dia pun tak sangka kena paksa bersara , kalau tidak mau dia nak jadi MB sampai mampus !!! ini lagii simpati .. tapi aku tgk dia akan terus berkuasa didalam PAS sampai mampus !!! orang gila kuasa memang macam ni ,manusia tak malu !!!

          • WTF says:

            YG MINTAK SIMPATI NICKY AJIS!!!

            DO KO UMNO, LAST2 ALLAH SWT MAKBULKAN KO NICKY AJIS TAK DAPAT MB!!!!

            http://www.mykmu.net/?p=24702

            AMBIK KAU LAKNATULLAH!!!

            MUEH44444444

      • alimedanbaru says:

        apa pun bujuk, menteri tentera, menteri polis dan menteri orang kampong yg menang..kami suka tak suka..kena fikirkan hikmahnya jugak.. dengan gabongan tentera, polis dan orang kampong, melopong dan garu kepala jugak DAP, PAS dan PKR..betul tak bujuk?

      • WTF says:

        Nak cerita pasal demokrasi terpimpin???

        Itu pemilihan CEC DAP 2013 Bujuk!!!

        No 5 dalam pemilihan CEC DAP boleh jadi dapat jawatan No 1 dalam DAP!!!

        Macam mana tu Bujuk!!!

      • badrole amin says:

        aku rasa jijik lah bila bujuk bercakap tentang demokrasi, ptuihhhhh!!!

        betul kata ‘raplahjingaa’ bahawa bujuk cakap merepek…merepek sebab bujuk kata Tun M dah takde kuasa itu bermaksud Tun M merasakan dia masih lagi jadi PM dan mempunyai kuasa…

        cuma tentang bujuk kata Tun M mempunyai pengaruh itu aku setuju kata ianya teramat betul namun aku anggap bujuk tetap bodoh…hehehe

        boleh dikata pengaruh Tun M memberi ‘aura\'(sinar) kepada anaknya, Mukhriz pula bukan calang-calang org…bukan calang-calang org sebab Mukhriz lewat umum nak bertanding naib presiden, dia takde kabel dan dia tak guna ‘pihak istana’ bila berkempen tapi sudah boleh beri persaingan sengit kepada Hishamuddin…2 lagi calon yg bertanding merupakan org yg lebih senior tapi Mukhriz telah mengkerdilkan mereka dari jumlah undi yg diperoleh

        apakah bujuk mahu berkata Mukhriz tak hebat dan berwibawa?

    • alimedanbaru says:

      apa pun bujuk, menteri tentera, menteri polis dan menteri orang kampong yg menang..kami suka tak suka..kena fikirkan hikmahnya jugak.. dengan gabongan tentera, polis dan orang kampong, melopong dan garu kepala jugak DAP, PAS dan PKR..betul tak bujuk?

    • alimedanbaru says:

      abang Ahmad, mintak maaf bebanyak.. janganlah merajuk.. kita yg tentukan pemimpin, bukan pemimpin yg tentukan kita..siapa pun mereka orang kita jugak yg sebabkan dia kat situ..

  9. badrole amin says:

    komen dari Tun M:

    “keputusan pemilihan semalam juga menunjukkan anggota Umno terus mahukan muka-muka lama”

    “saya nampak orang lama yang dipilih semula, nampak Umno hendak orang lama kekal”

    ditanya sekiranya keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu mungkin menyukarkan proses transformasi UMNO, Tun Mahathir berkata:

    “keputusan pemilihan membuktikan arus perubahan dalam parti itu tidak berjaya”

    “tak tahulah…sesetengah orang hendak perubahan. Sesetengah orang hendak kekal. Itu terpulanglah…”

    “daripada segi fizikalnya, tak berjaya(transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia(Umno) diremajakan”

    ——————————————————-

    pendapat aku tentang ‘diremajakan’:

    ‘diremajakan\'(antara bentuk transformasi) bermaksud UMNO harus menjadi seperti UMNO yg baru dilahirkan 66 tahun dahulu dimana tenaga dan semangat utk membela nasib, maruah dan martabat IMR teramat jitu dan berkobar-kobar dlm setiap jiwa pemimpinnya…’diremajakan’ bukan transformasi utk menjadi apologetik kepada kaum cina yg berkiblatkan agenda jahat DAP & pakatan haram

    • sireh ke gagang says:

      Badrol , dari pemilihan sayap2 parti lagi dengan kekalnya kak jat & KJ , kita dah nampak jelas , apa perwakilan dan akar umbi (core) umno bawahan mahu .Transformasi tanpa mengorbankan reputasi dan legasi . signal itu jelas dalam sayap wanita & pemuda .cuma di dalam puteri , berlaku sedikit rombakan .tetapi masih memilih yang condong ke arah yang pro lama .tapi itu tidak mengapa .yang utama dan paling penting ,UMNO membuktikan , mereka terus menghidupkan demokrasi di dalam pemilihan .mereka2 yang menang tidak seharusnya berasa selesa dan menarik nafas lega dengan keputusan yang diperolehi , dan yang kalah tidak wajar terus berdukacita .kerana kuasa demokrasi untuk memlilih terletak sepenuhnya kepada perwakilan dan akar umbi.dan itu tidak membolehkan pihak yang menang harus bersenang lenang seperti dahulu , sewaktu perlembagaan umno belum dipinda lagi. jika berlaku sebarang permasalahan , aku rasa perwakilan dan akr umbi tidak teragak2 untuk menghukum para pemenang pada pemilihan akan datang.

  10. badrole amin says:

    mempunyai hikmah tersendiri dan terselindung Mukhriz bertanding naib presiden sehingga memberi persaingan sengit dan membuat Hishamuddin terketar lutut menunggu keputusan

    hikmahnya itu ialah setelah berjaya mengekalkan jawatan naib presiden no.3, Hishamuddin harus mentransformasikan dirinya tidak menjadi lagi pemimpin UMNO dan menteri yg dilihat lembik

  11. raplahjingaa says:

    Apa pun ahli/penyokong UMNO wajib menjadi kumpulan pendesak yang kuat, ingat kerajaan itu rakyaat dan rakyaat itu kerajaan, itu core foundation demokrasi, yang di luar atau di dalam kitalah yang harus membentuk UMNO.

    Ingat ROH perjuangan UMNO harus di pacu oleh pemimpin-pemimpin melayu yang berani, pintar, tegas, adil dan mempunyai vision negara di masa depan.

    di tangan pemimpin yang lemah…akan layu lah melayu, anak cucu kita akan jadi hamba di negara sendiri…ita a jungle out there.

    • sireh ke gagang says:

      tak mengapalah RAP .apa pun , di dalam MT , telah ada dato seri idris haron , datuk azeez abd rahim yang mewakili suara golongan pendesak untuk umno. mereka2 ini pemimpin yang tebal ,dan vokal ciri kemelayuan . kita harapkan , mereka dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin sebagai MT,Supaya umno terus relevan dgn keadaan semasa dan sentiasa melindungi roh perjuangan melayu islam demi malaysia kita ini. Insyaallah..

    • alimedanbaru says:

      yes..akar umbi, cawangan dan bahagian jangan jadi pak angguk memanjang..sesekali kena jadi jebat ataupun Perkasa…

  12. Alyabu says:

    Komen Dato Seri Azalina Said setelah memenangi Ahli MKT UMNO sgt tepat dan perlu diambil perhatian….YANG KITA MENANG NI HANYA SESAMA KITA ORG UMNO .. BUKANNYA MASYARAKAT DILUAR SANA.. PENGUNDI PRU14..

    • badrole amin says:

      komen Azalina itu bermaksud semua yg menang dlm UMNO harus lebih kerap turun ke padang ke setiap ceruk(bukan semasa berkempen pilihan raya sahaja) utk berjumpa, bertanya khabar dan mengetahui denyut nadi serta keluhan masalah rakyat terutama masalah yg dihadapi orang melayu/bumiputera

      melakukan dgn lebih perkara diatas boleh membuat UMNO dilihat dan dirasai lebih inklusif kepada orang melayu jenis ‘atas pagar’…banyak perkara subjektif berkaitan ‘inklusif’ ini

      komen Azalina itu mahu UMNO mentransformasikan diri menjadi lebih inklusif kepada rakyat diluar sana bukan menjadi eksklusif kepada sesama ahli dan pemimpin UMNO utk dibangga-banggakan

    • WTF says:

      Yup, I think semua org tahu hakikat tu…

      Yang penting semua pemimpin dan ahli UMNO perlu bekerja keras tarik org ramai mengundi Barisan Nasional pada PRU14…

    • Gambus says:

      tu tandanya dia suruh ahli UMNO berusaha dan terus berusaha menentang puak penyokong murtad dan pro LGBT Pakatan !!!

      Hidup UMNO !!! hehehe

  13. Anak Lenggong says:

    Pada pandangan aku yang menjadi perwakilan..

    1. Kita harus terima apa juga keputusan daripada perwakilan dan akar umbi (150k..saperti kata rapjingga ianya bukar suara daripada akar umbi) tetapi perwakilan yang pergi mengundai merupakan calon yang dipilih daripada cawangan dimana melibat sekurang-kurang 4 orang wakil daripada setiap cawangan). So ini lah pilihan mereka ..walaupun aku juga tak kecewa Mukriz kalah tetapi, suara ramai yang maukan dia kekal sebagai Naib Presiden.
    2. kemenangan Hishamudin disebabkan faktor kenegerian (Johor) dan sepupu kepada Najib (Pahang)..tetapi dengan peningkatan undi terhadap Mukhriz..akan membuatkan Hishamudin dan UMNO buka mata
    dengan apa keinginan daripada akar umbi.
    3. Hajat melihat tranfomasi wujud dengan terpilih nya beberapa nama saperti Idris Haron, Azeez Baling, Shahidan Kasim, Sohami Shahadan, Bung Mokhtar, Rezal Merikan, aziz zkarpawi, Shamsul Anuar, Azalina Othman Tajudin Rahman Puad Zarkashi dan anuar musa..tak lupa Mukhriz yang mungkin dipilih berdasarkan koata masih ada 10 kekosongan didalam Majlis Tertinggi dimana mereka ini merupakan orang yang bersuara. Gandingan MT yang melibatkan gandingan baru dan muda serta lama akan meningkatkan lagi keagongan UMNO.
    4. Ada banyak bahagian sudah bertukar tangan ketua bahagian dan AJK nya..ini merupakan kumpulan pendesak diperingkat bahagian dan suara mereka akan didengari..

    Walau apa2 keputusannya, jelas terlihat akan keparpeduan sesama ahli dimana sewaktu hari pemilihan mereka bergaul mesra walaupun terlibat dengan pertandingan..perkara ini harus diteruskan dengan segera merapatkan tali yang tegang supaya kita sesama bergerak menuju kearah kemakmoran negara, mendaulatkan agama islam dan bangsa melayu..

    BUJUK LU JANGAN NYEBOK ..KITA TENGOK NOVEMBER NANTI SEWAKTU PEMILIHAN pas..ADAKAH YANG TERLIBAT DENGAN KELAKUAN MORAL, SIBANGANG TANPA KELULUSAN ATAUPUN BALACI ANUAR BRAHI AKAN TERPILIH..KALAU SETAKAT PERWAKILAN DALAM LINGKUNGAN 2000 ORANG TAK PAYAH CAKAP LA SEBAB MEREKA NI BUKAN BAWAK HASRAT AKAT UMBI..TONY SIAL PULAK KO SENDIRI TENGOK APA BERLAKU DIDALAM PEMILIHAN CEC DAP..PERTANDINGAN CUMA MELIBATKAN FIZIKAL JE TETAPI KEPUTUSANNYA ORANG YANG KALAH BOLEH JADI PEMIMPIN NOMBOR SATU..BAIK TAK PERLU DIADAKAN PERTANDINGAN PEMILIHAN DAN TIRU PERANGAI ANUAR IBRAHIM DIMANA JAWATAN NYA DILANTIK SENDIRI TANPA PEMILIHAN…

  14. baba says:

    kita mahu barisan yg menang buktikan kemampuan mereka dlm prk sg limau ni.

  15. TUBIR says:

    Bolehke anak sanusi junid berbaik dengan kj…..ataupun sekurang kurangnya memberi tangan atau ringankan buah fikiran untuk membangunkan pemuda yang sedang bermalas malas dan sedang bermimpi mimpi ni?Kalau setakat muncul dimusim pemilihan patutpun Kalah Teruk…….So kepada anak sanusi junid ni belajarlah ringan kan badan yang berat tu ok ……..lepas ni boleh mintak tolong kj untuk dapatkan pinjaman perniagaan …atau sebagainya untuk naikan pemuda UMNO lah katakan …..

  16. Mat Panjang says:

    Hanya The Star (20hb Oktober 2013) sahaja yang mempaparkan UMNO LINE UP 2014 – 2016 kebgkap dengan gambar 25 Ahli Majlis Tertinggi. Tetpi lain-lain suratkhabar sya tidak nampak. Mungkin saya silat tengok.

    Maka dibawah ini disalinkan laman web yang menyenaraikannya.

    http://beritasemasaonline.com/ahli-majlis-tertinggi-umno-penggal-2013-2016

Leave a Reply

Threesome