Menu Utama

Pemilihan UMNO: Masa Untuk Bertugas, 3 Tahun Bukan Lama

SALAH satu sebab kenapa penulis tidak begitu canggung dengan keputusan pemilihan UMNO semalam (walaupun ada yang tidak memuaskan hati), adalah kerana penulis diyakinkan bahawa tahun 2016 nanti akan ada pemilihan lagi – tidak akan ditangguh seperti mana yang berlaku dalam beberapa penggal yang lepas.

2004 – 2008 sepatutnya ada 2 pemilihan, begitu juga tempoh 2009 – 2013.  Tapi sebab alasan pilihanraya, maka kita menerimalah keputusan untuk tidak mengadakan pemilihan setiap 3 tahun sekali.

Pada penulis, pemilihan 3 tahun lagi itulah yang penting kerana ia akan menyediakan parti dan BN untuk PRU14 pada tahun 2018.  Pemilihan jawatan tertinggi yang tamat semalam (kalau tidak ada masalah dengan RoS), sudah selesai.

Cuma nak ulas sikit, majoriti rakyat melihat pemilihan kali ini tidak menunjukkan UMNO bersedia untuk berubah (terutama pada jawatan-jawatan tertentu) kerana jelas kelihatan disitu, UMNO seolah-olah tidak responsif dengan kehendak semasa – hanya kerana kita menang dalam PRU13 yang lepas.

Percayalah keadaan itu tidak akan kekal lama kalau UMNO masih di takuk sama kerana yang menjadi benteng pemisah antara menang dan kalah tempoh hari adalah kerana parti pembangkang tidak kukuh, selain benci majoriti besar orang Melayu kepada DAP itulah yang menghalang mereka dari menang lebih banyak.

Kemenangan lepas juga banyak dibantu oleh perubahan pucuk pimpinan negara yang membawa kepada pengenalan pelbagai program transformasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan dalam masa yang sama, seimbang dengan kemampuan kewangan negara.

But, what is done, is done, maka itu bolehlah semua yang menang memulakan tugas masing-masing, tak perlulah kita ganggu lagi sebab pemilihan ini dibuat secara demokrasi  dan sistem pemilihan  baru yang melibatkan lebih ramai ahli – bukan sekadar 2,000 lebih perwakilan seperti mana biasa.

Apa pun nak komen pasal pemilihan baru ini, yang penting ia jauh lebih bagus dari parti pembangkang.  Sedar tak sedar, pemimpin-pemimpin tertinggi pembangkang (Ketua Umum, Mursyidul Am dan Setiausaha Agung), tak seorang pun yang dipilih secara terus oleh ahli parti, hanya parti UMNO saja.

Besarlah harapan ahli UMNO khasnya dan orang Melayu amnya, untuk melihat semua pemenang jawatan ini mampu membawa UMNO lebih maju lagi.  PRU13 yang lepas memperlihatkan pemulihan UMNO yang bagus dari semua segi berbanding 2008, tapi dalam masa yang sama, parti-parti komponen, terutama MCA dan Gerakan menunjukkan penurunan sokongan yang ketara.

Apakah hala tuju kita selepas ini, masih berharap kepada parti komponen ini untuk mempertahankan jawatan atau UMNO perlu lebih kuat dari sekarang, dengan sasaran merampas kerusi majoriti Melayu yang kini dikuasai PAS dan PKR, atau bagaimana?

Inilah yang perlu dipersiap sediakan dari sekarang.  Nak menang dah menang dah, so sekarang ahli UMNO nak tengok hasil atau 3 tahun lagi, lebih banyak perubahan akan berlaku.

Akhir kalam untuk sesi pemilihan ini, harapannya agar semua yang terlibat, ‘kekal Melayu’ seperti mana yang kita boleh lihat sepanjang kempen berlangsung.  Jangan waktu kempen saja cakap pasal Melayu dan pertahan Melayu, habis kempen dan menang, jadi liberal balik, sokong LGBT, kebebasan media buta tuli dan sebagainya.






24 Komen to Pemilihan UMNO: Masa Untuk Bertugas, 3 Tahun Bukan Lama

  1. raplahjingaa says:

    Yup 3 tahun bukan lama, Mesir huru hara dalam masa setahun ,Iraq di musnahkan dalam masa 3 bulan, Afghanistan, Syria, Libya, Bosnia…semuanya tak sampai 3 tahun, so di tangan pemimpin yang lemah, bukan 3 tahun, 3 minggu pun dah cukup lama !

    • Kayu says:

      Negara,,.Afghanistan,Iraq,Mesir,Syiria,Sudan Somalia,Mali,Lubnan,Libya,Nigeria,Bosnia,Chehnya,,,..Wilayah,,.Rohingya,Selatan Thai,Mindanao,Republik Congo..,,Pemimpin,Imam serta orang yang berpengaruh tentang agama dibunuh didalam pembunuhan yang dinamakan bom bunuh diri atau serangan pemisah, sedangkan sebenarnya mereka dibunuh oleh penjajah serta pihak kerajaan untuk menyekat atau memastikan agenda mereka terus berjalan lancar serta tidak dicabar ,kita dapat mendengar setiap hari ada saja serangan bunuh diri tetapi sebenarnya adalah pengeboman oleh perisik tentera penjajah keatas sasaran mereka dimana untuk membunuh beberapa orang penting ,mereka tidak teragak -agak untuk membunuh semua orang yang berada dikawasan tersebut,,.kemudian dipaparkan didalam akhbar mereka ,ianya adalah bom bunuh diri…,inilah kaedah baru pembunuhan penjajah abad ke -21,,,.tidak mustahil ianya akan berlaku dinegara ini sekiranya negara ini dijajah semula oleh penjajah kafir yang begitu gerun dengan kebangkitan Islam,,,..adalah amat malang sekiranya negara ini hanya dipimpin oleh mereka yang lemah dan tiada keupayaan untuk menghadapi cabaran dan perancangan jahat penjajah kafirun ini,,..kalau ada sesipa yang merasakan dirinya tidak layak untuk menjadi pemimpin tak perlulah terhegeh -hegeh nak menebalkan muka untuk menjadi pemimpin kerana tempoh selesa negara sudah berakhir,,.Komunis sudah tumbang,,.Timur Tengah sudah tumbang,,.Asia tenggara adalah sasaran seterusnya sejarah 500 tahun dahulu sudah berulang kembali…,hanya perlu bersiap sedia saja ..,,,.perlu diingat kalau setakat nak cium keris tu,. hanya akan membuatkan penjajah ini ketawa sampai terkencing saja bukannya takut sampai terkencing..,lainlah kalau boleh menerbangkan keris yang dicium tersebut.,!!

  2. ultra melayu says:

    pemimpin datang dan pergi.yang penting umno tetap kekal kukuh dan berjasa.

  3. yeop says:

    tugas pemimpin2 tinggi umno hanya sesuai bagi mereka yang berani mempertahankan maruah dan hak hak keistimewaan orang melayu. kalau lembek dan suke glamor, elok jadi ahli biasa saja..

  4. Matatelinga Gomen says:

    Hisham sedih dituduh lembik. Lalu Hisham kata semasa Tanduo diserang pengganas dia bersama keluarga dia berada disana beberapa hari , memantau. jadi ini bukti dia keras tidak lembik saperti didakwa.

    Pada kita Hisham tetap lembik walau dia kata dia tidor dikem polis.

    Rakyat sudah beberapa tahun resah gelisah diancam kejadian jenayah yang semakin banyak. Kita tak nampak apa Hisham buat sehingga Ops cantas yang mengubah banyak keadaan sebaik Zahid ambik alih.

    Hisham tidak effective. Itulah term yang bolih kita ganti selain lembik.

    • bujuk says:

      Pengganas dah ceroboh… dia masih nak mesyuarat dan bagitau rakyat negara terkawal. Bila anggota polis dah mati, baru kelamkabut mintak tolong Zahid.

      • raplahjingaa says:

        Aik ????? bujuk….tu bukan sandiwara UMNO ke ??

        Bila anggota keselamatan yang beragama Islam terbunuh mempertahankan Negara, Cina kafir katakan itu sandiwara UMNO, melayu macam hang jugak yang terkinja-kinja menyokong.

        Bila hindu penjenayah di tembak mati oleh polis…orang macam hang jugak terkinja-kinja nyatakan polis Malaysia zalim. Hang ni sebenarnya bujuk ada identity conflict.

      • WTF says:

        Dok kata Hishamuddin PENAKUT, walhal kau pun dua kali lima jugak Bujuk PENAKUT macam Hishamuddin!!!

        Awat hang takut nak bincang pasal BLACKOUT lagi!!!

        Cer cerita lagi Bujuk!!!

      • Gambus says:

        cakap dengan pencacai dam pemimpin Pakatan ni umpama cakap dengan binatang .. masa tak diambil tindakan mereka menyalak macam anjing TAPI bila diambil tindakan pun mereka menyalak macam anjing jugak kata kononnya Malaysia bertindak zalim dan bersandiwara pulak .. nilaa pencacai nik ajis yang tak bertaraf punya manuisa .. membelit , menipu dan memfitnah !!!

    • WTF says:

      I think ther right word for Hishamuddin semasa menjadi Menteri Dalam Negeri bukan lembik, mahupun tak effective

      The right word for Hishamuddin will be INCOMPETENCE sbg Menteri Dalam Negeri..

      Diharap Najib terbuka hati bagi jawatan Menteri Pertahanan pada org lain, Hishamuddin la ni ada 2 portfolio (Pertahanan dan Pengangkutan), biarlah Hishamuddin pegang Kementerian Pengangkutan…

      Ahli2 UMNO dah bersuara Najib, bertindaklah segera demi kelangsungan dan survival parti UMNO.

  5. baba says:

    yg menang dan kekal perlu tunjukkan yang mereka sememangnya layak memegang jawatan2 tersebut. ahli umno sedang menilai prestasi anda semua.

  6. WTF says:

    Tahniah diucapkan kepada yang menang

    Kepada yang kalah, boleh cuba lagi dalam pemilihan akan datang…

    Yang penting, menang atau kalah, semua ahli UMNO perlu bekerja dgn lebih kuat dan berkhidmat memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu

    Semoga Allah SWT melindungi umat Islam Malaysia

  7. alimedanbaru says:

    Dap sedang bergolak sejak CEC 1 & 2. Parti Cina dlm BN, MCA juga bergolak dalam kepimpinan. Pas menjelang pemilihan sedang carca merba samaada kepimpinan ulamak atau sebaliknya.

    UMNO sedang terus mempertuguhkan barisan dan dlm siap sedia mentranformasi perjuangan..ambillah peluang yg terbuka untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO sentiasa boleh diharap dalam setiap keadaan, masa dan ketika.Batu akan terus malap bila mentari tenggelam sedang batu permata dalam keadaan terang dan gelab tetap keluarkan sinar dan cahaya.. itulah UMNO.

  8. raplahjingaa says:

    Yang bercahaya adalah ROH perjuangan UMNO, bukan UMNO sendiri !! jangan keliru, ianya berbeza. UMNO buat masa ni hanya bercahaya di waktu siang ! malam dia malap.

  9. bujuk says:

    UMNO masih macam dulu…
    25 ahli MT dan 5 pemimpin tertinggi hanya JamilKhir sorang wakil ulamak. Tiada kesungguhan dalam martabatkan Islam, jika d pandang dari sudut tersebut. Sejak dulu2… hanya ada 1 orang dalam MT bertaraf ulamak. Dulu ada Wan Mokhtar(Naib Presiden), kemudian ganti Yusuf Nor, Hamid Othman, B.Jenaral Zainal Abidin(kagat),Abdullah Mat Zin… dan sekarang Jamil Khir(kagat). Hampir kesemuanya Menteri d JPM(agama. Apakah umno menetapkan hanya boleh ada seorang Ulamak dalam kepimpinan tertinggi sebagai gula2 pada orang Islam bahawa mereka memartabatkan Islam.

    • WTF says:

      HAHAHAHAHA!!!!

      Dalam PAS semua ulama ker Bujuk!!! Mentang2lah Nicky Ajis dah naikkan taraf semua ahli PAS jadi ulama!!!

      http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/21948-saya-cakap-lain-mereka-tulis-lain-tg-nik-aziz

      Ada sikit ker, banyak ker jumlah ulama dalam UMNO, yg penting jangan jadi seperti PAS. Banyak ulama (tapi Nicky Ajis kata semua ulama) tapi PAS SETUJU MEMBENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN SBG KATA GANTI NAMA TUHAN DALAM BIBLE

      MUEH4444444

      • Gambus says:

        kaki penipu , pembelit , penzina , kaki khalwat , pemfitnah adalah contoh ulamak dalam PAS .. memalukan punya manusia !!!

    • ultra melayu says:

      so, maksudnya mat sabu lebih ulamak dari nasharuddin mat isa la?

    • Gambus says:

      Oklaa tu bujuk , daripada dalam PAS pemimpin mereka yang berzina dan berkhalwat pun diangkat , yang ada video seks pun boleh jadi pemimpin PAS …

      Dewan Ulama PAS pun takat jadi patung jee , kenyataan mereka mengenai kalimah Allah tak diambil berat .. hahahahaha

  10. Alyabu says:

    Keputusan pemilihan MKT UMNO yg rata2 mengekalkan penyandang jelas menunjukkan “UMNO TIDAK BERUBAH”..dalam kalangan ahli UMNO sendiri pun mereka masih dalam selesa dgn cara lama bagaimana pula mereka mahu tunjukkan perubahan kepada pengundi2 diPRU 14 nanti..benar kata TDM kubur telah dan sedang menanti UMNO/BN..sedarlah harta individu melayu hanya 10% manakala 14% lagi adalah harta badan2 Amanah seperti Tabung Haji, Felda, PNB dll..daripada 10% harta melayu itu 3% dipegangi oleh melayu2 kroni yg dapat pelbagai konsesi dan AP..inilah satu sebab kenapa susah sangat utk UMNO berubah..penentangan org melayu hanya melalui PEMBANGKANG kerana melalui UMNO pemimpin2 tertinggi mereka terdiri daripada kepimpinan yg diWARISI dan mempunyai kekayaaan kroni yang besar..JANGAN HARAP WUJUD PERUBAHAN MELALUI UMNO..Perubahan hanya wujud setelah UMNO di kuburkan..

    • raplahjingaa says:

      UMNO dikuburkan Alyabu ???? hehe…aku rasa yang tinggal 21 kerusi tu akan dikuburkan….rasa-rasa dah tak lama dah !

    • WTF says:

      Perubahan hanya wujud setelah UMNO di kuburkan???

      Hangpa semua dah berapa kali dah cuba, yg terkubur org lain pulak!!! Macam PAS, MCA, Gerakan…hehehe

      Walaupun tiada perubahan dalam barisan kepimpinan UMNO, tak bermakna UMNO akan kalah dalam PRU14, tapi diakui jalan masih sukar jika tiada lagi perubahan sikap, terutama pemimpin2 UMNO…

      Apa yang perlu dilakukan, semua pemimpin dan ahli UMNO perlu bekerja dgn lebih kuat dan berkhidmat memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu…

      Undi pada PRU14 akan datang dgn sendiri sekiranya semua pemimpin dan ahli UMNO adhere to the above…

      Semoga Allah SWT melindungi umat Islam dan bangsa Melayu di bumi Malaysia…

    • Gambus says:

      UMNO dah banyak kali berubah dan tukar pemimpin , yang tak berubah ialah PAS , DAPigs dan PKR .. dari dulu hingga sekarang muka yang sama jugak .. muka tulaa yang kalah tiap-tiap kali pilihanraya hahahahahahahahaha

      Melayu kroni ?? macam kroni DAPigs dapat konsesi kat Kelantan !!! macam Ladang Rakyat yang HANYA dimiliki pemimpin Pakatan !!!

      woiiii nak cakap tu guna otak laa setidak-tidaknya Felda Tabung Haji tu semua berkhidmat untuk bumiputera yang miskin … tak macam kelantan nak buat Ladang Rakyat ala Felda tapi bini nik ajis dan pemimpin Pakatan pun dapat !!! ini haramjadah punya kroni !

  11. Mat Panjang says:

    Sila baca The Star 24.10.2013 “The cost of telling the truth.” Ada kaitan dengan senarai ke?

Leave a Reply