Menu Utama

Pemilihan Ketua Wanita Petaling Jaya Selatan Kecoh

Berlaku kekecohan dan pertikaian dalam keputusan pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan apabila jumlah undi yang diterima melebihi jumlah kehadiran perwakilan.

Jumlah kehadiran yang diumumkan ialah 389 orang. Namun semasa pengiraan undi, jumlah undi yang diterima ialah 401 termasuk undi rosak. Ini menyebabkan timbul bantahan dan ketidakpuasan hati calon yang kalah Norkhaila Jamaluddin.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Selangor, Harun Ismail mengumumkan, penyandang jawatan Munaliza Hamzah menang jawatan tersebut dengan 198 undi berbanding Norkhaila yang mendapat 196 undi serta 7 undi rosak.

Kertas undi yang lebih sebanyak 12 keping berbanding jumlah perwakilan yang hadir menimbulkan persoalan besar mengenai ketelusan pemilihan ini. Isu ini menjadi besar apabila perbezaan antara calon hanyalah 2 undi.
Norkhaila berkata, beliau akan membuat bantahan pada malam ini dan akan dihantar kepada UMNO Selangor dan UMNO Malaysia.

Sementara itu, Harun berkata, pengumuman tersebut adalah muktamad, namun sebarang bantahan boleh dikemuka kemudian. –






24 Komen to Pemilihan Ketua Wanita Petaling Jaya Selatan Kecoh

  1. raplahjingaa says:

    Hehehehe….kena check tu..kot-kot ada aci bangla terlepas pi mengundi.

  2. Pak Su says:

    Tolong la UMNO, jangan bagi Melayu hilang percaya..jangan sampai Melayu tolak UMNO dan beralih kepada yang lain.
    NGO-NGO Melayu bersiaplah untuk jadi penganti,..tiada apa-apa lagi dalam UMNO untuk Melayu bergantung harap kalau masih dok buat perangai lama…

    • raplahjingaa says:

      Pak su…kenyataannya melayu tak pernah hilang kepercayaan pada UMNO,UMNO itu roh perjuangan orang melayu….yang buat leceh ialah pemimpin yang syok sendiri, dikelilingi oleh kaki-kaki bodek yang pijak semut pun tak mati.

      tapi bukan semua lagu tu…ada yang bagoih, hehe

    • gambus says:

      Kalau UMNO dah tak boleh diharapkan dah lamaa isu-isu mengenai agama Islam dah dijual macam PAS kepada DAPigs

  3. […] Read this article: Pemilihan Ketua Wanita Petaling Jaya Selatan Kecoh […]

  4. arhi says:

    Org sekarang bukan bodoh boleh menilai sesuatu perkara itu samada betul atau salah

  5. alimedanbaru says:

    bila 2 musuh ketat bertemu, tipudaya adalah jalan menewaskan seteru…

  6. sungai_siput says:

    takpa la Paksu

    UMNO tak juai kalimah allah macam PKR dgn PAS dok buat

    lantak p la dalam keluarga UMNO depa dok begasak sesama depa

    depa begasak dak la sampai juai bangsa samapai tunduk dgn komunih chinpeng

  7. bujuk says:

    Lagi 12 tu undi pos kut… lawan sesama sendiri pun menipu tapi nak dabik dada telus masa PRU.

    • Waris Mat Kilau says:

      Booo Joke…, DAP parti yang kau sanjung tu lagi hebat. 800 undi dikatakan 300 dan orang yang dapat undi 300 boleh jadi 800 pula. Silap mata sepet lu lah Boo Joke!!!

    • raplahjingaa says:

      Ya tak telus, blackout hang sekejap kat Baling, sekejap kat Dungun sekejap kat Serdang…tu hang yang dok menipu !!

  8. Pak Su says:

    Pak Su cuma peringat,katanya UMNO ada 3.5 juta ahli, tak tau la banyak mana dah beralih sengap-sengap dan yang dah give up. Ikut perangkaan tshun 2011, ada 8,5 juta Melayu berumur 20 thn dan keatas. Jadi ada lebih kurang 5 juta Melayu dewasa bukan ahli UMNO. UMNO mau ingat, yang dok pangkah UMNO BN tu lebih ramai yang bukan ahli UMNO.
    Pak Su dok teringat PEKEMBAR….kot kalu la ada sapa pi daftar jadi pertubuhan politik pulak lepas PAU nii..teringin jugak nak jadi ahli…

    • alimedanbaru says:

      …ada setengah-setengah wanita ni walaupun bukan perwakilan, bukan main semangat ikut kawan hadir dlm persidangan Bahagian.. bukan apa nak jumpa kekawan.. bila tiba bab mengundi dan nama cawangan dipanggil, dia bangun beratur, tak sedar diri tu bukan perwakilan… yg tukang bagi borang pun ‘ngok’, bagi ulur saja tak semak bil sah perwakilan cawangan… akhirnya inilah jadi…bab ambil mudah.. agak2 saja dr pengalaman hadir dolo-dolo..kata orang ‘kes terpencil’.

    • raplahjingaa says:

      Bahaya jugak Pak Su kalau dah banyak sangat parti politik berteraskan Melayu…kita berpecah belah, DAP nanti yang untung, cina ni bab bangsa, pelajaran dan budaya depa bersatu padu, Gerakan, MCA dan DAP akan bercakap nada yang sama…kita orang melayu ni bersengketa dalam semua bab.

      Tapi bab tunduk kat cina, orang melayu semua bersatu…tunduk !! pemimpin pun hampeh tak kira parti melayu mana pun.

      So apa pilihan yang kita ada ?? PAS ?? boleh jatuh hina agama Islam kalau dengan PAS ni. PKR ?? lagi la teruk, so hanya tinggal UMNO saja yang masih boleh di paut oleh orang-orang Melayu.

    • sungai_siput says:

      tima kasih paksu, insyaAllah ramai jugak kenalan saya dalam UMNO yg concern mcm paksu,

      mudah mudahan terjaga agama dan bangsa melayu

  9. moo says:

    Kecoh dipemilihan ameno ni tak dapat liputan Mykemut.net pun?…? Cu berlaku kat PR, kecoh website ni.
    Kj tetap jadi pilihan ameno wpun terpalit dgn byk kes zaman dulu…

    • raplahjingaa says:

      Biasa la mooo…macam anwar jugak, masih jadi pilihan lebai-lebai PAS, walaupun maksiat luar tabie sana sini, tu tak kira abang stopa kita lagi.

    • bangKano says:

      Pasai apa hang dok kecoh ni moo…? Kalo hang ghasa ada penipuan…sila bawak ke mahkamah dakwa pemilihan tu tak sah & batal…macam penyokong DAP pasai isu CEC dulu tu….koyok melambong lambong tak dak apa apa pun tekaq keghin ada la….!!!

  10. DataCode says:

    Ada pengudi hantu juga ke semasa pemilihan umno..tak sangka ada lebihan kertas undi

  11. badrole amin says:

    tak payah lah macai pakatan haram nak kecoh jadikan modal muarahan tentang apa berlaku pada pemilihan di PJ selatan

    walaupun terlebih 2 undi, apa yg penting 2 undi itu dibuat oleh perwakilan/ahli UMNO yg sah…ini kes ‘last minute’ baru nak mengundi, bahagian(PJ Selatan) menjangkakan 389 ahli/perwakilan akan hadir utk mengundi tapi ada 2 mangkok datang utk mengundi di saat akhir

    kertas undi itu bukan terhad berjumlah 389 sahaja, bila ada 2 mangkok datang nak mengundi disaat akhir kenalah ‘jawatankuasa pemilihan’ tambah beri 2 kertas undi

  12. odeng says:

    kadang 2, ade perwakilan yang hadir tapi x sain kehadiran….pengerusi umum ikut kehadiran.

    • badrole amin says:

      kepada calon yg kalah jgn marah-marah lagi biar jawatankuasa pemilihan buat siasatan dan beri penjelasan…aku percaya apa berlaku hanya masalah teknikal seperti ada perwakilan yg hadir tidak sain kehadiran dsb

      tak sain kehadiran makanya tak terdaftar sebagai antara yg telah mengundi, bila ini berlaku tentulah tidak tally mereka yg hadir(termasuk yg tak sain kehadiran) sebagai pengundi dgn jumlah undi yg di kira

      nasib baik calon yg kalah tak suruh penyokong baling kerusi seperti yg berlaku dlm pemilihan PKR…calon pompuan yg kalah kat bahagian mana tu baling mikrofon?…amboi cik kak kita tu, banyak kali tengok gambar cik kak kita tu macam penyanyi rock pulak!…hehehe

Leave a Reply

Threesome