Menu Utama

Pembangkang Cuba Cipta Negara Mesra Kongsi Gelap

Pembangkang sentiasa menyatakan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi terhadap penjenayah.  Mereka bersungguh-sungguh cuba mencipta “image”  buruk pihak   polis dan memberi gambaran bahawa penjenayah yang melakukan kejahatan sebagai pihak yang teraniaya. Logik akal manusia yang waras fikirannya akan tahu hakikat sebenar kedudukan pembangkang dalam  negara kita. Mungkin juga mereka memberi dorongan tersebut dengan bertujuan untuk menggugat keamanan Negara bagi memudahkan mereka merampas Malaysia dari tangan Barisan Nasional.

 

Dengan dorongan dari pembangkang yang begitu kuat maka ianya seolah-olah memberikan isyarat kepada penjenayah dan “kongsi gelap” bahawa mereka akan sentiasa dibela apabila melakukan kejahatan dan jenayah. Ini secara tidak langsung memberikan gambaran sebenar akan pembangkang sebagai “penjahat” yang menyediakan Negara bebas untuk penjenayah.

 

Memandangkan kegiatan kongsi gelap yang berleluasa dan kejam maka Kerajaan terpaksa memasukkan kesalahan jenayah terancang dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).Ini berikutan  samseng Malaysia kini lebih berani daripada mafia Amerika Syarikat (AS) semasa perang antara kumpulan kongsi gelap sekitar 1920-an.

 
Kumpulan kongsi gelap telah berani tampil dengan bangga dan angkuh  berarak jika ada sebarang kematian melibatkan anggota kumpulannya. Sedangkan Mafia 1920-1930an pun tak seberani itu dalam menayangkan secara terang kumpulan kongsi gelap mereka. Perang mafia AS pada waktu itu telah berjaya   dirakam merupakan  insiden keganasan yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai pada hari kekasih 1929.  Dimana ianya melibatkan pertempuran tujuh kumpulan, termasuk mafia terkenal Al Capone. Namun peristiwa tersebut tidak dapat menandingi kesesakan teruk lalu lintas di Pulai Pinang pada Ogos lalu apabila diadakan perarakan sempena kematian seorang anggota samseng.

 

Malahan mengikut sumber applebiru seorang peguam PKR N. Surendran didakwa membuat kenyataan bahawa beliau akan membela pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pekerja Ambank semalam.  Laporan memetik N.Surendran yakin pengawal keselamatan terrsebut mengalami tekanan dan menjadi tugas untuk beliau mempertahankan pengawal Keselamatan tersebut dan mengelakkan hukuman gantung sampai mati jika pengawal keselamatan tersebut disabitkan dengan kesalahan membunuh. Keluarga pengawal keselamatan yang membunuh pekerja Ambank juga dilaporkan telah berjumpa dengan N. Surendran bagi membantu dalam kes pembunuhan ini.

 

Maka tindakan pembangkang yang berterusan menentang arus dengan tetap menyatakan pendirian menyebelahi penjenayah harus difikirkan dengan mendalam akan maksud tersurat dan tersirat mereka kerana kami rakyat Malaysia mahukan sebuah Negara yang aman dan tenteram.

 

Sikap pembangkang yang menyokong penjenayah memberi isyarat bahawa jenayah amat di alu-alukan harus diterangkan kepada semua rakyat bahawa sekiranya mereka mengundi pembangkang maka itu bermakna mereka mengundi untuk menggalakkan kejadian jenayah terus berleluasa di Negara kita.

 

Selama ini kita naik muak apabila pembangkang mencari ruang membela sesiapa sahaja yang melakukan jenayah seperti kes Kugan, Beng Hock, AmirulRasyid dan lain-lain lagi.  Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan cintakan keamanan maka menjadi kewajipan kita memastikan pembangkang terus ditolak dan dikuburkan oleh rakyat.



« (Previous News)



3 Komen to Pembangkang Cuba Cipta Negara Mesra Kongsi Gelap

  1. alimedanbaru says:

    Aku melihat kerosakan akal sesetengah manusia dinegara ni menjurus kepada pemikiran jahiliah:
    * Nabi s.a.w menumpaskan amalan pemujaan dan penyembahan berhala dansebagai ganti menempatkan dalam jiwa, keimanan dan mengesakan Allah. Sekarang ni bukan sahaja kafir sesetengah umat Islam memasukkan Allah dalam fahaman triniti.
    * Nabi s.a.w melenyapkan tabiat jahiliah, sebagai ganti dibina kemuliaan budi pekerti serta aklak yg luhur. Sekarang ini kerja jahat gangster disokong dan dipertahankan, malah yg lebih teruk akhlak jahiliah homosek dan lesbian bukan saja dianjur oleh sikafir, yg mengaku Islampun sokong sama.
    * Nabi s.a.w berjaya menyatuikan umat dizaman jahiliah, sekarang ni orang yg mengaku Islam dan parti Islam sendiri yg memecah belahkan umat, malah duduk disebelah musuh Islam yg jelas mahu menghancurkan Islam.

    Kepada manusia yg ada akal yang waras sudah pasti dapat menilai intan dan permata dan musang yg berbulu ayam. Sekarang ni banyak Abu Lahab yg berserban, mulutnya menyebut Allah, Allah tetapi hakikatnya dia adalah musuh Islam.. yg kafir tu tak perlulah nak dikata, memang sentiasa membawa unsur yg menyesatkan!lu fikirlah sendiri..

    • badrole amin says:

      abu lahab versi akhir zaman sekarang iaitu hadi awang fikir dia boleh memperbodoh orang Islam utk percaya kedegilan dan kejahilan dia terus membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah kononnya dapat memberi kebaikkan yg boleh membuat org kristian masuk Islam bila menggunakan dan menyebut nama Allah dijadikan amalan dlm kehidupan seharian mereka

      cuba hadi awang tanya pada lim guan eng ataupun pada murphy pukiayam errr pakiam dlm sehari berapa kali mereka berdua sebut nama Allah? tidakkah hadi awang tahu majoriti org kristian yg mendapat hidayah lalu mengucap 2 kalimah syahadah utk masuk Islam tidak pernah sepatah pun menggunakan atau menyebut nama Allah dlm kehidupan seharian mereka semasa mereka menjadi org kristian?

      hadi awang sebenarnya tahu akan tujuan sebenar pihak kristian di Malaysia begitu kamaruk mahu menggunakan kalimah Allah…atas sebab kepentingan politik bersifat duniawi(kemaruk sangat nak jadi kerajaan berkongsi kuasa dgn DAP dan PKR) mahu memastikan dirinya dan PAS terus mendapat sokongan dan secalit undi dari org kristian dan kafir, hadi awang sanggup mengenepikan dan membuang kepentingan serta peringatan Islam

      hadi awang tidak kisah membenarkan penggunaan kalimah Allah ini kepada pihak kristian sehingga ianya digunakan oleh pihak kristian utk mengeliru dan memurtadkan org Islam terutama generasi muda org Islam pada satu hari nanti

      di tangan hadi awang penuh dgn darah Ibrahim Libya dan pengikutnya yg telah disesatkan olehnya pada suatu ketika dahulu dgn ‘amanatnya’ itu…hadi awang boleh dikata tidak menginsafi dan bertaubat nasuha akan perbuatannya itu kerana dia tidak pernah memohon maaf kepada balu-balu insiden Memali…bukan sahaja tidak memohon maaf malah hadi awang membiarkan ‘Tabung Memali’ utk kebajikan balu-balu insiden Memali habis diratah, diseleweng dan dicuri oleh PAS

      munafik tegar dan penyesat umat Islam bernama hadi awang ini tidak ambil kisah pun pada org Islam yg dia telah sesatkan dan mati dlm kesesatan itu, apakah munafik tegar dan penyesat umat Islam bernama hadi awang ini nak ambil kisah pada org Islam terutama generasi muda org Islam yg akan disesatkan(dimurtadkan menggunakan ‘kalimah Allah versi kristian’) oleh pihak kristian?

  2. sungai_siput says:

    “Memandangkan kegiatan kongsi gelap yang berleluasa dan kejam maka Kerajaan terpaksa memasukkan kesalahan jenayah terancang dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)”

    jadi kenapa hisyam nasihat kan najib supaya bubar undang2 ISA dan juga buang daerah ????

    kenapa najib mesti ikut rentak pembangkang dan juga kapir2 anti islam hapuskan undang2 penting demi undi yg tak dapat pun dari cina komunis pada PRU13 baru ni???

    kenapa 101 bahagian perwakilan UMNO CKMMKC masih lagi mahu orang macam hisyam jadi VP UMNO???

    sudah lah pembangkang mahu merobohkan islam di malaysia, di sokong pula oleh pemimpin UMNO yg tidak mahu memikirkan kesejahteraan orang melayu…

    sesuatu perlu kita laku kan dengan penuh kebijaksanaan..insyaAllah

Leave a Reply

Threesome