Menu Utama

Pejuang Hak Melayu Tidak Perlu Apologetik Melaksanakan Tanggungjawab

Para pemimpin pejuang hak Melayu sejati tidak perlu apologetik apabila dituduh rasis oleh pemimpin pembangkang.  Kenyataan sebenar bahawa perjuangan menegakkan keadilan bagi memperjuangkan hak-hak sebenar Tuan Tanah Melayu merupakan kebenaran. Jangan biarkan diri kita terperangkap dalam permainan pembangkang.

 

Perlu kita tegaskan disini sekali lagi bahawa kesamarataan akan mengakibatkan ketidakadilan yang melampau terhadap bangsa Melayu yang merupakan Tuan Tanah Melayu yang begitu baik hati berkongsi tanah dengan kaum Pendatang Cina dan India yang telah dibawa oleh Inggeris untuk bekerja di lombong dan estet. Ini merupakan hakikat bukan rasis. Jangan terperangkap dalam putarbelit pembangkang.

 

Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah bersikap rasis malahan terlampau lembut hati dan mengikut telunjuk dan rentak tari pembangkang. Rakyat menuntut kerajaan Barisan Nasional bertindak lebih tegas menangani mainan politik pembangkang yang bertujuan memanipulasikan sikap tolak ansur BN agar melepaskan hak Ketuanan Melayu yang akan mengakibatkan penganiayaan dan penindasan melampau terhadap bangsa Melayu.

 

Hentikan memohon maaf yang ternyata tidak perlu terhadap pembangkang semata-mata kerajaan memperjuangkan hak-hak mutlak bangsa Melayu dari terpaksa melalui proses penganiayaan yang buruk dari pihak pembangkang.

 

Sikap terlalu menjaga hati bangsa Cina dengan melampau walaupun mereka tidak langsung mengundi dan menyokong Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas amat tidak boleh diterima. Ini mengakibat perasaan yang cukup tidak puashati dikalangan bangsa Melayu kerana mereka tahu bahawa bangsa Cina secara halus dan kasar cuba menghapuskan kewujudan Tuan Tanah Melayu yang sebenar dan menggantikannya dengan kaum pendatang.

 

Langkah kerajaan memperkasakan ekonomi bumiputera tidak harus dipandang serong oleh mana-mana kumpulan, seolah-olah satu dasar diskriminasi terhadap golongan tertentu. Dasar itu akan memberi manfaat menyeluruh kepada semua kaum, malah tidak akan sesekali membantutkan pertumbuhan ekonomi negara. Namun jangan sesekali bersifat takut dan kecut perut melaksanakan agenda memperkasakan bangsa Melayu ekoran dari kenyataan kononnya kerajaan menindas bangsa Cina yang tidak menyokong kerajaan.

 

Secara realitinya mereka sepatutnya diajar secara secukupnya atas tindakan biadap  cuba menumpaskan kerajaan selain daripada melalui PRU13 , mereka juga melalui “balaci” dalam PAS dan PKR menjalankan kempen memburukkan kerajaan secara melampau dan menghina kedaulatan Negara. Bendera Negara dihina dengan melampau, begitu juga sistem Raja Berpelembagaan telah dicemari dengan penghinaan dari kaum Cina.

 

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang lepas , telah meningkatkan penyertaaan bumiputera  dalam ekonomi dan sehingga hari ini hampir 23 peratus manakala masyarakat bukan bumiputera pun maju dan pendapatan mereka meningkat, malah terlibat dalam semua aktiviti ekonomi. Kerajaan amat menyedari bumiputera masih tidak mencapai sasaran yang diharapkan dan perlu melakukan sesuatu bagi membela nasib golongan majoriti itu, oleh itu dasar memperkasakan ekonomi bumiputera  akan membolehkan semuanya mendapat faedah sama ada bumiputera atau bukan bumiputera.

 

Sokongan bangsa Melayu terhadap Barisan Nasional memang tidak dapat dinafikan. Oleh itu kerajaan harus mengutamakan agenda untuk bangsa Melayu disamping menjaga keadilan terhadap Tuan Tanah Melayu. Ini bermakna apabila kerajaan menjaga bangsa Melayu maka kerajaan menjalankan tanggungjawab “fardu kifayah: yang sepatutnya.  Dengan itu atas nama kebenaran dan keadilan maka kerajaan tidak perlu memohon maaf pada bangsa lain memandangkan kerajaan hanya  menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.






12 Komen to Pejuang Hak Melayu Tidak Perlu Apologetik Melaksanakan Tanggungjawab

  1. AntiKomunis says:

    hidup Melayu! ayuh bangsaku, bersatulah!…demi memastikan Melayu masih mempunyai hak sebagai Tuan di bumi bertuah ini…jgn biarkn bangsa lain ‘menjajah’ kita…mereka ini jgn di beri muka langsung!…

  2. anakbochek says:

    Jangan amalkan budaya dah “cium keris mintak maaf”. Kita cium keris bukan kita cium ketiak. Kita tegas tapi mengikut undang2 dan perlembagaan. Dengan apek2 ni senang je, kalau kita dah bertegas diorang akan back off. Habih kuat dia menyalak kat belakang.

    • dkds says:

      hahahahahahahaha…..lucu bila kenangkan peristiwa itu….memula tampak hebat, bila pak lah rasa undi cina perlu…maka terus jadi ckmm sidrom…sehinggalah pada PRU lepas…baru kot BN sedar…hilang undi cina, selagi undi melayu tetap pada UMNO/BN…kerajaan pusat pasti tertegak….

      jgn pula tahun depan ada lagi iklan pukul gendang bagi menambat hati mereka lagi

      • WTF says:

        I tak pernah tengok iklan tu main gendang tu…tapi dgr jer dah nyirap darah apalah yg difikirkan oleh Najib…

        Also bab poster2 “I Love PM”, mcm Presidential Election pulak…

        Rasanya Najib dah sedar bila dia mention Tsunami Cina masa PRU13, tapi yg akar umbi UMNO mahukan ialah tindakan susulan…

        No more goodies for the Chinese, beri apa yg hak jer dlm Perlembagaan Malaysia. Kaum Melayu dan bumiputra perlu diberi lebih perhatian…

        Lagipun dah terbukti, tanpa sokongan kaun Cina, UMNO boleh menang PRU13, as long as nasib kaum Melayu dan bumiputra diberi perhatian dan terpelihara…

    • bangKano says:

      Zaman moden la ni tak perlu hunus keris & cium…sepatut nya keluaq kan pistol dan check bulet dalam selinder ato magazin…bagi yang tak punya pistol tu….check lastik dan peluru besi sama ada cukup ato tidak sebelum bertindak….!!!

  3. Tubir says:

    Soalnya beranikah Najib dan Mahayudin serta barisan pemimpin UMNO dan kerajaan bertegas dengan merika semua ?.Kalau dilihat cara najib saya tidak yakin akan hal mempertahankan hak hak perlembagaan.Najib beraliran sederhana dan merugikan bangsa Melayu manakala perlembagaan adalah tegas dan jelas .Terpulanglah kepada UMNO dan pemimpinya menentukan samada mendengar keluh kesah orang orang Melayu dan bertindak mengatasinya atau setakat berlakun mendengar tapi tak buat apa apa pun .Setakat nak dilihat bersedarhana dimata dunia tapi pada hakikatnya bangsa dan bahasa Melayu dianak tirikan buat apa.Bak kata orang orang cakap tak serupa bikin ,Menang sorak kampung tergadai oleh perangai buruk pemimpin .

    • bangKano says:

      Anak bangsawan ni dah di jajah minda nya oleh sistem kolonial inggeris melalui pendidikan negagha ni. Sekolah masa tu guna bi sebagai medium dan teruih di hantaq kat UK masih lagi guna bi…mana tak anak ni di pupuk ngan doktrin penjajahan inggeris….!!!

  4. alimedanbaru says:

    Kepada orang yg ada kepala hotak pasti dapat mencongak apa yg perlu dibuat apabila ada dua belah pihak yg mana satu pihak:
    . UMNO yg mahu memberi keistimewaan dan haq kpd Bumiputra spt yg tercatat dlm Perlembagaan dan satu pihak
    . Melayu Pas dan PKR yg ambil tindakan sebaliknya demi kepentingan politik dgn konsep samarata dgn menidakkan keistimewaan Melayu dan Bumiputra.

    Jangan lah kamu terlalu bebal asyik menyalahkan Najib tidak tegaslah ,itulah inilah.. sedangkan percaturan politik pelbagai kaum perlu diambil kira bila Pas dan PKR yg bodo cuba mendapatkan undi Cina India dgn kianati bangsa sendiri.Setiap undi berharga demi tentukan ketuanan pemerintahan. Tindakan membabibuta tanpa perancangan dan strategi akan menyebabkan nagara jatuh ketangan bangsa lain yg dialibabakan oleh siboda PAS dan PKR.. cubalah faham sikit masaalah pemerintah.. kecualilah kamu tu sentiasa jadi kuli tak pernah pegang jawatan dan t/jawab tinggi mentadbir beratus atau beribu manusia, kalau rasa baru kamu tahu bagaimana kata peribahasa, ‘menarik rambut dlm tepong, rambut terkeluar tapi tepong tak runtuh!’

    • Tubir says:

      Mungkin lepas ini ramai orang Melayu akan menjadi tak ada otak jika tiada tindakan yang benar benar mustajab dari pemimpin UMNO .Kita dah beri merika undi didalam PRU13.Kita tidak tuntut bulan dan bintang .Kita tak mahu dengar lagi ungkapan kalau nak kaya jadilah pemimpin dalam UMNO.Kalau betul betulberjuang demi bangsa dan negara buktikan jangan cakap kosong semata mata .aku nak lihat dalam PAU nanti jangan jemput wakil MCA,dan parti parti lain dari BN.Malah jemputlah DAP,PKR dan PAS untuk mendengarnya.Kalau ada berani buat biar dia orang tau apa dia hak orang orang Melayu .Masa itu cabutlah keris dan apa saja yang ada ,Tunjukan kita ada adat dan kita ada maruah untuk dipertanankan beri tahu merika jangan pandang rendah pada orang orang Melayu.

  5. alimedanbaru says:

    cara Melayu MENGAPAK tak membelah tetapi merungkai jatuh bercabang, cara Melayu MENIKAM tak berlubang tetapi tersungkur menyembur darah.. berdiri tapi melangkah, tiada tetapi ada.. pantang panglima marah ditunjuk-tunjuk.. diam bukan takut ,tetapi takut memberi ketakutan dan dalam diam ada jeritan….sabar bang.. kita tak bodo pilih pemimpin.. pemimpin sedang diuji, yg adil di sembah yg zalim pasti disanggah….sabarrrr

  6. jombo says:

    Inilah terjadi bila bangsa melayu tak bersatu.. Keadaan ini terjadi bermula dari simpati kepad Nuar.. dan Nuar bijak mengambil peluang ini.. selagi misteri Nuar tidak terungkai selama itulah melayu totok akan menyokong Nuar. Jadi kerajaan mesti selesaikan kes Nuar segera supaya keadaan sokongan kepada nuar tidak berterusan. Modal pembangkang adalah mencari kelemahan dan kesalahan kerajaan. Oleh itu unsur-unsur kelemahan ini baik dari pemimpin atau dasar perlu dibersihkan dari Umno. Inilah yang menjadi duri dalam daging dalam kemelut menyatukan orang melayu.

  7. Mat Panjang says:

    Untuk semua rakyat Malaysia Najib ujudkan 1MALAYSIA,

    Untuk orang Melayu dan Bumiputra Tun Razak ujudkan DEB tetapi yang dapat untung banyak hasil dari DEB dan projek-projeknya siapa? Siapa yang menjadi pembekal besar kepada projek-projek perumahan, bangunan, jalan raya dll? Merekalah!

    Jadi kita tidak payah apologistik. Mereka patut ucapkan, “Terima kasih daun keladi. Kalau boleh beri lagi.”

Leave a Reply

Threesome