Menu Utama

Pas Buat Lawak Mahu Calon Seperti Allahyarham Azizan

Oleh Nur Azlina Shaari

Menerusi laporan Sinar Harian Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan beliau mahukan calon PAS memiliki ciri sama seperti bekas Menteri Besar Kedah, Arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak untuk bertanding pada 4 November depan.

Calon yang memiliki ciri dan sifat kepimpinan seperti Azizan bagi Hadi Awang adalah satu kelebihan bagi parti PAS yang ingin bertanding dalam PRK di DUN Sungai Limau.

Minggu lalu Azizan meninggal dunia selepas mengalami masalah kesihatan yang serius dan menyebabkan kerusi di kawasan tersebut menjadi kosong.

“Kalau boleh, kita nak calon itu seperti Azizan. Sama ada calon tempatan atau luar, itu terpulang kepada PAS negeri dan Pusat yang tentukan.

“Syarat yang kita utamakan ialah calon itu mesti boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk membawa mesej PAS. Itu yang penting,” kata Hadi Awang.

Dari kenyataan Hadi Awang, beliau mempamerkan betapa Azizan adalah seorang pemimpin yang sangat disanjung tinggi dan dihormati oleh ahli-ahli PAS serta pemimpin-pemimpin tertinggi parti Islam tersebut.

Jelas menunjukkan, sepanjang hayat Azizan berkhidmat sebagai MB dan juga ahli PAS, arwah sentiasa mengekalkan prestasinya sebagai pemimpin yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab. Lebih-lebih lagi sebagai ADUN Sungai Limau.

Justeru, dapat dirungkaikan secara awal, hilangnya Azizan dalam parti PAS sebagai satu kehilangan yang amat besar.

Dan mungkin juga memberikan impak besar dalam struktur pemerintahan parti PAS Kedah di kawasan itu kerana tiada lagi seorang pemimpin yang bertanggungjawab membawa nama PAS.

Namun, kenyataan Hadi Awang ini umpamanya seperti ala-kadar sahaja dan bukanlah pujian yang ikhlas bunyinya.

Memandangkan PRK Sungai Limau bakal berlangsung dalam tempoh sebulan sahaja lagi, nama arwah Azizan dicanang merata bagi menunjukkan kawasan DUN PAS itu adalah kawasan yang dijaga baik oleh parti itu.

Menyingkap kembali sepanjang khidmat Azizan dalam parti PAS dan juga sebagai ADUN, tiada sesiapa yang tidak dapat menafikan betapa ramainya ahli-ahli PAS sendiri begitu dengki terhadap diri Azizan.

Sewaktu Azizan sering kali jatuh sakit dan adakalanya terlantar lama di katil, ahli-ahli PAS bahkan pemimpin PAS ada yang mengatakan Azizan layak mendapat ‘balasan’ Tuhan sedemikian rupa kerana kononnya Azizan tidak menjaga kepentingan parti PAS.

Bermula dari situlah timbulnya konspirasi dari pihak-pihak yang dengki ini untuk menjatuhkan dan memburukkan imej serta nama Azizan.

Arwah Azizan juga tidak menafikan dalam satu media secara terbuka terdapatnya pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang tidak mahu beliau berkhidmat dalam PAS dan seharusnya berundur dari gelanggang politik Kedah. Semuanya kerana insan-insan tersebut terlalu gilakan kuasa dan pangkat yang tinggi.

Selepas PRU13 juga memperlihatkan keadaan parti PAS yang terlalu marahkan Azizan kerana Kedah kalah teruk dan berjaya diambil semula oleh kerajaan BN.

Sikap tidak menghormati atau biadap juga sudah awal-awal lagi ditonjolkan oleh puak PAS bila mana mendapat tahu berita kembalinya Azizan ke Rahmatullah dengan cara, terlalu gelojoh mencari pengganti untuk DUN Sungai Limau.

Justeru, apabila Hadi Awang mengatakan mahu calon muda yang bersifat ketokohan seperti Azizan menimbulkan persoalan di mana kejujuran parti Islam itu terhadap diri Azizan?

Benarkah PAS mencari calon yang mempunyai sifat kepimpinan seperti Azizan walhal selama ini hanya kutukan sahaja yang diri arwah terima?

Ini bukanlah mahu mengungkit kembali kisah atau perbuatan yang telah dilakukan oleh insan yang sudah tiada di dunia ini.

Bagaimanapun, ia sebagai cara untuk menampakkan adakah PAS ikhlas mengangkat nama Azizan sebagai tokoh pemimpin yang bertangunggjawab membawa nama PAS selama ini.

Selebihnya, hanya rakyat yang mampu menilai memandangkan PAS sejak dahulu lagi tidak pernah menyatakan kebaikan arwah.

Sebaliknya, apabila sudah tiada, luaran sahaja mencanangkan kebaikan Azizan manakala di dalam hati, bersorak gembira perginya insan yang dilihat tidak membawa kepentingan kepada parti.






44 Komen to Pas Buat Lawak Mahu Calon Seperti Allahyarham Azizan

  1. bujuk says:

    Dalam ramai2 pemimpin PAS d kedah, U.Azizan d pilih jadi MB. Jelas menunjukkan PAS letakkan orang yg. BERSIH dan TERBAIK untuk jadi ketua. Pasal ada orang dengki dan sebagainya.. itu perkara biasa. Dalam UMNO berapa ramai tarik Paklah turun, Najib pun sama.. forumer mykmu pun ramai yg. mahu Najib turun, betul tak Tubir?

    • WTF says:

      Awat, nak cari undi popular ker sampai nak mintak sokongan Tubir!!!!

      HAHAHAHAHA

    • gambus says:

      yang dengki dengan azizan ni bujuk , ramai dalam PAS , sampai azizan sendiri kata , ada yang nak dia mati jee .. itulah PAS hahahahahahahaha

    • sireh ke gagang says:

      komen la pasal mahfuz ,bujuk . aku nak dgr jugak . arwah tan sri azizan ni aku dah tahu lama peribadi dia mcm mana .aku pun respect beliau .cer citer pasal mahfuz sikit. keh5..

  2. awang says:

    dia nak mahfuz jadi calon pasai mahuz la yg memeiliki sifat yg paling hampir dgn Allahyarham…..hua ha hua

  3. PASpartyNGOK says:

    Terdapat satu hadis yang berbunyi ‘ jika terdapat diantara kamu yang terang2an melakukan sesuatu untuk meruntuhkan agama sendiri, maka pancunglah kepalanya ‘
    Pancung maananya bunuh, hapus, matikan atau lenyapkan hayatnya, kerana belum pernah kita dengar orang yang dipancung terus hidup selepas dipancung.

    Pastinya terdapat dikalangan kita (umat islam) yang melakukan demikian iaini tindakan yang serupa mahu menghancurkan agama, contohnya ;

    Apabila terdapat sesaorang yang menegakkan kesamarataan agama atau pluralism. Tiada samarataan dalam agama sebetulnya.

    Apabila sesaorang menjual nama tuhannya. Apakah ini menegakkan agama… ini kes menjual nama suci yang Esa, yang Wahid dan tiada pengganti , tentunya tindakan ini tindakkan menghancurkan agama.

    Jika dikumpulkan kita ada 4 nama yang bakal berbaris untuk dipancung kepala mereka, sebagaimana tuntutan hadith tersebut.

    • Hamba Ar Rahman says:

      Dalam Islam…sebenarnya yang lebih utama adalah taubat..dan bukannya hukuman…..sebb itu rasulullah s.a.w sangat berhati2 apabila menghukum…spt kisah seorang sahabat yg mendatangi nabi dan mengaku berzina….dan dia meminta untuk dihukum…berkali2 rasulullah s.a.w mengalihkan pandangan beliau dan memberi beberapa alasan…sehingga akhirnya rasulullah menghukum beliau….tapi malangnya…di atas muka bumi ni….manusia lebih gemar menghukum dan terlupa tentang kasih sayang dan rahmat…..terlupa tentang pengampunan dan belas….terlupa bahawa tiada tempat yg lebih adil dan layak dihukum melainkan di padang mahsyar…wallahua’alam

    • Mek esah says:

      Sapa tu,mpemimpin hang ke….rasanya pemimpin hang patut dipancung dulu pasal acuh tak acuh dalam melaksanakan hukum agama ….sedangkan
      kuasa dah dok ada sejak puluhan tahun

      • gambus says:

        cakap macai PAS tak guna otak , oii mek kau tu dah laa bodoh buat laa cara bodoh

        DUN kelantan dah luluskan hudud lebih 20 tahun tapi kuasa ditangan nik ajis dan MB kelantan sekarang , tapi pemimpin PAS sendiri menolak hudud !

        Hadi Awang pun taknak buat hudud dan bagi alasan hudud hanya perkara kecil dalam Islam iaitu 0.00001 persen jee kiranya dah tak wajib

        Dulu arak , disko , judi kat selangor PAS jatuhkan kafir kat UMNO .. tapi bila berkuasa kat Selangor arak , disko , judi dan pusat urut makin banyak !!! aikkk tak jatuh murtad kaa atau PAS dah halalkan ?

      • alimedanbaru says:

        mek oii mari sini awang ali nak bagi tahu,
        DALAM KERAJAAN ISLAM KHADI ATAU HAKIM MENJATUH HUKUMAN (TERMASUK HUHUD) MELIPUTI KPD PENGANUT AGAMA ISLAM DAN TAK ISLAM DLM SATU KERAJAAN. MAKNANYA ISLAM KENA KUAT DAN RAKYAT KENA TUNDUK DAN PATUH KPD PEMERINTAH. MACAM KES SAIDINAALI TUNTUT PERISAINYA YG DICURI YAHUDI, KHADINYA ADALAH ORANG ISLAM.

        Jadi mek, kau suruh orang Pas tu masuk UMNO agar kerajaan UMNO kuat dan majoriti mutlak.. baru Cina India tak angkat muka dan hudud boleh laksana. Masa tu bolehlah kita paksa dan ajar dia memahami apa itu hukum hudud! mek mu tak faham mu diam laa…

      • WTF says:

        Hang pergi cakap dgn HADI ROI, NICKY AJIS dan kawan hang tu Bujuk…

        HARON DIN KATA APA!!!

        http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/4/mstar_berita/20100104184356&sec=mstar_berita

      • Mawar says:

        Mek esah.
        Berbanding dahulu dan skrg. Perluasan dan perkembangan agama dah bercambah….tgk dari pelbagai sudut…..maknanya, pemimpin kerajaan masih melaksanakan tanggungjawab hukum agama.
        Pemimpin juga perlu laksanakan tanggungjawab dan amanah untu kesejahteraan rakyat dan negara supaya negara kita tidak dipandang hina oleh dunia luar….

        Ruang lingkup pemikiran kau mek, perlu banyak betulkan skrew!! Aku kasihan melihat penyampaian komen kau tu seperti tin kosong!!!

  4. Nusantara Jones says:

    Dulu bukan main puak macai PAS kutuk arwah Ustaz Azizan. Aku saudara mara orang Kedah tau cerita ni. Pimpinan dan macai PAS cukup benci dengan arwah sebab beliau seorang yang minda terbuka walaupun dgn musuh politik.

    Bagi aku arwah memang seorang politician sejati tapi disebabkan perjuangan ala-syaitan PAS, sifat mulia ini dianggap sebagai songsang sebab dendam Nik Najis terhadap UMNO.

    Dulu sebelum PRU-13 habis satu Kedah macai-macai PAS ni ‘belasah’ Ustaz Azizan tapi sekarang bila dah meninggal dunia, nama arwah dipergunakan kononnya arwah bagus, hebat, jujur, amanah padahal nak tarik undi simpati. Pimpinan macai PAS tau depa akan kalah teruk di DUN Sg Limau.

    • WTF says:

      Dulu aku tak percaya bila adik aku cerita bila dia balik raya rumah mertua dia, ada org2 PAS kata Azizan kena potong kaki sbb kena hudud dgn Allah bila mempertahankan negeri Kedah dari jatuh ke tgn UMNO…

      Tapi bila Mooh (org kuat PAS) buat posting CUT AND PASTE BODOH dia lagi, mmg confirm la cerita ni…

      http://www.mykmu.net/?p=35339

  5. Hamba Ar Rahman says:

    Personally…aku rasa eloklah kita berhenti daripada bercerita tentang orang yg telahpun meninggal dunia….

  6. baba says:

    susah pas nak cari calon mcm arwah ni, kalau ada pun pasti kena cantas dgn geng anwarinas

  7. […] See original article: Pas Buat Lawak Mahu Calon Seperti Allahyarham Azizan […]

  8. alimedanbaru says:

    pabila Hadi cakap serupa itu maka sahlah kepimpinan pas atau pemimpin2 Pas adalah tidak seragam dan tidak ada taraf kepimpinan yg disayangi rakyat. Sepatutnya Hadi berkata, kita tidak ada masaalah mengemukakan calun kerana semua pemimpin dan bakal calun PAS adalah berkualiti, jujur, amanah, merendah diri, suka perpaduan, suka jalin persefahaman dan sedia bekerjasama dgn kerajan pusat… RUPA-RUPANYA HADI SEDANG MENCARI-CARI KERANA YG ADA TIDAK MEMENUHI KRITERIA ARWAH AZIZAN!pIEERAHH

    • sireh ke gagang says:

      abg ali , PAS la ni ape yg sama dlm kepimpin dorg ?hj hadi cakap kanan , haji nik ajis kata kiri , ustaz haron din cakap depan , ustaz harun taib cakap atas .PAS ni parti dia caca-marba . sebab masing2 syok cari publisiti utk diri sendiri .urusan parti kacau bilau , tu sanggup jadi tukang cuci berak DAP & PKR. saya cabar la kpd ahli PAS , kalau kalian benar masih mendokong perjuangan Allahyarham fadhil noor , sila ajak pas berambus dari pakatan syaitan tajaan kafir dan LGBT itu .kalau kalian dlm pas ade keberanian , nyatakan terang-terangan semasa muktamar pas nanti , bahawa , tahaluf siasi dgn PKR & DAP itu GAGAL , GAGAL DAN GAGAL .tidak memberi sebarang erti walau 50 sen sekali pun kpd ahli & parti pas termasuk jugak islam dan bangsa melayu dlm pas .

      • Mek esah says:

        Tu le parti yang tidak taksub mengkhinzir buta terhadap pemimpin…pemimpin berhak ditegur jika tak betul…lain le umno…bila ketua kata ubi…ubi le jawab wpun ianya nangka…..tambah2 di masa madey berkuasa dulu…..menikus yang amat2… Bila pulak tahaluf siyasi gagal……itu pendapat peribadi harun taib !!!!!

        • gambus says:

          PAs memang macam tu mekk , mempermainkan Islam , bersama puak LGBT dan pro murtad .. itulah PAS , sampai macai PAS pun sokonglaa bersama-sama pemimpin PAS golongan pro murtad dan LGBT ni … pemimpin PAS meludah , macai macam kau menjliat !!!

          UMNO ?? kami dah berjaya jatuhkan Pak Dol dan Anwar .. bukan menjual agama dan bangsa macam PAS

          • bujuk says:

            PAS d katakan sokong LGBT tapi sentiasa menghalang hiburan melampau, sedang parti keris yg. bawak k-pop hingga 1.6 d katakan pejuang islam… boleh terima akai ka.

          • gambus says:

            hiburan melampau ?? kalau takat konsert tu macam juga macam orang yang bergaul ketika perhimpunan BERSIH kat stadium dulu

            K-Pop??? penang buat pesta yang disponsor arak kat tgh jalan rilek jee ,

            PAS buat CNY siap ada penyanyi seksi kat ampang ni rilek jee ada video tu bujuk kalah penari PSY
            medantempurkedah.blogspot.com/2013/02/rumah-terbuka-tahun-baru-cina-pkr-saji.html

            walaupun dia tulis PKR tapi aku kenal tu ahli DUN PAS teratai , tersenyum dia tgk penari=penari kakakaka

            Hiburan macam ni masa pemerintahan PAS kedah rilek jee bujuk
            medantempurkedah.blogspot.com/2012/07/eksklusif-vide0-penyanyi-seksi-melalak.html

            soo bujuk aku tak heran kalau PAS sokong LGBT dan pro murtad , janji dapat kuasa dan duit

          • alimedanbaru says:

            gambus-bab BERSIH campur gaul jantan betina lebih teruk dari k pop tu… aduhai.. pedih, dan seram sejuk si mek nak jawab.. cantikkk

          • anakbochek says:

            Lebai2 PAS jugak yang pergi ke majlis DAP sambil dihidangkan dengan hiburan maha seksi. Berhentilah mengata orang Bujuk sebab kalau kita tengok sejak kebelakangan ni puak2 PR jugak yang banyak kantoi disebalik imej Islamik dengan janggut dan tasbih tak lekang dari tangan i.e Pak Sheikh Al Juburi dengan aksi chinadoll, YB koc KTM dengan bini orang serta setopa spender.

          • bujuk says:

            cita banyak tak guna..
            Korang sokong ke idak k-pop ni? kalau tak sokong kenapa nak pertahankan.
            Aku, tak sokong sebarang hiburan berunsur maksiat. TAk kira anjuran BN, UMNO, PKR atau PR. Malah pemuda PAS pernah halang/demo/edar risalah pada konsert anjuran PR s’gor.
            Tiada kompromi dalam maksiat..

          • gambus says:

            Malah pemuda PAS pernah halang/demo/edar risalah pada konsert anjuran PR s’gor ?? kakakaka kepala hotak kau bujuk , ykat selangor yang buat konsert seksi-seksi tu sendiri ialah ahli DUN teratai PAS , sambil penyanyi dan penari bagaikan terbogel atas pentas terpampang besar gambar dia kat stage sambil tersenyum kakakakakakakaka

            Siapa yang pertahankan ??? PAS kononnya menentang TAPI dalam masa yang sama mereka buat jugak , ini orang munafik al fasik punya perangai PAS .. lagi hina sebab PAS buat dan dalam kawasan PAS .. ada kuasa pun tapi tak buat apa-apa , yang lebih hina lagi PAS sendiri yang anjurkan hahahahahahahahahah munafikk !!!!

          • WTF says:

            As a start, apa kata Bujuk belasah blogger2 FUCKUTAN yg suka post gambar2 K-Pop

            Salah satunya seperti di bawah:

            http://1.bp.blogspot.com/__J8RooFuAQI/TASFzWth0DI/AAAAAAAAAr0/Vl9HTyNqsdg/s1600/altantuya-pics.jpg

            Tegur mereka Bujuk sebelum terlambat!!!

        • WTF says:

          Mana ada….

          Dalam PAS, kena tegur jer, terus kena buang tanpa sebab…

          Tu Hassan Ali tu…sampai la ni Hassan Ali kata takder surat pun apasal dia kena buang PAS…dapat tahu dalam newspaper jer…

          Nuar Berahi kena buang, Mahathir siap buat meeting berdepan2 lagi…mana ada ciri2 DICTATORSHIP dalam UMNO…

          TAHALUF SIYASI SUCCESS??? SUCCES AMENDANYA…SIAPA YG MENANG PRU13???

          Nak cerita UNDI POPULAR, PENGUNDI HANTU DAN DAKWAT KEKAL!!!

  9. bujuk says:

    Ahak..ahak..
    lebih kelakar lagi BN pun nak cari pemimpin seperti U.Azizan juga. Patutnya cari la pemimpin seperti Mukriz ka, Sanusi Joned ka, Ahmad bashah ka…
    Tapi bagus la, kalau UMNO dah berubah nak cari pemimpin yg. jadi pejuang Islam.

    • gambus says:

      yang sibuk nak cari macam Azizan ialah hadi awang bujuk , kau baca guna lutut kee bujuk ??? dulu masa azizan masih hidup kesian beliau sampai beliau sendiri kata ada yang nak dia mati ,bila beliau dah meninggal ramai pulak puji itupun sebab ada laba politik .. itulah PAS semuanya pasal kuasa dan duit

      UMNO ramai pemimpin pelapis …

      • alimedanbaru says:

        bukan takad pelapis, malah berlapis-lapislah bujuk..

      • bujuk says:

        Siapa MB PAS d kedah?
        Kalau hang jawap U.Azizan… maknanya itulah pilihan PAS, kalau orang lain selain Azizan.. baru hang boleh komplen.

        • gambus says:

          pilihan PAS .. sampai azizan sendiri kata orang dalam PAS ada yang nak dia mati .. itu kata-kata pilihan orang PAS tu bujuk !!!

          • bujuk says:

            habis siapa yg. pilih U.Azizan jadi MB kedah? orang UMNO atau BN?

          • gambus says:

            apa yang kau meroyan ni bujuk ???, tentunya pemimpin PAS . Tapi realitinya azizan sendiri cakap ada orang yang nak dia mati .. perebutan dan kegilaan kuasa dalam PAS , bila beliau dah meninggal dan ada keuntungan laba politik baru semua nak jual nama dia , sebelum ni nak menangis setpol Azizan cerita macam-macam !!!

          • WTF says:

            Bujuk bertanya konon2 nak kenakan org…

            Tapi ilmu politik, totally fail…

    • WTF says:

      Ish3….

      Hadi Roi yg cari org macam Azizan, Bujuk kata UMNO pulak yg carik…

      Kata2 Hadi Roi pun hang spin jugak Bujuk!!!

    • anakbochek says:

      Masalahnya, ada lagi ke orang macam Ustaz Azizan dalam PAS? Yang top, top semua kuat sex je…

    • bujuk says:

      Korang belum baca Utusan agaknya… Muhyidin suruh Mukriz cari pemimpin UMNO seperti Azizan untuk bertanding d Sg.Limau. P baca dulu… baru komen.

      • gambus says:

        dalam alquran dah sebut bujuk , bila orang munafik membawa cerita kita kena periksa , kau kata dalam Utusan bagi laa apa dia kenyataan Muhyiddin tu , dah berapa banyak kali kau fitnah kenyataan pemimpin UMNO , Tun M kata B kau kata Z inilah contoh puak PAS yang sungguh hina !!!

  10. Anak Lenggong says:

    Mek esah says:
    Tu le parti yang tidak taksub mengkhinzir buta terhadap pemimpin…pemimpin berhak ditegur jika tak betul…lain le umno…bila ketua kata ubi…ubi le jawab wpun ianya nangka…..tambah2 di masa madey berkuasa dulu…..menikus yang amat2… Bila pulak tahaluf siyasi gagal……itu pendapat peribadi harun taib !!!!!

    mula2 tu aku malas nak komen berkenaan dengan orang yang meninggal..tapi pabila minah bodoh (mek esah) ni timbul balik daripada selaman dan bagi komen bengang nya aku kena nyampuk gak..

    Mek esah betul ke melayu PAS tak menyokong membabi buta terhadap pemimpin dan tak berani nak bagi komen..piieeerahh ko..aku nak tanya balik kat ko mana komen pemimpin PAS dan penyokong pabila berlaku perlakuan yang tak bermoral dilakukan oleh pemimpin PAS..semuanya dok diamkan diri dan simpan dibawah karpet..aku tak dengar pun sebarang komen ataupun tindakan yang diambil oleh pemimpin ko..contoh:-

    1. Mat Sabu ditangkap sapu bini member sendiri dalam bilik hotel.
    2. Bawak lari anak dara orang.
    3. Saorang adun buat projek dalam gerabak keretapi.
    4. Setiausaha pusat sendiri Stopa ali dengan kes spender putih nyaa..

    So.. mana komen dan tindakan diambil oleh pemimpin ko..tindakan yang diambil cuma keatas Hassan Ali dan nasarudin sebab mempertahankan agama islam serta maukan perpaduan..Pas cuma mengambil tindakan keatas para pemimpin yang cuba berjalan tidak sehaluan dengan mereka walaupun jalan yang dipilih itu merupakan satu yang baik demi perpaduan didalam islam tetapi disebabkan tindakan mereka tak sehaluan dengan pemimpin lain yang tamakkan kuasa dan duit apa yang dilakukan oleh hassan dan nasarudin dianggap satu pengkianatan..Hakikat sebenarnya perjuangan PAS adalah kuasa dan duit walaupun caranya bertentangan dengan islam…perwatakan dan cara pemakaian luaran PAS yang berlandaskan islam cuma sebagai topeng untuk memperbodohkan penyokong yang bangang saperti ko mek esah..bujuk..moon lembu jee..hudud dah tak dengar lagii..mek pie tanya nike ajis tu tanah yang dikata kepunyaan anak syarikat kerajaan negeri tu udah dikembalikan kee..ataupun nak buat harta sendiri..

  11. WTF says:

    Hehehehe…kalau Hadi Roi nak cari calon PAS macam Azizan, mmg susah lah…

    Tapi kalau nak cari calon PAS macam Nazir Zakaria, banyak choice tu…

    http://www.anwaraidc.com/?p=39886

    Hehehe…

  12. matkisah says:

    apalah korang yang totok politik ni..biarlah pas nak cakap apa janji dia tak kacau orang..korang ni ingat menteri2 kabinet bagus2 ke..semua tu menteri duit je..janji ditepati konon..rakyat didulukan..siapa yang didulukan..ada orang melayu didulukan..tadakk..cina jugak yang dapat dulu..buat rumah rege beratus ribu..berapa kerat melayu mampu beli..cina jugak yang dapat..korang apa dapat..meleleh hingus je..banga la sangat ngan kemajuan..kampung jadi bandar baru..berderet rumah kedai di wujudkan..siapa yang dapat..melayu dapat tengok je..sebab menteri2 tak mikir melayu..diorang mikir duit..kalaulah menteri2 semua macam arwah ustaz azizan..agaknya aman malaysia..ni dapat menteri..tok najib..aku enngok dia pun dah nak muntah..mohidin..abis tanah melayu di jual ..sapa lagi..anak usin onn..hempeh..gagap..anak gapar baba..songlap duit lepas tu nak bersihkan nama masuk pas..hampeh..sapa lagi..sapa lagi..takde sapa lagi menteri yang mikir orang melayu..jadi kesimpulannya prang melayu kena fikir diri sendiri..lepas ni mari ramai2 undi pas..undi pas je..pkr ke dap jangan diundi..nak undi umno boleh jugak..tapi nengok calonnya..kalau muka macam najib..baik toksah..hampeh..oklah panjang sangat aku berceramah…lain kali jmpa di pentas ceramah pas..kita ronggeng di sana bersama abby abadi ..pweeeetttttttt

Leave a Reply