Menu Utama

Pas Akui Laporan Sinar Harian Mengenai Gambar Palsu Dalam Risalah Mereka

YAN – Pas Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

“Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada,” kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen PRK Dewan Undangan Negeri Dun Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media, di sini.

Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik ‘photoshop’ bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

Beliau juga mengaku lazimnya sebelum bahan kempen dicetak, pereka grafik akan menyerahkan contoh profil kepada mereka untuk diedit dan ditambah baik sebelum diserah semula bagi tujuan pencetakan.

Katanya Pas Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan kempen Pas, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, berkata: “Kita semua manusia biasa… yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita.”

Sinar Harian dalam laporan muka depannya hari ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik ‘desperado’ untuk mengelirukan pengundi pada PRK Dun Sungai Limau.

Laporan itu juga menyatakan Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar berkenaan memihak kepada mana-mana parti politik.

Sementara itu, Ketua Biro Edisi Utara Sinar Harian, Mohd Idros Mohd Ali yang merupakan seorang daripada dua pemberita kanan di dalam gambar tersebut berkata, adalah penting bagi akhbar berkenaan menjaga kredibilitinya sebagai media yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Kita nak mengekalkan kredibiliti akhbar yang sentiasa dijaga sebelum ini.

Gambar ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa kita menyebelahi satu pihak sahaja,” katanya kepada Bernama.

Katanya Sinar Harian menyerahkan kepada pembaca untuk menilai kenyataan yang dibuat oleh Pas hari ini.

PRK Dun Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azam dan calon Barisan Nasional Dr Ahmad Sohaimi Lazim. – Bernama






46 Komen to Pas Akui Laporan Sinar Harian Mengenai Gambar Palsu Dalam Risalah Mereka

  1. AJ says:

    hahahahaaaah! kalau umno buat mampoih hampa jaja 40 hari 40 malam!

  2. Moohyideeeeen says:

    PAS mengaku at least. siapa yg buat tempered the pic is dont know.

    • raplahjingaa says:

      mengaku terpaksa…hehe

      • WTF says:

        Caught in the act!!! Terpaksa la lan…

        But more likely because PAS may think they have low chances to retain kerusi DUN Sg. Limau…

        Apa2 hal, jangan pandang rendah pada mereka…UMNO kena pergiatkan lagi kempen menawan hati para pengundi PRK Sg. Limau…

      • anakbochek says:

        Dah tentulah puak2 korang jugak. PAS oh PAS, tak habih2 nak menipu tapi kantoi. Jangan ikut perangai pak sheikh al juburi korang tu kerja asyik menipu sampai dia dah tak ingat apa yang dia dah tipu.

    • Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

      Yang edit gambar tu mestilah cai-cai PAS jugak..
      DAH GAHARU CENDANA PULAK,
      DAH TAHU DOK BUAT-BUAT TANYA PULAK..KAHKAHKAH

    • alimedanbaru says:

      dah tak boleh nak buat apa, wartawan terbabit sendiri dah dakwa gambar dia digantikan dgn gambar calon PAS… ADUHAI AKHIRNYA TUHAN TIDAK RESTUi MEREKA MENGEKSPLOITASI GAMBAR ARWAH AZIZAN.. Inilah yg dikatakan balasan TUNAI dr Allah..akahaii he he he manipulasiah, penipuan,fitnah dah jadi amalan..siakap senohong gelama ikan duri, berbuat bohong memang sah akan jadi pencuri..

  3. raplahjingaa says:

    hahahahahahahahahhaha….hik ! hik ! hik !

    Amiruddin ni antara tokoh PAS Kedah yang aku masih ada rasa hormat padanya, berbicara dengan dia, tak ada lansung dia cakap merapu macam pemimpin PAS yang lain, nasib hang la pak med oii..nak kena layan kebenakkan anak-anak buah hang.

  4. baba says:

    hhahaha, itulah, bila pembohongan terdedah cepat pulak nak nafikan dan salahkan org lain plak.

  5. Anak Lenggong says:

    Auta pihak Pakatan Rakyat ni dah lama dia buat camtu..contoh gambar najib dengan minah monggolia dulu..bila kena tangkap esok mula laa kata “ehh..diorang ni bukan ahli PAS..itu pandangan peribadi dia”

    • WTF says:

      Sampai la ni, aku post gambar “Altantuya” dan kata itu K-POP, satu MACAI pun tak mahu admit!!!

      Kira depa ngaku lar yg gambar2 perempuan HOT tu bukan Altatuya, walaupun dalam diam!!!

      http://1.bp.blogspot.com/__J8RooFuAQI/TASFzWth0DI/AAAAAAAAAr0/Vl9HTyNqsdg/s1600/altantuya-pics.jpg

  6. reds says:

    kantoi….hahaha..pas memang kaki kencing…

  7. PASpartyNGOK says:

    Pada mereka mengaku berbohong selepas berbohong merupakan satu kebanggaan tanpa mengulas atas sebab apa mereka perlu berbohong.

    Bagi kita berbohong adalah pekerjaan setan, samada mengaku atau terus menafikan.

    Kita suka tunggu pakar liwat pulak mengaku meliwat selepas bertahun2 berbohong dan menafikan perbuatannya.

    Apakah ini pulak menjadi satu elemen kebanggaan yang boleh dihebohkan.

  8. raja kongkiak says:

    Hahahahahahahahahahahahahahaha nih saja yang patut dilakukan. Orang Kedah kata ” Maaa kalau nak muhong pun agak-agak laaaa jangan sampai oghang elak”..Gilaaa!..Belom jadi YB ,baru kempen pun dah main muhong…loghatlaaaa..Betoi laaa kata orang kampung,makala tak muhong,tuh bukanPas..

  9. Moohyideeeeen says:

    Cap Ayam takut berdebat:
    .
    .
    Opposition Leader Anwar Ibrahim has likened his debate on the Budget 2014 akin to “talking to the deaf” due to the absence of Prime Minister and Finance Minister Najib Abdul Razak to listen to his debate.

  10. Moohyideeeeen says:

    Dua menteri dari kementerian yg sama ckp lain2:
    ,.
    Second Education Minister Idris Jusoh said the ministry will not prohibit the religious slaughtering of cattle or other animals in schools for korban (ritual sacrifice).

    • gambus says:

      P kalamanathan sendiri cakap takde surat pekeliling yang menghalang !!! Kenyataan Idris Jusoh adalah jelas perjuangan UMNO berada dilandasan betul dan akan mempertahankan Islam !!!

  11. Nusantara Jones says:

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    ‘Photoshop cuma besi’, kata Hadi The Perut Buncit.

    Nak menipu pun kena pandai guna teknologi komputer. Tapi puak2 lebai PAS ni bodoh, belajar komputer malas. Yang depa tau cuma bagi ceramah menghasut orang Islam untuk kufur nikmat.

    Langsung takdak idea nak majukan hidup orang Islam, yang depa tau buat huru-hara dan keganasan.

    Kah…kah…kah…kah…kah…

  12. Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

    PAS kalu x main edit-edit gambar nih memang x sah..tu kalau x kantoi x ngaku la tu..kata orang main kotor,dia lagi laa kotor..

  13. Nusantara Jones says:

    Buat flyer yang senang pon dah kelam kabut, macam mana nak jaga kebajikan rakyat DUN Sg. Limau. PAS ni setakat ceramah maki hamun dan fitnah, bab ni memang depa cukup terror.

  14. Nusantara Jones says:

    Nanti keluar fucktuwa pencacai agama PAS bahawa pencetak flyer itu telah digodam oleh UMNO untuk mencetak gambar tipu tu.

    Hehehehehe….. seronok tengok gelagat pencacai agama PAS macam beruk nak beranak atas pokok.

    • Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

      Orang2 PAS nih minda diorang dah kotor sebab banyak sangat tengok cerita `Blue’ pemimpin diorang…

  15. […] Read the article: Pas Akui Laporan Sinar Harian Mengenai Gambar Palsu Dalam Risalah Mereka […]

  16. Nusantara Jones says:

    Kehkehkehkehkeh……

    Setakat ni, berita ni tak keluar lagi kat haramkah jadah daily. Nilah taktik puak pencacai agama pas mahu menyembunyikan kesalahan mereka. Isu ni dah jadi backfire pada Mampos Sebin yg ghairah main politik kotor kat PRK Sg. Limau. Padan muka ko Mampos Sebin.

  17. tengkudin says:

    PAS kantoi..hahahha..tu la asyik keje nak menipu je…kan dah kantoi tahap gaban!! haha

  18. bujuk says:

    Mengaku kesalahan adalah lebih bermaruah dari mentertawakan kesalahan. Apapun PAS kena siasat mana datang gambar tersebut… apakah ada gunting dalam lipatan atau ada perangkap dari pihak lawan.

    • raplahjingaa says:

      Hang pusing bujuk…pusing
      sat lagi hang pening la tu.

    • gambus says:

      mengaku kesalahan , PAS mana pernah mengaku kesalahan

      itupun kantoi dengan wartawan Sinar

      http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-akui-terlepas-pandang-1.215362

      kalau tidak jadilaa macam kau bujuk , fitnah dan gambar Palsu mengenai DS Najib sembah pope yang dibawak kau dan puak hina PAS dan DAPigs .. inilah bujuk al munafik

    • Parti Ajaran Syahwat says:

      Tp Si Bahlul sudah mengaku,
      Ini bukan terlajak perahu,
      Dah nampak terang2 kesalahan,
      Nak salahkan gunting dalam lipatan?

      Jubuk, your spin is over..

    • alimedanbaru says:

      cer semak dalam hukum hudud apa hukumnya manusia yg ‘mempergunakan’ orang yg dah arwah untuk kepentingan diri. agaknya paling dakpun hukuman Allah dalam neraka jugalah tu..sel no berapa dan taraf apa wallahhualam..

    • bujuk says:

      Selain gambar yg. d edit.. tiada kesalahan lain seperti mengaibkan, memfitnah atau merasuah. Gambar tersebut tidak menghina mana2 pihak, tidak menyusahkan mana2 pihak. Jadi, takda isu selepas ianya d perjelaskan.

      • WTF says:

        Eh, cuci tangan camtu jer…

        BULLSHIT la, PAS try to LIE kononnya calon PAS baik dgn arwah Azizan dulu!!!

        But in the end, KANTOI TIPU!!!

      • gambus says:

        edit tu adalah satu percubaan untuk fitnah laa bujuk .. dah berapa anyak puak PAS dan DAPigs ni kantoi buat fitnah dengan gambar-gambar edit , sampai gambar yg konon DS Najib sembah pope pun yang dah kantoiii pun kau guna lagi .. sebab mudah !! sebab kau nak mengaibkan dan memfitnah !!!

        Nasib baik gambar tu milik Sinar , kalau tidak mampus PAS nak mengaku !!!

      • anakbochek says:

        Itu bukan “edit” namanya, itu dah kira “tampering”. Sudah kira dosa besar dalam dunia fotografi. Isunya sekarang kenapa dibuat. Ia dah jadi macam fitnah, apa pulak takda isu selepas diperjelaskan. Apa penjelasan yang diberi?

  19. anakbochek says:

    “Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan kempen Pas, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, berkata: “Kita semua manusia biasa… yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita.”

    ———–
    Mintak maaflah Dato, benda2 macamni puak PAS tak pernah terlepas pandang dan niat puak2 ni memang asalnya untuk menipu je.

  20. Anak Lenggong says:

    Kalau tak pandai menipu, buat fitnah,sering menjatuhkan maruah orang lain,sanggup jadi pacacai,barua,budak upahan, kuli batak, samseng jalanan dan budak surahan bukan ahli PAS namanya..

  21. PASpartyNGOK says:

    Kalau aku seorang menteri kanan kerajaan (nasib baik aku bukan menteri)pasti aku praktik cara hidup sehat. Lebih sehat dari keadaan sekarang, kerana maklumlah seorang menteri katakan, aku perlu kesihatan yang mantap senantiasa untuk lawat kawasan undi, hadhiri persidangan dewan rakyat, meeting dengan foreign dignitaries dan berbagai2 lagi . Selain dari jumpa tok penghulu kampong dan main golf.

    Untuk pastikan sehat pastinya aku tak boleh sesakali bergaul dengan orang sakit atau pun yang kurang sehat. Yang kotor bernajis, hapak dan tengit lagilah tak boleh kerana ini semua contageous dan akan mengganggu kesihatan.

    Bagi memastikan itu semua aku kena elak dari berjumpa dengan manusia yang benama Anwar Ibrahim. Jauh sekali untuk berdebat.

    Sebab itu tak akan ada menteri yang suka berdebat dengan manusia yang kurang bersih itu. Sebab lain yak ada.

    Low class beb. Nampak tak ?

  22. syaa says:

    malu la pas menipu.islamlah sangatt pas ni.dah terdesak sgt nak menang kot.

Leave a Reply

Threesome