Menu Utama

Ops Dicantas Diperluas

YAN, 12 Okt — Polis akan memperluaskan skop Ops Cantas Khas ke beberapa bidang jenayah lain dalam usaha memastikan Malaysia tempat yang selamat untuk rakyatnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, operasi berkenaan antara lain akan meliputi bidang termasuk Ah Long, edar VCD haram dan pengedaran dadah.

Beliau berkata polis juga tidak menetapkan tarikh akhir Ops Cantas Khas, sebaliknya akan diteruskan selagi ada kumpulan penjenayah yang bertindak ganas dan memerlukan tindakan tegas daripada polis untuk menanganinya.

“Selagi dirasakan masyarakat rasa takut, rasa ‘fear of crime’ kami akan teruskan Ops Cantas Khas ini. Kami akan pertingkatkan lagi kerana ia memberi kesan,” katanya kepada pemberita selepasmelawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini Sabtu.

Ditanya mengenai tanggapan negatif sesetengah pihak yang menganggap polis sesuka hati melepaskan tembakan terhadap penjenayah sejak kebelakangan ini, Khalid berkata anggotanya melepaskan tembakan kerana mahu pertahankan diri.

“Tidak sekali-kita tindakan ‘trigger happy’. Apa-apa tindakan diambil dalam dua, tiga hari lepas…tembak mati penjenayah adalah tindakan mempertahankan diri kerana penjenayah bersenjata api dan senjata bahaya. Kalau ancam nyawa kami, kami terpaksa mempertahankan diri.

“Tidak sekali-sekali ambil tindakan dahulu sebelum nyawa kami diancam. Jangan buat andaian kami ‘trigger happy’, dengan sengaja nak datangkan kematian kepada orang lain.

“Tengok sahaja kumpulan yang kami tumpaskan, ini semua kumpulan ganas, tegar, tidak teragak-agak guna senjata berbahaya kepada kita. Operasi kami semua berdasarkan maklumat dan risikan,” katanya.

— BERNAMA






2 Komen to Ops Dicantas Diperluas

  1. […] View the original here: Ops Dicantas Diperluas […]

  2. Matatelinga Gomen says:

    Bila kita terpandang signboard, tembok, tanda nama jalan ditaman2 ditutupi dengan iklan pinjam duit haram, hati kita naik geram bercampor heran.

    Geram dengan vandalism yang bebas sewenang2 mengambil peluang diatas harta keperluan awam, heran kerana mereka ini bebas berniaga tanpa tindakan walau nombor telepon diberi terang2an .

    Dengan tindakan pihak polis yang bakal diambil… isnyaAllah mata kita semua akan jadi terang, hati akan jadi lapang. Kita percaya Zahid akan tetap lakukannya.

Leave a Reply

Threesome