Menu Utama

Ops Cantas Khas: 777 individu ditahan di P.Pinang

GEORGETOWN – Polis menahan 777 individu di seluruh Pulau Pinang menerusi Ops Cantas Khas sejak pelancarannya pada 17 Ogos sehingga kini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mereka merupakan sebahagian daripada 6,616 individu yang diperiksa dalam tempoh berkenaan.

“Daripada 777 individu yang ditahan, sebanyak 143 individu ditahan kerana dipercayai anggota kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti gengsterisme di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lima individu dikenakan tindakan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan lapan lagi dalam proses tindakan.

“Kita juga tahan beberapa individu di bawah Akta Pertubuhan 1966 membabitkan anggota kongsi gelap, dan ada yang ditahan atas kesalahan pelbagai jenayah,” katanya.

Abdul Rahim berkata polis membuka 87 kertas siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Beliau juga berkata pihak polis masih memburu anggota kumpulan kongsi gelap yang aktif dalam aktiviti jenayah di negeri ini.

“Dengan adanya Ops Cantas, jumlah kegiatan jenayah di negeri ini berjaya dikawal dan kadar jenayah untuk bulan ini hanya meningkat 2.25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Katanya, peningkatan kadar jenayah itu dilihat rendah berbanding awal Januari lepas yang menyaksikan kadar jenayah meningkat sebanyak 20 peratus. – Bernama






3 Komen to Ops Cantas Khas: 777 individu ditahan di P.Pinang

  1. […] See the original post: Ops Cantas Khas: 777 individu ditahan di P.Pinang […]

  2. PASpartyNGOK says:

    Kita percaya dengan ketegasan KDN menangani permasaalah ini dalam negara ianya pasti akan meningkat mutu hidup rakyat.

    Rakyat akan rasa bertambah yakin untuk bebas keluar, berjalan, bersantai dan menjalan aktibiti harian.

    Bila kurang orang kena samun, ugut dan tembak,bermakna jumlah penjenayah sudah berkurangan.

    Syabas Zahid, Syabas KPN dan anggota diseluruh negara.

    Perangi mereka, hapus mereka dan kejar mereka hingga kelubang cacing. Walau hasilnya tidak jadi ‘O’ tetapi jika taiko mereka habis tewas, tak mati kena tembak pun, mereka kena jel, pasti bilangan yang aktif boleh jadi ‘O’

  3. dkds says:

    Sumbat sahaja penjenayah ke dalam neraka dunia….

Leave a Reply