Menu Utama

Opera ‘Impian Sarawak’ DAP

Opera Cina DAP terus ditayangkan ke seluruh negara dengan skrip dan lakonan yang sama walaupun ia dihentam hebat sebagai tidak berkualiti.

Dengan membawa cerita yang sama, DAP berharap akan dapat menipu rakyat Sarawak pula melalui tajuk baru iaitu ‘Impian Sarawak’. Kononnya, DAP bakal menjadi penyelamat, pemangkin perubahan dan pemimpin yang bakal membawa Sarawak ke arah kecemerlangan. Kononnya, DAPlah yang akan menamatkan segala kemiskinan dan kesusahan rakyat terutama masyarakat bumiputera di sana.

Namun, sepertimana namanya iaitu ‘impian’ maka rakyat Sarawak tidak harus mengharapkan sesuatu yang lebih dari sekadar ‘mimpi’ semata-mata.

Inilah diingatkan bahawa rakyat Pulau Pinang juga kini hidup dalam mimpi ngeri di bawah pemerintahan DAP.

DAP telah mendiskriminasi, meminggir dan menindas kaum Melayu dan India di Pulau Pinang secara sistematik lagi halus. Sejurus selepas parti itu mendapat kuasa, kita melihat bagaimana harga hartanah meningkat mendadak, tanah-tanah orang Melayu dan India yang berpotensi dirampas untuk dimajukan sekali gus menafikan hak ke atas penduduk asal. Kaum Melayu dan India dihimpit perlahan-lahan ke pinggiran pulau dan ke tanah besar.

Peniaga Melayu dan India pula ditekan menggunakan alasan undang-undang tetapi peniaga Cina diberi kelonggaran dan bantuan bagi ‘melepaskan’ mereka dari tekanan undang-undang.

Sarawak merupakan negeri yang memiliki sumber yang banyak. Hutan-hutan Sarawak yang luas merupakan impian Cina-cina DAP untuk dibaham serakusnya. Kita pasti, sekiranya DAP memerintah Sarawak maka hutan-hutan ini akan ditarah semahu-mahunya serta dikomersialkan di mana akhirnya akan menyebabkan penduduk asal negeri itu terpinggir lebih jauh ke dalam hutan.

DAP juga sudah diketahui amat ‘anti’ dengan sebarang bentuk bantuan terhadap bumiputera. Dan bukan kita tidak tahu bahawa DAP menjadikan penghapusan hak istimewa bumiputera sebagai tonggak perjuangan mereka.

Justeru, apakah ada yang benar-benar percaya yang DAP akan membantu masyarakat bumiputera Sarawak?

DAP sebaliknya menganggap masyarakat bumiputera sebagai beban dan perlu dinyahkan sahaja dari gambaran perancangan mereka untuk Sarawak. Ini bukanlah kenyataan yang tidak berasas tetapi bersandarkan prinsip perjuangan DAP yang jelas, yang menolak DEB dan sebarang polisi yang menyerupainya.

Hakikatnya, ‘Impian Sarawak’ sebenarnya adalah impian DAP untuk meluaskan kuasa, sekali gus merampas tampuk pemerintahan negara. Tidak lebih dari itu. DAP tidak pernah prihatin dengan rakyat Sarawak, melainkan tauke-tauke Cina yang mampu mengkayakan lagi kaum mereka.

Hari ini, Pulau Pinang telah pun memperlihatkan apa yang ‘kuasa’ itu telah lakukan terhadap rakyatnya, dan Sarawak tidak perlulah melakukan kesilapan yang sama.

Ingatlah, sekali Sarawak jatuh ke tangan mereka yang tamak, penipu, rasis, khianat dan chauvinis itu, bermakna hancurlah segala impian masyarakat bumiputera di situ.

Sumber: Beruang Biru






9 Komen to Opera ‘Impian Sarawak’ DAP

  1. […] Read the original post: Opera ‘Impian Sarawak’ DAP […]

  2. alimedanbaru says:

    Apa pun Taib Mahmud kena bagi peruntukan kaw kaw kepada pribumi dan bumi Sarawak.Peruntukan pusat gunakan 100% untuk rakyat. Kepada Taib kalau kamu tak mahu berundur tak apalah..NYAWA KAMU PUN DI PENGHUJUNG..taburkanlah bakti untuk anak jati Sarawak SELAGI MASIH ‘BERNYAWA’. Pastikan pembangunan bumiputra dipertingkatkan..Cina diSarawak hanya cebisan sahaja, kalau Bumi bersatu Cina is nothing. DAP sedang ambil kesempatan atas pemerintahan Taib yg terlalu lama.. tiap kesilapan enjadi modal besar untuk mereka. KALAU PENANG GOYANG TAK PELIK GUAN ENG BERMIMPI pindah JADI KETUA MENTERI SARAWAK.. Zzzzzz

    • Moohyideeeeen says:

      Macam mana Taib Mahmud jadi kaya raya sampai tu??? Berani ka SPRM tangkap ikan jerung??? He…he….

      • alimedanbaru says:

        Moo, zaman BN memerintah ni, peneroka Felda pun berlambak dah jadi jutawan, jadi apa nak hairan kalau KM jadi jutawan. Lainlah macam KM PP tu, terang2 jadi broker tanah dan makan komisyen, hingga sanggup halau rakyat dr tanah kediaman, asal projek dapat berjalan dan dia dapat ‘$ masyukk’.. Guan Eng jutawan segera jugak tu sejak dua menjak ni…

      • anakbochek says:

        Wowww… nampaknya prinsip CAT hanya terpakai untuk orang di luar dinasti Lim sahaja. Cakap tak serupa bikin…

      • WTF says:

        Tentulah SPRM BERANI…janji org yg dok tuduh2 tu bawak bukti untuk siasatan…

        Hang dah buat report polis ker belum??? Jang lupa bawak bukti Mooh…

        Nak tahu jugak, kenapa hang dengki dgn org MELAYU ISLAM YG KAYA Mooh???

        Cer cerita sikit???

        • alimedanbaru says:

          bang, doktrin DAP kalau orang Melayu kaya, kena asak dgn tuduhan..kaya sebab rasuah.. sebab tu bagi Pas kalau orang UMNO kaya macam satu dosa pulak!

          • Kayu says:

            Cina paling takut kalau Melayu kaya dan bijak ..,.mereka paling suka kalau Melayu bodoh dan merempat …,senanglah dipijak-pijaknya oleh mereka,,..tidak hairanlah dicanang-canangnya mereka gaya hidup N.Ajis yang kelihatan susah dan daif ..,kerana itulah yang dimahukan oleh mereka..,kalau semua Melayu macam tu senanglah sikit segala harta benda dan kekayaan negara ini dibolot oleh mereka…,!!!

  3. baba says:

    jangan percaya dengan mereka ini, kalau orang sarawak terutama bumiputera sarawak termakan dakyah mereka ini percayalah, hancurlah masa depan bumiputera sarawak. kerajaan yang ada skrg ini dah byk membantu dan menjamin masa depan kaum bumiputera sarawak.

Leave a Reply

Threesome