Menu Utama

Nik Aziz Tak Restu Calon Pas

Oleh: Zul Rawi
Seperti ada yang tidak kena, suasana kempen pilihan raya kecil Sungai Limau tidak berjalan seperti kebiasaannya. Ini kerana sejak semalam, Pas telah mula menurunkan jentera kempennya dan memasang bendera dan poster di kawasan-kawasan yang dianggap strategik untuk menarik perhatian pengundi.
Namun sehingga ke pagi ini, tiada satu pun gambar mahupun poster Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan di sepanjang kawasan Sungai Limau. Tidak seperti kempen pilihanraya sebelum ini, jentera Pas sentiasa menjadikan Nik Aziz sebagai umpan untuk memancing pengundi.
Contohnya poster yang paling popular, Nik Aziz Menangis yang sering dijaja bagi menagih simpati pengundi. Tidak cukup dengan itu, DAP yang terkenal dengan sikap anti-Islam dan chauvinist, turut menggunakan Nik Aziz sebagai model pilihan raya.
Inilah pendekatan pembangkang yang dinamakan ‘matlamat menghalalkan cara’. Pada mereka di dalam politik tidak ada istilah haram yang mutlak kerana jika haram sekalipun ia boleh dihalalkan dengan mengubah packaging(bungkusan), jenama atau label. Untuk lebih meyakinkan ditampal dengan label halal walaupun kandungannya haram.
Mereka yang menentang Islam pun boleh memakai sarung, kulit atau jersi parti Islam janji menang pilihan raya, apabila beroleh kuasa kelak golongan inilah yang akan meratah Islam sehingga ke tulang belulang.
Berbalik kepada isu tadi, yang paling menarik, ada pihak di dalam kem pembangkang mengatakan ini adalah merupakan satu konspirasi terancang antara Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob untuk menyingkirkan Nik Aziz.
Ini kerana mereka dikatakan mula tidak selesa dengan pendekatan Nik Aziz yang sering campur tangan dalam urusan parti dan kerajaan. Malah walaupun tidak lagi menjawat jawatan MB, Nik Aziz dikatakan masih cukup berkuasa berbanding Ahmad Yakob. Atas sebab itu, satu gerakan terpaksa dilakukan untuk mengubah keadaan tersebut.
Paling memeranjatkan Nik Aziz juga dikatakan tidak beberapa bersetuju dengan calon yang diturunkan untuk mewakili parti itu di dalam PRK kali ini. Ini kerana calon yang diketengahkan bukan dari kumpulan ulamak dan yang paling penting dia dikatakan turut menganuti fahaman sesat Syiah.
Sebagai tanda protes, Nik Aziz dikatakan enggan hadir di sepanjang tempoh berkempen ini sebagai salah cara untuk beliau menzahirkan rasa tidak puas atas kerakusan mereka mengejar kuasa.
Malah tindakan Pas Jerai untuk tidak menggunakan gambar poster Nik Aziz, juga dikatakan sebagai tindak balas atas sikap yang ditunjukkan oleh mantan MB Kelantan itu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan mula menyebarkan cerita, kononnya mantan MB Kelantan itu sedang berada dalam keadaan yang uzur dan nazak.
Mereka turut mengatakan Nik Aziz juga sudah mula ‘dipakaikan pampers’ bagi menunjukkan kononnya Nik Aziz sedang benar-benar uzur. Nampaknya gayanya, semakin hari politik Pas semakin kotor dan menjijikkan.
Tahniah kepada puak Endorgan Pas, ANDA SEMUA TELAH BERJAYA MENJADIKAN PAS SEBUAH PARTI YANG LIBERAL SEPERTI FAHAMAN KOMUNIS.





45 Komen to Nik Aziz Tak Restu Calon Pas

  1. alimedanbaru says:

    ..apa pun dalam dunia ni yg menuju akhirat..apa yg berlaku saat akhir sebelum mati adalah penting bagi menggambarkan kejayaan sebelum mati… Nik Aziz telah menempah cork yg dikehendakinya berlaku dan telahpun berlaku… manusia tidak boleh menongkat dunia.. amat malang dan memalukan apabila kuasa tidak diperakui dan dilucutkan sebagai MB dan amat pedih apabila disaat akhir, pengikut sendiri membantai dari belakang bagi mengenyahkan keberadaan diri..inilah balasan untuk Nik Aziz.

    • Mek Esah says:

      Kah kah kah sekian laporan dari kami tv3 suku dan utusan meloya….dilucutkan jawatan?…kesian cai2 umno untuk memalukan nik aziz tak tercapai….hehe

  2. […] View original post here: Nik Aziz Tak Restu Calon Pas […]

  3. Anak Lenggong says:

    Sudah takde dikalangan melayu PAS yang masih menghormati Nike Ajis sebab kuasa dia dah ilang..sekarang ni bila melayu PAS dinegeri lain berjumpa ditengah jalan mungkin mereka sepak je saperti kain buruk..

    Tapi disini aku nak tunjuk hasil product yang diturunkan mengikut lunas undang2 amanat hj hadi..sebab ianya kekal sampai sekarang ni dan aku mintak BUJUK tolong komen mengenai perkara ini mek esah ngan moo lembu tak payah laa sebab nak ulas pun tak reti..so kalian lihat sahaja entry ni..

    http://theunspinners.blogspot.com/2013/10/cakap-saja-poliik-harmoni-masih.html

    Kejadian ini berlaku sewaktu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam rangka kempen untuk calon UMNO-BN di Sungai Limau telah berhenti untuk bersolat Zohor di Masjid Kampung Sungai Dedap. Lebih kurang 250 orang jemaah jadi makmum Muhyiddin Yassin.

    Ketika jemaah yang lebih ramai bersolat dengan berimamkan Muhyiddin Yassin, beberapa orang pengikut PAS pula berdiri tercangak-cangak dan tidak turut mengangkat takbir dan bertakbiratul ihram walaupun pada ketika itu, Muhyiddin baru berbuat demikian. Sebaliknya, para pengikut PAS tersebut menunggu-nunggu seseorang dari kalangan mereka untuk bersolat Zohor berjamaah.

    Dan itulah yang mereka lakukan di saf bahagian belakang!

    BIla dipersoalkan kelakuan ini hasil daripada tarbiah dan amanat Hadi PAS seringkali menafikan yang mereka menyuburkan budaya solat dua imam, bermufarakah ketika solat kerana fahaman dan akidah politik yang bertentangan, serta menganggap orang bukan PAS kufur dan tidak sah bersolat di belakang imam UMNO.

    Tetapi berlainan dengan orang UMNO boleh berimamkan sesiapa sahaja, walaupun imam berkenaan TOTOK PAS. Didalan sembahyang perkataan ‘SUBHANALLAH’ yang dituturkan pada ketika imam melakukan kesilapaan bacaan pun, diperlahankan dan dilembutkan agar tidak mengganggu jemaah yang lain. Berbeza pula dengan orang PAS… bukan sahaja bermufakarah sekiranya tahu imam adalah orang UMNO, bahkan sanggup melakukan solat dua imam di dalam masjid yang sama… sepertimana yang berlaku di Masjid Kampung Sungai Dedap sebentar tadi.

    • bujuk says:

      Aku tak nampak apa yg. berlaku d sana, tapi bergantung pada gambar…
      Waktu Muhyidin jadi Imam, rata2 d belakang dia pakai lebai(kopiah putih) yg. sinonim dengan pengikut PAS. Hanya 3-4 orang pakai songkok dan baju biru.
      Gambar yg. kemudian…
      Ada sekumpulan(dalam 10 orang) yg. solat selepas jemaah awal habis solat, kerana kelihatan beberapa orang keluar dari dewan masjid.
      Nak bagitau… ini bukannya ‘SEMBAHYANG DUA IMAM’ tapi kumpulan de-2 yg. tak sempat solat bersama jemaah pertama. Jika d lihat dari pakaian mereka adalah ahli BN(baju biru) dan mungkin orang luar yg. lambat kerana berpakaian biasa. Kalau jemaah kariah biasanya pakai kain dan baju melayu bila pergi solat jemaah.
      Ini pandangan aku berdasarkan gambar tersebut. Takda pulak yg. pakai baju lambang bulan…

      • raplahjingaa says:

        Dah terang lagi bersuluh…hang ada dalam surau tu ke bujuk ??? solat 2 imam ni dah turun temurun kerja PAS, kononnya imam yang menyokong BN tak layak jadi imam,…hang tak rimas ke bujuk, hal karut marut ni ?

        • bujuk says:

          Hang tengok link yg. AL bagi ke tidak.. Solat jemaah ke-2 (bukan 2 imam). Lagi pulak set baju biru yg. banyak jadi makmumnya… apakah mereka ni tak percaya pada IMAM TPM?
          Hang tanya mereka sendiri.
          Tapi nak fitnah solat 2 IMAM memang tak kena….

      • Mek Esah says:

        Jd imam solat zohor dan asar je ke?

      • WTF says:

        Pakai baju warna BIRU, terus kena cap BN ker Bujuk!!!

      • gambus says:

        memanglaa kau tak nampak , sebab kau takde kat sana !! orang munafik , membelit dan kuat menipu kat dalam mykmu macam kau bujuk dah dinyatakan dalam Al Quran , kena check dulu sebelum percaya !!!

        Baju biru jee BN , memang hebat kau membelit bujuk !!!

      • bujuk says:

        Gunalah akal bukan tuduh sebarangan…
        Semasa solat pertama d imamkan oleh TPM, d hujung barisan pertama ada 3-4 orang baju biru bersongkok, yg. lain mostly ketayap putih. Aku JAMIN mereka pakai baju BN, dan tak boleh klentong. Biasanya TPM mesti d iringi ramai pengikut dan biasanya juga seragam umno/bn. Korang boleh fikir… kenapa orang lain pakai baju putih atau warna lain2, tapi ada kelompok pakai baju BIRU semasa TPM p sana. Dan lebih memalukan hanya ada sorang je pakai baju hijau tapi terus korang percaya semua yg. solat tersebut ahli PAS. Siapa yg. berlebih2…

    • sireh ke gagang says:

      kesian mek & moo tak dipelawa . heheh.. nampak sangat mentaliti dorg berdua di gelakkan aje si AL ni . bujuk ok sikit kut . pandai bercakap sikit. heheh.. kasta ade beza dgn mek & moo .

  4. Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

    PR nih semakin pelik aku tengok depa nih..suka sangat letak gambar BIAWAK menangis untuk pancing undi..BIAWAK MENANGIS yg paling FAMOUS ialah jatuh kpd NIKY AJIS,LIM KEPALA SIAL,dan ANWAR AL-PELIWATI..
    BIAWAK-BIAWAK nih kalu x diletakkan gambar depa masa pilihanraya memang HARAM..

  5. alimedanbaru says:

    Dalam sejarah pebubuhan Pas dan melahirkan ulama politik aku masih tidak terasa aura ulama Pas yg menyentuh kalbu untuk aku lebih beriman dan bertaqwa. kalau ada pun bukan aku perolehi dari mulut ulama yg keji mengeji,kafir mengkafir dan yg kelihatan jelas bersahabat dgn kafir dan yg fasik lagi munafik.Aku yakin penuh apabila pemimpin Pas bangun dan terjaga dari tidur,apa yg ada dalam kepala dia hari ini bagaimana cara untuk menghapuskan UMNO dan apa formula baru agar dapat menawan Putrajaya. Mereka yg mengaku orang agama ni 100% aku yakin tidak pernah untuk mengusahakan perpaduan, menguatkan ukwah sesama Islam dan berangan agar kekuatan bangsa akan menyerlahkan kekuatan penganut Islam dan dapat menguasai bangsa lain secara total dinegara ini.

    Aku yakin menjelang saat-saat akhir orang spt Nik Ajis untuk meninggalkan alam yg sementara ini dalam sudut hatinya yg dalam mesti dia menyesal apa yg telah dia lakukan kepada umat ini.Kalau dia tak bertaubat kerana mengetuai perpecahan dan menggagalkan penyatuan bangsa seagamanya maka dia adalah manusia yg telah ditutup mata hatinya oleh Tuhan. Apakah yg Nik Aziz nak banggakan dengan Kelantan? Kelantan bukan model ketamadunan kerajaan Islam spt yg digembar-gemburkan.Kelantan bukan kota ilmu, Kelantan bukan kota yg melahirkan cendiakawan dan hartawan. Kalau ada adalah orang Kelantan yg perolehinya dari luar negeri Kelantan. Kelantan adalah pusat perpecahan ummah.Dari bumi Kelantan disalur suara perpecahan keseluruh negara melalui mulut Nik Ajis. Dari bumi Kelantan manusia tertipu dgn mendewakan Nik Aziz seperti gamaknya penganut Budha menghormati patong nya. Gambar dan banner Nik Aziz yg dipamirkan merata-rata adalah perlambangan patong yg disembah oleh pengikutnya..yg pasti melaikat tidak menghampiri potretnya walaupun digambarkan sebagai manusia alim dan tawadhuk. Maka benarlah sabda Nabi diakhirat kelak apabila malaikat mahu membawa seorang ulama itu kesyurga, lalu Allah YANG MAHA MENGETAHUI menahannya kerana Allah maha tahu segala yang dilakukannya adalah bertentangan dgn ajaran Nabinya dan Allah MAHA TAHU apa nawaitunya.Sesungguhnya banyak ulama yg akan dicampakkan ke api neraka kelak malah lebih dahulu drp yg lain kerana ilmunya menipu manusia lain. Sungguhpun begitu aku doakan agar Nik Aziz bukanlah manusia yg tergulong dlm kategori itu.. semuga Allah mengampunkannya yg tertipu dengan permainan dunia yg diputarkan oleh syaitan!Buangkanlah kebencian kerana kebencian mengotorkan jiwa dan menghitamkan hati!

    • bujuk says:

      Boleh sebut… siapa ulamak yg. tuan percaya dan terasa auranya d m’sia ni.

      • alimedanbaru says:

        ustad yg jujur mengajar disurau/mesjid tanpa kepentingan politik yg mengajar supaya melihat kekurangan diri daripada menyalahkan orang lain lebih berkesan dihati untuk memperbaiki kekurangn diri.tidak kira siapa kerajaan atau pemimpin yg menentukan syurga neraka adalah diri sendiri dgn bimbingan ulama yg jujur iklas demi Allah bukan demi pengaruh dan kepentingan politik.

        apakah kamu mahu aku menamakan mereka yg terkenal dimata manusia sedang para wali Allah yg jujur tidak memperdulikan pujian dan sanjunagan seluruh negara, malah mereka hanya dikenali oleh anak muridnya sahaja!

        tidak masuk syurga walau seberat zarahpun jika ada sifat sombong, ujub, rasa diri shj yg benar, memfitnah, mengadu domba, memecahbelah masyarakat dan mencampuradukkan kepentingan politik dgn agama hingga yg salah kelihatan benar dan yg benar itu kelihatan salah..masyarakat rosak, jadi berpuak dan mengagongkan ulamak masing2 sedangkan ajaran Nabi adalah satu dan jitu berdasarkan Qurn dan hadith yg masing2 tidak diselewengkan..

        • bujuk says:

          Hairan jugak… Nabi dan para sahabat harum namanya hingga sekarang. Begitu juga Imam2 yg. besar seperti Maliki, Hambali dan Syafie. Setiap zaman, setiap tempat ada ulamaknya…
          D TV sekarang bersepah Ustaz2 yg. hebat dan tentu mereka antara saksi-saksi kita d mahsyar nanti sekiranya kita belajar dan selalu mengambil pengajaran dari kuliah2 mereka. Bukan masalah ujub,sombong, berpuak dan sebagainya… tapi seorang ulamak akan d kenali dengan sendirinya atas perjuangannya, atas dakwahnya dan atas amalan solehnya serta teguh pendiriannya dalam menegak hukum2 Allah.

          • raplahjingaa says:

            hanya ulama lebai PAS jer akan dikenang dengan amalan carut mencarut, terpekik terlolong, rasuah dan mengkianati agama.

          • gambus says:

            ulamak yang kuat menipu dan memfitnah demi politik macam PAS akan dikenang dosanya hingga mati

          • alimedanbaru says:

            bujuk cuba kamu belasah Dr Zulkifli Al Bakri atau Dr Abdul Razak Basit Abdul Rahaman, cuba lah.. mereka berdakwah cara iklas membetulkan manusia bukan menegakkan benang basah parti politik spt Ulama Pas yg berjual beli agama kerana politik.

          • bujuk says:

            Kenapa aku perlu belasah mereka.. bila mereka dakwah dengan iklas?
            Aku sokong pandangan mereka… takda masalah, aku selalu jugak dengar dakwah mereka d tv9, hijrah. Tapi kenapa takda dalam RTM?

      • alimedanbaru says:

        wahai bujuk, aku spt kawan yg lain bukan bencikan hj adi, nik ajis atau nur brahim, tetapi kami lebih sayangkan Islam dan bangsa Melayu yg menganut agam Islam. dalam ajaran Nabi kamu pun tahu rosak akidah, rosak shahadah maka tiada guna sejuta kebaikan yg kamu lakukan, tidak guna pukian dan sanjungan yg kamu perolehi..semuanya sia-sia umpama sia-sianya orang kafir yg membelanjakan seluruh hartanya untuk kebajikan bersebab akidahnya yg rosak.

        aku ambil satu contoh shj, isu kalimah Allah.kaitkan dengan tuntutan COMONGO yg keterlaluan. ketahuhuilah kamu sebahagian ahli ahli NGO COMONGO adalah penganut agama Kristian yg mereka sendiri tidak menghormati ajaran agama mereka tentang LGBT, HOMOSEX dan Lesbian. Manusia yg macam ni yg PAS dan Nuar Brahim mahu serahkan kalimah Allaah untuk mereka nodai. PAS dan Anuar Ibrahim dan kuncu2nya lebih ghairh buat komentar tentang GST daripada memberi komen mempertahankan akidah umat Islam. Ini yg kami tentang, termasuk ulamak yg pentingkan kuasa dunia dr Pas yg berpura-pura tetapi jelas menggambarkan sifat munafik mereka.ALLAH ‘AKBAR, TAKBIRRR kami tentang manusia durjana tersebut kerana aku tahu mereka adalah Abu Lahab,mereka adalah Abdullah Ubai, mereka adalah Ayatollah Syiah dan mereka sedar tak sedar adalah pemain ajenda Yahudi untuk menghancurkan umat Islam dan bangsa Melayu!

        • bujuk says:

          Adalah lebih buruk sifatnya bila mereka2 itu berhimpun dan menjerit pertahankan kalimah Allah dan menentang LGBT,Bseks dan sebagainya… tapi d belakang merekalah yg. menghina dan mengolok2kan perintah Allah. Merekalah yg. amalkan lgbt dan bseks dan segala maksiat. Mereka kata serban dan jubah itu pakaian Abu jahal, mereka kata janggut Nabi tidak d potong kerana tiada pisau cukur, mereka kata hudud hanya sesuai d zaman unta, mereka cadangkan judi bola, mereka jadi pemegang saham utama syarikat arak dan judi, mereka biarkan anak-isteri mereka berpakaian seperti perempuan murahan dan tidak menutup aurat.

          • raplahjingaa says:

            Lagi buruk mereka yang berhimpun, mengangkat tangan dan memohon doa KO sana, KO sini, berhimpun lagi mempertahankan kehidupan songsang LGBT, berhimpun lagi sambil berkata Allah pun mencarut, Nabi junjungan tak ubah macam budak kampung, malah lagi buruk berhimpun di majlis pengkebumian cina mampoih bunuh diri sambil memegang lilin, tunduk sana, tunduk sini depan keranda.

          • gambus says:

            ehh bujuk dulu Bersih yang diskong pro murtad dan pro LGBT tu pun PAS bangga untuk berhimpun bersama-sama

            PAS yang kononnya ingin melaksanakan hukum Allah , tapi PAS sendiri yang mempermiankan hudud dan hukum halal haram demi politik .. malah lebih hina lagi PAS bersama puak pro murtad dan pro lgbt dan memnyanjung manusia seperti ambiga

            dulu murtad dan jatuh kafir kalau ada kedai arak , kedai judi dan disko TAPI bila PAS berkuasa tiba-tiba hukum yang dibuat sebelum ini akan dibatalkan , malah kedai arak , kedai judi dan disko serta pusat urut berleluasa dibawah PAS dan Pakatan !!!

          • alimedanbaru says:

            pendek kata, ceramah Pas BUKAN majlis ilmu yg merupakan ‘taman-taman syurga’ dimana 70k malaikat sepatutnya turut dengar sama tetapi merupakan lembah neraka dimana syaitan dan kuncunya berkumpul ketawa dan turut sama bertepuk tangan…

  6. Mek Esah says:

    Hebat betul nik aziz pada org pas ya……rasanya hebat lagi pengaruh madey dlm campurtangannya dlm pemerintah tun dollah dan sipi2 terkena pada mat najib….tp skrg mungkin reda sikit pasal mukhripz dah dapat jawatan mb kedah…….

    • raplahjingaa says:

      Nik ajis memang hebat pada orang PAS !! itu tak ada siapa pun nafikan…tapi takat orang PAs je laaaaa…hahahahah

    • alimedanbaru says:

      kau mek adalah berfaham totok dan bejad, negarawan adalah mereka yg memberi khidmat dan buah fikiran kepada negara berdasarkan kpd pengalaman dan sudut pandangannya sahaja. Namun keputusan muktamad ADALAH DITANGAN PEMERINTAH, PM. TUN PUN TAK PERNAH MEMAKSA AGAR PANDANGANNYA DIHORMATI DAN DIIKUTI.memanglah puak kamu terutama Pas dengki dan irihati kepada Tun kerana beliau hingga kini masih dihormati oleh dunia Islam, hingga Murshi pun meminta buah fikiran Tun untuk menggerakkan ekonomi Mesir sebelum peperintahannya dirampas oleh tentera.Minta maaflah buah fikiran pemimpin Pas sendiri ditolak oleh DAP dan PKR malah pas terpaksa menjadi pengikut dan tukang angguk sahaja… jangan cemburu, minta pemimpin Pas tingkatkan ilmu dan profasionalisma agar di kenali diperingkat antarabangsa!

    • gambus says:

      hebat nik ajis ni mekk jangan kau taktau , kena hujan jee dia boleh meroyan kakakakakakaakakak

      campurtangan Tun M ?? kami ahli UMNO semua bangga dengan jatuhnya pak Lah tu , tu bukan kerja Tun M .. tu kerja ahli UMNO semua hahahahaha

  7. bujuk says:

    Aku nak tanya pendapat mykmu… komen kamalanathan(MP hulu s’gor) pasal korban d sk puchong. Takkan takda respon kut…

    • raplahjingaa says:

      Tak kira komen sapa pun…hang check balik archive.

      • gambus says:

        wahhh bujuk boleh check balik laa .. mana komen kau pasal hudud bujuk takkan balas sikit jee ??? aku tunggu lagi tuu

        • bujuk says:

          alimedanbaru… kata Nabi tak laksanakan HUDUD d mekah d awal Islam kerana musyrikin kuat. Aku nak tanya.. M’sia ni musyrikin ke yg. memerintah?

          • gambus says:

            yang jatuhkan kafir sebab tak buat hudud ni ialah PAS , baik kau tanya pemimpin PAS yang ada kuasa kenapa tak buat hudud bujuk ?? sampai hudud pemimpin PAS sendiri dah jatuhkan tak wajib !!! pemimpin PAS yang hina ni laa kea jawab kenapa mereka menolak hudud dan tak buat hudud !!!

            kau kata PAS takde kuasa besar di Selangor untuk tutup kedai judi , kedai arak dan disko serta rumah urut ! DALAM komen lain pulak kau kata tanpa PAS DAPigs tak boleh menang besar .. kiranya PAS ada kuasalaa bujuk untuk tutup semua tu ATAU kiranya PAS dah jadi kafir dan murtad akibat hukum yang dibuat mereka sendiri .. cmana ni bujuk jawab laa !!!

    • alimedanbaru says:

      lebih elok kamu suruh aji adi dan nik ajis komen tuntutan COMONGO tentang murtad, LGBT sex bebas n bla bla..kenapa mereka menikus?

    • bujuk says:

      Bagitau la… setuju ke tidak?
      Apa tindakan umno pada MIC.

Leave a Reply

Threesome