Menu Utama

Mukhriz Kalah Kerana Gagal Raih Sokongan Johor dan Pahang?

Sehingga berita ini ditulis belum ada keputusan rasmi diumumkan, namun dipercayai keputusan akan diumumkan nanti UMNO mengekalkan Naib Presiden sedia ada mengikut urutan pemilihan lalu – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafiee Apdal dan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien Onn.

Kegagalan calon popular, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir merebut salah satu tempat mungkin disebabkan kegagalan beliau mendapat sokongan Johor dan Pahang.

Hanya dua daripada 26 bahagian di Johor memberi undi kepada beliau.

Bahagian Tebrau memberi 397 undi kepada beliau berbanding Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (387) dan Dr Ahmad Zahid Hamidi (361).

Di bahagian Johor Bahru, Mukhriz hanya meraih 329 undi berbanding Ahmad Zahid (470) dan Hishammuddin (333).

Keputusan pemilihan bagi Naib Presiden itu diumum Ketua Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di pejabat perhubungan itu di sini malam ini.

Perwakilan daripada 26 bahagian UMNO memberikan undi sebanyak 11,586 kepada Ahmad Zahid, yang merupakan Menteri Dalam Negeri; Hishammuddin yang merupakan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan (9,670); Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal (9,192) dan Mukhriz (726).

Sementara itu menurut sumber, Pahang yang merupakan negeri Perdana Menteri tidak memberi satu pun undi kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir daripada 14 bahagian yang ada.






55 Komen to Mukhriz Kalah Kerana Gagal Raih Sokongan Johor dan Pahang?

  1. […] Read More: Mukhriz Kalah Kerana Gagal Raih Sokongan Johor dan Pahang? […]

  2. Kamal says:

    Cuba Lagi lain kali Mukhriz.

    • Pak Malau says:

      Dia tak ada sayap. Kemudian ada pula fitnah serta arahan dan cakap-cakap yang tak memihak kepadanya.
      Itulah transformasi.

      • alimedanbaru says:

        .. YG PASTI KETENTUAN TELAH TERJADI. KALAH TAK SEMESTI YG KALAH TU UMNO.YG PENTING UMNO, UMNO BUKAN DITENTUKAN OLEH INDIVIDU TETAPI PASUKAN UMNO. BERSATULAH. SEJARAH DAH MEMBUKTIKAN PERTIKAIAN KEPIMPINAN DLM ISLAM MELAHIRKAN, KHAWARIJ DAN SYIAH YG AKHIRNYA MENJAHANAMKAN ISLAM SENDIRI. APAKAH UMNO MAHUI BEGITU?

        KAN KITA PERNAH SEBUT, DAH KALAH, KALAHLAH. YG MENANG,MENANGLAH. YG PENTING PARTI.. UMNO!

        • azni farah says:

          terus aku cakap UMNO negeri PAHANG takder MARUAH dan TELUR, elok sangat skit demi skit Pakatan Haram to nak menang, campur tangan tangan ghaib yg ade kene mengena dgn si SOTONG LEMBIK pun satu hal, faham2 sapa yg aku MAKSUDKAN to,

  3. raplahjingaa says:

    Transformasi dalam UMNO ?? Transformasi tengkorak depa !! orang melayu yang cium keris kemudian melutut minta maaf kat cina di beri kemenangan ???

    UMNO…agak-agak laaaa ! satu bahagian pun di Pahang tak bagi undi pada mukriz…ni mesti Najib punya kerja !!

    Bayagkan satu hari nanti nasib UMNO di tangan hishamuddin……

    • dkds says:

      semoga Allah tidak mengizinkan ianya terjadi…

    • sireh ke gagang says:

      RAP ,ini demokrasi tulen .ada yang positif di sini .walaupun datuk mukhriz kalah , itu tidak bermakna beliau tidak di sukai umno johor & umno pahang .beliau masih muda dan masih berpeluang untuk bertading dan menang .suara akar umbi , kita kena hormati .keputusan telah termaktub .UMNO , sebagai wadah siasah melayu & islam terbesar dalam malaysia terus membuktikan mereka berani berubah dan menggungguli proses demokrasi di dalam pemilihan parti .

      (UMNO Johor)

      • raplahjingaa says:

        Berubah ??? yang aku nampak perubahan ” fizikal ” bukan mental !! hang tarik nafas panjang, dan berlaku jujurlah dalam diri sendiri, apakah kepimpinan UMNO sekarang adalah yang terbaik untuk memacu bangsa melayu ke masa hadapan ?????

        ROH perjuangan UMNO wajib di pertahankan at all cost, tapi pemimpin yang lemah wajib dinyahkan keluar, malangnya…UMNO masih belum berubah !!

    • yeop says:

      hisyamuddin dah sah jd vp sangkut…ada sangkut paut dgn tuan presiden…perghhhh

    • mRsTURDY says:

      Itulah sikap orang UMNO kalau tuan-puan nak tahu. Nak kasi undi pun nak kena tanya org atas dulu…Bukan guna kepala otak…Kata Ubah ubah ubah!!Aku setuju dgn web dinturtle…Ubah Taik Kucing!!!muahaaaaaa!!Apa pun kita kena terima apa yg dipilih, hormat pilihan majoriti. Kembali bersatu…!!!

  4. dkds says:

    Manusia mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan…..

    Yang kalah tidak semestinya akan kalah…yang menang tidak semestinya akan menang…ingatlah setiap rancangan jahat mereka bagi mengekalkan orang yang tidak berkemampuan akan dibalas dikemudian hari…

    apakah perwakilan buta? tentunya tidak …

  5. Pak Janggut says:

    Aparaaa org UMNO Pahang dgn Johor… nak pilih pemimpin tengoklah kewibawaan. Ni hang pilih saudara pupu papat wat pe? Ini macam UMNO dpt pemimpin lembik dan takda jiwa dan roh Melayu… bungkusla UMNO PRU14 nanti. Ahjib Gor you must go….

  6. Anak Lenggong says:

    Sekiranya betul kerishamudin menang dalam pemilihan ini..kita tidak boleh nak menyalahkan sesiapa,,sebab perwakilan akar umbi yang membuat pemilihan..memang ramai anggota perwakilan daripada lain-lain negeri mau kerishamudin ditendang keluar tetapi disebabkan faktor kenegerian (Perwakilan Johor) memilih beliau begitu juga dengan faktor kekeluargaan dengan najib (perwakilan Pahang) berkemungkinan merasakan undian mereka harus diberi kepada hishamudin..

    Dengan mesej yang disampaikan hishamudin semesti dia kena faham akan kehendak ramai..beliau seharusnya berubah dan memperbaiki kelemahan diri untuk bangkit semula supaya rakyat terus menghormatinya sebagai soarang pemimpin…Rakyat sudah muak dengan gelagat yang berperangai saperti saorang pondan..sekiranya dia tidak juga berubah daripada apa yang dilakukn nya sekarang..jangan terkejut pemilihan 2016 nanti beliau akan dihumban keluar..
    Kepada mukriz pula jangan lah dianggap ini sebagai jalan terakhir…perjalanan baru bermula dan jauh lagi sasarannya..teruskan perjuangan..rakyat akan terus melihat serta akan membuat penilaian atas apa yang ko lakukan…selamat berjaya…

    • fizal j says:

      Kehendak akar umbi??? saudara anak lenggong mungkin lebih arif dlama hal ni. sebelum pemilihan lagi hampir semua bahagian sudah mengeluarkan cai calon2 yang dikehendaki oleh bahagian. jadi apakah ini kehendak akar umbi?? perwakilan kebanyakkan nya sudah dibeli dan dipengaruhi oleh pihak2 tertentu walhal kehendak akar umbi adalah bertentangan dgn kehendak atasan..

  7. anak bapak kepala botak says:

    Saya gembira anak penyamun tarbus tak menang kali ni, orang bodoh tak perlu diundi. saya hairan macam mana banyak bahagian boleh undi botak yang lembik dan tak berkarisma harap bantuan bapak yg asyik dok kacau pemerintahan sekarang. ikut cara pak lah tendang terus beliau bukannya ada faedah pun asyik nak kena sanjung setiap masa. baguslah PM perli penyamun tarbus dgn cara pahang bagi KO pada botak, biarlah bapanya sedar2 sikit yg PM bukannya suka pun tapi terpaksa takut jadi macam pak lah, manalah tahu silap haribulan bukan setakat samun harta negara tapi samun jawatan utk sianak yg botak.semoga ALLAH menjauhi mereka ini berkuasa semula dalam negara, takut hancur negara nanti???

    • yusmo says:

      ko ni menghina allah ke? yang dia jadi begitu adalah kehendak allah.kata orang penyamun ntah kita yang jadi bapak penyamun,INGAT DIRI MACAM MANA NAK MATI OI…….

      • raplahjingaa says:

        Dia tak hina Allah, dia hina diri dia sendiri, dan sengaja promote kehinaan yang ada kat diri dia !! apaaa punya manusia…

    • WTF says:

      Ko ni dengki sgt kat si Mukhriz dan Mahathir tu kenapa???

      Depa ada hutang dgn kau ker???

  8. badrole amin says:

    “Sementara itu menurut sumber, Pahang yang merupakan negeri Perdana Menteri tidak memberi satu pun undi kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir daripada 14 bahagian yang ada.”

    ———————————————————-

    Muhyiddin berpendirian neutral sementara Najib ‘mandrem’ secara senyap-senyap sebelum hari pemilihan kepada semua wakil bahagian/akar-umbi di Pahang agar memilih sepupunya itu

    ditambah lagi dgn kempen hishamuddin menggunakan Sultan Pahang yg dikatakan seolah memberi endorsement mahu UMNO Pahang memilih hishamuddin maka tidak hairanlah kenapa tidak ada satu pun dari 14 bahagian di Pahang memberi undi kepada Mukhriz

    kalaulah TS Muhyiddin secara senyap-senyap juga ‘mandrem’ sesuatu kepada semua wakil bahagian/akar-umbi di Johor agar memilih Muhriz pasti Najib akan berkata dlm hati ‘pandai jugak engkau kenakan aku balik ya yiddin’

    kata-kata diatas datang dari seorg yg tak puas hati dan kecewa, tak puas hati dan kecewa aku bukan utk selamanya kerana esok lusa akan hilanglah rasa tak puas hati dan kecewa aku itu utk menerima dgn hati terbuka si cium keris mintak maaf hishamuddin dapat mengekalkan jawatan naib presiden no.3

  9. zahir says:

    Siapa lagi yg main peranan kat pahang utk gagalkan mukhriz kalau bukan…..

  10. baba says:

    pahang dan johor tolak mukhriz mcm pm dgn tpm tolak la.

    • badrole amin says:

      lagi teruk Pahang tolak Mukhriz berbanding Johor…aku percaya sedikit sebanyak fitnah dari MI ada mempengaruhi ahli di bahagian/akar-umbi seluruh negara terutama di Pahang dan Johor utk tidak memilih Mukhriz

      memang sial celaka orgnya itu jika orgnya itu dari parti sendiri yg berpakat dgn MI utk mengeluarkan berita fitnah itu wlpn MI telah menarik balik berita fitnah itu dan memohon maaf kepada Mukhriz

      • raplahjingaa says:

        Siapa yang support MI financially ?? bukan kallimullah ke ?? dan siapa pulak kallimullah ni ?? bukan ka orang kuat pak lah ke ?? politik dalaman UMNO dah macam gampang !!

  11. sireh ke gagang says:

    Aku tak rasa ,akar umbi umno sedia menyerahkan UMNO kepada dato seri hishamuddin .hishamuddin calon ke 3 mendapat undi tertinggi .itu tak memberikan apa2 jaminan , yang dia bakal menduduki kerusi presiden 1 hari nanti .soal PM & TPM tolak datuk mukhriz , itu 1 tuduhan liar yg amat berat .perlu ada bukti dan hujah kukuh untuk menguatkan tuduhan itu .walau apa pun yang terjadi ,datuk mukhriz tetap akan dipandang sebagai tokoh yang berwibawa dan mempunyai daya saing tinggi dalam pertandingan hebat seperti dlm perebutan jawatan naib presiden ini .beliau masih boleh bertanding dan menang nanti .lebih 90 bahagian umno menyatakan sokongan padu kepada MB kedah ini , dan jumlah itu tidak seharusnya dipandang remeh ,dan direndahkan .cuma yang kita lihat ,majoriti bahagian umno masih memilih TRIO untuk dikekalkan kerana peranan ,pengalaman serta sumbangan yang telah mereka lakukan sewaktu menjawat jawatan naib presiden itu.dan Parti UMNO , telah membuktikan ,kita sentiasa bersedia berubah dan terus menjunjung tinggi prinsip demokrasi tulen di dalam pemilihan parti .Ini 1 kemenangan moral dan semangat buat org2 umno itu sendiri , yang mana tidak akan dirasai org di luar umno dan di dalam pakatan haram .

  12. Faizal says:

    Bkn nk menuduh.. tp mmg ade sedikit campurtangan pihak atasan yg menggesa semua bahagian di Pahang mengekalkan hishamudin sbg naib presiden.

    • mussolini says:

      sampaikan istana pon masuk campur pemilihan parti politik

      nak terlibat percaturan politik berhenti la jadi raja dan jadi politician full time

      raja kena bersifat neutral.contohi sikap sultan kedah dan sultan selangor

  13. yeop says:

    ketua umno bahagian tukang sedia chai ikut selera tuan presiden …perwakilan akar umbi hanya jadi tukang tulis undi chai ketua umno bahagian saja bukan memilih calon yg berwibawa…

    yang buncit perut kali ini ketua2 sayap sbb makan 2 menu…apa2 pun ,,tahniah pada hisyam sebab bernasib baik jadi sepupu tuan presiden.. kalau ikut chai perwakilan tanpa kekangan ketua umno bhgn, hisyam dah lenyap sebab orang melayu dah menyampah..tranformasi suka2 3 thn sekali, meriah gak hari2 makan free..

  14. Anak Lenggong says:

    Yeopp..ko jangan salahkan ketua Bahagian pualak dengan memberikan Chai..ini aku nak perbetulkan sebenarnya kalu ko saorang perwakilan serta hadir untuk pemilihan..ko masuk je pagar dah berpuluh Chai ko terima daripada ketua bhg..daripada lawannya..daripada calon MT, calun Naib Presiden…(kalau nak dikira penuh satu beg yang dibekalkan.)..so sewaktu pemilihan..terpulang kepada perwakilan sendiri untuk membuat pilihan..siapa yang bakal dipilihnya, Kalau perwakilan tak diberi Chai susah juga untuk membuat pemilihan sebab didalam kertas percalonan cuma diletak nama dan nombor sahaja bukannya ada sebarang profile dan gelaran calon pun..sebab tu lah yang terpilih dikalangan orang yang terkenal sahaja contoh Menteri dan Timbalan Menteri ataupun muka yang selalu keluar di Media..sebab orang mengenalinya..

    Kepada Mukhriz…Syabas..sebenarnya anda tidak tewas didalam pemilihan ini..walaupun secara fizikal nya anda tewas..teruskan perjuangan dan suara anda masih boleh disuarakan diperingkat majlis tertinggi disebabkan sebagai MB anda seharusnya dipilih menganggotai Majlis Tertinggi yang mempunyai 10 lagi kekosongan yang akan dipilih secara automatik..Bagi yang tak mengenali anda memang akan ada yang mengatakan anda mengharapkan aura bapa mu tetapi sebenarnya anda mempunyai aura tersendiri..didalam percakapan lembu dan tidak meninggikan diri..jarang nak mengutuk orang lain…tengok sahaja didalam PRU13 dahulu anda memenangi kawasan Air Hitam dimana itu merupakan kubu kuat PAS…teruskanlah berjuang saperti cogankata Kedah “JANJI DITEPATI..MELAYU DIDAHLUI”

    • yeop says:

      walau beribu chai yg turun..chai kb juga yg menjadi ikutan…”seme ikut ketua je” ..ya chai nali..

    • fizal j says:

      memang hanya diberi nombor dan juga nama tanpa gelaran. jadi tugas perwakilan adalah untuk membuat kerja rumah. study dan kenali siapa calon dan berapa nombornya.. zaman sekarang bukan susah nak cari informasi. semuanya dihujung jari. tak ada sebab perwakilan cakap tak kenal calon. buat apa jadi perwakilan yg dicucuk hidung. buat apa jadi perwakilan kalau nak undi ikut cai. tak layak jadi perwakilan kalau tak kenal semua calon yg bertanding. buat kerja la sikit study pasal calon sebab perwakilan ni yang mewakili kaar umbi…. perwakilan bodoh je yg dok ikut cai ni.

  15. PASpartyNGOK says:

    Ada orang lihat kegagalan Mukhriz merebut tempat akan melumpuhkan proses perjalanan beliau dalam Umno. Kerana dulu beliau jugak tewas dalam pertandingan penoh kontravesi dengan Khairy.

    Tetapi teori mudah, jika beliau gagal sekarang kenapa pulak beliau tidak boleh mencuba lagi dipemilihan akan datang. Pasti boleh. walau beliau tidak didalam kabinet dan suara dia terhad diKedah, tetapi kita tidak jangka Hisham dengan 2 porfolio dipegangnya akan menampakkan impact besar sebagaimana Zahid lakukan pada KDN. Dengan lembiknya Hisham, keraslah Mukhriz.

  16. dkds says:

    Apa pun kepada yang menang semoga menjalankan tugas dgn lebih cemerlang lagi

  17. shwan says:

    Hishamudin lembik tk cukup jantan. Penakut dan tidak oleh diharap mempertahankan hak melayu, Mukhriz pun sama lembik namun masih ada harapan untuk menunjukkan beliau seorang pemimpin yang kuat dan berani kerana masih belum diuji. Mukhriz ada peluang untuk buktikannya dengan jawatan MB Kedah itu peluang terbaik beliau berbanding Hishamuddin yang sejak ambil mana-mana kementerian dia banyak tidor ayas fail sebab itu semua benda dia buat dan pegang jadi lesu. Baangkan Kem Pertahanan jadi lembik hehehehe….apa la Najib ni nak letak pemimpin kenalah pada tempatnya. Hishamuddin sesuai untuk Kementerian Tenaga.

    • raplahjingaa says:

      Hishamuddin tak sesuai untuk kementerian apa pun, hatta untuk kementerian yang pernah di terajui sharizat pun ! paling sesuai pun jadi DO kat Pulau Tioman.

  18. Jambol says:

    UMNO masih belum sedar betapa penakutnya Hishamuddin kepada orang-orang bukan-Melayu. Masyarakat pengundi berkata begini tentang bekas-bekas PM kita:

    Tunku Abdul Rahman Putra – Bapa Kemerdekaan
    Tun Abdul Razak – Bapa Pembangunan Luar Bandar
    Tun Hussein Onn – Bapa Hishamuddin (walau bagaimanapun, jasa terbesarnya ialah melantik Tun Mahadhir sebagai TPM)
    Tun Mahathir – Bapa Pembangunan dan Kemajuan Malaysia
    Tun Abdullah Ahmad Badawi – BAPA MERTUA KJ.

    Dalam PRU14, dijangkakan masyarakat Melayu akan dilaga-lagakan dengan masyarakat Kristian. Selain itu, masyarakat bukan-Bumiputera, terutamanya Cina, digambarkan sebagai masyarakat yang “tertindas” agar 100% mereka ini menjadi jutawan. Melayu hanya layak berkhidmat untuk mengkayakan mereka saja.

    Buai laju-laju;
    sampai pucuk sena;
    Beli baju baru;
    dari kedai Cina.

    Teruskanlah usaha ini kerana kerajaan sekarang tidak berani mengambil apa-apa tindakan. Lebih ramai orang-orang macam Hishamuddin, KJ dan Nazri dalam UMNO lebih cepatlah Najib jadi ketua pembangkang kelak.

  19. hamkeykey says:

    Salam, mohon laluan. Sesungguhnya Allah maha adil HH ni siap menumpang tiap program pemuda, puteri ngan wanita. MM ada buat ? Sya tk dengar. Kena berusaha kuat. SA lagi power keliling Malaysia jgn ckap lah, ni agensi bwh kementerian hari2 1 muka surat kluar dkat UM, siap ngan gambar. Tolong cerita utk apa? Blanja lah duit tu utk sabsidi. ZH pun hari2 kat surat kabar sbb d benci oleh pihak2 peguambela samseng.

  20. ultra melayu says:

    Pendapat saya (sekadar pemerhati dari jauh..)

    1. ada 2 perkara yg menarik dlm pemilihan umno kali ini. pertama, format pertandingan yg sangat berbeza dan berubah 100% dan yg kedua adalah penyertaan DP mukhriz dlm perebutan jawatan naib presiden.

    2. faktor pertama (perubahan format pertandingan)amat menarik perhatian kerana dilihat sbg usaha terakhir umno membendung gejala politik wang dalam pemilihan umno dan menjadikan pemilihan lebih terbuka, telus, demokratik dan bersifat inklusif.

    3. tak dpt dinafikan, objektif format pertandingan kali ini (terbuka, telus, demokratik dan bersifat inklusif) bolehlah dikatakan tercapai. ini kerana, mana mungkin seorang calon di peringkat pusat dapat merasuah lebih 146000 perwakilan tanpa dapat dikesan.

    4.kalau nak rasuah separuh dari perwakilan pun iaitu kira-kira 70000 perwakilan pun agak mustahil. katakan seorang perwakilan disogok dengan rm 200 seorang, kalau didarabkan dengan jumlah 70000 perwakilan (separuh dari perwakilan)kira-kira rm 14 juta ringgit diperlukan.

    5. agak mustahil (setidak2nya untuk masa sekarang). lagi pula sistem undian adalah menggunakan kaedah “electoral college” dan bukan mengguna pakai “popular vote” .

    6. untuk ini (format pemilihan yg baru) kita harus beri kredit kepada idea DS Najib. tidak ada parti dalam malaysia setakat ini yg berani melakukan perubahan seperti umno. DAP yg kononnya parti paling demokratik pun cacamerba dalam pemilihan yang perwakilannya tak sampai 3000 org pun.

    7. namun, masih terdapat beberapa kelemahan dalam sistem format baru ini. benar, adalah mustahil bagi calon yang bertanding di peringkat nasional menyogok perwakilan yang mengundi dibawah kerana jumlah perwakilan yang sangat besar, tetapi, bagaimana pula calon yang bertanding diperingkat nasional?

    8. ini kerana, berlaku pemilihan serentak di peringkat nasional dan peringkat bahagian. jumlah perwakilan di peringkat bahagian pula amatlah kecil dan sangat terdedah kepada risiko kepada gejala rasuah.

    9. perlu diingat, pemilihan peringkat bahagian sama pentingnya dengan pemilihan peringkat nasional kerana dalam setiap pilihan raya umum (PRU), yang bertanding mewakili umno adalah biasanya calon anak tempatan dan lazimnya calon ini dipilih oleh mereka yang ada jawatan dalam hierarki bahagian mahupun cawangan umno.

    10. mungkin calon yang menang diperingkat nasional boleh dikatakan bersih dan dipilih oleh akar umbi tetapi jumlah calon nasional yang akan bertanding mewakili parti dalam PRU hanyalah sedikit ( kira-kira 30-40) calon (pengerusi tetap, timb. pengerusi tetap, presiden, timb. presiden, 3 naib presiden, 25 ahli MT, ketua2 sayap, naib2 ketua sayap, exco wanita, pemuda, puteri.

    11. sedangkan kerusi yang diperuntukkan utk umno jauh lebih besar (parlimen+dun) melebihi ratusan kerusi.

    12. sudah tentu kerusi-kerusi ini akan diwakili oleh mereka yg berada dalam hierarki bahagian.

    13. tidak ada bukti yang kukuh yg mengatakan semua yang menang dalam pemilihan diperingkat bahagian meyogok perwakilan tetapi persepsi itu sudah mula timbul.

    14. setengah orang kata persepsi tidak semestinya realiti tetapi dalam konteks politik di malaysia hari ini persepsi adalah realiti.maka persepsi negatif harus “dibunuh” dan persepsi positif mesti dibina.

    15. sebagai contoh, persepsi positif mengatakan semua calon umno diperingkat nasional yang menang semalam bersih dan bebas politik wang kerana format pertandingan yang mustahil utk berlakunya sogokan adalah persepsi yg baik untuk umno meskipun kesahihan persepsi tersebut belum ditentukan kesahihannya.

    16. jadi umno harus fikir cara terbaik agar persepsi mengatakan calon diperingkay bahagian menang atas sogokan kerana jumlah perwakilan yang kecil boleh ditangani.

    17. berbalik kepada pertembungan mukhriz-hishamuddin, ianya sesuatu yang tidak dijangka, mengejutkan dan boleh dijadiakn bahan kajian.

    18. saya mengatakan ia tidak dijangka kerana, kerana terdapat dua ramalan prapemilihan,iaitu jangkaan pertama mukriz akan berjaya menduduki 1 drpd 3 kerusi naib presiden umno. ada pula jangkaan mengatakan status quo akan kekal dgn hishamuddin akan dapat undi yang selesa.

    20. kedua-dua jangkaan ini meleset. asas kepada jangkaan pertama adalah kerana populariti mukhriz yang merupakan anak negarawan. ramai yg lupa, hisham juga anak negarawan, tetapi ramai antara perwakilan yang tidak sempat hidup di zaman tun hussein, kita cuma ingat tun mahathir sahaja.

    21. asas bagi jangkaan kedua pula adalah kerana yb khairy yg menang mudah dalam pemilihan ketua pemuda seminggu lalu. beliau (kahiry) menang bergaya dengan hampir menyapu bersih semua undi diperingkat bahagian.

    22. gegak gempita yang dibawa oleh calon lain termasuk anak bekas MB kedah pada awalnya bertukar menjadi angin sepoi-sepoi bahasa sahaja.

    23. kes khairy adalah kes lain. sedang anak tun mahathir pun kalah dengannya dalam perebutan jawatan ketua pemuda dulu (walaupun kemenangannya diragui, menang tetap menang) apalagi anak sanusi yang baru saja kita dengar namanya beberapa minggu selepas penamaan calon (maaf, tidak berniat untuk memperkecilkan mana2 pihak.

    24. tidak ada apa yang tidak kena dgn hisham. beliau tidak khianat pada parti, tidak menggunakan pengaruh bapa mertua untuk naik (sepupu mungkin-cuma persepsi), dan beliau buat kerja. bahkan, dari segi sejarah beliau juga adalah salah seorang yang pertama dari sekian ramai pemimpin yang mengerumuni tun mahathir dan memujuk tun ketika tun menangis mengumumkan untuk bersara dalam perhimpunan umno 2002. (bersama-sama rafidah aziz)

    25. ds zahid, walaupun popular, beliau sbnrnya ada sejarah silam dengan anwar. (tak mahu mengungkit barang yang telah lepas).

    26. dua “kesalahan” hisham adalah mencium keris (yg gambarnya dieksploitasi sepenuhnya oleh DAP dalam PRU 12) dan kelihatan “lembik” ketika di KDN. itu sahaja.

    27. perwakilan umno semalam serba salah. kalaulah mereka dibenarkan untuk memilih 4 naib presiden, sudah tentu hisham dan mukhriz sapu bersih seperti zahid dan shafie. dan sudah tentu pukul 10 malam kita semua penyokong umno boleh tarik selimut utk tidur atau tengok bola dengan aman.

    28. tetapi perwakilan serba salah kerana hisham antara orang yang berjasa dalam merangka pemilihan umno format baru dan sama2 dgn ds najib mengahadapi pru 13 lalu.

    29. mukhriz pula berjasa kerana membantu merampas kedah dari pas.

    30. ds najib telah membalas budi mukhriz dengan melantiknya sbg mb. bahkan ketika mukhriz tewas dlm pemilihan ketua pemuda dulu pun, beliau masih dilantik najib sbg timbalan menteri.

    31. jadi kita tidaklah boleh menyalahkan najib dan muhyiddin atas kekalahan mukhriz.

    32. saya berkongsi sentimen dengan penyokong2 mukhriz. sedih dan kecewa dengan kekalan beliau. tetapi jalan yg perlu dilalui oleh beliau (mukriz) masih panjang sementelah beliau masih muda.

    33. kata orang, kalau kita tidak rasa pahitnya perjuangan, maka itu bukanlah perjuangan.

    34. gunakan kesempatan sbg mb kedah bagi mencurah jasa pada umno. dun sg limau adalah ujian pertama mukhriz.

    35. moga apabila biduk berlalu kiambang kembali bertaut.

    • ultra melayu says:

      ralat -point no. 7

      7. namun, masih terdapat beberapa kelemahan dalam sistem format baru ini. benar, adalah mustahil bagi calon yang bertanding di peringkat nasional menyogok perwakilan yang mengundi dibawah kerana jumlah perwakilan yang sangat besar, tetapi, bagaimana pula calon yang bertanding diperingkat BAHAGIAN?

  21. perubahan!! says:

    Secara jujurnya,D.S Hishamudin berada dlam keadaan yg tidak selesa..Perbezaan 9 undi berbandibg D.P. Mukhriz menunjukkan sebahagian perwakilan UMNO mahukan Hishamudin melakukan ‘homework’.Dia dilabel sebagai pemimpin yg lembik.Justeru,dia perlu membuktikan kpda semua pihak bhwa dia tidak lembik.Kepada Mukhriz cuba lagi..perjalanan anda masih lagi jauh.

  22. alimedanbaru says:

    … kalau anda setuju dgn sistem demokrasi maka usahlah meraban dan meroyak dgn keputusan yg telah muktamad. yg pentingv bertaut kembali dan bekerja… kalau dalam perang,pahlawan dan bangun nak masuk gelanggang tetapi si munafik mengomel tak habis cari alasan dan salahkan situ sini.. kan kita dahsebut..yg kalah kalahlah, yg menang mananglah… memang patut pun guan eng dan nuar brahim kalau nak kencing orang macam simembebel yg pahat berbunyi lepas rumah siap..

  23. raplahjingaa says:

    Kalau dalam perang, pahlawan nak bangun masuk gelangang, dan tiba-tiba berdiri di tepi gelangan sambil menjerit-jerit beri amaran…last sekali si ” munafik ” jugak yang masuk gelangang bertempur dengan musuh, pahlawan tadi masih melaungkan amaran…makin lama makin sayup jeritan…..” si munafik ” bermandikan darah…pahlawan tadi dah sampai rumah dengan rambut yang kemas, dan mengaku dia lah yang bawa kemenangan…siapa yang munafik ?????

  24. bujuk says:

    Lagi 3 tahun… KJ mungkin beralih ke kerusi Naib Presiden. Sebagai bekas Ketua Pemuda… biasanya akan menang. Berdasarkan sejarah… Anwar, Najib, Hishamudin. Lepas Najib, Rahim Tambi Chik, Nazri Aziz dan Zahid tak masuk gelanggang. Zahid masuk bertanding lepas jadi Menteri dan Menang besar. Maknanya… calon2 KP akan jadi pilihan perwakilan, mungkin kerana pemuda ada jentera kuat d bahagian untuk mempengaruhi perwakilan.
    Secara sejarahnya lagi 3 tahun jika Zahid tak bertanding Timbalan Presiden.. peluang Mukriz tipis. Kecuali UMNO tambah kerusi Naib Presiden jadi 5 mungkin ada peluang.
    Aku berat mengatakan… Zahid akan naik anak tangga, berdasarkan prestasi dan kehendak rakyat hari ni. Jadi Muhyidin dan Najib dalam bahaya. Mukriz kalau nak jadi Naib Presiden 3 tahun lagi, kena kautim dengan Zahid.
    Calon dari Sabah, kalau ada orang lain lebih berwibawa(seperti D.Saleh bekas KM Sabah) D.Syafie Apdal akan turun. Dia tak sesuai untuk jawatan Naib Presiden… pada aku la.

    • WTF says:

      Fuyooo, hebat prediction hang Bujuk!!!

      Macam prediction hang dalam BLACKOUT dan UNDI POPULAR ker Bujuk!!!

      Tapi perdiction Bujuk yang ini paling BEST

      bujuk says:

      kalau PR menang rasanya tak perlu lagi aku lawat mykmu lepas PRU13. Sebad matlamat dah tercapai… tapi kalau kalah aku masuk lagi sebab perjuangan belum selesai.

      1:05 PM on April 3, 2013

      http://www.mykmu.net/?p=28453

      Mueh4444444444444

    • Gambus says:

      tu dia nak sembang pasal UMNO puak PAS ni ??? kuasa ahli Majlis , exco dan YB pun taktau !!! … nak sembang pasal politik tapi beza ahli DUN dan ahli Parlimen pun tak tahu , inilah macai nik ajis yang sungguh bengap !

      Nak ramalkan apa ke bendanya ??? blackout pun menipu , undi popular pun membelit !!!

      Yang paling kelakar dan paling terbaru hutang negara pun sibujuk ni menipu dan buat fitnah !!! hahahahahahah taraf pencacai hina PAS , macam nilaa

      • WTF says:

        Hehehehe….macam2 lagi penipuan Bujuk!!!

        Tapi, Bujuk steady jer buat cerita bohong kat sini…

        TOTOK TEGAR FUCKUTAN katakana!!!

        Mueh4444444

  25. Kawa7826 says:

    Umno akan lingkup…umno sokong hisham..Rakyat dan penjawat awam d mana kementrian dia pegang dulu dan skg akan tolak dia..ingat bukan semua penjawat awam kini somong bn aka umno..ingat meka oun ada keluarga..Siapa mahukan melayu di nobatkan akan tersingkir..itu da kita semua nampak sejak awal awal lagi..

    • luvmy says:

      Tau dh..penjawat awam mmg bukan semua sokong kerajaan..x kan la dh dpt gaji dr kerajaan sbb tu nk sokong kerajaan kot..lg satu reason knapa x sokong kerajaan is nk minta transfer blk negeri utk keluarga tp x dpt so x yah la sokong kerajaan..x ke?

    • WTF says:

      La…dalam UMNO ada Hishamuddin sorang jer ker Bro???

  26. mykmujohor says:

    Assalammulaikum …Faktor dua negeri yang di perkatakan tidak menyokong Dato Paduka Mukriz adalah

    1) Pahang : “Penglibatan Sultan Pahang yang memberi arahan kepada seluruh Ketua cawangan supaya memberi undi kepada tiga calon terdahulu, kebanyakan ketua cawangan di jemput mengadap ke istana bagi mendengar titah Tuanku…” juga faktor orang2 kanan Najib yang bergerak dan memberi arahan supaya memilih calon terdahulu khasnya Datuk Sri Hishamuddin…

    2) Johor : Faktor penolakan MM di Johor adalah di sebabkan jentera MM yang kurang aktif khasnya di peringkat cawangan2 …. dan sifat kenegerian …
    2 calon VP (Zahid dan Shafil afdal) mereka di lihat cukup popular berbanding Datuk Sri Hisham …jadi lawan mukriz cuma Datuk sri Hishmam di Johor …dan faktor kenegerian ni memyebabkan MM tidak di beri undi walaupun MM cukup Popular di Johor

Leave a Reply

Threesome