Menu Utama

Mereka Yang Tolak Pindaan Mungkin Bawa Agenda Kongsi Gelap, APJ Berbeza Dari ISA

Mereka yang menolak pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 bukanlah pejuang hak asasi rakyat tetapi pembela penjenayah berat.

Menurut Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim, tindakan menolak dari awal pindaan ini tanpa melihat fasal-fasal pindaan menunjukkan belang sebenar pemimpin politik tertentu.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang dibentang oleh Menteri Dalam Negeri petang tadi.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan tanpa bicara mempunyai kelebihan dalam aspek tindakan pencegahan ke atas jenayah terancang dan jenayah berat, termasuk memberi perlindungan kepada saksi yang takut untuk tampil memberi keterangan di mahkamah.

“Terdapat banyak kes di mana saksi bagi kes-kes jenayah terancang dan jenayah berat sebelum ini, telah dibunuh, diugut dan sebagainya yang menyebabkan mereka takut untuk memberi keterangan,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 untuk bacaan kali kedua dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Zahid berkata walaupun terdapat pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi akan menentang dan mengutuk tindakan kerajaan untuk memperkenalkan semula peruntukan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan dan sebagainya, ia masih diperlukan demi kepentingan dan keselamatan rakyat.

Katanya, antara kekangan utama dalam proses siasatan kes-kes jenayah terancang dan jenayah berat ialah ketiadaan pentahkikan bagi mengukuhkan keterangan yang merupakan cabaran terbesar untuk memerangi jenayah terancang dan jenayah berat.

“Kegagalan menemui barang kes seperti senjata yang digunakan akan menyebabkan kes tersebut tidak boleh dibawa ke mahkamah walaupun pengakuan suspek berjaya direkodkan oleh polis,” katanya.

Ahmad Zahid berkata dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa ini, penambahbaikan Akta Pencegahan Jenayah 1959, termasuk peruntukan penahanan pencegahan sangat diperlukan untuk mengekang secara berkesan tindak-tanduk penjenayah yang berada dalam tahanan serta meningkatkan kapasiti pengawasan polis.

“Ini penting kerana dengan bantuan peralatan komunikasi yang canggih, penjenayah khususnya dalang kongsi gelap yang dikenakan perintah pengawasan atau tahanan pencegahan masih mampu meneruskan kegiatan jenayah melalui arahan yang boleh diberikan dengan mudah kepada ahli kumpulan masing-masing, misalnya memberi amaran atau mencederakan saksi,” katanya.

Beliau berkata pembentangan rang undang-undang itu juga untuk memperkasakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang sudah lapuk dan tidak relevan lagi dengan keadaan semasa dan arus teknologi yang berkembang pada masa ini.

Ahmad Zahid juga berkata pindaan dibuat untuk memastikan pihak polis boleh mengambil tindakan secara lebih efektif terhadap penjenayah seterusnya membendung aktiviti jenayah daripada terus meningkat.

Katanya, tanpa undang-undang yang efektif, kegiatan jenayah berat dan jenayah terancang tidak dapat dibendung dengan berkesan dan seterusnya akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Dari aspek sosial, selain peningkatan kadar jenayah, golongan pelajar juga akan menjadi sasaran ahli-ahli kongsi gelap sedia ada untuk merekrut anggota baharu bagi menyertai kumpulan mereka, menurut Ahmad Zahid.

“Sekiranya enggan, mereka tanpa belas kasihan akan terus mengancam pelajar-pelajar ini sehingga sanggup mencederakan sesiapa sahaja yang tidak mengikut kemahuan mereka,” tambahnya.

Beliau berkata selain menyebabkan para pelajar takut sehingga menjejaskan pelajaran mereka, kegiatan seperti penyalahgunaan dadah, perjudian, maksiat dan pergaduhan di tempat awam akan turut meningkat.

Ahmad Zahid berkata dari sudut ekonomi, kumpulan kongsi gelap yang bermaharajalela akan menjejaskan keyakinan pelabur asing dan pelabur tempatan, termasuk peniaga yang bimbang untuk menjalankan perniagaan mereka kerana dipaksa membayar wang perlindungan kepada kumpulan kongsi gelap.

“Kadar jenayah berat yang tinggi juga akan menyebabkan pelancong berasa tidak selamat dan tidak memilih untuk melancong ke negara ini. Akhirnya, pembangunan ekonomi akan terencat dan seterusnya menjatuhkan nilai mata wang negara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata dari sudut politik pula, terdapat kemungkinan kumpulan jenayah terancang mempengaruhi ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kanan kerajaan supaya melindungi kegiatan mereka yang akan menyebabkan institusi kerajaan hilang kewibawaan seterusnya menyebabkan kerugian yang besar kepada negara.

Beliau juga berkata sejak kebelakangan ini, kadar peratusan jenayah berat dan jenayah terancang daripada keseluruhan peratusan indeks jenayah telah meningkat, dan ini telah meningkatkan kebimbangan rakyat berhubung tahap keselamatan mereka.

Katanya, ini termasuk keseriusan kes-kes jenayah yang berlaku seperti yang dilaporkan dalam media massa antaranya penggunaan senjata api yang berleluasa, kejadian pembunuhan menggunakan senjata api dan pergaduhan ahli-ahli kumpulan kongsi gelap sesama mereka untuk merebut kawasan.

“Kerajaan peka akan kebimbangan yang dirasai rakyat dan bagi meredakan kebimbangan itu, terdapat keperluan untuk kerajaan menimbang dan mengkaji semula usaha-usaha menangani jenayah, terutama jenayah berat dan jenayah terancang, termasuk mengkaji undang-undang sedia ada,” katanya.






16 Komen to Mereka Yang Tolak Pindaan Mungkin Bawa Agenda Kongsi Gelap, APJ Berbeza Dari ISA

  1. […] Original post: Mereka Yang Tolak Pindaan Mungkin Bawa Agenda Kongsi Gelap, APJ Berbeza Dari ISA […]

  2. sireh ke gagang says:

    hanya penjenayah dan sekutu penjenayah yang takutkan APJ ini .kalau org tu tidak berbuat apa2 kesalahan , kenapa mesti takut .”berani kerana benar, takut kerana salah” itu pesan datuk nenek kita dahulu .tidak perlu dato seri zahid ,KDN , PDRM melayan rungutan serta komen sampah puak2 yg mahu melindungi suku sakat mereka yg terlibat dgn jenayah .soal keselamatan negara dan rakyat itu harus diutamakan.

  3. bangKano says:

    Pihak pihak yang menentang pengubalan & pindaan semula APJ/PCA 1959 sebenaq nya punya agenda politis jerrr…saja nak jadi wira pada rakyat yang serba tongong macam pengikut pandiaq PR tu. Tujuan nya nak dapat kuasa memerentah negagha ni…bila dah dapat jadi PM depa pun akan hidup kan semula roh kalbu ISA & EO tu supaya senang depa nak kontrol dan musnah kan perjuangan para penentang dasaq politik busuk pemimpin kumpulan haprak ala PR nih lebeh lebeh lagi cina DAP ultra kiasu berhasrat nak hapus kan etnik melayu di Malaysia..

    • alimedanbaru says:

      Memang betullah apa yg abang2 cakapkan. Kalau kerajaan buat apa2 pun untuk kebaikan rakyat pasti pembangkang Malaysia yg bodo ni akan tentang, asalkan ide kerajaan.
      YANG LEBIH PARAH MEREKA MEMBAWA PERJUANGAN YG BERTENTANGAN DGN FITRAH MANUSIA DAN CARA HIDUP MALAYSIA, EG:
      *amat tidak munasabah mereka menyokong LGBT, homo sex dan lesbian.
      * amat tidak munasabah mereka mengagongkan komunis dan memwirakan komunis
      * amat tidak masuk akal bila pembangkang mempertahankan gangster yg diambil tindakan oleh pasukan keselamatan
      * amat tidak masuk akal sikap pembangkang terhadap kes Lahaf Datu

      Kesimpulannya, bila kita dah tahu kebangangan dan ketotolan mereka maka jangan pedulikan mereka.. ‘jalan cerita bangkangan mereka’ kita dah masak dan faham… teruskan sahaja dasar dan perlaksanaan dan PEMBANGKANG MALAYSIA MEMANG JENIS TOLOL TAK BERTEMPAT YG KEPALA HOTAK MEREKA TELAH DIPROGRAMKAN UNTUK SEBUT ‘TIDAK SETUJU’ ATAS SEMUA PERKARA KEBAIKAN…

  4. PASpartyNGOK says:

    Bila jenayah banyak berlaku semua orang menjerit. Salahkan kerajaan, salahkan polis, semua salah. Yang tak dituduh bersalah cuma kastam, imigresen, JPJ saja kerana jabatan2 itu tak ada kena mengenai dengan pembendungan/pencegahan jenayah.

    Sekarang KDN dibawah Dato Zahid beri salam dan bermukaddimah dari jabatan barunya dengan perangi habis2an penjenayah. Seolah2 apa yang zahid sedang buat ialah mengejar penjenayah itu hingga kelubang cacing. Begitulah terperincinya kerana lubang cacing terlalu kecik untuk manusia bersembunyi.

    Beribu ditangkap dan bakal dihukum. Ramai jugak yang tak sempat dihukum kerana kojol dulu ditembak polis. Casualty dipihak anggota adalah minimal walau pun tidak zero.

    Pencegahan berbentuk current atau terkini ialah dengan menembak dan menangkap. Untuk jangkamasa panjang, satu akta perlu diluluskan buat mendisiplin supaya mereka memaling muka dari jenayah.

    Soalan nya, apa perlu bagi orang awam menyoal jenis akta itu tanpa menyelidik keberkesanan akta itu dalam jangka masa panjang dan menafaat yang bakal diperolihi.

    Cumu penjenayah, bapak penjenayah, sedara mara penjenayah saja yang akan menyoal kerana mereka terbabit secara langsong. Jadi yang menyoal itu adalah penjenayah.

  5. baba says:

    yg menentang memnag ada kepentingan dgn jenayah, mungkin ada yg terlibat dgn kegiatan itu, atau mahu negara huru hara dan mereka mengambil kesempatan politik darinya.

  6. badrole amin says:

    Pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang dibentang di persidangan Dewan Rakyat pada Rabu membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.

    Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 itu dibentangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi bacaan kali pertama yang antara lain membenarkan penahanan tanpa pertuduhan jenayah atau tanpa perbicaraan sebagaimana yang pernah diperuntukkan dalam Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

    Kuasa perintah tahanan itu diberikan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah, yang akan ditubuhkan di bawah rang undang-undang itu, yang akan dipengerusikan sama ada oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi bersama dua anggota.

    Lembaga itu boleh mengeluarkan arahan penahanan seseorang yang ditahan di bawah rang undang-undang itu, tidak melebihi dua tahun tanpa bicara.

    Selain mempunyai kuasa melanjutkan tempoh tahanan kepada dua tahun lagi sekiranya didapati perlu demi kepentingan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.

    Bagaimanapun arahan tahanan oleh pihak lembaga terbabit boleh disemak semula di Mahkamah Tinggi.

    Peruntukan bagi penubuhan lembaga itu serta tanggungjawabnya merupakan bahagian baharu iaitu bahagian IVA di bawah seksyen 19A berhubung Perintah Tahanan.

    Rang undang-undang itu juga membenarkan polis menggunakan peranti pengawasan elektronik terhadap orang yang direman dan dibenarkan dilepaskan sementara menunggu inkuiri.

    Rang undang-undang itu juga memasukkan satu seksyen baharu iaitu 7B dan 7C untuk menubuhkan Lembaga Pencegahan Jenayah bagi menggantikan menteri, dan anggota lembaga itu dilantik Yang di-Pertuan Agong.

    Sementara peranan menteri adalah untuk mengemukakan laporan tahunan berhubung segala perkara berkaitan dengan peruntukan bahagian IVA kepada Parlimen, dan Parlimen turut diberi hak untuk mengkaji semula bahagian IVA setiap lima tahun.

    Menurut Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris, PCA adalah perlu untuk menjamin keselamatan orang Awam.

    Katanya lagi, mereka yang tidak mahukan dan menentang PCA ini pasti ada sebabnya. Apakah mereka ini mahukan Negara kita huru hara, atau pun mereka mempunyai rancangan untuk menghuru harakan Negara.

    Tiada apa yang perlu ditakutkan melainkan ada niat mahu membuat kesalahan dan melanggar undang-undang.

  7. yeop says:

    rakyat dah beri mandat pada bn dalam pru13 utk membentuk kerajaan..buat yg terbaik untuk kesejahteraan rakyat.. mengapa masih suka sgt melayan karenah org yg kerjanya asyik membangkang 24jam…

  8. anakbochek says:

    Saya sokong sebarang perundangan yang boleh mengekang perbuatan jenayah berat dan dapat menjamin keselamatan rakyat biasa. Nak pre-emptive diorang pun takpe.

    Moral di sini ialah, jangan bersekongkol dengan penjenayah aka geng2 kongsi. Kalau bawa kereta tu ajak sekali mak, ayah dan anak bini. Gerenti polis tak kacau. Mana ada orang nak pi bunuh orang bawak anak bini sekali kan.

  9. DataCode says:

    Kenapalah nak layan sangat si pembangkang,sedangkan rakyat dah beri mandat pada BN untuk terus mentadbir negara ini,jadi keselamatan negara ini dan rakyat dan apa-apa jua pun kerajaan yang akan dipersalahkan,jadi kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk menghindarinya.

    Tukan tuding jari sungguh lebih senang dari tukang yang membina rumah,Ingat sendirilah

  10. jombo says:

    Cuba cerita siapa yang sebenarnya yang bangkang pindaan akta ni? Perlu diingat proses pindaan akta sangat panjang dan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa sebab. Pindaan akan dibahaskan diparlimen sebelum digazetkan sebagai undang-undang, jadi pembangkang boleh membahaskan pindaan semasa di palimen nanti. Ini belum tengok lagi isi kandungaan akta dah menyalak membabi buta. Bangang betul PR.

  11. shwan says:

    Formula PAKATAN DAP+PKR = Lindungi Kongsi Gelap+Komunis+Nam Tien = mengubah perlembagaan negara+ merendahkan martabat agama Islam + mengikis kuasa melayu + menghapuskan etnik keturunan melayu.
    Ayoh! saudara sebangsaku bangun dari peluk tubuh, bangkit dari mimpi bahawa bumi ini masih selamat untuk anak cucu kita. Usaha mereka sudah semakin hebat dan terancang.

  12. WTF says:

    Aku cukup hairan dgn wakil rakyat pihak pembangkang Malaysia ni…

    Normally, a politician will agree mana2 rang undang2 diluluskan terutamanya melibatkan keselamatan rakyat mereka, apatah lagi will not associate diri mereka dgn penjenayah.

    Pembangkang kat Malaysia ni lain pulak ceritanya, rang undang2 melibatkan keselamatan rakyat nak ditolak mentah2, tanpa lihat pun apakah pindaan2 yg dibuat…apa gila ker mereka ni????

    Something is wrong with FUCKUTAN…makin lama nampak sangat depa ni sebenarnya associated with kongsi gelap.

    Tolonglah, jangan jadikan Malaysia seperti di Taiwan, di sana semua wakil rakyat memang ahli kongsi gelap pun…

  13. Mat Panjang says:

    Mereka, saya fikir, mewakali antara keluarga kepada 260,000 ahli gangster dan samseng yang mana diantara mereka terlibat dalam kegiatan jenayah, samseng dan aktiviti gangster. Jadi mereka kenalah tunjukkan perasaan perihatin akan masaalah kekeluargaan dan undang-undang yang mereka hadapi. Itu pun sebahagian daripada politik.

    • WTF says:

      Nampak sangat keluarga2 penjenayah tu encourage anak2 mereka buat jenayah…

      Ibu bapa yg normal takkan mahu anak2 mereka terlibat dlm jenayah, dan kalau ada anak2 mereka terlibat, ibu bapa yg normal akan sisihkan anak2 mereka, not encourage them…

      For me, FUCKUTAN are abnormal. Tu pasal disokong oleh org2 yg abnormal…

      Penyakit mental macam ni mmg susah nak dibaiki…

Leave a Reply

Threesome