Menu Utama

Mayat bayi ditemui terapung di Sungai Sarawak

KUCHING 31 Okt. – Mayat bayi perempuan ditemui terapung di tebing Sungai Sarawak, berdekatan Pelabuhan Sim Kheng Hong, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata mayat bayi itu ditemui seorang lelaki yang sedang mencari umpan untuk mengail di kawasan berkenaan pada pukul 11.15 pagi.

“Mengikut maklumat awal, bayi itu ditemui dalam keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat terapung di bawah jambatan baharu berdekatan Pelabuhan Sim Kheng Hong.

“Mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat,” katanya kepada Bernama di sini. – BERNAMA






Satu Komen to Mayat bayi ditemui terapung di Sungai Sarawak

  1. […] Read the original: Mayat bayi ditemui terapung di Sungai Sarawak […]

Leave a Reply

Threesome