Menu Utama

Mat Sabu Menghitung Hari-Hari Terakhir

Penghujung Oktober 2013 yang kian dekat dan bulan November yang makin mendatang tentunya membuatkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidur malam tidak lena gara-gara dilanda keresahan mengenangkan jawatan yang disandang belum pasti akan kekal dalam genggaman.

Setakat ini belum ada mana-mana PAS Kawasan yang mencalonkan Mat Sabu untuk mempertahankan jawatannya, hatta Mesyuarat PAS Alor Setar yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS itu beberapa hari lepas pun enggan memberi muka pada Mat Sabu sebaliknya dicalonkan pula Tuan Ibrahim Tuan Man.

Marah benar orang Kedah pada Mat Sabu. Mahu tak marahnya kalau dah salah satu punca kejatuhan PAS di Kedah dan antara penyebab kian jauhnya orang Melayu Islam dari PAS adalah disebabkan mulut lancang Mat Sabu yang mendewakan Mat Indera Komunis.

Tapi kot mana pun akan ada juga yang bakal mencalonkan Mat Sabu, kebanyakkannya nanti bakal datang dari PAS Kawasan yang mana dikuasai oleh golongan liberal, Syiah dan Anwarinas.

Kira-kira sebulan yang lalu, Multaqa Ulama Se-Malaysia yang menghimpunkan pimpinan PAS yang dikategorikan sebagai ulama telah mencapai 8 resolusi penting yang dianggap mampu memperbetulkan semula hala tuju perjuangan parti.

Salah satu dari resolusi itu berkaitan dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS di mana ia diputuskan wajar diisi oleh kalangan pemimpin parti dari kalangan ulama manakala jawatan Naib Presiden disarankan gabungan antara ulama dan professional.

Ini isyarat besar khusus ditujukan pada Mat Sabu, ia bukan kebetulan dan bukannya lagi ilusi tetapi menjelaskan lagi betapa wujud penolakan besar terhadap kepimpinan Mat Sabu.

Seperti kita tahu Mat Sabu bukannya ulama, dia juga bukan ustaz atau ilmuan agama. Malah bukan juga golongan yang memiliki professional yang gah, dia bukan doktor, bukan lawyer, bukan jurutera, bukan pun professor dan bukan juga usahawan berjaya.

Kelebihan Mat Sabu cuma berceramah siang malam, waktu jadi tok wakil asyik berceramah dan bila hilang kerusi pun makin galak berceramah. Jika itu dikatakan professional memanglah hancur jawabnya.

Dengan baki kurang 40 hari sebelum menjelangnya Muktamar PAS Ke-59 bolehlah dianggap ini adalah perhitungan hari-hari terakhir Mat Sabu yang seandainya gagal dimanfaatkan untuk menukar arus penolakan ahli PAS terhadapnya, maka berakhirlah hayat politik Mat Sabu dalam PAS.






7 Komen to Mat Sabu Menghitung Hari-Hari Terakhir

  1. anakbochek says:

    PAS has to blame Mat Sabu and the gang for the significant reduction of Malay votes during the PRU13.

    • luvmy says:

      may b ada HIKMAHnya mat sabu join PAS, so that Malay votes reduce and we all know that PAS has no intention to protect us as Malay and Muslim..

  2. dkds says:

    Nampaknya wang tajaan DAP akan berterbangan dalam pemilihan Pas kali ini…DAP dan Anwar perlu kekalkan mat sabu bagi memastikan Pas mengikut acuan mereka…

  3. alimedanbaru says:

    WATAK-WATAK SPT MAT SABU, MAHFUZ,KHALID SAMAD , ABBY, BOB LOKMAN dan malah beberapa personaliti yg benar2 ustad tetapi ustad politik totok yg bukan konsisten pertahankan agama dijalan yg lurus adalah gambaran tahap kelas bawahan Pas dalam mengetengahkan pemimpin. penceramah KELAS KEDAI KOPI DAN BERCAKAP MACAM BARU MINUM TODI ADALAH PIAWAIAN PAS YG MERENDAHKAN AKAL ORANG LAIN..

  4. […] Read the original post: Mat Sabu Menghitung Hari-Hari Terakhir […]

  5. PASpartyNGOK says:

    Mat sabu bawak perwatakan menang sorak kampong tergadai. Ini jenis orang yang bila diberi microfone dia akan mula merapu, menghentam, maki hamun, fitnah apa saja tanpa batasnya.

    Pelajaran penting. Professionalisma penting. Sepenting ilmu dan pengalaman.

    Benda itu semua Mat Sabu tak ada. Yang Mat sabu ada cuma kebolehan merapu dan muka sadin atau muka sepuluh sen.

    Cakap apa saja pada dia, tuduh apa jua… dek kerana muka sadin, dia boleh buat tak kesah … itu lah Mat Sabu.

  6. Pejuang IMR says:

    Mat Sapu – Aku hairan bin wal-ajaiban sebab orang macam dia ni pun ramai yang sokong bagai nak gila dan jadikan idola. Munkin dunia dah sampai ke akhir zaman. Sedih pun ada. Malu pun ada. Sakit jiwa pun ada. Entahlahhh

Leave a Reply

Threesome