Menu Utama

Mana Lagi Penting Kepada Haron Din – Parti atau Kalimah Allah?

Oleh Nur Azlina Shaari

Tindakan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu bahawasanya kalimah Allah S.W.T tidak boleh digunakan oleh agama bukan Islam jelas menunjukkan sudah tiba masanya parti Islam, PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Ini berikutan keputusan parti PAS yang terus menegakkan kebenaran kalimah Allah hanya untuk agama Islam tidak dipersetujui oleh parti PKR dan DAP.

Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian beliau menyatakan pandangan dari PAS adalah tidak diterima dalam konteks perjuangan PR demi membolehkan kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai oleh penganut agama Kristian.

“Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pernah dikeluarkan kenyataan tahun lalu. Kita mohon kebijaksanaan, ketenangan pihak semua rakyat.

“Jadi ini adalah keadaan yang sangat susah untuk kami menafikan penggunaan kalimah Allah ini oleh bukan Islam,” kata Anwar ketika mengadakan sidang media menyatakan mahu menegakkan hak masyarakat bukan Islam baru-baru ini.

Anwar Ibrahim juga menyatakan menyokong sepenuhnya usaha Gereja Katolik Malaysia yang mahu mengemukakan rayuan sekali lagi kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Berbeza dengan pendirian dari Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang mempertahankan kalimah Allah S.W.T hanyalah ekslusif untuk agama Islam sahaja.

Justeru, sekali gus membenarkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawasanya agama lain tidak boleh meneruskan niat dan kemahuan mereka mahu menggunakan nama Tuhan umat Islam dalam kitab Bible mereka.

Haron Din menegaskan, semua pihak harus memahami erti kalimah Allah S.W.T yang merujuk kepada Tuhan Yang Esa (Tunggal) dan bukanlah punyai bilangan yang banyak seperti kepercayaan penganut Kristian.

Kehendak Haron Din yang mahu semua umat Islam bangkit dan mempertahankan kalimah suci itu ternyata tidak disambut baik oleh Anwar dan juga parti PKR.

Jelas, fungsi dan perjuangan PAS sudah tidak diterima pakai lagi dalam parti gabungan PKR dan DAP di bawah nama Pakatan Rakyat.

Seharusnya parti PAS perlu sedar sekarang ini, matlamat PAS yang sentiasa mahu menegakkan agama Islam dan membina sebuah negara berlandaskan Islam sudah tidak relevan di mata pemimpin mereka, Anwar Ibrahim.

Namun Pas juga sudah berpecah. Orang yang pernah mengkafirkan UMNO kerana tidak melaksanakan hudud hari ini menyokong Kristian menggunakan kalimah Allah. Beberapa pemimpin kanan Pas juga menyokong permintaan Kristian ini.

Jadi haron Din tunggu apa lagi? Apakah parti lebih penting daripada agama Islam?






18 Komen to Mana Lagi Penting Kepada Haron Din – Parti atau Kalimah Allah?

  1. […] Visit link: Mana Lagi Penting Kepada Haron Din – Parti atau Kalimah Allah? […]

  2. badrole amin says:

    haron din kategori ‘ulama kura-kura’ dlm kerangka ‘ulama politik’, ‘ulama kura-kura’ sebab sekarang ini dia senyap menikus masukkan kepala dlm tempurung(kura-kura) tak berani nak ulas apa-apa

    bila sudah reda keadaan mengenai kejahilan dan kedegilan si musibat dan sesat anwar terus membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh kristian, haron din akan keluarkan kepala dari tempurung(kura-kura) utk bersuara menjawab pertanyaan penulis

    nantinya bila haron din bersuara, dia akan hanya berkata dia terpaksa bermufarakah dgn anwar…hal parti sama ada tahaluf siyasi PAS dgn PKR dan DAP bercanggah atau tidak mengikut ajaran Islam, haron din tidak akan berkata apa-apa mengenainya

    haron din tak kisah pun menobat sama seorg peliwat dan penzina seperti anwar utk terus menjadi sekutu PAS dan menjadi ketua pembangkang, apakah haron nak kisah parti anti-Islam seperti DAP terus menjadi sekutu PAS?

  3. alimedanbaru says:

    antara ciri-ciri munafik itu apabila diberi amanah dia pecah amanah, apabila bercakap dia berdusta dan dia berpura-pura lain dimulut lain dihati… tak perlulah aku ulas panjang kerana Haron Din lebih arif.Beliau juga lebih arif dgn makna ayat, ‘mereka yg menjual agama dgn harga yg amat sedikit’. Beliau juga lebih maklum hadith Nabi tentang ulama akhir zaman : ‘nak tunjuk zuhud dgn pakaian islam dan hidup sederhana, tapi bila bercakap isinya bagi madu tetapi ada racun yg berbisa, memunahkan umat, memecahbelahkan masyarakat dan bercakap atas kepentingan duniawi’. Haron Din lebih kenal nik ajis dan aji adi… siapalah kita..semuga beliau tidak terpalit dan berdiri dibelakang bendera ‘ketuanya’, tetapi berada didalam barisan yg salah di mahsyar nanti, harap jauhkan… lu fikirlah sendiri

    • badrole amin says:

      haron din terpaksa ‘bertaqiyyah’ bila memberi pendapat tentang kejahilan dan kedegilan anwar terus membenarkan kalimah Allah diguna-pakai oleh kristian walaupun haron din bukanlah berkefahaman syiah seperti mat sabu

      bertaqiyyah yg dimaksudkan ialah perlu berhati-hati bila memberi pendapat sebab nak jaga hati anwar dan lim guan eng…kalau pendapat itu menyinggung perasaan 2 ekor itu ianya boleh membuat hadi awang dan nik aziz risau takut kalau-kalau 2 ekor tu tak nak hulur lagi bantuan kewangan kepada PAS

      nantinya haron din akan dpersalahkan dan boleh mendapat susah jika dia tak berhati-hati bila memberi pendapat…pastinya haron din tak sanggup mendapat nasib yg sama seperti yg terjadi kepada hasan ali dan nasharuddin mat isa….hehehehe

  4. baba says:

    saya tak percaya langsung dgn pemimpin pas, haron din dll sama saja. bila ditanya dia sokong kalimah Allah hanya utk Islam tetapi tak berani nak tegur pkr dan dap.

  5. warisan says:

    Itulah akibatnya bila sesebuah parti yang bertaraf pencacai

    Mana mungkin pipit nak menegur helang

    Mana mungkin ular lidi nak telan naga

    Akhirnya PAS sekedar menjadi melukut ditepi gantang

  6. ultra melayu says:

    kisah NAMA mak, ayah dan anak perempuan.

    aku ada sorang kawan. kawan baik dari kecik. Anwar Ibrahim (bukan nama sebenar)namanya. sahabat baik la kiranya.kini, usia persahabatan kami hampir 40 tahun lamanya..

    kawan aku ni seorang penulis novel terkenal. ramai peminatnya. novel2 yang dia tulis ada pelbagai genre. cinta, agama, masyarakat, politik, drama, komedi, seram, dan pelbagai lagi. hampir setiap penerbitan novelnya pasti akan meletop dan mendapat sambutan yang hangat. aku sungguh terharu kerana setiap kali novel baru yang diterbitkan, pasti beliau akan menyelitkan nama ku sebagai penghargaan dalam prakatanya disamping nama ibu bapanya, isteri serta anak2nya..

    suatu hari, sahabatku ini menyatakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah naskhah novel terbaru kepada ku. memang sebelum ini pun beliau akan memberitahuku jika beliau hendak menerbitkan novel terbaru disamping meminta sedikit pandangan ku tentang jalan cerita dan watak2 yang akan dimasukkan.tiada yang peliknya.

    katanya beliau akan menulis sebuah novel tentang bagaimana sepasang kekasih yang sangat taat beragama pada mulanya akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan dan pelacuran sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

    aku agak kagum kerana jalan cerita kali ini kerana agak lain daripada terbitan novel2 sebelum ini. aku mahu mendengar ideanya. jalan ceritanya menarik. aku ingin memberi respon positif. tetapi, aku agak tersentak apabila beliau menyatakan bahawa beliau akan menamakan watak pasangan bapa ayam dan pelacur itu dengan nama yang amat sama dengan nama kedua ibu bapa ku. nama watak anak hasil perzinaan itu pula sama dengan nama anak perempuan kandungku. aku agak terkejut tetapi aku tidak menyimpan sebarang syak. aku hairan kerana masakan beliau tidak mengenali nama kedua ibu bapa ku dan nama anak perempuan ku. dia kan sahabatku.

    ahh..mungkin dia terlupa kot

    aku bertanya dengan baik kepadanya, mengapa perlu menamakan watak2 dalam novel yang akan duterbitkan dengan nama yang amat sama dengan nama ibu-bapaku dan juga anak perempuanku. beliau menyatakan bahawa dia tahu nama2 watak tersebut ada persamaan dengan nama ibu bapaku dan nama anak perempuan ku.

    tapi katanya beliau sengaja memberi nama watak2 tersebut kerana beliau sukakan nama2 tersebut.

    aku mula gelisah. alasannya tidak apat diterima. kalau jalan ceritanya ok, mungkin aku boleh terima.tetapi jalan cerita dalam novel terbarunya itu agak sensitif bagi ku. watak bapa ayam dinamakan dengan nama yang sama dengan nama bapaku, watak pelacur dinamakan dengan nama yang sama dengan nama ibuku, manakala watak anak luar nikah dinamakan dengan nama yang sama dengan nama anak perempuanku.

    “mengapa tidak kau pilih nama lain sahaja?, kan banyak lagi nama lain yang boleh digunakan? lagi pulak semua pembaca2 dan peminat2 kau tahu bahawa aku ni sahabat kau. nanti diorang ingat kisah novel kau kisah benar tentang keluarga aku pula” aku cuba bergurau tetapi dalam nada agak serius.

    kawanku itu membalas dengan mengatakan tak mungkin orang akan berfikiran begitu. mereka tahu ini novel, hanya khayalan.

    “aku terima hujah kau, tetapi mengapa mesti gunakan nama ibu bapaku dan anak perempuan aku untuk watak2 yang kotor dalam novel kau? setidak2nya kau menghormati aku sebagai sahabat kau. banyak lagi nama lain yang boleh kau reka untuk watak2 tersebut” kataku dengan tegas. tiadak ada gurauan lagi kali ini.

    sahabatku tetap bertegas dengan menyatakan “ini novel aku, hak aku dan aku punya pasallah nak letak nama siapa pun untuk watak2 dalan cerita ini. lagipun mana ada undang2 yang menyekat seorang novelis menggunakan mana2 nama untuk watak2 dalam novelnya.”.

    “aku tahu, ini novel kau, idea kau dan hak engkau, dan takde undang2 yang menyekat tetapi sekurang2nya kau hormatilah aku sebagai seorang sahabat. kau tahu itu nama ibu bapa aku dan anak perempuan aku. tapi kenapa engkau masih nak gunakannya. banyak lagi nama lain yang ada. kau letaklah nama orang lain ataupun nama mak bapak kau atau nama anak perempuan kau. aku tetap tak setuju”, jawabku.

    “aku tak peduli. ini novel aku, hak aku. yang kau sensitif sangat kenapa?”, tanya sahabatku tadi.

    “mau tak sensitif, nama mak bapak aku dengan anak perempuan aku kau letak jadi watak yang kotor sedangkan banyak lagi nama lain yang ada. kau memang nak cari gaduh dengan aku ke?”

    anwar ibrahim terus berkeras. beliau terus ingin menggunakan nama ibu bapaku dan anak perempuan ku untuk watak2 yang amat menyinggung perasaan aku. aku nekad memutuskan persahabatan dengan beliau.. biarlah hilang sahabat asal nama mak bapak aku dan anak perempuan aku terpelihara.

    -sekian-

  7. Anak Lenggong says:

    Kepada yang dikata Ulamak PAS sekarang masa untuk kalian membuat keputusan..

    1. Terus menjadi barua Anuar dan DAP walaupun tau perkara sebenar didalam islam.
    2. Keluar daripada PAS dan berani membuat keputusan mengikut ilmu didada.
    3. Berterusan menjadi ulamak bisu..
    4. Ulamak yang pandai membuat ulasan bila terbit sesuatu isu melibatkan agama tetapi akan terus mendiamkan diri apabila pendapat disanggah oleh Anuar dan DAP.

    So…tepuk dada tanya selera..rakyat Malaysia sentiasa melihat apa yang kalian lakukan.

  8. Gambus says:

    ulama dalam PAS semuanya dah jadi ulama bisu kesan sumpahan kata-kata nik ajis sendiri !!!

    Semuanya dah takut untuk bersuara dan menentang golongan pro murtad dan pro LGBT DAPigs kerana khayal dengan kuasa dan duit !!!

  9. Matatelinga Gomen says:

    Cita2 Haron Din dalam politik terlalu tinggi tidak saperti saudara sedarah sedagingnya Hasan Din. Pendirian Haron Din yang telah diperjelaskan mengenai syirik dan kekufuran nya umat yang menyokong nama Allah dijual , adalah terbit dari kesedarannya sebagai seorang yang tinggi ilmu agama. Kita hargai dan kita sanjung sampai keakhir hayat.

    Tetapi, pada hemat kita, dek kerana cita2 politik Haron, beliau akan berpatah balik dan berpaling arah tak lama lagi. Beliau tidak akan meninggalkan PAS parti yang menjanji syurga pada pengikutnya.

  10. WTF says:

    Kita tunggu Haron Din balik dari Tanah Suci nanti…

    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131018/dn_15/Haron-Din-tegaskan-kalimah-Allah-eksklusif-untuk-umat-Islam

  11. WTF says:

    Hm….are the people in Dewan Ulama PAS serious!!!

    http://m.youtube.com/watch?v=YprYldd_DBc&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DYprYldd_DBc

    • badrole amin says:

      video itu mengenai wan saiful wan jan…kalau ada totok PAS yg masuk baca tak tahu siapa wan saiful wan jan, sila klik link dibawah:

      http://en.wikipedia.org/wiki/Category:Mont_Pelerin_Society_members

      pelik betul aku dgn akidah wan saiful wan jan ini, dia macam tak terasa sedikit pun berada di tempat yg sesat dan tak terasa sedikit pun macam org Islam sesat bila menjadi satu-satunya org Islam yg menganggotai ‘Mont Pelerin’

      ‘Mont Pelerin’ diasaskan oleh org yahudi…’pelerin’ itu kalau buang ‘in’ jadi ‘peler’…suka betul wan saiful wan jan jilat peler yahudi…hehehehe

    • gambus says:

      Dewan Ulama PAS ni memang serius dalam isu ni .. tapi macam biasalah pemimpin PAS yang lain akan campak pandangan ulama mereka dalam longkang sebab isu ni bakal membuat DAPigs marah kalau PAS membangkang !!!

  12. Matatelinga Gomen says:

    Mustahil bagi nik ajis tidak tahu bahawa menjual nama Allah itu salah disisi hukum.
    Tidak menasabah bagi Hadi Awang tiba tiba jatuh jahil dan kurang ilmunya dalam hal sensitif begini.

    TEtapi dalam politik jika musuh kamu kata itu daging,kamu mesti kata itu bukan daging tapi racun. Jika musuh kamu kata itu madu… kamu kata bukan madu , tapi tuba.

    Politik PAS dan sekutu mereka sahaja bukan UMNo.

  13. bangKano says:

    Kita dah lama tau yang PAS sebuah parti bukan stand alone/berdiri sendiri…pemimpin depa sentiasa mengharap kan belas kasihan dari parti lain termasuk UMNO nak dapat kan kuasa. Coba bayang kan jika PAS berjuang bersendirian tanpa bergabung ngan mana mana pakatan politik…PAS hidup segan mati tak mau,tu la nasib parti isle tu.

Leave a Reply

Threesome