Menu Utama

Mampukah PAS Mempertahankan Kekuatannya Di Sungai Limau?

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N20 Sungai Limau secara rasminya akan bermula sebaik sahaja selesai proses penamaan calon hari ini. Sebagai penyandang, PAS mempunyai kelebihan berbanding BN kerana DUN Sungai Limau yang dulu dikenali sebagai Sala sering dianggap sebagai kubu kuatnya.

Pun demikian, jika rekod PRU-PRU terdahulu dijadikan sandaran, secara umumnya Sungai Limau bukanlah kubu kuat PAS dalam erti kata sebenar. Kenapa penulis katakan begitu?

Sungai Limau walau pun kelihatan seperti kubu PAS namun ia tidak seperti PAS Pengkalan Chepa yang kubunya sukar ditembusi, sebaliknya penguasaan PAS di Sungai Limau turun naik dan kekuatannya pernah diruntuhkan oleh BN beberapa kali sebelum ini.

Bukan sekali dua BN melakukannya tetapi 4 kali yakni sebelum Allahyarham Ustaz Azizan diangkat mewakili PAS di sini.

BN menguasai DUN Sungai Limau pertama kalinya pada PRU 1959 diikuti PRU-02 1964, kemudian mengulanginya lagi pada PRU 1982 dan 1990. Manakala PAS pula juga menawannya sebanyak 4 kali yakni semasa PRU tahun 1969, 1974 (PAS-BN), 1978 dan 1986.

Dari imbasan rekod itu jelas penguasaan bersilih ganti dan memperlihatkan kekuatan pengaruh BN dan PAS seimbang di Sungai Limau.

Hanya bermula PRU-09 1995 hingga PRU-13 barulah ia dikuasai PAS secara konsisten melalui Allahyarham Ustaz Azizan dengan perolehan undi yang meningkat saban kali PRU meskipun di masa yang sama undi majoriti kemenangannya turun naik sepanjang 5 penggal Allahyarham bertanding di Sungai Limau.

Jelas sekali, PAS hanya dilihat dominan di Sungai Limau disebabkan adanya faktor pengaruh peribadi Allahyarham Ustaz Azizan yang diketahui umum dihormati penduduk setempat yang mendorong kemenangan Allahyarham di sana.

Selain itu, Allahyarham juga memiliki hubungan kekeluargaan dengan ramai ahli dan penyokong UMNO di Sungai Limau yang mana sebahagian besarnya atas faktor menghormati Allahyarham telah turut menyumbang kepada undi yang besar kepada PAS semenjak 5 penggal yang lepas.

Kini tanpa kelibat Allahyarham ditambah pula dengan penghinaan yang pernah dilemparkan oleh sesetengah pimpinan PAS Kedah dan Pusat terhadap Allahyarham Ustaz Azizan sepanjang 5 tahun menjadi MB Kedah, tidak dapat tidak ia akan memberi kesan terhadap perolehan undi untuk PAS dalam PRK DUN Sungai Limau.

Ini bermakna, walau pun mungkin sekadar cahaya di hujung terowong tapi peluang untuk BN menguasai kembali DUN Sungai Limau tetap ada jika kena dengan gerak kerja yang dilaksanakan sepanjang kempen PRK ini. Satu tugas berat tapi tidak mustahil untuk direalisasikan.

Kalau tak menang pun paling tidak BN berpeluang untuk mengurangkan jumlah undi dan majoriti kemenangan PAS. Itu sudah satu kemenangan moral bagi BN selaku calon underdog.

Andaikata PAS berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah yang dipegangnya sejak PRU-09 1995 hingga PRU-13 2013 dengan peningkatan undi dan jumlah majoriti, bermakna ia satu petanda baik untuk PAS kekal relevan di Kedah selain dapat membantu memulihkan kembali pengaruh PAS di arena politik nasional.

Sebaliknya jika PAS tewas atau pun cuma menang dengan majoriti yang kian berkurangan, ia akan menjadi mimpi ngeri yang menandakan kemerosotan pengaruh PAS dan bakal membawa kesan buruk untuk parti itu pada PRU-14 kelak.






23 Komen to Mampukah PAS Mempertahankan Kekuatannya Di Sungai Limau?

  1. […] More here: Mampukah PAS Mempertahankan Kekuatannya Di Sungai Limau? […]

  2. alimedanbaru says:

    Setiap kali ada pilihanraya, maka setiap kali itulah luka perpecahan umat Melayu berdarah kembali.Masaalahnya sebahagian orang Melayu apabila mahu menewaskan lawan maka keluarlah strategi dan tektik yg sudah pasti MAKAN TUAN samaada mereka sedar atau tidak sedar.

    Dah jadi tradisi PAS samaada secara TERUS atau TIDAK TERUS akan menggunakan pendekatan bahawa UMNO tidak Islam dan ayat yg digunapakai sering kearah mengkafirkan insan-insan UMNO.

    CUBA BAYANGKAN.YG PASTI UMAT UMNO TETAP ISLAM YG BERSHAHADAH, SOLAD, PUASA DAN BERHAJI. MAKA SUDAH PASTI SIAPA YG MENJADI KAFIR DAN MENGKAFIRKAN DIRINYA PADA SETIAP KALI PILIHANRAYA YG MELIBATKAN PERTEMBUNGAN UMNO/PAS… dan ramailah dan bertambah ramailah orang Melayu yg berjalan diatas muka bumi ini yg berjalan pijak bumi TAK SEDAR DIA SENDIRI MENJADI KAFIR ATAS MULUT CELUPAR MEREKA SENDIRI!

    • Moohyideeeeen says:

      Kalau semua org umno masuk PAS, maka org melayu pun akan bersatu jugak.

      • WTF says:

        One way to see it, but can it happen!!!

        • Moohyideeeeen says:

          One way to see it. Ko rasa semua org Melayu akan masuk ameno???? Can it happen?

          • WTF says:

            Mooh…

            I never talk about adakah semua org Melayu akan masuk PAS, apatah lagi about org Melayu masuk UMNO.

            The question I ask is it possible for ahli UMNO untuk masuk PAS and you should explain what is the attraction for ahli UMNO untuk join PAS

            For your information, UMNO only have 3 juta keahlian, manakala ada lebih kurang 13 juta org Melayu and bumiputra di Malaysia…

            Not sure berapa ahli PAS, but definitely less than UMNO, I can assure you of that

            BTW, thank you for your response above, which secara tak langsung menguatkan lagi padangan bahawa parti UMNO adalah parti untuk org Melayu!!!

            Don’t you think so Mooh!!!

          • gambus says:

            hahaha apalaa kau moo lembu , lain kali baca balik komen kau sebelum ni .. ni kena sikit dengan saudara WTF terus merengekkk hahahaha

      • sireh ke gagang says:

        org melayu yg rela di tindik hidungnya seperti moo (bukan moo copy paste , tapi moo yg lain spesis) shj yg masuk PAS .Org melayu yang waras akal ,bermaruah dan sayangkan bangsa melayu ,akan menyertai UMNO .Dan majoriti org melayu masih lagi mengambil sikap duduk atas pagar ,dan menggunakan alasan”tak mahu terus bercakaran sesama saudara dan bangsa” . itu realiti melayu dalam malaysia skrg.

      • badrole amin says:

        macam shial entah apa-apa je cadangan mooh karut-marut dan teramat mustahil….

        UMNO masuk PAS terpaksa jadi seperti PAS jadi parti paria@melukut ditepi gantang kepada DAP dan PKR…bersatu yg mooh maksudkan, UMNO dan PAS kena bersatu utk merelakan diri menjadi lembu kena cucuk hidung DAP dan PKR dlm pakatan haram…sebab itu aku kata macam shial entah apa-apa je cadangan mooh, ptuihhhh!!!!

      • raplahjingaa says:

        Apa ?? masuk PAS dan beRtuan kan DAP ?? ooooh, minta maaf mooooo…hanya cai macam hang jer yang layak bertuankan DAP !!

      • ultra melayu says:

        x sedor diri..dh la parti serpihan umno..ada hati nak ajak org join parti serpihan..pooorahhh…

  3. Moohyideeeeen says:

    Menteri Cap Ayam kata dulu pistol hilang dalam laut, tapi hari kata pistol hilang waktu pi toilet. Tapi jgn risau, semua 44 pistol dah dijumpai balik. (eh Audit hari salah ka????). Tapi menteri ni yg dapat undi paling byk baru ni… Eh lupa..paling bodo tetap disukai dalam ameno:
    .
    .
    .
    Menteri kata ada polis hilang pistol dalam tandas
    5:47PM Okt 22 2013
    VIDEO / 2:33 MINIT

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa pasukan polis kehilangan 44 pucuk senjata api antara 2010 dan 2012, antaranya disebabkan kes ragut, samun, dan ada juga yang hilang “dalam tandas”.

    Selain itu, ada di antara senjata ringan jenis pistol atau revolver tersebut yang didapati hilang di pejabat, tercicir ketika menjalankan tugas, dan juga hilang akibat kes pecah kereta, katanya dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.

    Daripada jumlah itu, sebanyak 44 pucuk senjata api berkenaan berjaya dijumpai semula.

    “Jika terdapat bukti wujudnya kecuaian maka pegawai yang bertanggungjawab akan diambil tindakan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali,” kata Ahmad Zahid dalam jawapan tersebut.

    Katanya lagi, kes tersebut disiasat oleh satu jawatankuasa mengikut Seksyen 79 Akta Polis 1976, dan juga Perintah Tetap Ketua Polis Negara A122 dan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 tahun 2007.

    Menjawab soalan olah Tian Chua (PKR-Batu) itu, Ahmad Zahid berkata pasukan polis juga sedang membangunkan sistem baru untuk memantau kes kehilangan aset PDRM – bermula dari kes kehilangan sehinggalah kepada tindakan kepada anggota terlibat.

    Isu berhubung kehilangan senjatan berkenaan pada awalnya dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendapati kehilangan barangan tersebut, selain kenderaan dan barangan lain, melibatkan melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

    Dalam penjelasannya awal bulan ini, Ahmad Zahid berkata: “Kehilangan ini tak semestinya jatuh kepada penjenayah, boleh jadi jatuh waktu atas bot dalam laut, boleh jadi jatuh dalam air dan tak ada orang yang dapat.”

    Mengulas perkara itu, Tian Chua berkata jawapan Ahmad Zahid hari ini masih belum memuaskan hatinya kerana tidak menjelaskan kehilangan tersebut dengan terperinci.,

    “Kita tidak tahu apa maksud dalam kategori ‘kehilangan dalam pejabat’. Adakah pejabat ini dipecah masuk atau ada orang yang ambil atau dicuri di kalangan anggota polis?

    “Kita tidak tahu, ‘kehilangan dalam tandas’, adakah maksudnya polis pergi tandas, dia tinggalkan senjata api dalam tandas dan keluar, dan bila balik senjata api sudah hilang?

    “Tapi jelas… Tiada satu pun senjata ini terjatuh dalam laut,” katanya dalam reaksi segera selepas menerima jawapan bertulis Ahmad Zahid.

    • gambus says:

      moo lembu oohh moo lembu , Polis ni hilang Pistol kat dalam tandas atau mana-mana pun , GERENTI Polis tu akan menangis tak berlaguuuu .

  4. Moohyideeeeen says:

    State-linked Malaysian firms are buying up London properties at inflated prices in an otherwise stagnant United Kingdom property market, raising fears that a meltdown could wipe away millions in public funds.

    Several realtors have pointed to Felda’s £97.9 million (RM495 million) deal for the 198-unit Grand Plaza service apartments in Bayswater, London, as an example of an overpriced buy, saying that high-end real estate agents Savills and Knight Frank had only valued the property at £80 million (RM408 million) in the past few years.

    “The UK property market is stagnant in most places but in London. But what Malaysian companies are paying is insane and could go very wrong,” said a Malaysia-based realtor who declined to be named.

    The Malaysian Insider had reported that the deal was being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and had been reported to the Public Accounts Committee (PAC).

    The realtor said several other Malaysian government-linked companies (GLCs) and agencies such as the Employees Provident Fund (EPF) and Tabung Haji (Pilgrims Management Fund) had also bought commercial properties in the English capital.

    • badrole amin says:

      harap mooh yg serba tongong setuju apa aku nak kata dibawah ini:

      if that 198-unit Grand Plaza service apartments in Bayswater,London is sold to the said ‘Malaysia-based realtor’, nothing could go wrong

      engkau setuju tak mooh?

      selepas mooh sudah kata setuju kenalah mooh pandaikan diri check ‘Malaysia-based realtor’ itu siapa…aku sudah tahu ‘siapa’ Malaysia-based realtor itu

  5. dkds says:

    mooh ni kena air daun ketum ke apa?

  6. baba says:

    pas terpaksa bertungkus lumus nak pertahankan sg limau kerana mereka asyik menang di situ atas faktor ustaz azizan saja…..lagi pun pas telah menghina ustaz azizan sebelum dia meninggal, eloklah

    • Mek Esah says:

      Tak ada punya…pas menang atas dasar yg dibawa….pemimpin silih berganti…itu sudah lumrah…pas tak ada menghina ustaz azizan…umno saja kata begitu

  7. […] Petikan Mykmu.net […]

Leave a Reply

Threesome