Menu Utama

Mampukah BN Memenangi Pilihan raya Kecil DUN Sungai Limau?

Buat masa ini, kebanyakan dari rakyat Kedah tanpa mengira parti masih lagi berkabung atas kembalinya Tan Sri Azizan Razak ke rahmatullah.

Biar apapun kelemahan pentadbiran beliau, tiada siapa dapat menafikan sifat amanah dan kejujuran beliau dalam memperkatakan soal agama. Allahyarham dihormati di kalangan musuh sebagai seorang yang berpendirian teguh namun, malang sekali, atas alasan yang sama juga arwah diragui di kalangan rakan hanya kerana enggan meneggakkan benang yang basah.

Kerana ketokohannya, acara pengebumian Tan Sri Azizan menyaksikan ribuan manusia sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk. Adalah dilaporkan di kalangan keluarga beliau sendiri tidak sempat menghadiri pengebumiannya akibat tersekat dalam kesesakan. Ada juga di kalangan warga emas yang terpaksa membatalkan niat untuk menghadirinya kerana tidak mampu berjalan jauh memandangkan tiada ruang untuk meletak kereta lagi di kawasan sekitar.

Begitulah pemergian arwah amat dirasai dan ditangisi oleh semua yang tahu menghargai perjuangan murninya yang berasaskan perpaduan ummah.

Namun, lumrah dunia ini adalah terikat pada peraturan di mana yang hidup perlu meneruskan kehidupan. Dan peraturan itu juga menyatakan bahawa Pilihanraya Kecil perlu diadakan segera bagi menentukan wakil DUN Sungai Limau yang sebelum ini disandang oleh arwah.

Dato’ Mukhriz yang diketahui begitu kerap melawat arwah ketika sakit dan paling pantas tiba menziarahi jenazah di hospital kini perlu berhadapan dengan cabaran besar untuk memastikan BN berjaya mengatasi PAS dalam PRK Sungai Limau. Cabaran ini sekali gus merupakan cabaran peribadi ke atas kemampuannya terutama dalam menghadapi pertandingan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan nanti.

Kerusi Sungai Limau telah menjadi kerusi ‘tetap’ arwah sejak 1995 lagi tanpa gagal. Justeru, cabaran yang dihadapi oleh Mukhriz bukannya calang-calang kerana orang-orang Sungai Limau sudah terlalu biasa dengan PAS, yakni, dengan Ustaz Azizan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa memilih Ustaz Azizan dan PAS bagaikan ‘kewajiban’ kalaupun bukan ‘budaya’ masyarakat setempat.

Faktor calon pastinya memainkan peranan besar dalam PRK ini. Setakat ini 3 nama telah disebut-sebut sebagai calon BN, namun masih tiada kepastian lagi.

Untuk negeri Kedah, Sungai Limau adalah kawasan ‘terbaik’ bagi PAS selepas Tokai.

Dalam PRU-13, terdapat 27,287 pengundi berdaftar di Sungai Limau dan peratusan mengundi ialah 89.43%. Dari jumlah itu, 93% adalah dari kaum Melayu dan 7% lagi adalah Cina.

Apa yang menarik ialah Ustaz Azizan pada waktu itu dicabar oleh sepupunya sendiri iaitu Fadzillah Mohd Ali serta dua lagi calon Bebas. Arwah menang dengan 13,294 mengatasi Fadzillah yang mendapat 10,520 undi. Calon-calon Bebas masing-masing hanya berjaya mendapat tidak lebih dari 100 undi.

Jumlah majoriti kemenangan Ustaz Azizan bagaimanapun menurun dari 3,212 pada 2008 kepada 2,774 pada 2013.

Hakikat bahawa arwah ditentang oleh sepupunya sendiri dan menang dengan jumlah majoriti yang berkurangan, boleh dilihat sebagai petanda bahawa BN mempunyai peluang untuk menang di sini.

Apa yang pasti, bahawa bukan semua, termasuk dari keluarga Ustaz Azizan sendiri di Sungai Limau, yang mendokong perjuangan PAS. Malah, jika kena calonnya dan kena gayanya, orang-orang Sungai Limau mampu beralih arah kepada BN.

Pembaharuan pemikiran generasi baru mungkin merupakan antara sebab majoriti Ustaz Azizan menurun sedikit dalam PRU lalu. Sedikit demi sedikit penduduk Sungai Limau pastinya mendambakan pembangunan yang mampu membawa peluang pekerjaan dan mengeluarkan mereka dari keadaan statik sejak berkurun lalu. Jika perkara ini dapat ditekankan dengan betul, tidak mustahil BN mampu merampas Sungai Limau dari PAS.

Selain itu, secara dasarnya, Sungai Limau tiada bezanya dengan kawasan-kawasan PAS yang lain. Rata-rata penduduknya meletakkan agama sebagai faktor utama untuk memilih pemimpin. Kalau tidak salah, terdapat sekurang-kurangnya 4 sekolah agama berkonsepkan pondok di kawasan ini. Ini sudah cukup untuk menggambarkan kehendak dan kecenderungan masyarakat di sini.

Justeru, BN perlu memastikan memastikan calon yang diletakkan mempunyai pegangan dan pengetahuan agama yang cukup mantap bagi meyakinkan penduduk setempat.

Kesimpulannya, sekiranya BN serius untuk menang di sini, maka kepimpinan perlu meletakkan calon yang mempunyai pengetahuan agama yang cukup serta mampu pula membawa perubahan dan anjakan pemikiran serta pembangunan di Sungai Limau.

– Beruang Biru



« (Previous News)



48 Komen to Mampukah BN Memenangi Pilihan raya Kecil DUN Sungai Limau?

  1. tony gunawan says:

    BN=barang naik!

    • WTF says:

      Harga barang tetap baik, seluruh dunia alami fenomena ni…

      TAPI ITU GUAN ENG DAPAT NO. 5 DALAM CEC DAP 2013, tapi boleh jadi Setiausaha Agung DAP macam mana tu APEK..

      Mana lu punya pengangan, apa itu UNDI POPULAR!!!

      EH, LU SUDAH JILAT LU PUNYA AIR LUDAH KA!!!! WAKAKAAKAKA!!!!

      MANYAK BODOH PUNYA SOHAI la lu TONY!!!

    • sireh ke gagang says:

      tony gunawan = makin hari, makin bodoh .

    • alimedanbaru says:

      BN/UMNO barang naik, tapi kawin ikut agama maksima hingga 4. Pas ‘barang naik’ kalau kawin mutaah, 1,000 pun boleh, tanpa mas kahwin, tanpa wali… ikut majusi.Ertinya UMNO/BN kalau barang naik, ikut prosidur YG betul.. he he

    • gambus says:

      kerajaan Pakatan menaikkan harga air , cukai dan sewa gerai untuk rakyat marhaen tu takpa pulak apek tony DAPigs !!! hipokrit !

    • anakbochek says:

      sireh ke gagang says:
      tony gunawan = makin hari, makin bodoh .

      Kecik2 dulu tak nak mampos, dah besar menyusahkan orang lain.

  2. PASpartyNGOK says:

    Jawabnya , boleh menang. BN ada peluang untuk menang kerana kerusi itu bukan hak PAS. Tetapi kerusi yang dipegang 3 penggal oleh arwah itu adalah kerusi ‘peribadinya’, itu kerusi Azizan.

    Bermaana tiada Azizan tiadalah PAS disitu. Rakyat setempat selama ini pangkah Azizan bukan memangkah PAS. Hanya kebetulan Azizan bersama PAS semasa hayatnya.

    BN perlu pilih calon tempatan yang disukai. Kalau sedara Azizan lagi baik. BN juga perlu ketengahkan isu semasa yang sedang hangat diperkatakanb sekarana sweaktu berkimpin PR nanti. Soal bersatu memang semua tahu bahawa BN akan bersatu.

    Tak kiralah Barang Naik ke, Beruang Naga ke, Betina Ngantok ke atau Batang Naik ke… tak jadi soal. BN akan tetap menang .

  3. audit negara says:

    cer bincang pasal laporan audit negara….

  4. Tubir says:

    Aku rasa BN boleh menang jika Najib sendiri mengetuai PRK tersebut Aura PM kan kuat.Masa tu nanti bolehlah umumkan projrk MRT kat sungai limau .

  5. baba says:

    kalau kena dengan gaya dan calon yang tepat, in sya Allah boleh menang.

  6. gambus says:

    Yang penting UMNO kena berusaha , kejayaan bukan datang bergolek

  7. alimedanbaru says:

    RASULLULLAH menarik manusia kepada Islam dgn formula keperibadian tinggi dan akhlak mulia. Walaupun dgn Yahudi yg mencela, makanan tetap Baginda suapkan kemulut sikafir. Maka Mukriz mesti melayan rakyat seadil-adilnya.. layanan terhadap arwah Azizan adalah contoh terbaik.. teruskan.. orang Melayu kekadang cair dgn sapaan salam, sebatang rokok, sepinggan nasi dan apatah lagi dgn bantuan kepada keluarga dan anak2, salurkan air kedalam rumah, bentangkan jalan masuk kekampong dan nyalakan eletrik yg menggelabkan jalan..dll sumbangan kerajaan kpd rakyat tak kira parti DAN PASTI UMNO MERAJA DIHATI RAKYAT DACING DAN BULAN!

  8. bujuk says:

    Dalam 1 masa mereka memuji kebaikan dan sifat amanah U.Azizan, dalam masa sama mereka mereka menikam PR. Bukankah itu sifat lidah bercabang kerana U.Azizan adalah MB atau ketua PR d Kedah semasa PR memerintah.
    Mereka mengagung2kan U.Azizan sebagai pemimpin yg. d senangi dan d sukai d buktikan dengan kehadiran ribuan rakyat tampa mengira parti, mereka lupa U.Azizan adalah pemimpin gerakan ISLAM yg. mereka HUNJAMKAN hinaan dan kecaman semasa hayatnya.
    Sedarlah wahai saudara2 ku…
    Orang yg. kamu puji itu adalah pemimpin gerakan ISLAM dan bukan pemimpin gerakan KEBANGSAAN. Inilah lumrah pemimpin Islam, kehidupannya membawa manafaat pada semua dan kematiannya d tangisi semua. Bukan mendabik dada.. tapi itulah juga fenomena U.Fadhil Nor dulu, Yusuf Rawa, Dr.Burhanudin dan pemimpin2 utama gerakan Islam.
    Masihkah kita mahu memilih pemimpin gerakan kebangsaan dalam PRK nanti, setelah d hidangkan kebaikan dan amanah pemimpin gerakan Islam. PENSIL D TAGAN KITA, jangan munafik.

    • anakbochek says:

      Ya Bujuk, itulah perangai orang2 PR, sesama sendiri pun nak menikam depan belakang. Baik dalam politik atau pun kehidupan seks mereka. Tikam tak kira dari depan atau belakang.

    • WTF says:

      Hahahaha…

      Hujah yg dangkal…just because of a few good apple in a barrel of rotten apple does not mean it is better that a barrel of good apple with few rotten apple!!!

      Do you get the picture???

      • anakbochek says:

        Nasib baik kau bagi perumpamaan rotten apple dan good apple. Kalau bagi perumpamaan yang ada perkataan “devil” dah tentu Bujuk akan hentam kiri kanan atas bawah siap masuk dalam Harakah lagi.

        • WTF says:

          Hahahaha…

          Bujuk mana tahu proverb devil and angel…

          Sebab tulah kalau puak2 PAS perintah Malaysia, apa org luar hulur, depa main sign jer…

          Satu perkataan cukuplah dalam mana2 Agreement, contohnya perkataan “party”. Mesti geng2 ni ingat parti politik, tapi lagi teruk depa ingat maksud “party” tu parti harijadi, tak pun parti buih…

          WAKAKAKAKA

          • alimedanbaru says:

            aku tak maksudkan arwah azizan, tapi nak beritahu sibujuk : diakhirat kelak ada manusia yg malaikat nak bawa dia masuk syurga, tetapi Allah menahan kerana malaikat dan mahkluk lain tidak mengetahui melainkan Allah, antaranya alim ulama dan mereka yg dikatakan memperjuangkan agama, mereka ini Allah tahan dia masuk ke syurga dan lemparkan dia ke jurang api nereka kerena:
            * dia tidak iklas kerana agama tetapi setakad kuasa dan kedudukan didunia
            * agama hanya sebagai batu loncatan untuk dia menipu manusia yg sememang meagagongkan dia semasa didunia dahulu
            * dia berpakaian agama dan dipandang sebagai alim agama, tetapi dia berpura2 zuhud untuk pujian manusia, apabila dia bersuara, percakapannya bagai madu tetapi mengandungi racun berbisa.Dia memecahkan ummah, sombong dan keras hati.
            Banyak manusia yg tertipu dgn personaliti spt ini, jika tidak manakan ajasan sesat dapat ramai pengikut dan begitu jugalah parti politik yg sesat..mengaku parti agama tetapi merosakkan agama itu sendiri!

          • bujuk says:

            Itu namanya ulamak SUK(jahat), mereka menyalahgunakan ilmu yg. Allah bagi pada mereka untuk mencari harta, pangkat dan kedudukan semata2. Dimana ada keuntungan d situ mereka bersuara, d mana mereka rugi mereka diam seribu bahasa.

        • gambus says:

          perumpamaan english bujuk mana faham , dia hanya pandai buat perumpamaan sampah diaa jee

    • Mawar says:

      Yang jelas bujuk, umno masih mengingati persaudaraan islam seperti ajaranNya. Bukankah itu salah satu sikap terpuji?
      Tak macam puak pas korang….mengkafirkan sesaudara islm. Menghalalkan yang haram….apakah???

    • AntiKomunis says:

      bujuk..sebelom kau menaip elokla kau menggunakan akal kau yg satu tu utk berfikir dgn bijaksana dan rasional…org2 umno tak pernah buat ceramah mencaci maki hamun org lain, jauh skali utk mengkafirkan org lain…umno pon xkan sesekali menjual maruah islam jauh skali kalimah Allah…kite bercerita dr perspektif yg merangkumi keseluruhan parti itu…parti PAS yg kau agungkan tu pon menjual agama islam..arwah azizan adalah pejuang islam yg tidak kisah utk duduk semeja dgn umno..tp kau tgk sniri mcm mane pemimpin2 parti kesayangan kau melayan arwah…tgk juga ape yg terjadi pada dr. Hassan Ali. beliau dipecat semata2 memerangai gejala murtad…usahla kau berselindung di sebalik Parti Islam Se-Malaysia kau tu…name je ade perkataan Islam di situ tp pemimpin2 mereka penuh hipokrasi…busuk hati, fitnah adelah hobi mereka… dayus dlm memperjuangkan agama Islam utk kepentingan umat Islam sejagat semata2 tidak mahu satu hati dgn UMNO…ahli2 UMNO pon adalah Islam sama mcm ahli2 parti Pas pojaan kau, tp mereka tidak menghabiskn mase menabur fitnah, mencaci maki, mengkafirkan org jauh skali menikam orang yg memperjuangkan agama Islam…so kau nilaila sendiri mana lebih Islamik…penat nak sekolahkan kau ni tp apekan daya hati kau terlalu buta utk menilai…

      • bujuk says:

        baca semula ayat ko.. dan fikir ada tak perkataan hina dan fitnah.

        • gambus says:

          dasar puak PAS bujuk yang kuat menipu , tahu pun kau malu dan cuba nak berbelit !!! yang caci , fitnah dan maki hanya puak PAS jee , tak payah kau nak berbelit kata orang lain lakk

    • gambus says:

      Betul tu bujuk semasa hidup azizan sendiri cakap perbalahan PAS sangat teruk hinggakan ada yang nak beliau mati .. semasa hidup beliau dihina oleh macai dan pemimpin PAS .. tengok sahaja luahan hati setpol Azizan , kau dah baca bujuk !!!

      begitulah PAS , demi kuasa sanggup tikam azizan TAPI bila kematian beliau boleh menaikkan sentimen politik maka berpura-pura pemimpin PAS yang pernah memusuhi beliau

      • bujuk says:

        Manusia tu ada berbagai, d mana2 ada yg baik dan jahat. Sahabat Nabi pun ada yg. munafik walau solat d belakang Nabi. Takkan kita nak kata Islam tu teruk sebab ada sahabat Nabi yg. MUNAFIQ? Bila kita nilai Islam kita nilaikan Nabi sebagai KETUA dan penyebar Islam itu sendiri. Dalam konteks KEDAH, U.Azizan adalah PESURUHJAYA PAS KEDAH. Takkan hang nak nilai ahli biasa yg. duduk sekeliling U.Azizan…
        PAS pun tak nilai diri hang bila nak nilai UMNO, tapi kita nilai PM, TPM, Menteri2… baru padan.

        • gambus says:

          kalau orang PAS mempermainkan hudud dan memperlekehkan halal haram , aku tak pernah kata Islam tu teruk !!!

          Yang teruk dan jahanam ialah manusia haramjadah macam pemimpin PAS dan macai macam kau bujuk , yang selalu menipu dan buat fitnah serupa manusia munafik dan fasik !!! malah macai macam kau tak pernah menyesal dengan setiap fitnah kerana bagi orang PAS macam kau , parti lebih utama berbanding Islam

          Tak perlu kau nak berbelit bujuk , Azizan sendiri kata ramai yang nak dia mati terutama dalam PAS , itulah puak PAS yang sebenar , bila orang tu dah meninggal dan ada kepentingan Politik baru guna sehabis-habisnya , masa dia hidup nak dia mampus pulak , ini PAS yang cukup hina dan cukup haramjadah !!!

          • bujuk says:

            Ada tak gerakan untuk jatuhkan Najib dari jawatan PM? Kenapa Paklah jatuh? Kenapa tunM turun?
            Dalam politik perkara biasa jika ada orang tak suka, tapi adakah lebih ramai orang suka berbanding tak suka. Jika lebih ramai yg. tak suka.. jadilah seperti Paklah.

          • WTF says:

            Tentulah ada gerakan nak jatuhkan Najib, Pak Lah mahupun Mahathir dari dalam dan luar UMNO, dalam dan luar negeri…itu lumrah dalam dunia politik…

            Apa kau nak cerita ni Bujuk????

            Cuba tulis dgn terang sikit!!!

    • Hadi Suhaimi says:

      Pemimpin yang amanah serta jujur seperti ustad azizan tidak dibenci lawan tapi dibenci kawan sendiri’ sebab tu ada gerakan utk menjatuhkan beliau semasa jadi mb,

  9. epson says:

    KALAU BN MENANG, MAKSUDNYA NAK KIAMAT. PERKARA MUSTAHIL BRO..

    • WTF says:

      Dunia memang nak KIAMAT pun…

      Tak kira siapa menang atau kalah PRK DUN Sg Limau…

    • anakbochek says:

      Sapa lah cucuk pen drive yang ada virus dalam kepala kau ni Epson. Apa kau merepek ni..?

    • Mawar says:

      Epson memang sudah berada di akhir zaman ponn….
      Kamu pilih lah golongan manusia yang jenis mcm mana.

    • gambus says:

      kiamat tu hak Allah bukan hak anjing Pakatan komunis macam kau .. kalau kalah jee mulalah nak buat fitnah !! dasar macai yang tak boleh terima ketentuan !

    • Hamba Ar Rahman says:

      Setahu aku…hanya Allah sahaja yg tahu bila nak kiamat……hebat korang ni….kiamat pun tahu bila….lagi satu dik…tak baik jika banyak sangat berkalau…..

  10. jombo says:

    Epson ni penchacai tong taik red bean

  11. Hadi Suhaimi says:

    Org munafik pas yg memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kuasa sangup mengadai agamanya dan bangsanya sendiri,

Leave a Reply

Threesome