Menu Utama

Mahfuz Perlu Tegur Penyokong PAS Agar Beradab

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dalam satu kenyataannya menyifatkan analogi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pemansuhan subsidi gula yang dikaitkan dengan masalah kesihatan yang pernah dialami bekas MB Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan adalah sesuatu yang tidak wajar.

Berikutan itu Mahfuz yang dikenali ramai kerana pembawaan sikapnya yang hampir menyerupai watak Mr Bean juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati timbalannya agar lebih beradab sebagai menghormati Allahyarham yang meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Mahfuz mungkin jujur ketika membuat teguran walau secara tersiratnya kelihatan seperti sengaja mahu menimbulkan sentimen kebencian dikalangan penyokong arwah meskipun kenyataan oleh Muhyiddin mempunyai hikmah apabila meminta hadirin mengambil iktibar daripada masalah kesihatan yang pernah dideritai arwah Ustaz Azizan.

Tambahan pula tidak salah mengingati kematian kerana dengan mengingatinya ia mendekatkan kita kepada Allah SWT selain menyedarkan kita yang masih hidup ini dari kelalaian.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah SAW pernah berpesan maksudnya;- “Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.

Selain itu, memang hakikatnya salah satu sebab utama penyakit kencing manis cepat merebak adalah disebabkan pengambilan gula secara berlebihan dan sekarang ini penyakit berbahaya itu telah menyebabkan lebih 2 juta orang rakyat Malaysia sedang menderita. Beringat sebelum kena dan mencegah itu lebih baik dari mengubatinya, bukan begitu?

Jadinya, apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri itu betul, cuma Mahfuz sahaja yang enggan mengakuinya disebabkan sibuk mahu bermain dengan sentimen dan persepsi demi kepentingan politik kepartian.

Pun begitu, alang-alang Mahfuz mahu bercakap soal adab, eloklah rasanya kita imbas semula satu kisah sedih yang pernah diceritakan sendiri oleh isteri Allahyarham Ustaz Azizan berhubung penghinaan yang pernah dilakukan oleh penyokong PAS selepas kedua-dua belah kaki arwah suaminya dipotong.

Menurut Datin Seri Faekah, “Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya (Sinar Harian Online, 25 Mei 2013).

Kenyataan isteri arwah Ustaz Azizan itu tidak merujuk pada mana-mana pemimpin UMNO tetapi fokus terhadap penghinaan dan kebiadapan yang dilakukan oleh penyokong PAS.

Namun sampai sekarang, tiada satu pun teguran oleh Mahfuz atau mana-mana pimpinan PAS berhubung penghinaan tersebut. Masing-masing senyap sunyi kerana ramai pemimpin PAS waktu itu mendahulukan kemarahan kerana menganggap arwah Ustaz Azizan sebagai punca utama kejatuhan PAS di Kedah.

Dek kerana kepentingan politik, arwah dihina-hina sedemikian rupa dan kini bila arwah sudah tiada barulah masing-masing dalam PAS cuba bermain sentimen dengan harapan penyokong arwah Ustaz Azizan tidak akan berpaling tadah dari parti. Buruk benar realiti politik PAS, langsung tak mencerminkan akhlak Islam.

Isteri kesal Azizan dipersenda

ALOR SETAR – Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu.

Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu.

“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak tergamak mengkritik malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.

“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata,” katanya.

Faekah meminta pihak luar, termasuk ‘musuh dalam selimut’ hentikan segera perbuatan tidak berfaedah itu.

“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” katanya.

Faekah tidak menolak kemungkinan pemilik blog itu berdendam terhadap Azizan kerana serang peribadi beliau, selain punyai agenda jatuhkan Azizan ketika masih sandang jawatan menteri besar.

“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya.

Beberapa blog tempatan dilaporkan menjadikan keadaan Azizan yang kini hilang kedua belah kakinya, sebagai bahan gurauan selain mengkritik kepimpinan beliau. Kecaman terhadap Azizan dilihat berterusan sejak Kedah jatuh ke BN pada PRU13. Selanjutnya






42 Komen to Mahfuz Perlu Tegur Penyokong PAS Agar Beradab

  1. sysem baru says:

    aku sokong azizan, walau aku pun pro kerajaan sebab dia berani lawan sama orang cina cuba angkat muka di kedah, tak macam khalid takut pada orang cina selangor beri tanah dan jual pada cina, di kedah bekas mb azizan tak benar tanah melayu di jual pada cina..

  2. raplahjingaa says:

    Dah la…aku rasa tak payahlah kaitkan sangat dengan yang telah menjadi arwah. Kalau nak ingat, ingat yang baik-baik.

  3. […] View article: Mahfuz Perlu Tegur Penyokong PAS Agar Beradab […]

  4. alimedanbaru says:

    jangan nak kata boleh membawa pembangunan material, pembangunan moral pun Pas tak mampu untuk bentuk ahli dan pengikutnya. CONTOH JELAS: konsep taat kepada ulul amri yakni pemerintah tidak diamalkan oleh Pas apabila semasa arwah Azizzan dahulu sebahagian ahli Pas Kedah mahu menggulingkannya.Moral buruk Pas makin terserlah bila arwah meninggal dunia, peribadi baiknya dijaja untuk dapat undi sedang tugas arwah sebagai MB tidak pernah dipuji…

  5. Anak Lenggong says:

    Perkara sebegini memang tak dapat lari daripada perlakuan PAS. lagi satu yang ni..

    Disepanjang masa PAS tak dapat lari daripada menipu penyokongnya pabila ada je ruang yang boleh menguntungkan PAS akan menjadi penyamun disetiap ceramah dengan membawa tin milo ataupun uncang tapi sekarang ni udah ada trend baru oo…
    http://khairulryezal.blogspot.com/2013/10/inilah-kerja-puak-pas-minta-derma-minta.html
    Persaolannya kenapa diminta masukkan didalam akaun persendirian bukan akaun kelab ataupun pertubuhan..nak sakau jugak laa tu.. sebab yang sering terjadi camni..contohnya Tabung Mamali.
    Saperti yang didedahkan oleh C.N Al Afghani atau Zainon Ismail melalui buku Air Mata di Bumi Memali.Tabung yang ditubuhkan oleh pihak pengurusan Pas hasil dari sumbangan ahli, penyokong dan orang perseorangan itu dikatakan telah mencecah ke angka jutaan ringgit. Namun didakwa telah diselewengkan oleh pimpinan parti itu.
    Sehingga kini, PAS masih enggan memberikan sebarang respon berhubung perkara ini. Tambah memeranjatkan, kepimpinan Pas peringkat pusat juga mengambil pendekatan mendiamkan diri seolah-olah ‘membutakan mata dan hati’ terhadap penyelewengan tersebut.
    Menurut Zainon, wang yang dikumpulkan ekoran tragedi Memali pada 1985 itu seolah-olah telah hilang tanpa dapat dikesan. Tambah mengelirukan akaun penyata tabung tersebut juga seolah-olah tidak wujud, walaupun kutipan derma dilakukan hamper setiap tahun, yang mengunakan nama balu dan anak-anak yatim di Memali.
    Hasil pendedahan Zainon itu juga, Pas pusat dikatakan telah mengambil tindakan menutup tabung ini, walaupun pada ketika itu, akaun tabung masih berbaki sebanyak RM65,000.
    Mengikut rekod, masih ada sembilan balu Memali yang masih hidup dalam keadaan daif dan masih ramai anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka.
    Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 oleh Pas Pusat iaitu setahun selepas tragedi Memali bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan, membiayai pendidikan anak-anak yatim serta membantu kos sara hidup mangsa Memali.
    Sejak ditubuhkan, empat pihak diberi tanggungjawab oleh Pas Pusat untuk mengumpul semua sumbangan orang ramai iaitu lidah rasmi parti tersebut Harakah; Pejabat Pas Pusat; Pejabat Perhubungan Pas Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali.
    SO INILAH ISLAM CARA PAS…Pemberian BR1M merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan sasar, diberi kepada rakyat tanpa mengira fahaman politiknya…jangan tak tau Rakyat Kelantan dan Selangor merupakan yang terbanyak menerima sumbangan ini..termasuk laa lobai2 yang menjadi YDP PAS…telinga melayu PAS mana boleh nak dengar dapat benda free ..menderu diaorang datang duduk paling depan dipintu pagar dewan..sebab tu lah bila ditarik balik apa2 subsidi..melayu PAS yang paling ramai membuat bantahan..sebab mereka tau nak free jee..kerja malas ..setiap hari asyik dok dengar kelentong dan fitnah diceramah tepi longkang ..balik je melepak kat kedai kopi..sumber rezeki suruh bini cari..balik malam asyik nak tala bini jee..nampak je muslimah dahi licin sikit mula la tunjuk alim..bawak ke siam untuk bernikah..ataupun bawak lari daripada mak bapak muslimah tu..kalau tak dapat juga jadi lah saperti mat sabu …sapu bini rakan sendiri ataupun jadi saperti Stopa sepender besar..layan mak janda..

    • alimedanbaru says:

      sepatutnya zainon hadir kat Sg Limau dan buka kembali lembaran MAMALI kerana ianya berlaku diKEDAH.
      *penyelewengan ringgit kutipan
      *pecah amanah kepimpinan Pas
      *mengeksploitasi korban Mamali
      perlu didedahkan kepada pengundi Sg Limau

      dan yang lebih penting beritahu pada masa PERISTIWA mAMALI MEREKA TERKORBAN KERANA HJ HADI MENCANANG UNTUK TEGAKKAN NEGARA ISLAM DAN MEREKA MATI SYAHID KERANA NYA.. SEKARANG HJ HADI KATA TAK PERLU NEGARA ISLAM YG PERLU NEGARA KEBAJIKAN.. LALU, APA KEJADAHNYA DGN TARAF SYAHID YG DIMOMOKKAN?

  6. Mel says:

    Agak kurang wajar kedua-dua belah pihak sama ada BN mahupun PAS mengungkitkan kembali tentang Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan. Dan jika hendak diungkitkan pun kita perlu berlapis ketika berucap atau berkata-kata. Apatah lagi dengan menulis sesuatu catatan tentang orang yang sudah meninggal.

    Pada pendapat peribadi saya, yang terbaik untuk UMNO/BN dalam memenangi Sg Limau ialah dengan memberi suatu guarantee atau sesuatu janji yang pasti akan dijalankan.

    Ini adalah masa terbaik, segala permasalahan kecil penduduk di Sg Limau dibantu oleh Kerajaan Kedah pimpinan UMNO/BN seperti menyalurkan airpaip, pembetulan longkang-longkang tersumbat, tar jalanraya dan sebagainya. Bukan setakat memberi beras atau barangan dapur. Tapi perkhidmatan yang terbaik, cepat dan professional.

    Walaubagaimanapun, saya yakin BN boleh menang. Tetapi mungkin menang tipis. Kerana 5 penggal PAS memegang kawasan ini agak sukar untuk menukar pemikiran rakyat di Sg Limau untuk menerima kempimpinan baru seperti UMNO/BN.

  7. Moohyideeeeen says:

    U need not to be an economist to bring up some brilliant idea:
    .
    .
    Dr Maza: apakah selepas ini jumlah rakyat Malaysia yang mengidap diabetes atau kencing manis akan berkurangan sebab subsidi gula sudah ditarik? Mungkinkah jika subsidi beras pula ditarik maka obesity atau kegemukan akan dapat dikurangkan nanti?!! Mungkinkah nanti kerajaan akan menarik subsidi beras atas alasan obesiti pula?
    ..jika hendak mengatasi ‘kencing manis’ mengapakah tidak hanya dinaikkan cukai ke atas produk yang menggunakan gula yang tinggi seperti air berkarbonat, makanan dan minuman di pasaran dan restoran yang mempunyai kandungan gula yang tinggi?
    Tidakkah kerajaan fikir bahawa menarikan subsidi gula itu akan meningkatkan harga barangan yang lain yang membebankan rakyat bawahan?

    • P164 says:

      Membebankan rakyat bawahan ke Moo..
      Kita berbelanja ikut kemampuan jangan ikutkan nafsu.
      Perbelanjaan berhemah…
      Kurangkan gula, tambahkan manis dalam senyuman…………..

      • Moohyideeeeen says:

        Kalau gaji dah RM1,500, dok lak kat KL, ada keluarga, kemampuan apa yg hang dok cakap ni…Hang dok mana?? Kg mana ni..?

        • Moohyideeeeen says:

          Hang dok kat Kg Pontian ka??

          • raplahjingaa says:

            Gaji RM 1500, nak duduk kat KL, sendiri mau ingat la mooo…bukan takat gula naik harga, kalau kerajaan bagi gula free pun dengan gaji banyak tu….memang perit, so hang jangan buat contoh yang bodoh boleh tak mooo ??

          • luvmy says:

            Moohhh..ko nk ckp biar bertapis skit. Biar la duk kat Kg Pontian ni..berbelanja ikut kemampuan..simpanan byk duit. Daripada duk KL tp x mampu…ceeehhh…bila org tanya dok mna, berdegar2 mengaku org KL…duit ciput…simpanan x de…pegidahh…

          • Moohyideeeeen says:

            Contoh bodoh?? Bukan ramai yg masih berpendapatn RM1,500 kat lembah Klang ni ker??? Hang ni tak berpegang pada realiti la..

          • Moohyideeeeen says:

            Sbb tu masalh org yg miskin kat KL lagi susah dari miskin kat Kg. Kerajaan ni dengar tak rintihan rakyat??

          • WTF says:

            Bersungguh2 hang ni Mooh…

            Selama ni, aku ingatkan Mooh ni kaya…

            Rupanya Mooh hanya berpendapatan MYR 1,500.00 jer!!!

            Jangan dok hina org miskin selalu Mooh, asal hati bersih dan cari rezeki halal, kira okay lah Mooh…

            P/S: Is that the reason mentioned above why you sell your PUG, POYO!!!

          • raplahjingaa says:

            Memang contoh hang bodoh !!…depa tu semua ada pilihan, nak duduk kat KL atau idak, kalau tau gaji tak mencukupi…tak kan selamanya nak hidup macam tu, tak dak niat ke nak cari pendapatan sampingan ? tak kan nak harap bantuan kerajaan selama-lamanya, jadilah melayu yang progressif.

            Realitinya kerajaan bagi macam-macam bantuan, bantuan persekolahan, bantuan BR1M, Kedai rakyaat 1 Malaysia, pinjaman mikro peniaga kecil..macam-macam. Bila kerajaan dah bagi, sapa pulak yang sabotaj macam-macam ? cai macam hang la jugak.

            Yang kerajaan belum buat, suap nasi masuk mulut depa.

          • WTF says:

            Hehehe, rezeki ada di mana2, tapi tu lah geng2 ni, harap kerajaan Malaysia jer…

            Ayat Mooh ni very skeptical:

            “Sbb tu masalh org yg miskin kat KL lagi susah dari miskin kat Kg. Kerajaan ni dengar tak rintihan rakyat??”

            Kerajaan Malaysia bukan setakat dengar, siap dah sediakan peruntukan. Kalau tak apply, memang tak dapat lah…

            Satu persoalan di sini, apakah benar tempat lain tak boleh cari rezeki, hanya di KL sahaja ker…

            This one kita kena betulkan, kerajaan Malaysia dan negeri2 terbabit perlu menarik pelaburan dgn lebih agresif dan menyediakan peluang pekerjaan yg lebih banyak di luar Bandar…

            Bukan apa, KL kalau ramai lagi daaing dok kat situ, makin sesak la…

            Jangan satu hari KL jadi macam Jakarta, pening kerajaan Malaysia di masa akan datang

          • luvmy says:

            WTF..peluang pekerjaan tu mmg ada..skali cai mcm Mooh dok nk mansuhkn tol..suma staf plus boleh jd penganggur.. Kerajaan dh bg byk peluang pekerjaan..klu dh namanya malas..mmg aku pun malas nk habaq..

          • WTF says:

            Tu la pasal…

            Manusai kena usaha lebih kalau nak baiki taraf kehidupan…

            Kalau aku rasa gaji la ni tak cukup, blah jer cari kerja lain…

            Rezeki ada di mana2 beb, tinggal nak cari dan ambil peluang jer…

            Nak tunggu kerajaan Malaysia tolong, tapi SOMBONG tak nak apply or ambil kesempatan atas peruntukan diberikan kerajaan Malaysia (in other word, kena bagi suap baru boleh makan), memang selamanya lah tak dapat perbaiki taraf kehidupan sendiri…

        • WTF says:

          Mulalah nak hina org ya Mooh…

          Saudara P164 tak cerita pun gaji dia MYR 1,500.00 sebulan, kenapa tiba2 hang bukak cerita gaji MYR 1,500.00 sebulan???

          Hang bergaji MYR 1,500.00 sebulan ker Mooh???

          Hehehehe

          • P164 says:

            Moo tu memang sengal bro… Tahap pemikiran pakatan memang macam tu..
            Pendapatan kita bergantung pada usaha kita sendiri. Sape yang rajin berusaha Allah akan bagi lebih. Kita berbelanja ikut kemampuan. Kalau bli gula sekilo, tak kan guna 2 hari habis. X tau lah pulak kalau Moo tu buat air teh o guna 1/2 kilo untuk secawan. Rakyat malaysia ni memang terlalu berharap pada subsidi agaknya. Baru tarik cikit subsidi dah bising. Tak bersyukur langsung, terutamanya puak-puak Pakatan

        • Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

          Ko x nak tnya kalau gaji RM1,500,dok kt Penang mcm mna??dah la harga rumah kt Penang nih tinggi..air pun naik..ni ka yang dikatakan kecekapan Menteri Besar??

        • reds says:

          bising pasal subsidi…tapi aku tengok kebanyakan orang pendapatan kecik kat kl nih..umah ader astro…tv pon kebanyakannya lcd…ader yang lagi besar dari aku punya…aku pon pakai 32″ jek..

        • Pak Utih says:

          Ada seorang pemuda China sampai di Singapura dengan cara menyeludup dalam kapal. Ketika turun hanya ada setengah sen dalam poket. Tetapi dia berjuang di tempat yang dia tak biasa dengan kepanasannya, tak tahu cakap Inggeris atau Melayu. Tetapi akhirnya menjadi saudagar besar. Meninggalkan syarikat yang hari ini diperkembangkan lagi warisnya menjadi antara yang terkenal. Orang Melayu penduduk asal mengapa tak jadi macam itu? Orang melayu di bandar hari ini mampu menjadi seperti China itu. Cuma perlu sikap yang betul dan ilmu pengetahuan.

    • bujuk says:

      mereka mereka-reka cerita tapi bukan semua orang bodoh. Apasal orang bandar/kaya yg. banyak kencing manis tapi orang kampung/miskin yg. menanggung azab. Orang kg. yg. minum teh O hanya waktu pagi, sekarang kena minum air masak sepanjang hari… nampaknya.

      • reds says:

        gula naik 34 sen sekilo…orang kampung dah x mampu minum teh o??? bape tan gula orang kampung tu pakai nak buat teh o??? 30 tan?? 70tan???

      • WTF says:

        Orang bandar/kaya banyak kena kencing manis pasal they do not exercise regularly and consume food more than they needs..

        BTW, have you start exercise regularly Bujuk!!!

        Ingat tau, berurut bukan untuk tujuan kesihatan…

        bujuk says:

        Berurut untuk sihatkan badan takda masalah.. yg. salah bila buat maksiat atas nama berurut. UMNO/BN tolong bersihkan negeri masing2 dulu kalau hebat sangat, jangan cakap seperti ketam ajar anak berjalan lurus. Sekurang2nya pemimpin PR ada IDEA untuk kurangkan maksiat, pemimpin UBN ada apa?

        7:42 AM on June 19, 2013

        http://www.mykmu.net/?p=31665

      • gambus says:

        kalau ikut kenyataan bodoh kau bujuk !!! orang kelantan dan orang penang dah tak minum air bujuk .. sebab harga air naik kat sana .. agak-agak dorang minum apa dan pemimpin PAs minum apa ???

      • anakbochek says:

        Kampung mana yang kau rujuk ni Bujuk, ayah aku duduk kampung dah start kurangkan gula untuk jaga kesihatan.

  8. dkds says:

    Al fatihah buat arwah….sebenarnya Pas lega kerana tpm menyebut nama arwah sebagai contoh..ini memberikan mereka peluru nak mengheret keluarga arwah dalam kempen prk ini.

  9. baba says:

    mr bean pas ni memang loqlaq. bodoh lagi tak boleh diajar dah.

  10. merahputih tongtaik says:

    Oii macai dan HackerHP bangang… bukan ke korang dari dulu kutuk, maki arwah mcm nak rak.. sekarang nak tunjuk jadi pembela pulak dah… munafik mana la korang ni..

    • raplahjingaa says:

      Ni calun PAS kata dia ada ikatan saudara dengan keluarga arwah, anak isteri arwah pulak menafikan sekeras-kerasnya.

      Baru jadi calun dah pandai menipu ! rupa-rupanya dia bersaudara dengan bahlulrazi…

    • Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

      Woii..tongtaik komunis…yg PAS kutuk,mencaci arwah masa dia hidup dulu apa cerita pulak..laa ni dok jaja gambar dia plak..SYIAH daerah mna hampa nih???

  11. PASpartyNGOK says:

    Bila Tun M gunakan phrasa ” its better to work with setan that we know rather than with devils that we do not know… ditafsirkan oleh mereka Tun kata orang Umno se___n .

    Bila PM andaikan gula dengan kencing manis dikaitkan pulak dengan bekas MB kedah yang meninggal kerana diabetic yang didiaognos oleh doktor keatas arwah.

    Ini Jenis puak otak ciput yang bercakap sesuai dengan kehendak dan selera orang mereka.

    Dengan tafsiran sedemikian mereka rasa seronok, hebat, besar dan bijak.

    Kalau itu sahaja kebolehan puak pemimpin mereka macam mana mahu meneraju negara. Dunia semakin lama semakin hangat cuacanya. manusia semakin licik. Cabaran semakin besar.

    Mulalah belajar untuk berfikir diluar kotak.

    • WTF says:

      Ada forumer kat sini minum the tanpa gula boleh cerita minum the tarik mamak…

      Macam mana boleh jadi lagu tu, masih aku tak faham lagi…

      Betul2 out of the box, spinning memining depa ni…

  12. Anak Lenggong says:

    woii moo lembu..orang asing yang datang sehelai sepinggan pun boleh hidup kat kl ni sebab mereka berusaha..lain laa kalau golongan ko, bujuk, mek esah tong taik(partner baru kilang kunyit)..yang hidup cuma mengharapkan subsidi jee..siang malam dok dengar ceramah bangang dan fitnah..lepas tu berlonggok kat kedai kopi..urusan keluarga dan ekonomi serah kat bini..berapa banyak la ko guna gula tu sebulan seguni kut..rokok rege naik 12 ringgit tak bising pun..air kat kelantan dan penang naik 100% tak bising gak..ooo mungkin bujuk, mek esah, tong taik ngan moo lembu dok hirup air longkang kut..

Leave a Reply

Threesome