Menu Utama

Lelaki Tersebut Bukan Komander MNLF?

Kota Kinabalu: Lelaki yang dipenjarakan kerana menceroboh Hutan Simpan Silabukan, Lahad Datu baru-baru ini, disahkan tiada kaitan dengan kumpulan pengganas yang menyerang Kampung Tanduo, Februari lalu.

Siasatan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) mendapati lelaki 43 tahun yang dihukum penjara 18 bulan kerana menceroboh dan membina rumah dalam hutan simpan itu, juga bukan Komander Batalion Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) seperti tertera kad keahlian yang ditemui di rumah itu.

Kad keahlian MNLF

Kad keahlian MNLF yang mendakwa suspek berpangkat Komander Batalion ditemui sepasukan renjer Jabatan Perhutanan ketika meroboh kediaman dibina lelaki terbabit di Marabong, selepas mendapat perintah mahkamah.

Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohamad Mentek, berkata siasatan pihaknya mendapati lelaki itu tiada kaitan dengan kumpulan yang mengaku sebagai tentera Diraja Kesultanan Sulu ketika menceroboh Kampung Tanduo pada awal tahun ini.

“Siasatan mendapati, dia hanya pekebun yang menceroboh Hutan Simpan Silabukan untuk bertani bersama empat wanita yang juga ahli keluarganya, tiada kaitan dengan ancaman keselamatan negara.

“Orang ramai diminta bertenang dan biar polis menyiasat terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

– Berita Harian






Satu Komen to Lelaki Tersebut Bukan Komander MNLF?

  1. […] See the article here: Lelaki Tersebut Bukan Komander MNLF? […]

Leave a Reply

Threesome