Menu Utama

KPN Harus Hentikan Budaya Menyebar Gambar Mangsa Jenayah

Oleh Ab Jalil Backer

Sejak petang tadi tersebar luas gambar seorang pegawai bank wanita, Noazita bt Abu Talib yang ditembak di bahagian muka dan mati ditempat kejadian.

Tindakan menyebarkan gambar mangsa kejadian jenayah membabitkan seorang pegawai bank wanita ditembak di muka sejak petang tadi merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Jika ia dilakukan oleh pegawai polis, maka tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang tdak beretika.

Ini bukan kali pertama gambar-gambar yang mengerikan membabitkan mangsa jenayah diedarkan melalui telefon dan ruang siber. Dipercayai hampir 90% penyebaran ini dibuat oleh anggota polis yang tiba d tempat kejadian atau mengendalikan kes tersebut.

Kita tidak pasti apakah tujuan anggota polis yang pernah melakukan tindakan ini. Mereka mungkin berniat baik mahu mendapat simpati masyarakat. Tapi sebahagian besar saya percaya bertujuan mencari perhatian, sakit jiwa dan sekadar membuang masa tanpa memikirkan implikasi perkara ini kepada pelbagai pihak.

Pengedaran gambar-gambar membabitkan mangsa jenayah dan tempat kejadian jenayah (crime scene) merupakan pembocoran maklumat siasatan secara tidak langsung. Tidak mustahil suatu hari nanti gambar-gambar ini akan menjadi pertikaian umum dan akhirnya menjejaskan siasatan dan pendakwaan.

Gambar-gambar sebegini juga memberi trauma kepada keluarga mangsa dan juga rakyat biasa. Prihatinlah sama dengan keluarga mangsa dan juga rakyat biasa yang tidak biasa melihat gambar-gambar mengerikan sedemikian. Bayangkan ahli keluarga mangsa yang melihat gambar-gambar tersebut bertebaran di ruang siber. Bagaimanakah seorang bapa boleh menghalang anaknya daripada melihat wajah ngeri ibu yang ditembak tersebut?

Suatu ketika dahulu negara digemparkan dengan pengedaran gambar bedah siasat allahyarham adik Nurin Jazlin yang berusia 8 tahun, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas dia pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di Kuala Lumpur. Dua puluh tujuh hari kemudian, mayatnya ditemui dalam sebuah beg gimnasium di depan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48 di Petaling Jaya dan laporan bedah siasat mendedahkan dia didera secara seksual.

Gambar tersebut dipercayai diedar oleh seorang anggota polis berpangkat lans koperal. Apakah tindakan ke atas anggota tersebut?

Sejak kebelakangan ini semakin kerap gambar dan laporan jenayah tersebar melalui telefon bimbit dan ruang siber sehinggakan ia menjadi satu kemegahan kepada penyebarnya.

Anggota polis sebagai mereka yang dilatih dengan disiplin, peraturan dan tanggungjawab sewajarnya menunjukkan empati dan simpati yang lebih kepada mangsa bukannya bersuka hati menyebarkan gambar mangsa jenayah dan maklumat tempat jenayah berlaku.

Dalam satu kes pembunuhan di Bukit Putih pada April tahun lalu (2012), Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh pernah memberi peringatan agar orang ramai jangan sewenangnya memuat turun sebarang rakaman video dan gambar bagi mana-mana kes jenayah kerana ia akan mengganggu siasatan selain mengaibkan mangsa terlibat.

Malangnya, dalam kebanyakan kes penyebaran ini dilakukan oleh para anggota sendiri berdasarkan eksklusiviti gambar dan laporan seperti laporan polis.

Saya fikir sudah masanya, Ketua Polis Negara wajar memberi peringatan serius dan juga mengambil tindakan kepada para anggota polis mengenai isu ini. Bukan kerja anggota polis membantu jualan akhbar atau rating media sosial melalui penyebaran gambar-gambar mangsa jenayah.






12 Komen to KPN Harus Hentikan Budaya Menyebar Gambar Mangsa Jenayah

  1. dkds says:

    diharap mereka yang bertanggungjawab melakukan apa yang dipertanggungjawabkan…

    • Kayu says:

      Ianya merupakan pembunuhan terancang ,tetapi dibuat seolah-olah pembunuhan rompakan untuk mengelirukan pihak polis.Polis perlu siasat secara terperinci kerana ianya pembunuhan berprofil tinggi dan kemungkinan syarikat keselamatan sendiri berpakat dengan perancang pembunuhan yang mungkin terdiri dari mereka berdekatan didalam bank itu sendiri atau dikalangan pelangan bank itu.

  2. […] More here: KPN Harus Hentikan Budaya Menyebar Gambar Mangsa Jenayah […]

  3. sireh ke gagang says:

    gambar mangsa kan PnC . KENAPA BOLEH TERSEBAR LUAS macam gini ? mohon KPN & PDRM siasat anggota yang buat benda ini.Ini jelas melanggar SOP polis .perkara ini tak boleh dibiarkan .

  4. alimedanbaru says:

    nasib baik mangsa orang Melayu…kalau Cina or India, macam nak roboh negara ni dgn komentar mereka! kekadang Polis sendiri yg menjahanamkan reputasi Jabatannya sendiri.. lu sendiri kena ingatlah wahai datuk polis!

    • mRsTURDY says:

      Ngeh Koo Ham juga telah menyiarkan gambar mangsa yang ditembak dengan kesan peluru pada muka dan otak yang bersepai dlm twitternya. Lihat petikannya dlm laman web FlyingKick. Siasat org atas ini dulu mana dia dapat gambar tue? Apa motif perbuatannya?

  5. mathan says:

    org kita bila ada kematian sedekahkan fatihah, org bukan Islam meratap dan menjerit2 menangis, jadi bila disiarkan tu
    secara automatik akan sedekahkan fatihah.

  6. raplahjingaa says:

    Ni la masaalah dengan setengah penjawat awam ni…dulu kes arwah adik nurin, dah jadi dah, sekarang ni jadi lagi…come on PDRM, kalau sekali tu kesilapan, ni dah dua kali !!

  7. gambus says:

    Bagi aku KPN kena bagi tindakan tegas kepada mereka yang menyebar gambar-gambar begini !! biasanya apa yang terjadi ialah mereka ingin menunjukkan kepada rakan-rakan rapat mereka , dan rakan-rakan rapat mereka pulak bagi lagi kat kawan-kawan rapat yang lain .. akhirnya benda ni tersebar merata-rata .

    PDRM janganlah memalukan diri sendiri , buat sesuatu atau akan menjadi bahan hinaan orang sentiasa

  8. bujuk says:

    Menteri sebok berkempen kut…
    Atau sekarang dah habis pemilihan, so.. masa untuk rehat.

  9. […] Noazita bt Abu Talib yang ditembak di bahagian muka dan mati ditempat kejadian tulis portal Mykmu.net. Oleh Ab Jalil […]

  10. ALI says:

    LETAK JE GAMBAR CRIME SEBAGAI PENGAJARAN DAN SIMPATI… JGN MENYOROT ILMU DAN MAKLUMAT !

Leave a Reply