Menu Utama

Konspirasi Nam Tien (Cina) Hapuskan Kuasa Melayu?

Oleh A. Sufian

Penulis berkesempatan untuk mengikuti satu simposium yang bertajuk “Mendepani Agenda Asing: Melayu Dalam Krisis Kepimpinan” yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Putrajaya pada 28 September yang lalu.

Pelbagai perkara telah dibincangkan di dalam siposium tersebut melalui sesi dialog bersama tokoh-tokoh ilmuan, ekonomi dan sejarah Melayu. Namun begitu apa yang begitu menarik perhatian penulis adalah sesi dialog pertama yang diterajui oleh Puan Zaharah Sulaiman seorang penulis dan pengkaji sejarah dari Persatuan Arkeologi Malaysia.

Tajuk yang dibawakan oleh Puan Zaharah Sulaiman adalah “Konspirasi Penghapusan Bangsa Melayu: Fokus Agenda Nam Tien”. Penulis agak terkejut dengan beberapa pendedahan yang telah dibuat oleh Puan Zaharah. Namun begitu setelah penulis kembali ke rumah dan membuat sedikit kajian sendiri, penulis dapati bahawa apa yang dikatakan oleh ahli Persatuan Arkeologi Malaysia itu sememangnya benar.

Menurut kajian yang telah dilakukan, sejarah bangsa Melayu tidak bermula dengan pembukaan Melaka oleh Parameswara. Orang Melayu telah lama bertapak di Asia Tenggara beribu-ribu tahun lagi awal daripada pembukaan Melaka. Kerajaan-kerajaan kuno yang diwar-warkan sebagai permulaan sejarah Melayu seperti Kerajaan Kedah Tua dan Empayar Melaka adalah kerajaan yang moden jika dibandingkan dengan permulaan bangsa Melayu.

Sejarah telah membuktikan bangsa Melayu menjadi tumpuan dunia kerana keupayaan tanah-tanah di Nusantara yang menghasilkan emas yang banyak. Oleh itu ia menjadi impian semua empayar kuno untuk menakluki Nusantara yang penduduk asalnya adalah orang-orang Melayu. Dikatakan pada ketika itu takrifan kawasan Nusantara adalah sebegitu besar. Lingkungan Alam Melayu dari timur ke barat bermula dari Pulau Easter, Hawaii dan Madagascar. Dari Utara ke Selatan pula ia bermula dari Pulau Farmosa, Filipina Champa, Funan, Siam Malaysia, Indonesia, Pulau-Pulau kecil di Pasifik dan juga New Zealand. Hakikatnya pada ketika itu, semakin jauh ke Selatan Nusantara, semakin kuat sesuatu kerajaan Melayu di awal sejarahnya.

Namun begitu, dek terlalu kaya dengan hasil bumi yang mewah, ditambah pula dengan kecekapan pemerintah-pemerintah Melayu dalam menguruskan sumber, kekayaan orang Melayu amat dicemburui oleh empayar besar dunia. Ini termasuk Negeri Cina. Kegiatan emas dan bijih-bijih berharga dari perut bumi Melayu telah mengundang kedatangan bangsa-bangsa asing.

Bermula dengan pencerobohan dan rompakan emas Kerajaan Melayu Champa oleh seorang Gabenor dari Cina yang bernama Tan Henzhi. Satu gerakan seolah-olah dilaksanakan untuk menawan keseluruhan Tanah Nusantara yang menjadi pusat pemerintahan orang Melayu. Gerakan ini dinamakan sebagai Nam Tien atau dalam bahasa Melayu “Gerakan ke Selatan”. Gerakan ini diusahakan oleh golongan penakluk, untuk mengepung dan menolak orang Melayu hingga ke ‘penghujung dunia’.

Berikutan dari ledakan penambahan orang Cina di Thailand, Kemboja dan Vietnam sehingga mereka menubuhkan bangsa keturunan mereka sendiri yang digelarkan sebagai Dai Viet telah menyebabkan orang Melayu semakin dipinggir di negeri sendiri. Kini mereka berevolusi menjadi bangsa Khmer (Kemboja), Thai (Siam) dan Hmong, Mong dan Miao (Vietnam). Walaupun kini mereka memanggil diri mereka sebagai orang Thai, Kemboja atau Vietnam, mereka masih lagi berpegang teguh dengan ideologi asal kedatangan mereka ke Nusantara. Mereka terus berusaha hingga sekarang agar orang Melayu pupus dari muka bumi dan mereka berjaya menakluki Nusantara.

Nampaknya bukan bangsa Cina sahaja yang benar-benar ingin menakluki Nusantara, ini kerana bangsa-bangsa hibrid dari keturunan Cina juga terus berusaha untuk menolak dan menghancurkan kekuasaan orang Melayu. Kerajaan Melayu jatuh merudum apabila sedikit demi sedikit tanah mereka diambil oleh kaum lain.

Contoh yang paling dekat adalah penyewaan Pulau Pinang oleh kerajaan Kedah. British menipu Sultan Kedah lantas memberi peluang untuk orang Thai menakluk dan menjarah Kota Alor Setar pada tahun 1821 sehinggalah pada tahun 1842. Pada ketika Kesultanan Melayu (Selangor, Kelantan dan Pahang) ingin membantu Kedah, British mengeluarkan askar-askar mereka untuk mengepung Kedah dari menerima apa-apa bantuan.

Ini membuktikan, tiada satu bangsa lain pun yang akan menyelamatkan bangsa Melayu kecuali bangsa Melayu itu sendiri. Sedihnya lama kelamaan penduduk bumi Melayu semakin tersepit dan sungguhpun telah merdeka secara fizikal, sejarah Melayu telah diputar belitkan agar anak-anak Melayu tidak tahu akan kehebatan bangsa mereka sendiri.

1511 merupakan titik tolak kerajaan Melayu menjadi terlalu lemah apabila dikalahkan oleh Portugis dengan mudah. Namun begitu, umat Islam di Malaysia masih boleh berbangga kerana walaupun dijajah oleh pemerintah Kristian dan agama lain, umat Islam pada zaman dahulu menolak langsung apa jua peluang untuk di murtadkan oleh pemerintah baru mereka. Jika penjajah berjaya pada waktu itu untuk menyebarkan Gospel mereka, Malaysia akan jadi tidak ubah seperti negara Filipina yang pada dahulunya adalah sebuah negara Islam. Kini Filipina diterajui oleh orang Kristian yang telah didoktrinasikan untuk mengagungkan dunia Barat.

Kejatuhan Empayar Melayu Champa, Kerajaan Melayu Maylina, Kerajaan Melayu Tondo (Selatan Filipina) dan Kerajaan Melayu Lamayan (Utara Filipina) harus kita kenangi. Ini kerana mereka telah tumbang disebabkan oleh kerakusan bangsa asing yang sentiasa tidak kenyang sungguhpun telah meratah tanah Nusantara ini.

Kini gerakan Nam Tien seolah-olah muncul kembali untuk menghantui orang Melayu. Dalam bentuk penjajahan moden yang diberikan pelbagai nama. Panggilah ia demokrasi, liberalisasi, reformasi, ataupun apa pun ideologi yang diracun di dalam minda orang Melayu, natijahnya jelas. Ianya hanyalah untuk melemahkan pemikiran bangsa Melayu itu sendiri. Tuntasnya peperangan ideologi dan persepsi akan menjunamkan orang Melayu sekali lagi kedalam karung penjajahan.

Biarlah kejatuhan kerajaan Melayu pada zaman dahulu dijadikan contoh dan peringatan kepada semua orang Melayu akan kengerian yang menanti mereka sekiranya bangsa Melayu jatuh dari tampuk pemerintahan. Dan jangan sekali pun orang Melayu melupakan akan kejahatan yang ingin merampas hak warisan anak bangsa Melayu di Malaysia sejak dari beratus tahun dahulu hinggalah sekarang.






39 Komen to Konspirasi Nam Tien (Cina) Hapuskan Kuasa Melayu?

  1. sungai_siput says:

    good article, good job and well done

  2. baba says:

    org melayu jangan lalai lagi, bersatu suap[aya masa depan anak cucu kita terus terjamin, kalau asyik berpecah, bangsa lain akan menjadi tuan kepada bangsa melayu.

    • dkds says:

      sekarang ini pun dah ada yang biologinya cina totok pekat dalam DAP disebabkan perkahwinan antara ibunya dengan orang melayu…tetiba mengaku melayu, bukannya cina muslim atau sebaliknya…

      gerekan yang dikatakan oleh penulis sudah mula dilakukan oleh DAP…nanti anak melayu masa hadapan akan keliru…dan sanggup mengorbankan kesucian agama islam dan hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan…

      • NIM says:

        Saya tak setuju dengan pendapat awak.

        Berdarah tulen Cina tapi mengamalkan kebudayaan Melayu (sekurang-kurangnya boleh bercakap Melayu) dan beragama Islam melayakkan seseorang itu digelar sebagai Melayu di Malaysia sebab itu adalah definisi persatuan. Kalau baca sejarah, sebelum merdeka pun memang macam tu amalannya di tanah air kita sebab tu pernah wujud istilah masuk Melayu.

        Saya tak nampak masalah di situ. Masalahnya adalah apabila dipolitikkan atau keistimewaan ini disalahgunakan.

        Jadi janganlah persoalkan samaada dia Melayu atau tidak kerana dia sememangnya Melayu kecuali kalau dapat dibuktikan dia ni sebenarnya kafir. Apa yang sepatutnya dipersoalkan ialah soalan-soalan seperti kenapa orang Cina pilih dia, tak mahu pilih orang Melayu tulen? Adakah sebab dia berdarah tulen Cina atau sebab dia benar-benar orang Melayu yang lebih bagus daripada orang Melayu yang lain? Ini sebagai contoh je la.

        • NIM says:

          Pembetulan: Definisi perlembagaan Malaysia bukan definisi persatuan.

        • Jason Nai says:

          Memamg definasi Perlembangaan adalah sepertimana dikatakan oleh saudara NIM. Semasa Dr.M berkuasa, beliau juga telah berkata begitu. dan semua orang tahu beliau itu bukan Melayu tulin, bahkan Tunku Abdul Rahman, Khir Johari, Tun Hussien Onn, Tun Razak juga bukan Melayu tulin.
          Pada tahun 90’an, golongan mamak(india muslim yang tak berkahwin dengan Melayu )dibenarkan untuk menukar nama paki bin, tidak lagi pakai a/l atau a/p, adakah mereka ini Melayu tulin? Siapa berani kata nenek mayongnya tidak berkahwin dengan bangsa lain atau berasal dari bangsa lain? Jangan terlupa sebelum Islam, bangsa Melayu itu beragama apa? tulisan Melayu itu pakai huruf bahasa apa?
          Tentang calun DAP yang dikata Cina tulin itu, dia memang menjadi anak angkat seorang tokoh politik Melayu-Siam(bukan Melayu tulin seperti Allahyaham Tunkun Abdul Rahman yang ibunya berbangsa Thai) dan dididik sebagai anak Melayu ianya tidak menjadi masalah sehingga dia menjadi ahli DAP.

          • NIM says:

            1. Sebelum Islam, orang Melayu peluk agama Hindu dan Buddha, sebelum tu.. ada yang kata peluk agama animisme, ada yang kata peluk agama Hanif (menyembah Tuhan yang satu).

            Sebelum Islam, tulisan yang dipakai adalah dalam Bahasa Sanskrit dan tulisan Kawi (tulisan pepaku yang menurut pakar sejarah ada kaitan dengan kaum Mesir Kuno atau Phoenicia).

            Jadi tolong jangan nak berlagak macam sebelum agama Buddha/Hindu tu wujud kami tak ada tamadun sendiri dan jangan sekali-kali awak samakan beragama Buddha/Hindu dengan orang China/India. Orang Melayu di Malaysia ni rata-rata namanya bunyi Arab tapi kami BUKAN orang Arab k!

            2. Oh, maksud awak kalau orang Cina Buddha/Kristian kahwin dengan orang bangsa lain, dia dah tak layak digelar sebagai orang Cina dah la sebab tak tulin? Tolong jangan samakan budaya orang Cina dengan budaya orang Melayu. Darah campur ke tak campur, secara amnya kami terima semua sebagai orang Melayu, tak ada pecah tulin tak tulin.

            Jawa, Bugis, Siam semua tu pula memang rumpun Melayu atau dengan kata lain memang kami semua ni adik-beradik. Mengikut bukti DNA yang Puan Zaharah bentangkan tu, DNA kitorang lebih kurang ja. Jauh beza dengan orang Cina, Arab, India, dan Barat.

            Apa pun isu yang ditimbulkan sekarang bukan sebab tak nak terima dia sebagai Melayu tapi sebab orang Cina dan India dalam DAP langsung tak nak berkongsi kuasa dengan orang Melayu kecuali yang ada darah Cina. Dengan kata lain, DAP ni talam dua muka, lidah bercabang. Nak guna nama Melayu tapi tak nak terima orang Melayu. Nak orang Melayu layan dia dengan baik tapi dia tak nak layan orang Melayu dengan baik. Berat sebelah, pentingkan diri sendiri. Cakap tak serupa bikin.

            Ahli DAP pilih dia sebab dalam hati mereka dia Cina, bukan Melayu. Calon DAP yang berdarah Cina tapi menggelarkan diri sebagai Melayu tu dengan kata lain secara automatik adalah tali barut DAP.

            Orang Melayu ni jenis terbuka, boleh terima sesiapa seadanya tapi bila terang-terang kebaikan tu disalah guna dan diambil kesempatan, siapa tak marah?

          • NIM says:

            Lagi satu, saya tegur dkds sebab dkds menghina keturunan calon tersebut. Kalau tak setuju dengan perbuatan dan tingkah laku Cina kiasu atau sesetengah orang Cina, jangan salahkan atau benci semua orang Cina.

            Orang Melayu/Arab pun bukan semuanya baik. Jadi saya rasa tak eloklah apabila dkds buat macam tu. Nanti tak pasal-pasal lawan hina-menghina kaum dan agama masing-masing pula. Lagi keroh keadaan jadinya.

  3. alimedanbaru says:

    Sebenarnya dalam benak kepala orang Melayu telah ada persepsi salah terhadap bangsanya sendiri sebagai contoh:
    . kalau bangsanya kaya berkereta besar dab berumah besar hartanya dikatakan dr rasuah dan dia kurang’beragama’.
    . kalau bangsanya tidak bersarban dan berjubah tetapi melakukan kebaikan spt mengekonomikan bangsa, mempelajarankan bangsa,meningkatkan taraf hidup bangsa, maka dia tetap tidak Islamaik kerana mulutnya tidak keluar ayat AlQuran.

    .Orang Melayu telah termakan dgn dakyah dap bahawa orang Melayu tidak boleh kaya, maka kalau kaya anggap dia adalah PERASUAH.
    .Orang Melayu telah termakan dakyah PAS selagi pemimpin itu tidak berjubah dan berserban dan tidak melagukan ayat Qurana maka apa kebaikan yg dia lakukan adalah bukan kerja buat Islam.Sedangkan mana yg utama baca Quran atau laksanakan suruhan Quran!

    Kesimpulan hakikat dinegara ini, porak peranda dan perpecahan Melayu adalah dari permainan dakyah DAP DAN PAS!

  4. sireh ke gagang says:

    KUNTA-KINTE , ada penambahan fakta yg aku nak tambah pasal kejatuhan empayar melaka itu .memang , ketika pemerintahan sultan mahmud shah , melaka berada diambang kelemahan .berpunca dari ketidakcekapan bendahara seri maharaja Tun mutahir itu sendiri yg membenarkan suku-sakatnya menguasai saf kepimpinan empayar melaka .(golongon indiaa muslim .tun mutahir melayu keturunan india muslim) .Ini mengakibatkan pembesar2 melayu berketurunan palembang , melaka , org laut tidak berpuas hati dgn pentadbiran tun mutahir itu .lebih parah , berlaku pengkhiatan si kitol , naina sura diwana di pelabuhan melaka yg disokong syahbandar datuk mandeliar .dan juga pengkhiatan dlm bentuk memberikan informasi kekuatan kota melaka dan pertahan melaka oleh saudagar2 cina dan india di melaka ketika itu .punca kelemahan ini semua adalah rasuah yg berleluasa dan kelemahan pentadbiran bendahara dan sultan mahmud shah sendiri .Melaka tidak akan terkalah , jika tidak faktor2 ini di dalam empayar itu.melaka sebagai sebuah empayar , dikatakan mempunyai persenjataan tercanggih ketika itu seperti meriam besar , lela & rentaka (mortar) ,istinghar(senapang blunderbuss),pemuras (senampang musket) dan tarkul (pistol seperti kepunyaan lanun2 pirate of the Caribbean). melaka memperolehi semua senjata ini dari kerajaan uthmaniah turki dan senjata seperti lela & rentaka dari alam melayu sendiri (kepulauan mindanao selatan filipina . ini kawasan penghasilan senjata api berat seperti lela & rentaka di alam melayu ketika itu) .Tentera empayar melaka dilengkapi persenjataan ini disamping senjata tradisi seperti keris , parang panjang , lembing , panah & busar serta tombak .selain faktor persenjataan yg hebat , dikatakan kota melaka itu sendiri dibina dari tembok2 batu yang kukuh dan keras .tidak mudah runtuh walau dibedil beratus kali oleh meriam portugis .kisah mengenai persenjataan angkatan perang melaka dan kecanggihan kubu kota melaka itu tercatit di dalam catatan log pelayaran alfonso de albuqueque , yang sekarang dipercayai masih tersimpan di sebuah muzium pelayaran di lisbon ,portugal .bangsa melayu bangsa yang maju , bangsa yang moden , kaum pemerintah dan pembesar .kita bukanlah org ulu seperti yang digambarkan oleh inggeris atau belanda .mereka melakukan perkara demikian demi untuk memperbodohkan generasi sekarang dengan mempamerkan bangsa melayu hanya tahu mengamuk dan berperang dgn keris dan lembing shj. hakikatnya , kita sudah maju dan canggih di abad ke 15 itu .cuma kebenaran itu disembunyikan demi mematikan semangat jihad dan cahaya islam dari alam melayu itu sendiri.

  5. merahputih tongtaik says:

    Artikel lawak gila… Kelemahan bangsa sendiri tak nak mengaku..asyik nak salahkan orang lain .. takut dengan bayang sendiri…kah..kah… tak kan nak merintih beratus tahun cam ni… cacai..Melaayu looser minded

    • Hamba Ar Rahman says:

      Hang ni kenapa plak…kalau hang bukan melayu dan hang kafir laknat…tak payahlah nak meroyan tak tentu pasal….hang pi kaji sejarah tok nenek moyang hang cukuplaa…tak payah nak meroyan tak tentu hala…

    • gambus says:

      inilah pencacai tongtaik Pakatan , patutlaa PAS dan PKR bangga betul dengan DAPigs dan puak pro murtad dan pejuang seks bebas LGBT

    • merahputih tongtaik says:

      Melayu tak salah, tak lemah..yang salah Cina.. India.. Ompotih… Habsyi.. sejarah Melayu terlalu hebat.. bangsa lain yang tak betul.. dengki.. Melayu baik gila lah… macam cipan

    • WTF says:

      Why is your name is Tong Taik, is it your mother gave that name to you because you come out from her asshole instead of her womb???? Or were you born in a SHIT TANK???

    • NIM says:

      Sebenarnya awak tu yang negatif sangat. Asal ada orang pertahankan Melayu je, mesti orang tu mengagungkan Melayu.

      Senang cerita, kalau ada orang tanya awak apa pendapat awak tentang diri awak sendiri, sekiranya ada sesuatu peristiwa buruk pernah berlaku dalam hidup awak, adakah semua yang berlaku itu adalah atas kelemahan awak 100% atau ada sedikit sebanyak campuran daripada elemen lain contohnya memang ada pihak yang berniat jahat mengambil kesempatan atas kelemahan awak, akibat kecuaian pihak lain, kelemahan sistem sedia ada, perkara yang tak dijangka dan lain-lain?

      Memang betul, bangsa Melayu yang ada sekarang dah tak berapa kuat macam dulu-dulu. Antara faktornya diakui adalah akibat kelemahan bangsa Melayu sendiri tapi diakui juga memang pihak luar memang dari dulu sampai sekarang sentiasa mencari peluang untuk memiliki tanah air kita dan diakui juga memang ada pihak yang tak senang dengan kita sebab dikuasai oleh orang Islam.

  6. jombo says:

    tong taik spesis red bean detected…

  7. shwan says:

    Sejarah kegemilangan Melayu kita bongkar supaya orang melayu dapat dibangkitkan jati dirinya. Supaya orang melayu tahu asal usulnya ada maruah, harga diri, tidak lagi boleh dipermainkan dan dicucuk DNA dengan kalimah lalai, leka,santai, hangat hangat tahi ayam.

    Melayu apabila sedar asal usul keturunanya pernah hebat maka orang melayu boleh mengatur langkah semula membangunkan umat sendiri, bersabar sepanjang membina umat sendiri, tidak mengalah kalau ada kelemahan sana sini, tidak bermusuhan sesama sendiri semasa membangunkan umat sendiri, tidak lagi boleh ditipu, difitnah, dicucuk jarum perosak oleh musuh.
    Melayu membongkar sejarah kejatuhannya supaya melayu boleh belajar mengenal musuh dalaman dan luaran yang merancang penghapusan keturunan dan kuasanya. Memahami siapa sebenarnya musuh dan siapa sebenarnya saudaranya. Melayu mengenal perjuangan apa yang mesti diutamakan dan diutamakan samada agamakah? perutkah? kuasakah? nyawakah? bangsakah? tanahairkah?

  8. Mat Panjang says:

    Oleh kerana adanya UMNO maka semenjak tahun 1955 kita mempunyi kuasa mentadbir dan mengurus negara dan negeri. Tetapi semenjak tahun1786 lagi Penjajah Inggeris melalui pentadbiran dan urusan mereka telah membiarkan kuasa dan sector ekonomi terus ditangan mereka dan kaum Cina pada masa itu. Kaum Melayu terus dengan bertani, bersawah padi, nelayan, menternak haiwan dan jadi guru dan kakitangan awam di Jabatan Kerajaan, polis, Tentera dll Badan beruniform.

    Kaum Melayu mula diajar berminat dalam sector ekonomi apabila RISDA dan MARA ditubuhkan dan digerakkan dan lebih giat apabila DEB diujudkan dalam tahun 1971. Dan sekarang barulah nampak adanya kaum Melayu/Bumiputra dan keluarga Melayu yang boleh bersaing dengan yang bukan Melayu dan di peringkat antara bangsa dalam berbagai sector ekonomi. Maka timbullah perasaan cemburu dari beberapa individu, kumpulan dan badan-badan tertentu.

    Kita tidak perlu takut dan segan. Kita perlu menambahbaikkan usaha kita dalam semua perkara.

  9. Mat Panjang says:

    Konspirasi Cina untuk melemahkan kuasa politik, pentadbiran dan ekonomi UMNO/BN memang ada dan nyata semasa PRU 13. Mereka mungkin terpengaruh dengan kata-kata dan janji-janji pemimpin DAP di Pulau Pinang dan Selangor selepas PRU 12.

    UMNO/BN kenalah terus berkhidmat untuk semua rakyat 1Malaysia dengan baik dan jujur agar perasaan marah dan benci dan tuduhan-tuduhan sombong, arrogant dll tidak timbul lagi menjelang PRU 14. Kalau tidak mereka mungkin akan berpakat lagi.

  10. Jason Nai says:

    Tentang sejarah yang diguba oleh orang politik saya tidak mahu komen banyak disini, saudara-saudari boleh merujuk kepada website ini:

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Campa

  11. Jason Nai says:

    Tentang bangsa Da Viet disalah-anggap sebagai orang Cina, Sila merujuk kepada

    http://en.wikipedia.org/wiki/Baiyue

  12. Jason Nai says:

    Negeri China yang majoritinya suku Han pernak ditakluki oleh suku Mongolia & Manchulia,tetapi tamadun dan bahasanya tidak melesap, malahan Mongolia dan Manchulia telah dipengaruhi tamadun & bahasa Han, walaupun kedua-dua suku itu mempunyai kebudayaan dan bahasa masing-masing. Ia kerana mereka mendapati tamadun dan bahasa Han lebih cangik dan hebat.
    Daripada contoh ini, kita berbanding dengan bangsa Melayu, jika Melayu adalah cerdik dan bertamadun sepertimana yang dikatakan, bangsa lain akan dipengaruhi tamadun dan bahasa Melayu, sepertimana yang berlaku di negeri China. Tetapi daripada hakikat dan kajipruba, ia tidak berlaku, malahan bahasa Melayu pun banyak memakai bahasa lain seperti bahas Sankerit, Arab,China dan sebagainya. Malahan tulisan pun mengguna tulisan bangsa lain, ini menunjukkan Melayu tidak bahasa sendiri, cuma mempunyai bahasa tuturan sahaja.Adakah sesuatu bangsa dapat menguasai dan mentadbir sebuah empaya yang begitu besar sepertimana yang dituntut oleh Puan Zaharah Sulaiman?
    Daripada kajipurba, empaya diNusantara yang paling awal ialah bercorak Budha & Hindu, dan semua orang tahu kedua-dua tamadun itu berasal daripada India.Maka sejarah yang diguba oleh Puan Zaharah Sulaiman sudah terbukti bangsa yang menakluki Nusantara bukannya bangsa “Da Viet” tetapi bangsa daripada India, termasuk empaya Champa pada asalnya pun emapaya Hindu/Buddha sejak kurun ketujuh.
    Mengikut kajipurba negeri China, bangsa “Da Viet” ini termasuk suku bangsa Burma, Thai, Vietnam,Kemboja,Lios, Melayu,Penan,Batak dan banyak lagi, suku-suku ini semua digolongkan sebagai suku “Bai Viet” yang pada asalnya menetap di selatan China.Suku-suku ini telah melarikan diri dari tanah besar China setelah kalah didialam peperangan dengan suku Han, setengah-tengahnya yang tidak melarikan diri telah menjadi orang Han dengan pelbagai cara.Maka orang Cina buat masa ini pun susah nak kata mereka itu Han tulin.

    • kemuncak tegak says:

      Tuan tidak kemukakan hujah atas bukti dari pengkaji sejarah, walau satu pun. Zaharah Sulaiman tidak menggubah dan menulis lirik sejarah mengikut rentak nya bahkan mengambil masa yang panjang mencapai dokumen dari negara yang menyimpannya lebih 50 tahun. Hatta saudara Jason juga tidak dapat menerima bahawa tamadun awal itu bermula dari benua Sunda yang telah tenggelam sebahagian besarnya, yang tinggal kepulauan nusantara sekarang. Lontarkan tulisan dan fakta ahli sejarah lain, serta bukti saintifik kajian DNA bangsa

    • NIM says:

      ~_~ Kalau bangsa Melayu tak bertamadun, macam mana pula boleh wujud tamadun-tamadun Melayu? Macam mana pula Bahasa Melayu boleh jadi ‘lingua franca’?

      Awak ni cakap macam sebelum Hindu/Buddha tu wujud, orang Melayu ni tak ada tamadun.

      Apa masalahnya kalau orang Melayu tak ada tulisan sendiri?

      Sekarang ni orang Melayu banyak guna tulisan Rumi selepas dijajah oleh penjajah Barat dan untuk memudahkan orang Melayu dan orang bukan Melayu berkomunikasi sesama mereka.

      Sebelum tu, tulisan Jawi yang diubahsuai daripada tulisan Arab banyak digunakan oleh orang Melayu selepas orang Melayu ramai-ramai peluk Islam dan didapati tulisan yang digunakan sebelum ni susah nak diadaptasi dengan ilmu baru.

      Sebelum tu, orang Melayu banyak pakai tulisan Sanskrit sebab orang Melayu ramai-ramai peluk agama Hindu.

      Sebelum tu, orang Melayu pakai tulisan Kawi (tulisan pepaku macam yang orang Mesir Purba, Phoenicia, Babylon pakai) entah bila berhenti guna. Kalau tak silap masa saya baca hari tu, selepas tulisan Jawi mula digunakan.

      Itu maknanya orang Melayu ni pandai menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan boleh bertolak-ansur.

      Kalau tengok keadaan sekarang pun, ada beza ke prestasi antara kaum yang tak ada tulisan sendiri dengan kaum yang ada tulisan sendiri dalam mentadbir negara?

      Lagi pun, banyak negara yang dulunya gah, sekarang tak sehebat dulu atau dulunya dipandang rendah, kini dipandang tinggi. Nasib dan pencapaian sesuatu kaum itu berubah-ubah, tak sentiasa di atas, dan tak sentiasa di bawah. Jadi apa yang nak dihairankan?

      Bangsa Aztec yang pupus dihapuskan oleh orang Sepanyol. Mereka mahir bab ilmu astrologi, ilmu matematik, tamadun kaya, banyak emas, hidup aman-damai. Sekarang ni dah pupus sepenuhnya selepas disembelih ramai-ramai oleh orang Sepanyol.

      Tapi orang Melayu walaupun dah banyak kali dijajah, masih hidup sampai sekarang. Maharaja (YDPA), Raja (Sultan), budaya, bahasa, semua masih hidup. Dalam tak ada tulisan sendiri tu, banyak bukti sejarah dicatat oleh tamadun luar secara sukarela. Dengan kata lain, tak perlu ada tulisan sendiri pun boleh jadi hebat.

      Yang kedua, awak ni ada kuasa ajaib ke boleh tahu apa yang pernah berlaku di masa lalu tanpa buat apa-apa kajian? Tak ada bukti, senang-senang je awak nak tolak teori dan fakta yang dikemukakan oleh pakar sejarah. Awak ingat awak tu siapa?

      Kalau betullah orang Melayu tak ada tamadun sehebat yang dinyatakan, buat apa tamadun China, India, Sri Lanka, Mesir Purba dan banyak lagi tamadun lain termasuk penjajah Barat saja-saja nak buang masa catat perihal kehebatan orang Melayu?

      • NIM says:

        Pembetulan: Maaf, bukan bangsa Aztec tapi bangsa Maya dan mereka ada tulisan mereka sendiri. Terlupa nak betulkan dan tambah sebelum klik ‘Send’ tadi 😛

  13. Sun Lee says:

    Bahawa bahasa melayu meniru bahasa-bahasa lain, dan tiadanya monument and tapak purba yang boleh dibandingkan kepada Angkor Wat dan Forbidden City, ataupun piramid, saya memang tak boleh percaya la kata kata Puan Zaharah Sulaiman.

    Bagaimana nak buktikan pulak spekulasi beliau bahawa bangsa lain “cemburu” dengan bangsa Melayu? Kena buktikanlah! Macam Hitler cemburukan bangsa Jewish, dia buat holocaust. Mana bukti Melayu dicemburui.

    • NIM says:

      Itulah masalahnya. Awak tu buta sejarah, tapi belajar sejarah tak mahu. Dapat maklumat yang susah awak nak percaya awak terus tolak. Lepas tu, terus tuduh orang lain menipu.

      Kalau awak tu pakar sejarah, mungkin pendapat awak tu boleh dipertimbangkan. Masalahnya ramai bangsa awak (Cina) ni perangai sama macam awak berlagak pandai macam faham sangat tentang sejarah orang Melayu dan rumpun Melayu di Nusantara ni tapi satu apa pun tak tau. Proto-Melayu tak kenal. Rumpun Melayu tak kenal. Nama tokoh atau tamadun yang bunyi macam Buddha atau Hindu je terus berlagak macam bangsa Cina/India yang punya. Ini namanya bodoh sombong = dah lah bodoh, sombong pula.

      Awak pandai je minta bukti daripada kami tapi mana bukti daripada awak sendiri bahawa Bahasa Melayu meniru bahasa-bahasa lain?

      Siapa kata tak ada monumen? Tu Lembah Bujang tu apa? Betul, banyak tinggalan Melayu dah lingkup tapi bukti bertulis berlambak-lambak dari China, India, Sri Lanka, Kemboja, Mesir Purba, Arab, dan banyak lagi.

      Contoh prasasti:
      https://www.facebook.com/pages/Srikandi/496613607030536?id=496613607030536&sk=notes

      Kalau tak ada bukti fizikal tu pun, kajian yang Puan Zaharah binti Sulaiman ni buat siap dah ada bukti DNA. Awak tu pulak ada bukti apa? Setakat bukti air liur basi lagi la TAK LAYAK untuk dilayan.

      Bukti bangsa Melayu dicemburui? Hello, mungkin betul zaman sekarang ni ramai orang kurang nak cemburu dengan orang Melayu tu sendiri TETAPI ramai orang cemburu dengan apa yang orang Melayu nikmati. Kalau tak, kaum awak sendiri dari dulu sampai sekarang kenapa tak habis-habis nak hapuskan Melayu?

      Bukti 1:
      Zaman Komunis, pembunuhan orang Melayu beramai-ramai. Kalau betul nak bebaskan negara, yang pergi bunuh orang ramai yang tak berdosa tu apahal?! Yang nak sangat pegang kuasa tu apahal?!

      Orang Melayu pegang, kepala orang Cina dan India selamat. Dapat kuasa pada orang Cina, semua orang ‘bye-bye’, dia je yang selamat.

      Bukti 2:
      Dari dulu sampai sekarang sentiasa cari peluang nak hapuskan hak keistimewaan Melayu, tak nak mengaku Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu, tak mahu setia kepada Sultan Melayu walaupun keistimewaan sebagai warganegara Malaysia yang dinikmati sekarang adalah disebabkan baik hatinya Sultan Melayu.

      Orang Melayu pegang, orang Cina dan India bebas je nak amalkan agama dan budaya masing-masing. Dapat je pada orang Cina, azan disuruh diperlahankanlah, tulisan Jawi dibuang daripada papan tandalah, silat nak dihapuskanlah, macam-macam. Apa yang orang Melayu buat semuanya tak kena pada pandangan orang Cina.

      Tu baru dari bangsa awak sendiri. Tak masuk lagi penjajah yang tak habis-habis nak menjarah kekayaan yang ada di Nusantara ni.

      Tak masuk lagi bab Thailand tak habis-habis cuba menyelewengkan sejarah Melayu konon itu sejarah mereka.

      Tak masuk lagi bab sentiasa ada je kuasa asing yang cuba nak kuasai Malaysia secara halus atau terang-terangan.

      Kalau awak masih tak nampak tanda-tanda iri hati daripada perlakuan macam tu terutamanya daripada bangsa awak sendiri, saya rasa awak ni ada masalah buta hati.

      • NIM says:

        Arghh… maaf, tersasul lagi >_<

        'Awak pandai je minta bukti daripada kami tapi mana bukti daripada awak sendiri bahawa Bahasa Melayu meniru bahasa-bahasa lain?'

        Maksud saya… yang bentang kajian pasal tamadun Melayu ni bukan Puan Zaharah je tapi banyak lagi pengkaji luar yang kaji tentang kebudayaan dan tamadun Melayu ni. Awak ada bukti ke untuk menolak hasil kajian mereka? Setakat air liur basi dan taraf awak bukan sebagai ahli sejarah, layak ke awak nak tolak hasil kajian mereka mentah-mentah?

      • Mat says:

        Memang betul cina cemburu. Kalau duduk Australia ke, Amerika ke atau negara lain tak nak tuntut sekolah cina, bahasa cina jadi bahasa rasmi, mahu sama-sama perintah. Tapi bila kat Malaysia aje, semua nak, sampaikan orang Melayu pulak nak dijadikan pendatang. Kata nak berhijrah kat negara lain. Dah dapat PR tapi pasport Malaysia nak pegang lagi takut jadi apa-apa, ada lagi Malaysia untuk ditumpang. Tu pun nasib tak lahir di Brunei, Indonesia, Thailand dan sebagainya.

        Punya cemburu orang putih sampai dikatakan Melaka jatuh sebab guna senjata kuno. Sila google image pasal ‘istinggar Melayu’. Gambar senapang Melayu zaman Melaka di Muzium Lisbon pun ada. Cari juga pasal senjata api Melayu yang menjadi barang lelongan di internet dan serata dunia. Meriam-meriam Melayu pun ada. Sayangnya kita sendiri takde artifak ni. Pasal apa Melayu takde monumen? Ada dengar cerita pasal kota Melayu yang dimusnahkan oleh penjajah selepas Melayu kalah? Contohnya banyak kota batu Kedah yang dimusnahkan oleh Thai apabila Kedah dijajah. Kalau nak kata kat Lembah Bujang tu, kebanyakan artefak tertimbus di dalam tanah. Kita tak tahu pulak di bawah ladang kelapa sawit ada tertanam kesan tamadun Melayu.
        Lagi satu, ingat tak kota Melaka yang dimusnahkan oleh Farquhar hingga tinggal pintu gerbang santiago yang sempat diselamatkan oleh Raffles. Munsyi Abdullah menceritakan selepas kota Melaka dimusnahkan, Inggeris telah melaksanakan penambakan secara besar-besaran. Apa yang nak ditutup? Teori saya yang A Famosa itu sendiri adalah kota Melayu Melaka yang telah ditambahbaik dan digunakan oleh Portugis serta dibuat pengubahsuaian oleh Belanda.

        Diajarkan yang orang Melayu tak pandai buat kota batu dan kota Melaka tu tak wujud. Sila cari pasal pulau Upeh di luar pantai Klebang Melaka. Di situ ada bukti yang batu-batu merah untuk membina kota Melaka dilombong dari situ.

        Lagi satu, kenapa bangsa-bangsa lain sangat berminat dengan Melayu. Kalau Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol, Amerika, China, India tu patut la sebab ada hubungan dengan dunia Melayu. Ni Russia sendiri yang tiada kaitan pun berminat mengkaji tentang Melayu dan ada professor Russia yang fasih berbahasa Melayu tu apa hal?

        Persoalannnya, apa yang bangsa lain tertarik nak mengkaji tentang Melayu ni walhal mereka lebih maju daripada orang Melayu? Pernah dengar teori Sundaland? Pernah dengar panji hitam dari timur?

        China hanya berbangga dengan tamadun yang berusia 5000 tahun. Tamadun Melayu sebenarnya adalah setara malah lebih tua. Sedikit demi sedikit sejarah itu akan terbongkar. Dah dengar tentang hubungan Melayu dengan Mesir zaman firaun?

  14. Chipi Chee says:

    Nam Tien ini sejarah negara Vietnam. Kenapa Pn.Zaharah campur-adukkan sejarah bangsa Vietnam kepada “Konspirasi Penghapusan Bangsa Melayu”? Ini nak buat sejarah sendiri la ni.

    Tengok ler sendiri ‘Nam Tien’ ni. Ungkapan tu pun bahasa Vietnam.
    http://en.wikipedia.org/wiki/Nam_Tien

    • me? says:

      Dlm artikel jelas memberitahu “ALAM MELAYU” = TANAH MELAYU ni bermula dari MAdagascar sehingga ke hujung Filipina.
      Sekarang ni je ada dah ada sempadan negera..

      • Chipi Chee says:

        Bermula dari Madagascar sampai ke Filipina ???? Fakta dari Human Genome Project kan? 75,000 tahun lampau kan???

        Kalau mcm tu baik cakap je SELURUH DUNIA ni ALAM ORG AFRIKA sebab bermula 150,000 tahun yg lampau. Hah … tu kan lagi lama… fakta dari Human Genome Projek jugak.

        Oh … skrg ni je ada sempadan ??? Kalau mcm tu baik kira ALAM MELAYU tu bermula dengan tamadun Langkasuka …. KALAU TAK …. Org Vietnam akan kata MALAYSIA & ORG MELAYU ni sebenarnye org Vietnam/Champa. …. bermula lebih awal dgn Empayar Champa. Atau org INDONESIA kata org Melayu ni SEMUA NYE ORG INDONESIA …bermula dgn Empayar Srivijaya.

        HeLO ..SEJARAH ni tak boleh kau suka pilih mana detik lepas tu buat rumusan sesuka hati … kena ada logik. Cara Pn. Zaharah buat analisa dah TAK betul dari mula lagi walaupun guna fakta dari Human Genome Project.

  15. INDO&PROUD says:

    MELAYU MESTI BERSATU!! JANGAN MAU DI ADU DOMBA ANTARA ORANG INDONESIA & ORANG MALAYSIA!! SAYA MUAK DENGAN PERTENGKARAN KEDUA SAUDARA SERUMPUN!! CINA MESTI DITENDANG BALIK KE PEKING!!

  16. Jepun says:

    Eh, bangun la. Tak la mention cina. Macam mana dengan Jepun? Orang pandai pandai tak la kata apa2 pun. Yg ko semua ni upah dari UMNO utk tukar sejarah ke? Mati neraka tau kalau menipu? Orang Jepun dah jadi negara besar, adakan dia orang curi ilmu melayu? tak juga. Yg aku tahu orang melayu tak la bodoh, ada yg pandai juga tapi kenapa Melayu masi lemah? Tanya la sendiri, kenapa? Dari dulu2 lagi, pemimpin Melayu mmg la tamak, dah biasa dgn rasuah dah apatah lagi skarang ni. Technology perlombongan pun dibawa dari Germany, Zaharah ni bodoh ke apa, lombongan adalah technology Melayu??? Kenyataannya, Zaharah ni masi belum tamat skolah menengah dia.

    • NIM says:

      Le, tak habis lagi ke isu ni…

      1. Ok, saya malas nak bertekak tapi secara ringkasnya kajian Puan Zaharah ni disokong menggunakan bukti DNA yang mana kajian DNA ni kajian yang dikongsi seluruh dunia. Saya pun dah tak ingat dan tak simpan pautan ke laman sesawang tu tapi boleh tanya dengan Pak Google sendiri kalau rajin.

      2. Memandangkan kajian DNA ni dikongsi seluruh dunia… Er, logik ke UMNO kaya sangat sampai mampu merasuah US, Jepun, China, dan semua negara di seluruh dunia untuk ubah sejarah?

      3. Ada baca sejarah ke tak ni? Orang Melayu dah mahir melombong sejak sebelum zaman Kesultanan Melaka lagi la. Tengok keris orang Melayu yang menggunakan lebih banyak jenis logam berbanding pedang samurai pun dah cukup untuk tahu betapa mahirnya orang Melayu dalam bidang berkaitan logam ni sejak dahulu kala.

      Dulu-dulu, yang buka dan bekerja di lombong tu orang Melayu juga. Habis tu kalau orang Melayu tak mahir melombong, mana datang berpuluh-puluh jenis logam untuk hasilkan keris dan lain-lain di Nusantara ni? Orang Barat datang pun lepas Melaka tapi keris dah lama ada sebelum Melaka lagi.

      Jadi kenapa mustahil pula teknologi perlombongan German tu diilhamkan atau berasal daripada teknologi Melayu? Bangsa mana yang sebenarnya lebih terkenal dengan industri berkaitan logam ni sejak dahulu kala? Awak ingat sebelum buruh berbangsa Cina pergi melombong di KL tu, orang Melayu tak pandai melombong ke?

      Jangan pandang rendah dengan orang Melayu k. Langit pun bukannya sentiasa cerah. Mungkin sekarang orang Melayu berada di bawah tapi itu tak bermakna orang Melayu tak pernah berada di atas dan tak boleh kembali ke atas.

      4. Kalau awak rasa menghina orang lain dengan perkataan yang tidak baik menunjukkan awak seorang yang kuat, hebat dan lebih pandai daripada Puan Zaharah… ah, terpulanglah. Jangan marah orang lain apabila tahi tu dah tersilap baling ke muka sendiri k.

      • NIM says:

        Ooops, pembetulan. KEBANYAKAN KAJIAN PUAN ZAHARAH berkenaan orang Melayu disokong melalui bukti hasil kajian DNA.

        Saya tak kata Puan Zaharah ni 100% betul sebab ilmu sejarah ni hasil siasatan berterusan yang mana teorinya boleh bertukar mengikut bukti yang terkini tapi sekurang-kurangnya beliau adalah seorang pakar dalam bidang ini. Cara awak tulis dan cakap pasal sejarah Melayu pun dah ketara bahawa awak seorang yang buta sejarah. Orang buta sejarah lawan pakar sejarah untuk bercakap pasal sejarah? Er, saya rasa orang yang tak siuman je yang akan pilih orang yang tak pandai sejarah untuk mengajar sejarah.

        Oh ye, Bahasa Melayu awak sama taraf macam orang yang tak sekolahlah. Awak ni pendatang haram ke?

  17. gamma ray says:

    Bangsa lain terutamanya cina xkn terima kenyataan ini walaupun segala kajian dr zahaeah sulaiman disokong dengan bukti2.contohnya dlm kajian dna,pensyarah university oxford, Stephen oppenheimer pun melakukan kajian yg sama n mndpt kputusan yg sama..tp segala2 nye akan di tolak mentah2 oleh ‘bangsa yg sombong ini’…mereka tidak akan mengaku apa kejahatan yg telah mereka lakukan..kata mereka, merekalah yg baik.mereka yg merubah tanah melayu menjadi maju sehingga kini.kita pula dikatakan sebagai pendatang..tidak mustahil segala2 tentang suatu bangsa boleh hilang begitu sahaja.jawapannya adalah penghapusan etnik…namun sejarah tentang bangsa melayu masih ada walaupun tidak sempurna n disimpan dinegara lain seperti london,spanyol,perancis n lain2.rahsia itu la yg pn zaharah sulaiman ingin bongkarkan walaupun ada kesukaran beliau utk mendapatkan maklumat tersebut…persoalannya knp barat terlalu ingin menyembunyikn sejarah tentang melayu n siapakah yg diberi bantuan oleh barat untuk melaksanakan penghapusan etnik?kerajaan melayu yg dulu berpusat di ayuthiya diserang dr pelbagai arah.pengkhianatan pedagang2 cina yg dianggap sebagai kawan.pembelotan pembesar2 melayu yg menjadi titik tolak keruntuhan tamadun melayu.yg pasti barat tidak mampu mengalahkn kerajaan besar melayu yg dikatakan ada kaitan dengan kerajaan uthmaniah.maka mereka memerlukan bantuan bangsa lain untuk melakukan sebahagian besar kerja kotor mereka..bangsa itu lah yang telah lama menyimpan hasad dengki dengan kemajuan n kekuatan kita.apabila mereka berpeluang n mendapat sokongan maka bermulalah ukiran hasad dimuka bumi itu..beberapa catatan pengembara british menceritakn tentang kekejaman mereka terhadap bangsa melayu.adakah itu tidak mencukupi?..sehinggakn sewaktu tanah melayu merdeka pun british masih menjaga bangsa yg melakukan kerja kotor ini.buktinye ada pada pengkaji yg sy sebutkan td.semuanya adalah untuk control kebangkitan pahlawan2 melayu.apakah bukti itu?kita tggu sahaja…legacy mereka terbawa2 sehingga kes yg kita ketahui namun mungkin akan dihilangkan juga dr sejarah kita oleh tangan2 ghaib yg mendapat sokongan barat,iaitu peristiwa 13 mei.

Leave a Reply