Menu Utama

KJ Mohon Sokong Untuk Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia

“Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia: Tinggal lebih kurang seminggu sebelum perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara menentukan kepimpinan untuk penggal akan datang.

Sepertimana yang rakan-rakan sedia maklum, saya sekali lagi menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatan yang saya sandang sejak tahun 2009.

Selama empat tahun yang lepas, pelbagai program telah Pemuda UMNO-BN laksanakan dengan tema mendekati orang muda melalui politik khidmat bakti. Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO-BN di bawah kepimpinan saya menyentuh isu-isu yang menjadi kebimbangan anak muda negara terutamanya yang berbangsa Melayu.

Hasil kajian yang telah kami buat dalam BN Youth Lab beberapa tahun dahulu, pendekatan Pemuda UMNO-BN telah diubah secara menyeluruh. Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik.

Oleh yang demikian, saya telah membawa Pemuda UMNO-BN kearah solutions-based politics yang mementingkan jalan penyelesaian dan bukan hanya tahu mendesak kerajaan tanpa cadangan atau pelan pelaksanaan sendiri.

Contohnya, kita mendapati orang muda risau dengan masa depan kerjaya mereka dan juga kos sara hidup yang meningkat. Pemuda UMNO-BN telah bertindak atas kebimbangan ini dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang sudah masuk tahun keempat penganjuran dan telah menjelajah ke seluruh negara. BN Youth Job Fair telah menerima hampir sejuta pengunjung sejak ia bermula dan telah membantu 140,000 orang – majoritinya anak muda – mendapat peluang pekerjaan.

Pemuda UMNO-BN juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah perumahan untuk orang muda melalui BNY HOPE yang akhirnya menjadi polisi baharu melalui PR1MA, Skim Rumah Pertamaku dan rumah transit untuk orang muda. Jelajah 1Malaysia atau JOM dibawah Pemuda UMNO-BN pula telah berjaya membaik pulih ratusan rumah usang orang muda di seluruh negara.

Pemuda UMNO-BN juga telah memperjuangkan isu gaji minimum bersama kesatuan-kesatuan sekerja sehingga ia menjadi realiti. Pada akhir tahun ini Akta Kebangkrapan akan dipinda hasil daripada usaha kami untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang dibelenggu status muflis.

Banyak lagi program-program yang kami telah buat selama empat tahun lalu. Pemberian biasiswa untuk anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah untuk ke IPTS juga telah kita berikan melalui BNYES, lesen motosikal diberi dengan harga yang terendah melalui (BL1M) yang masih dalam pelaksanaan, gerakan sukarelawan dibayai melalui Dana Belia 1Malaysia (kini diambil alih 1M4U), profesional muda dilibatkan dalam politik melalui BNYV dan isu keadilan sejagat sering dibangkit terutama isu Palestin.

Ini tidak termasuk peranan Pemuda UMNO-BN sebagai suara orang muda. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membantah cadangan PTPTN untuk menyenaraikan para peminjam yang lewat membayar atau tidak membayar hutang di bawah senarai CCRIS sehinggakan cadangan itu tidak diteruskan.

Inilah antara pencapaian kami selama empat tahun yang lepas. Memang betul, corak kepimpinan Pemuda UMNO sekarang berbeza dengan zaman dahulu.

Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi.

Insya’Allah sekiranya diberi mandat sekali lagi, saya akan terus memimpin Pemuda UMNO-BN supaya kami dapat membawa lebih banyak lagi idea penyelesaian atau solutions untuk orang muda. Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua yang boleh melaksanakan.

Mohon sokongan rakan-rakan pada 12hb Oktober. Saya, KJ, sekali lagi menawarkan diri sebagai calon nombor 1 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia”.






45 Komen to KJ Mohon Sokong Untuk Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia

  1. raplahjingaa says:

    Suara pemuda ??? masih sumbang dan tak seperti yang di harapkan, badan muda…tapi hati dah macam nak expire, lemah longlai.

    ” Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi. ”

    oiii KJ, tu pendapat hang…jangan dok kira sangat pendapat hang, kena kira pendapat orang muda….berapa ramai orang muda yang dah hangpa “putihkan” dan seterusnya menyokong UMNO ??

    buktikan achievement…orang muda kena aggresive, kalau idak tak payahlah ada sayap pemuda…baik satukan semua.

    Pemuda tak ada ummmph ! lembik !

    • randomsee says:

      Kj lebih suka membela cinabeng..itu saja yang dia mahu lakukan melalui UMNO…walhal pemuda UMNO gagal menarik sokongan pemuda melayu menyertai perjuangan UMNO kerana KP UMNO sibuk dengan jawatan dan imejnya sebagai model

    • bujuk says:

      Hang banding KJ lembik berbanding siapa? Hishamudin, Zahid, Nazri, Rahim tb, Najib atau Anwar?

  2. sireh ke gagang says:

    En KJ , bukan saya tidak mahu menyokong anda , tetapi anda harus mengubah terus persepsi masyarakat terhadap pemuda UMNO. saya ahli dan pemuda UMNO , tapi saya agak kecewa dengan pemuda sejak akhir2 ini.Pemuda agak lemah dan tak berdaya saing dalam menghadapi cabaran politik arus semasa .sepatutnya sebagai sayap kanan parti ,pemuda harus mendepani apa2 isu yang melibatkan hal ehwal islam ,melayu dan ketuanan melayu di dalam negara ini .kita bukan mahu pemuda berentap , bersaing dgn dewan pemuda pas , atau angkatan muda keadilan , tapi di dalam soal yang melibatkan hak dan maruah melayu , mestilah pemuda yang menjadi ketua dan terasnya .kalau en khairy boleh merubah dan mengubah pemuda umno malaysia kembali seperti sediakala , saya sentiasa bersama2 dengan en khairy .demi alif ,ba,ta . Insyaallah.

  3. […] Read this article: KJ Mohon Sokong Untuk Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia […]

  4. Jambol says:

    Jika UMNO hendak terus mendapat sokongan, terutamanya daripada golongan pemuda, Pemuda UMNO perlu ingat tentang KJ (Malaysian First, Malay Second) ini dan sikapnya sebelum ini. Jangan pandang duit dan kedudukan saja, kita perlu sayangkan dan terus menyokong UMNO, bukan budak celop ini.

    • sireh ke gagang says:

      aku setuju malaysia 1st ,malay 2nd itu .memang majoriti melayu condong ke arah UMNO sekarang . secara tak langsung ,KJ dpt merasa juga hasilnya . tapi itu bukan tiket untuk KJ terus selesa di kerusi empuk menteri KBS & Ketua pemuda umno malaysia .banyak lagi dia perlu lakukan dan usahakan demi bangsa melayu dan islam .org sokong UMNO , sebab perjuangan umno itu sendiri . tapi kalau KJ gagal mengikuti arus dan perjuangan umno sekarang , kita boleh nampak lah , ke mana nanti life politic dia dalam arus politik malaysia nanti.

  5. anti kj says:

    Anda ketua pemuda umno. Bukan ketua pemuda umno-bn.klu umno-bn sy undi anda. Klu pemuda umno sy undi org lain.

  6. Ib Hussin says:

    sama sekali tak akan sokong KJ…tak semua orang muda suka dgn program KJ..program syok sendiri..

  7. Kayu says:

    Aku sokong KJ sebagai Ketua pemuda kerana dia memang bijak dan berkaliber …,.calon pemimpin masa depan yang berpotensi …dengan kemampuan berhujah yang mantap sehingga Ambigay,dan Anuar ula-laa terkulat-kulat nak menangkis hujah KJ yang sangat bernas apabila berdebat…,aku tidak hairan sekiranya adanya usaha untuk membunuh karier politik pemimpin muda berkaliber ini samaada dari luar atau dalam parti…,.Adalah diharap supaya KJ jangan buat silap saja kerana sentiasa ada musuh yang sedang menanti peluang untuk menerkam dan membaham dengan ganas didalam politik yang ganas ini…,!!..

    • Kayu says:

      Aku bukan takat cakap dan sokong kosong KJ..,cuba lihat ketokohannya yang menyebabkan pakatan haramjadah panas bontot..,!!..

      • Kayu says:

        Lihat ini juga..!!.,ada sesiapa dikalangan pencabarnya mampu lebih dari ini..,,.kalau mampu baguslah..,jangan takat bertanding hanya untuk syok sendiri sudahlah…!!!!…,atau lebih parah lagi untuk poket sendiri..!!.

  8. yee8455 says:

    Hanya Melayu bertahap pemikiran LEMBU saja yang akan terus menyokong KJ si ular tedung ni. Pemuda adalah pelapis dan bakal mengambil alih pucuk pimpinan dan apakah layak buat seekor ular seperti KJ untuk dipilih menjaga dan memelihara hak hak orang Melayu dan Bumiputra ? Jangan mimpi lah. Yang terus menyokong dan mempercayai ular ni (melainkan dari spesis yang sama) pasti akan menuju kepada kehancuran ummat Melayu.

  9. Anak Lenggong says:

    Kelaur tajuk jap sebab nak tanya kat moo lembu, mek esah dan bujuk berkenaan dengan perkara ni..

    Audit 2013: Projek lobong emas Kelantan tak menjadi

    Menurut laporan Ketua Audit Negara, anak syarikat kerajaan Kelantan, Kelstone Sdn Bhd (KSB) yang terlibat dalam perlombongan emas mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM2.7 juta sehingga RM1.54 juta di antara tahun 2009 dan 2011.

    “Pendapatan utama KSB terdiri daripada hasil tribute yang diterima daripada pengusaha projek perlombongan emas alluvial dan feldspar,” laporan itu dipetik.

    Sejak tahun 2005, KSB diberikan konsesi negeri untuk melombong emas di hampir 12 tempat di Tanah Merah dan Gua Musang.

    Syarikat itu mula melombong di dua atau tiga tempat sahaja di antara tahun 2011 dan 2012 tetapi gagal menemui emas dalam jumlah yang memuaskan.

    Laporan sama juga mempersoalkan sebab Sumber Indah Prima Sdn Bhd (SIPSB) diberikan subkontrak untuk meneroka emas di kawasan Sokor di Tanah Merah pada tahun 2008 tetapi tidak pernah langsung memulakan kerja-kerja itu. (KES NI SAMA LAA DENGAN PERLAKSANAAN HUDUD YANG DICANANGKAN OLEH PAS..TUBUH AJK UNTUK BUAT KAJIAN TETAPI CUMA SEKALI JE MESYUARAT).

    • bujuk says:

      Kita manusia hanya berusaha kemudian tawakkal, rezeki semua milik Allah. Ada kala Allah bagi rezeki melimpah ruah, ada kala Allah uji dengan berbagai dugaan. Yg. penting adakah kita syukur dan sabar dengan setiap rezeki dan ujian dari Allah. Apakah kita langgar perintah Allah dan melakukan berbagai perkara mungkar untuk cari rezeki.

      • WTF says:

        Hehehehe…

        Nak tahu jugak, berapakah projection jumlah emas yg diestimate oleh kerajaan Kelantan???

        Bukan apa. dalam aktiviti cari gali bahan mineral, perlu tahu berapa jumlah mineral yg ada (in this case menggunakan advance topography method ) dan sekiranya jumlahnya memuaskan, barulah boleh invest dalam excavation activities dan mendapatkan keuntungan.

  10. randomsee says:

    sekiranya ada pencabar yang berkaliber yang mencabar KJ, saya percaya KJ tidak akan dapat mempertahankan jawatannya..apantah lagi keadaan pemilihan kali ini perwakilan yang memilih bukan lagi 4 orang dari setiap bahagian..

    Namun saya percsya perwakilan amat bijak memilih pemimpin yang dirasa layak bagi mengemudi pemuda UMNO yang sekian lama dilihat tidak bermaya semenjak ‘cium keris minta maaf’ lagi..ditambah pula pandangan liberal oleh KJ yang tidak menepati ciri-ciri kehendak ramai anak muda melayu yang sayangkan agama , bangsa dan negaranya…

    Ramai daripada kita masih ingat peranan KJ ketika zaman pemerintahan Pak Lah..bagaimana sikapnya sehingga kini terhadap pemimpin UMNO yang berjasa..malah tidak keterlaluan saya katakan KJ tiada roh dan semangat melayu yang ada pada Presiden dan Timbalan nya…

    Mohon perwakilan memikirkan semasak-masaknya cara gerak kerja yang KJ lakukan semenjak dari menjadi NKP hingga ketua pemuda kalau dihitung sudah hampir 10 tahun..apa perubahan yang dibawanya kepada pemuda UMNO…adakah anda mahu meletakkan maruah dan semangat pemuda UMNO pada KJ sedangkan KJ hanya bercakap mengenai melayu ketika pemilihan sahaja…selebihnya selepas pemilihan dia hanya akan bercakap bagi pihak cinabeng…

  11. merahputih tongtaik says:

    wakaka… cacai tak reti tengok kualiti.. woi.. KJ is far better than Hisham. Khirtoyo , Shabery or Mukhriz.. a proven stallion.. cai cai.. no wonder kaki hangguk ramai di Mykemut

  12. alimedanbaru says:

    Kita orang Melayu selalu cari titik perbezaan dan amat jarang mencari titik persamaan, dalam sama kumpulan pun kita tuduh menuduh inikan pulak antara UMNO dgn PAS.. kita selalu mencari kelemahan untuk membunuh terus..

    Kita sepatutnya luruskan yg bengkok dgn berhikmah,putihkan yg gelab juga dgn berhikmah.. kita mesti sokong menyokong dan betul membetulkan dgn cara baik baru kita dinampak kuat dan disegani.

    Aku sedih ,bila PAS nak bermuktamar yg dicari pemimpin, adalah pemimpin yg berupaya mengganyang UMNO, bukan nak cari pemimpin yg dapat menyatukan Melayu.. inilah KELEMAHAN MELAYU, SEBAB TU CINA NAIK TOCANG DAN PANDANG SINIS DAN TAK HORMAT MELAYU SBB MELAYU.. ‘MUDAH LUPA’ BILA BERTANDING SESAMA MEREKA..

    • WTF says:

      Yup, org Melayu dalam UMNO perlu bersatu…

      Sesiapa yg dipilih dalam PAU nanti, perlu disokong 100% walaupun mereka seteru semasa pemilihan PAU

  13. baba says:

    pemuda bawah kj fail….umno perlu kp baru. KJ SUXS.

  14. PASpartyNGOK says:

    Mungkin KJ bercita2 terlalu besar untuk diri sendiri. Kerana itu buatkan dia kurang productif dlm pembangunkan Pemuda. Ini membuatkan sayap parti itu kurang dirasa kehadirannya semasa dibawah KJ. Pemuda dilihat tanpa agenda, hilang taring.

    Samaada KJ akan diberi peluang ke2 atau sebaliknya terpulang pada perwakilan. Kita percaya KJ tetap ada penyokongnya.

    Dengan berjawatan full minister KJ tetap dilihat lebih bertenaga berbanding calun lain. Barangkali dengan beradanya beliau di kabinet telah memberi suntikan baru untuk KJ kearah membawa Pemuda ke era baru dalam politik negara.

  15. Pak Su says:

    Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, tengok bagaimana pantas KJ jawab soal Kpop, tak peduli rakan, tak peduli kebenaran, asalkan dapat publisiti utk diri sendiri…ini setiakawan?
    KJ endorse wakil-wakil pemuda yg bertanding MT, tapi tak endorse Mukhriz untuk NP, apa Mukhriz bukan pemuda?
    Sama macam Najib, semua program pemuda mengagungkan bahasa Inggeris,youth tu youth ini…jiwa dan roh melayu tiada,…tiada anak Melayu sebijak regina…

    • bujuk says:

      Tuan betul…
      Inilah resam melayu umno. Komen sikit kj vs Mukriz, adakah Mukriz sokong kj terus jadi KP atau hantar wakil dari Kedah untuk lawan KJ?
      Jadi permintaan tuan untuk minta KJ sokong Mukriz… macam minta madu balas tuba.

  16. ahmad says:

    kenapa mesti menyokong kj? lupakah kita pd kesalahan2nya yg lampau…x terfikirkah kita ada sesuatu yg x kena bila kj menghantar paspot kpd pengkhianat tanahair…adakah kita sudah terlupa politik wang ketika perebutan ketua pemuda ketika dulu…kecil kah kesalahan ini…tp ramai yg mengatakan kj sudah insaf…semudah itu je…belajarlah drp sejarah…

    • bujuk says:

      Zahid yg. tunM simpan dalam kem kemunting boleh jadi menteri KDN dan naib presiden…. inikan pulak takat hantar passport.

      • WTF says:

        So…in your opinion Zahid is WORST than KJ???

        May I know why you have such an opinion???

        • ahmad says:

          aku tahu ramai yg berpendapat zahid sudah insaf dan seorang yg baik…ada seorang tua soleh pernah beritahu kpd aku bahawa ada beberapa org yg bermuka2 dlm kerajaan…moga ahli umno dpt membezakan yg mana intan yg mana kaca…

          • WTF says:

            Well saudara ahmad…

            I do hope so, semoga Allah memberkati pilihan para perwaklian UMNO semasa PAU nanti…

    • WTF says:

      Yang pasti aku takkan lupa ialah penjualan MV Augusta dgn hatga EUR 1.00 kpd syarikat luar.

      Rasanya takder open bidding, just direct megotiation.

      Bila aku terdengar berita EUR 1.00, aku check poket dompet aku, ada MYR 300.00. I wonder if I offer to buy at MYR 300.00 (which is more than EUR 1.00), adakah aku akan Berjaya memiliki MV Augusta…

      Kalau ikutkan, tentulah logic aku dapat MV Augusta kalau dinilai dari qualification sebut hatga…BTW selang tak sampai setahun dua, MV Augusta telh dimiliki Harley Davidson sebanyak EUR 70 Million…

      http://investor.harley-davidson.com/phoenix.zhtml?c=87981&p=irol-newsArticle&ID=1584398&highlight=

      Masyuk Beb…

      P/S: I write here not to campaign for anyone, semoga perwaklian UMNO membuat pilihan terbaik semasa PAU demi ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA.

  17. melayu says:

    KJ untuk pemuda BN
    KP umno bg kat org lain

  18. Kawa7826 says:

    Bila Rm da penih poket pejuang agama, bangsa dan negera pi jahanam…biar melayu hancur..meka lupa anak cucu meka kana merana. Ikut mcm pkr, pas, dap B beri sapu..undi jangan beri..so pemuda wajar buat mcm itu..beri sapu undi jgn beri.,pakla gagal sebab dia lah..

Leave a Reply

Threesome