Menu Utama

Khalid Samad Berniat Jahat – Mahkamah Tinggi

SHAH ALAM 31 Okt. – Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali hari ini berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam memutuskan demikian selepas mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu “pemimpin parasit” yang ditimbulkan oleh Hasan.

Mahkamah turut berpendapat menyatakan, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tidak memberikan komen yang adil dan oleh itu tidak lagi terlindung di bawah elemen perlindungan bersyarat.

“Plaintif juga berjaya membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh defendan dibuat dengan niat jahat,” tambah Hakim Yaacob.

Hasan memfailkan saman fitnah tersebut pada 12 April 2012 terhadap Khalid selepas defendan mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Khalid dalam pembelaannya menyatakan kenyataan yang dikeluarkan dalam sidang media itu adalah bagi menjawab ‘serangan’ Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.

Mahkamah menetapkan 27 November ini untuk kedua-dua pihak berhujah berhubung jumlah ganti rugi serta kos yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif. – UTUSAN ONLINE



« (Previous News)



11 Komen to Khalid Samad Berniat Jahat – Mahkamah Tinggi

  1. Nusantara Jones says:

    Hahahahaha….. padan muka kau. Aku harap hassan ali saman RM10 juta, biar khalid jadi gila sebab tak mampu nak bayar.

  2. baba says:

    jenuh kaut tabung pas la khalid gereja lepas ni.

  3. anoi says:

    ngaso ko khalid.., tapi lobeh2pun rm50k.

  4. alimedanbaru says:

    SESUNGGUHNYA MANUSIA KHALID SAMAD NI BERLEBIHAN BERPOLITIK SEHINGGA MENGATASI PERJUANGAN BANGSA DAN AGAMA.DIA SAPU APA SAHAJA YG BOLEH DIJADIKAN SENJATA UNTUK BELASAH UMNO/BN WALAUPUN TERPAKSA MENGGADAIKAN KEPENTINGAN BANGSA DAN KESUCIAN AGAMA. KEKADANG DIA LEBIH CINA DARI CINA DAN LEBIH KRISTIAN DARI PENGANUT KRISTIAN SENDIRI..kau nak kejar apa Khalid? Umur kamu tak kan sampai 1000 tahun, esok lusa kamu akan dibenam kedalam tanah juga.. udah-udahlah

  5. […] Continue reading here: Khalid Samad Berniat Jahat – Mahkamah Tinggi […]

  6. sireh ke gagang says:

    Mati dah kalid gereja . mesti mengadap ah long guan eng untuk buat soft loan . keh4.. 😀

  7. shwan says:

    Khalid ini adalah salah seorang pemimpin pelajar semasa di UK dan dia sudah terkenal membawa idea meresap kedalam mana-mana pertubuhan yang boleh menguntungkan agendanya. Dia dan geng dia ni pernah meresap kedalam PAS sekitar 80an dulu tetapi telah diketahui dan telah terpelanting keluar. Kenudian mereka meresap pula ke dalam UMNO dan berusaha menempatkan orang-orangnya di serata tempat yang strategik dalam UMNO seterusnya berusaha menaikkan Anwar Ibrahim kerana Anwar berasa sebulu dengan cara dan cita-cita mereka. Maksudnya Anwar cow team dengan geng ini sebab win-win situation. Bila Anwar terpelanting dengan geng-geng ini sekali terpelanting keluar. Sekarang mereka meresap semula ke dalam PAS dan PKR kerana mereka merasakan cita-cita mereka boleh dicapai dengan cara yang tidak bermoral ini iatu “RESAPI DAN KUASAI.”. Sekarang mereka sedang menjalankan fasa kedua di dalam PAS iaitu KUASAI.

  8. Matatelinga Gomen says:

    Manusia yang berjuang semata2 untuk memenohi agenda dan matlamat diri sendiri akan berbuat demikian dengan cara kotor kerana mengharap hasil yang cepat.

    Demikian halnya dengan Khalid saudara kandong Dato’ Shahrir. Shahrir dilihat moderate dalam perjuangan, lebih telus dan jelas hala tujunya.

    Khalid didalam PAS hanya untuk dapatkan platfom untuk menentang. Dia bukan ulama yang boleh mengulas hadis, sekadar berpuas hati dengan status politikus nya sahaja, lain kurang nampak.

    Ini kerana dia tidak diterima ditempat lain. Soalnya jauh mana dia boleh perga tanpa jubah dan ketayap walau kita tahu pakaian orang PAS hanya untuk memenohi permintaan atau trend saja bukan satu ideologi yang mantap, selaras dengan perjuangan sebenar. Perjuangan PAS hanya retyorik , pak anggok , tanpa hala tuju.

    Apa PAS lakukan dengan penghinaan kuat dari kufar terhadap agama? jawabnya Zero.. kerana PAS memang tak tahu apa yang harus mereka buat.

  9. DataCode says:

    Khalid samad –hampeh

Leave a Reply

Threesome