Menu Utama

KDN Keluar Arahan Baru Untuk Pengawal Keselamatan

PUTRAJAYA 28 Okt. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan semua syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara menggunakan kaedah biometrik bagi mengesahkan status pengawal keselamatan yang diambil bekerja.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut diambil berikutan pihaknya mendapati ada syarikat kawalan keselamatan menggunakan warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu sebagai pengawal keselamatan.

“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah diarah mengambil tindakan supaya kira-kira 600 syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara mengesahkan kad pengenalan pengawal keselamatan masing-masing dengan menggunakan kaedah biometrik.

“Kita akan laksanakan segera bagi mengelakkan sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Datuk Othman Hassan di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan JPN mendedahkan pihaknya mengesan ramai warga asing memiliki kad pengenalan palsu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sektor berisiko tinggi seperti institusi perbankan di seluruh negara.

Lebih membimbangkan mereka ini bekerja di syarikat kawalan keselamatan yang diberikan permit sah sebelum ditugaskan dalam pelbagai industri termasuk menjaga keselamatan bank. – UTUSAN ONLINE






2 Komen to KDN Keluar Arahan Baru Untuk Pengawal Keselamatan

  1. Mat Panjang says:

    Diharapkan semua Syarikat Keselamatan, Jabatan Pendaftaran Negara dan wakil-wakil KDN dan PDRM serta Jabatan Imigeresen di seluruh negara dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diarahkan oleh Menteri KDN dengan “Bersih, Cekap & Amanah” demi keselamatan rakyat, sekolah, kolej, universiti, bank dll.

  2. Ahmad Hamdan says:

    Saya tak pasti sama ada pihak KDN peka terhadap laporan dari pemberi maklumat.
    Contohnya, saya dah 3 kali buat laporan, hantar email kepada pihak atasan Jabatan Imigresen tapi tindakan tetap takde juga. Tak pandai buka email ke?
    2 hari sudah pun ada juga buat laporan, kepada KDN.
    Saya yakin, laporan tu akan penuhkan kotak email sajalah.
    Bukannya orang awam tidak membantu tetapi pihak KDN yang tidak ambil peduli.

Leave a Reply

Threesome