Menu Utama

Kalimah Allah : “Tangan Ghaib” Dalang Utama Berselindung Disebalik NGO

Kecabulan pembangkang  dalam menangani isu Kalimah Allah benar-benar mencabar kesabaran umat Islam. Gerakan terancang untuk memperlekehkan agama Islam di mata dunia berjalan dengan bantuan PAS dan PKR. Mereka telah menyatakan sokongan agar Kalimah Allah ini diguna pakai oleh pihak Kristian. Namun begitu campurtangan dari pihak antarabangsa akan membuktikan bahawa terdapat “tangan-tangan Ghaib” dari luar cuba mengganggu gugat keamanan dan kestabilan negara.

 

Baru-baru ini beberapa tuntutan telah dibuat  oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  akan kedudukan Kalimah Allah ini . Jelas mereka cuba mengubah perlembagaan dan hakikat bahawa Islam merupakan agama Persekutuan. Mereka dengan jelas tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Tindakan Comango itu sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara sekular yang meletakkan semua agama sama rata. Tujuan utama mereka cuba  meletakkan apa sahaja dasar dan undang-undang yang digubal kerajaan atau majlis-majlis agama Islam negeri di bawah seliaan serta pemerhatian Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

 

Ketegasan kerajaan menangani isu ini amat diperlukan. Para pengundi  Barisan Nasional yang terdiri daripada umat Islam sedang menuntut kerajaan mempertahankan kedaulatan dan maruah Islam. Oleh itu Kerajaan perlu menjelaskan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB bahawa sekalipun rakyat di negara ini terdiri daripada penganut pelbagai agama dengan 60 peratus daripadanya umat Islam, Malaysia berkewajipan untuk memelihara agama Islam setiap masa. Kegagalan perwakilan negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang  pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam.

 

Comango yang membawa suara pakatan sebagaimana tuntutan mereka dalam Demo Jalanan  telah juga menuntut  hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini. Ini merupakan tindakan yang cukup mengaibkan umat Islam. Maka DAP, PKR dan PAS yang sentiasa berada selari dengan tuntutan COMANGO ini dengan turut serta dalam semua rally demo jalanan mereka wajib dipulaukan dan dihapuskan dari bumi Malaysia demi menjaga kedaulatan dan maruah agama islam, bangsa melayu dan tanahair.

 

Tindakan yang paling mencabar kedaulatan Negara  apabila Comango  mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang baru-baru ini telah diputuskan oleh mahkamahh. Mereka juga  menuntut ditarik balik  larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur. Gabungan itu turut menuntut undang-undang jenayah syariah dihapuskan, memberi persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri dan usaha berdakwah kepada masyarakat Orang Asli serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku terjemahan Allah, Kebebasan dan Cinta, karya Irshad Manji.

 

Kenyataannya  NGO-NGO ini membawa suara pakatan pembangkang untuk mengheret Malaysia ke dalam kancah hak asasi manusia yang bercanggah dengan ajaran Islam dan nilai budaya setempat. Setelah mereka gagal dalam tuntutan Kalimah Allah di Mahkamah Rayuan mereka bercadang membawa isu tersebut ke Mahkamah Persekutuan kelak selain membawa keseluruhan isu mereka  ke Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

 

Mereka cuba mewujudkan sentimen dengan beralasankan masyarakat Kristian penduduk Sabah dan Sarawak sedangkan mereka cuba mencipta isu untuk menawan Sabah dan Sarawak. Mereka yang berada di dalam pakatan cuba mencabar Perkara 11yang  perlu dibaca dalam konteks kebebasan fundamental dan satu-satunya kekangan ke atas kebebasan beragama adalah dalam Perkara 11(4) berhubung pengembangan agama lain selain agama Islam ke atas orang Islam.

 

Golongan Kristian perlu menghormati adat dan tradisi berbeza di semenanjung dalam isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dan tidak membangkitkan lagi soal keputusan mahkamah. Namun atas hasutan pihak pembangkang mereka cuba diajar memberontak akan isu ini. Namun amat jelas sekali bahawa tujuan utama mereka memperjuangkan penggunaan Kalimah Allah untuk penganut Kristian adalah untuk memurtadkan umat Islam. Dengan sebab itulah maka  Perkara 11(4) cuba dicabar.






28 Komen to Kalimah Allah : “Tangan Ghaib” Dalang Utama Berselindung Disebalik NGO

  1. melayu_islam says:

    kembalilah kepada Kitab Allah wahai saudara…x perlu saudara nak melenting x tentu arah..semak sirah nabi saudara..tgk sejarah islam..pasti x ade masalah pon sebenarnye..yang jadi masalah kalau kaum kristian mahu guna kalimah ini nak sebarkan agama pada kaum islam…

    x guna berlagak sombong konon pejuang kalimah Allah..mana taraf kita didepan Allah kalau hukum Allah kite sendiri langgar x mahu terima..

    contohilah negara brunei..bangga dengan adanya pemimpim dan ketua negara yang masih ada keyakinan dengan hukum islam.. bukan bangga dengan pemimpin yang terang2 mengucapkan hukum allah itu bkn berpaksi pada realiti..perkara ni la baru saudara boleh marah bila pemimpin x laksanakan..

    • dotdot says:

      mmg kite wajib hidup berpandukan alquran dan sunnah, jangan jadi bodoh tp berlagak mcm bgus, kristian nk gunakn kalimah allah kerana nk menyesatkn umat islam negara ni,hasan ali pn kene pecat pasal nk mempertahankn saudara islam yg telah murtad,pemimpin pas pis pus je yg boleh pusing 90 darjah pasal undang2 islam,dari negara islam ke negara berkebajikan, hudud pn 000.1 persen je.x payah la nk banding kn dgn brunei, xda negara dlm dunia ni pembangkang mcm pembangkang di malaysia,,semua x betul. semua salah, pada hal dia lg 1000 kali salah.

      • melayu_islam says:

        dah tau wajib knpe x buat…klau die nak sesatkan org islam itu peranan kerajaan halang perkara tu berlaku bkn menghalang hak org kristian mengunakan nama Allah yang memang digunakan sblm zaman nabi lagi..
        tu lah akibatnye bile x laksanakan ajaran dan hukum islam..akidah org islam jadi lemah sampai sggp ikut telunjuk agama lain..

        • zarman says:

          oooo macam tu, sekarang ko pergi lepaskan lembu kau dlm kandang tu, lepas tu ko jgn buat kerja lain, ikut je lembu tu takut dia makan tanaman orang… tak payah buat kerja lain, ikut saja kemana lembu tu pergi. Kalau terlalai, dan lembu tu bahang tanaman orang, ko salahkan tuan tanaman tu, kenapa tak pagar tanamannya atau lebih canggih, kau salahkan kerajaan.
          Kemudian ko cdgkan pulak dilepaskan segala banduan, dan kerajaan bertanggung jawab mengawal banduan tu dari melakukan jenayah…. itu tugas dan tanggungjawab kerajaan kan? bahlol.

          • Kayu says:

            Melayu -Islam,,.. dari cara ayat engko ni macam kafir menyamar Islam..,Kalau engko nak tahu, Islam bukan setakat ghairah nak menghukum saja, ianya meliputi keseluruhan kehidupan ,pada awal perkembangan Islam adakah hukum Islam telah dilaksanakan pada masa itu.?Adakah keimanan dan tahap kekuatan umat Islam pada masa itu juga berkurangan..?Sudah tentu engko sendiri tahu jawapannya bukan ..,yang ghairah nak menghukum orang ni hanya pelacur agama saja yang nak berniaga dan berdagang menjual agama hanya untuk mengembungkan perut yang gila kuasa dan jawatan tu.., tahap kekuatan dan keimanan seseorang memang berbeza sebab itulah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk melindungi orang yang dipimpinnya, kerana orang bawahan tiada kemampuan untuk berbuat sesuatu jika ancaman itu datangnya dari mereka yang lebih kuat,berkuasa dan bijak untuk menjahanamkan orang. Dari situ pun sudah dapat dilihat PAS tidak mempunyai kemampuan untuk berbuat begitu, kerana pemimpinnya hanya setaraf pencacai dan hamba kepada Dog And Pig yang kuat menipu dan membelit,,,..sedangkan para pemimpin PAS hanya lurus bendul macam tongkol kayu yang hanya menanti masa untuk dibelah untuk dijadikan kayu api oleh Dog And Pig..,!!

        • raplahjingaa says:

          Hangpa yang lanngar hukum hakam agama lepas tu senang-senang nak salahkan kerajaan…kes stopa ali tu ikut hukum agama apa ??? berdoa terpekik terlolong macam beruk tu..sunah nabi mana ??

          allo…bro cai PAS kalau cakap pasal Islam, macam yahudi bercakap pasal Islam…putar belit merata alam !

          hang ni dah lama tak tak tunjuk kebodohan hang kat sini, aku ingat cerdik la sikit la ni…rupanya sama jer.

        • dotdot says:

          setakat nk laksana kn hukum allah, bila2 masa boleh, tp mesti ada pengkajian yg mendalam, bukan main tegak je,,dlm hukum allah, keadilan amat lah perlu,dlm hukum allah, mesti ada 4 saksi yg x melakukn dosa besar dan dosa kecil, lu cari 4 saksi yg mcm ni dlm zaman yg umat terrlalu byk rosak akidah.setakat sembang boleh la,,dlm hukum hudud PAS, perempuan yg mengandung tanpa suami diangap berzina, hukuman rejam sampai mati, tp kalau perempuan tu dirogol dan mengandung, perempuan tu perlu kn 4 saksi mengatakan dia di rogol, boleh cari 4 saksi yg mengatakn dia dirogol, aku rasa lau org nk rogol org dia x kn buat depan saksi.so pikir2 kn la,.ckp mmg mudah,

        • WTF says:

          Bacalah dan fahami surah an-Nisaa’ 04 – 171 sebelum saudara berkata:

          “klau die nak sesatkan org islam itu peranan kerajaan halang perkara tu berlaku bkn menghalang hak org kristian mengunakan nama Allah yang memang digunakan sblm zaman nabi lagi..”

          Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih ‘Isa ibni Maryam itu hanya seorang Pesuruh Allah,dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [Maksud surah an-Nisaa’ 04 – 171]

          http://quran.com/4/171

        • gambus says:

          ni lagi sekor , kristian dulu yang ahli ktab sama kee dengan kristian sekarang yang sampai ada 3 konsep tuhan , hinggakan tuhan dia boleh beranak pinak .. kalau gunakan kalimah Allah dah nyata syirik ni !!!

        • anakbochek says:

          melayu_islam said “yang jadi masalah kalau kaum kristian mahu guna kalimah ini nak sebarkan agama pada kaum islam…”

          Memang itu pun masalahnya bro, itu adalah agenda tersirat yang sudah jadi tersurat. Tanpa menggunapakai kalimah Allah mereka sudah berani berdakwah kepada umat Islam, fikirkan apa terjadi bila kalimah Allah itu dikongsi. Lagi senang mubaligh mereka berdakwah.

          Apa yang kerajaan telah lakukan sekarang ialah tindakan “pre emptive”. Halang mereka dahulu, jangan jadi “sudah terhantuk baru terngadah”. Jangan nanti berlaku pertumpahan darah atau rusuhan kerana perebutan hak eksklusif kalimah Allah antara Islam dan Kristian. Hentikan sementara belum terlambat, jangan dibagi peluang pada mereka.

          Ada orang berkata yang isu ini telah dipolitikkan. Ya, saya setuju. Ia telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang longkang i.e Lim Guan Eng mencadang, Hj. Hadi, Nik Aziz dan Anwar bersetuju.

    • raplahjingaa says:

      Hang jangan tanya mana taraf kami di depan Allah, tanya diri hang dulu…nama Allah pun sanggup hangpa sekutukan dengan berhala dalam gereja, ada hati nak bercakap pasal Islam.

    • bangKano says:

      Brunai melaksana kan hudud cuma takat muslim jerrr…. lagu mana plak jika sepasang laki laki & wanita berzina,kata kan laki laki tu non muslim cuma wanita tu jerrr yang beragama islam. Ada ka keadilan akan tertegak bila pendakwaan hudud di laksana kan…? Dah tentu wanita tu jika tersabit salah akan di hukum sebat 100 kali,sedang kan laki laki sama sama menikmati keseronokan seks terlepaih begitu jerrr. Adil ka ni…? Sama sama buat zina yang di hukum cuma muslim apa ceriter ni….?

      Ni ka ajaran islam yang di tuntut Allah supaya berlaku adil bila menghakimi kes zina nih…? Gejala ni dah tentu non muslim akan menuduh bahawa islam ada agama kezaliman keghana keadilan cuma berpilih pilih….. sebab tu pemimpin BN/UMNO tak sanggup melaksana kan hudud di pelbagai agama & keyakinan keghana dah pasti tak adil &m zalim…!!!!

      • WTF says:

        Lelaki non muslim lepas camtu jer la…

        • raplahjingaa says:

          Kena tengok pulak hukum hudud PAS ni…kalau yang berzina tu cai PAS…dia akan lepas, sebab tak ada 3 saksi yang melihat penzinaan tersebut, walaupun perempuan yang berzina itu telah hamil.

          Sebagai contoh, kalau guan eng berzina dengan seorang wanita PAS dan wanita itu hamil, wanita itu akan dikenakan hukuman hudud, dan guan eng terlepas.

          Video, DNA, PIC semua tak boleh jadi bahan bukti, sebab ianya BESI bukan manusia !!

      • dotdot says:

        ini tidakkk!!!!!!!!! adil!!!!…..ala2 cerite p.ramlee,,,kekekekeke…

    • alimedanbaru says:

      puak Pas yg fikiran separuh masak ni, kalau cakap soal hudud bukan main macam Islam tu milik dia sorang dan orang lain tak mahu hudud. tolong jawab sikit MACAMANA KITA NAK HAPUSKAN UNDANG2 MAHKAMAH YG ADA SEKARANG KALAU PAS PUN SIBUK BERKAWAN DENGAN DAP YG TENTANG PERLAKSANAAN HUDUD DAN BERJINAK DENGAN MAJLIS PEGUAM ASAL DAPAT BANTAI KERAJAAN.

      KAJI SIKIT SISTEM DEMOKRASI DAN SISTEM BERAJA MUTLAK DIBRUNEI TU. Dalam BN berapa % kekuatan UMNO untuk gubal akta/undang2 Islam.Nak harap Pas jauh sekali, nak berunding pun maka nak diludah.

      HUDUD HANYA BOLEH DILAKSANAKAN BILA YG KAFIR TUNDUK 100% DENGAN PEMERINTAH. Nak sabitkan Anwar yg meliwat tu pun macam nak pecah dunia Pas mempertahankan.. lepas tu nak cakap soal hudud. Belum lagi cakap kes Stopa Ali. Satu lagi macam mana UMNO nak buat hudud, Pas awal2 sejak tahun 1982 MELALUI AMANAT HJ hADI kata UMNO kapir… senang cakap kalau nak buat hudud, umat Islam mesti kuat, bersatu dan berkuasa sprt Brunei.. FAHAM TAK?

    • badrole amin says:

      guna nick ‘melayu_islam’ padahal kapir laknat, ingat org tak tahu trick sudah basi…hahaha

      engkau jawablah nanti didepan Allah azza wa jalla kenapa engkau membenarkan kristian mensyirikkan Allah dgn father, son & the holy spirit

      perlembagaan negara Brunei tidak sama dgn perlembagaan Malaysia, org bukan melayu Islam Brunei tidak diberi hak utk menggubal undang-undang, mereka tidak mempunyai hak utk memiliki tanah, mereka tidak dibenar menonjolkan anutan agama kepercayaan mereka secara terbuka sehingga boleh membina gereja, tokong dan kuil…sebab itu Brunei dapat melaksanakan Hudud ke atas org Islam walaupun Hudud itu boleh dipertikaikan oleh org Islam Brunei juga pada satu hari nanti kerana ketidak-adilan mengikut hukum-hakam Islam juga

  2. Jackal40 says:

    actually..yang aku nampak…ni bukan sangat isu Kristian nak guna nama Allah..tapi orang politik yang menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan kita dengan saudara2 kita di Sabah dan Sarawak….kita tahu ramai bumiputera di Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian..dan kita tahu yang peribumi di Sabah dan Sarawak yang banyak membantu mengekalkan kekuasaan BN..dengan timbulnya isu ini..orang2 politik ni berharap peribumi sabah sarawak beragama Kristian akan marah dengan bumiputera Islam di Semenanjung dengan mengapi-apikan isu ini supaya dengan kemarahan mereka..mereka akan mengundi PR…

  3. Kayu says:

    Memandangkan negara luar terutamanya negara barat telah mula menunjukkan kesungguhan mereka untuk campurtangan dalam hal ehwal agama negara ini, sudah tiba masanya NGO Islam negara ini bergerak dengan lebih hebat lagi untuk menuntut hak umat Islam yang selama ini dinafikan dinegara-negara Barat terutamanya ,.dimana umat Islam langsung tiada ruang dan peluang untuk mengamalkan Agama Islam dengan bebas di negara yang kononnya adil,demokrasi dan memperjuangkan hak asasi manusia itu.Itulah negara-negara hipokrit yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan..,Kerajaan harus menyediakan dana dan sokongan kepada NGO–NGO ini sebagai tindak balas terhadap kebiadapan negara-negara ini serta berpakat dengan negara-negara Islam yang lain, sebelum mereka bertindak lebih jauh lagi…,kelembapan dalam bertindak, hanya akan membawa padah yang tidak termampu memperbetulkannya,,,.sudah nampak jelas kesungguhan mereka untuk mengancam negara ini.

  4. Kayu says:

    Memandangkan negara luar terutamanya negara barat telah mula menunjukkan kesungguhan mereka untuk campurtangan dalam hal ehwal agama negara ini, sudah tiba masanya NGO Islam negara ini bergerak dengan lebih hebat lagi untuk menuntut hak umat Islam yang selama ini dinafikan dinegara-negara Barat terutamanya ,.dimana umat Islam langsung tiada ruang dan peluang untuk mengamalkan Agama Islam dengan bebas di negara yang kononnya adil,demokrasi dan memperjuangkan hak asasi manusia itu.Itulah negara-negara hipokrit yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan..,Kerajaan harus menyediakan dana dan sokongan kepada NGO–NGO ini sebagai tindak balas terhadap kebiadapan negara-negara ini serta berpakat dengan negara-negara Islam yang lain, sebelum mereka bertindak lebih jauh lagi…,kelembapan dalam bertindak, hanya akan membawa padah yang tidak termampu memperbetulkannya,,,.sudah nampak jelas kesungguhan mereka untuk mengancam negara ini.

  5. baba says:

    sebab tu melayu / islam kena bersatu….kalau kita berpecah maka bukan islam akan mengambil kesempatan utk divide and rule yg hanya akan merugikan org2 islam saja.
    tetapi melayu pakatan tak fikir semua ni. dia gila kuasa saja.

    • alimedanbaru says:

      inilah masaalah orang kita ni bang baba, terutama PAS, cakap tak serupa bikin. dia sengaja berpakat dgn penentang Islam lepas tu cakap UMNO tak nak buat Islam.. hanya hudud. dia tahu asalkan kafir samaada DAP/MCA/GERAKAN/MIC parti Kadazan dan sebagainya mana diaorang nak sokong undang2 Islam.ANWAR SENDRI PUN TAK SOKONG NAK BUAT.HJ hADI PUN KATA KEPERLUANNYA 0.0000001% UNTUK DIDAHULUKAN.Lepas tu cakap dolak dalih.Itulah perangai dan sifat munafik PAS.Di Kelantan kes kedai gunting unisex pun tak boleh selesai, akhirnya masa NIK AZIZ benarkan jugak lelaki dan perempuan boleh bergunting2an bersama dlm satu kedai.. cakap berdegar-degar, bila nak laksana hancur…SENANG BERURUSAN DGN ORANG KAFIR SEBAB TAHU MEMANG DIA TAK SOKONG, TAPI BERURUS DGN PUAK ISLAM YG ADA SIFAT MUNAFIK DAN SIFAT SYIah yg selalu taqiyah.. pening..sokong tak sokong, sokong tapi tak sokong..lepas tu salahkan orang!

  6. PASpartyNGOK says:

    Keamanan , kemakmoran, kesejahteraan dan keharmonian negara kita yang kita kecapi sejak sekian lama, menunjukkan tanda2 akan tergugat.

    Tolensari antara kaum yang hidup aman damai bersatu padu dan yang sering menerujakan seluruh manusia serata dunia seolah2 akan berakhir , jika ianya gagal ditangani. Jika mereka yang menuntut lebih kuat dari pasukan kita yang menunggu , pastinya kita tewas dan terpaksa akur akhirnya. Mungkin generasi yang lahir dalam tahun 50an masih boleh menikmati baki kemakmoran ini semasa hayat mereka yang berbaki . Tetapi yang lahir selepas itu, yang masih muda belia akan dapat melihat 2 keadaan yang berbeza atau 1 sahaja.

    Bermakna anak, cucu, cicit kita bakal dinafikan hak mereka. Bakal ditekan dan di pukul gelombang yang kita tidak pasti berapa kuat lagi.

    Kita tak boleh menahan dengan kekerasan tetapi undang2 tegas perlu diwujudkan supaya perderhaka ini boleh dihantar ketempat khas yang sesuai buat mereka. Tanpa undang2 sukar bagi kerajaan menangani hal sensitif begini.

  7. Jackal40 says:

    sebab tu PAS dan PKR tak membangkang isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian…sbb mereka menggunakan isu untuk keuntungan politik mereka..mereka mengharapkan untuk mendapat sokongan dan undian terutama daripada pribumi kristian sabah dan sarawak….

  8. sireh ke gagang says:

    1 je aku nak cakap .bagi sesiapa yang masih keliru antara KRISTIAN DAN NASRANI , wajar check balik youtube almarhum ustaz ahmad deedat . almarhum , ulama yang banyak berdialog ,berdebat tentang isu kristian dan islam ini sepanjang hayatnya .beliau bukan berdebat dengan org islam sahaja , malah dengan pastor ,father ,ilmuan kristian jugak . Aku tak berapa pandai nak bercakap soal agama . tapi yang aku pasti ,Kristian ajarannya bercanggah dengan ajaran Islam .Islam berpaksikan keesaan Allah (surah al ikhlas) , manakala kristian berpaksikan TRINITY .(3 dalam 1 ) .

    soal kalimah Allah ini , memang sengaja disensasikan oleh puak pakatan haramjadah ,demi untuk untung politik mereka .mereka sengaja mengheret penduduk kristian sabah & sarawak untuk mengiyakan matlamat politik sempit mereka .kita harap , penduduk kristian sabah & sarawak berlapang dada dan waras dalam menerima keputusan mahkamah rayuan ini .Kerajaan hanya melindungi hak dan umat islam mengikut perlembagaan negara .Kerajaan tidak pernah menyalahkan penduduk kristian dalam soal kalimah Allah ini .begitu juga umat melayu islam di malaysia .tidak pernah menyalahkan penduduk kristian di sabah atau sarawak. isu ini disensasikan sebegini rupa , kerana dendam dan hasad dengki puak pakatan kepada kerajaan barisan nasional .untuk ngo yang perasan bagus tu , mohon dato seri zahid dan KDN ambil tindakan. kalau perlu, haramkan saja .Malaysia tak perlu menyimpan petualang alaf baru dalam negara yang memandai-mandai nak mengadu terus kepada PBB. Malaysia kita perintah . kita negara berdaulat dan ada undang-undang sendiri. tak perlu malaysia mengikut cakap PBB kalau perkara itu merugikan umat islam dan islam itu sendiri. Bumi ini kepunyaan Allah swt . bukan PBB punya !

  9. Mat Panjang says:

    Masih ramai rakyat Malaysia dan saya percaya manusia di seluruh Dunia mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan dalam isu/kes menggunakan Kalimah ALLAH.

    Satu komen/artikel yang kita orang Melayu/Islam yang selalu melayari Internet perlu ikut membaca komen/artikel yang ditulis untuk mengtahui perasaan dan fahaman rakyat kita sendiri. Mereka semua ada hak untuk menyampaikan pandangan dan apa yang mereka faham. Dan satu daripada artikel.komen yang menarik ialah seperti berikut=

    http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Open-Season/Profile/Articles/2013/10/28/A-call-for-compassion.aspx

    Pehak Menteri-Menteri di JPM perlu membuat sesuatu supaya semua rakyat Malaysia mudah faham akan isu Kalimah Allah dari segi orang Islam khasnya dan dari segi rakyat/manusia yang bukan Islam amnya.

Leave a Reply