Menu Utama

Kalimah Allah : Provokasi Berterusan Pembangkang Bakal Gugat Keamanan Negara

Isu kalimah Allah memberi kesan yang amat  besar kepada umat Islam.  Iman umat Islam memang tidak sama, ada yang tinggi, sederhana dan rendah.  Namun  dalam diri setiap umat Islam faham bahawa kalimah Allah merupakan antara perjuangan jihad yang perlu bagi memastikan kesinambungan maruah Islam di mata dunia yang selama ini telah cuba dicalar dengan begitu teruk dan hina oleh segolongan kaum bukan Islam.

 

Oleh itu memang menjadi satu kemushkilan bagaimana Nik Aziz bersama Haji Hadi dan Anwar Ibrahim telah mengambil keputusan menyokong penggunaan kalimah Islam oleh kaum kafirun hanya semata-mata mereka tunduk dan sujud terhadap DAP demi kepentingan politik.

 

Ini perlu dinilai dengan bijak dan tenang oleh seluruh umat Islam di Negara kita. Sudah sampai masanya umat Islam bersatu-padu bagi memelihara kegemilangan dan keagungan Islam dari terus dipijak, diperkotak-katikkan sesuka hati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

 

Walaubagaimanapun  umat Islam dapat menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan  melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald, menggunakan kalimah Allah atas dasar bahawa penggunaan nama ‘Allah’ bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian

Maka dengan itu terdapat empat kesan  daripada keputusan tersebut iaitu:

  1. Titular Roman Katholik Archbishop tidak dibenar untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald.
  2. Arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada pihak Roman Katholik melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald adalah sah dan mengikut lunas-lunas perundangan,
  3. Arahan Kabinet pada 5 Disember 1986 memutuskan bahawa empat istilah agama Islam iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah adalah eksklusif untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan oleh mana-mana agama lain.
  4. Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang bertanggungjawab menasihati Sultan dalam isu-isu agama Islam mempunyai kuasa untuk menentukan perkara-perkara berkaitan dengan kesucian Islam.

 

Dengan itu sesiapa sahaja yang melanggar Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 termasuk menggunakan kalimah Allah di luar Islam boleh dihukum berdasarkan enakmen tersebut. Perlanggaran terhadap enakmen tersebut adalah sama dengan tindakan seseorang individu di negara ini yang melanggar undang-undang iaitu kesalahan dilakukan akan dibawa ke muka pengadilan untuk dihukum secara adil.

 

Namun begitu terdapat pihak gereja yang seolah-olah masih cuba mencabar kesucian agama Islam dalam isu kalimah Allah.  Presiden Gereja Malaysia, Dr. Eu Hong Seng  telah mengeluarkan kenyataan bahawa gereja Kristian seluruh negara akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam acara keagamaan, doa dan bahan pendidikan kerana alasannya keputusan Mahkamah Rayuan hanya tertakluk kepada penyiaran majalah mingguan, The Herald.

 

Ini menunjukkan betapa mereka mempunyai agenda tersembunyi yang bakal menggugat keharmonian dan keamanan Negara.  Provokasi terhadap isu sensitif melampau secara berterusan memang mampu menggugat kestabilan Negara. Dan pembangkang  yang berkepentingan politik jahat mahu terus menggunakan pendekatan provokasi keagamaan ini. Kami mahu pihak kementerian Dalam Negeri bertindak tegas terhadap mereka yang bergerak atas agenda mengganggu ketenteraman awam demi politik.

 

Perlu kita ingat juga bahawa setiap pihak yang terlibat dengan usaha mempertahankan kesucian kalimah Allah harus sentiasa bersedia bagi menghadapi  apa-apa jua rayuan seterusnya perkara yang berkemungkinan dilakukan oleh pihak Gereja Roman Katholik berhubung keputusan tersebut. Alhamdulillahsetakat ini keputusan tersebut telah meletakkan kembali kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan yang terhakis akibat kecelaruan penggunaan kalimah suci itu sebelum ini. Umat Islam seluruh Negara harus terus bersatu demi agama, bangsa dan Negara.

 






45 Komen to Kalimah Allah : Provokasi Berterusan Pembangkang Bakal Gugat Keamanan Negara

  1. Kamal says:

    Si anak koya iaitu Lathefaa Koya perlu beberapa NGO buat laporan polis terhadapnya kerana dia Telah menghina Mahkamah dengan membuat kenyataan “Kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam” is the stupidest line she seen.

    Apa yang dipertikaikan adalah alasan penghakiman hakim Mahkamah. Tak silap kan ada bekas Imam baling selipar kepada hakim dikenakan hukuman penjara setahun. Mula mula imam itu tak dikenakan hukuman oleh Hakim tapi setelah dua tiga hari dicanang akan tindakan “heroic” imam itu. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara pada bekas imam.

    So samalah kes ini jika tiada tindakan maka orang akan berterusan menghina mahkamah dan anak koya yang memulakannya. Setelah semua institusi dihina termasuk Sultan, polis dan kini Mahkamah pula.

    Bila tak ada tindakan maka isu ini akan berpanjangan dan menjejas keamanan. Tak silap aku dulu ada anak muda yang bakar gereja sebab kes Kalimah inilah. Yang celakanya pihak ini yang tidak menghormati keputusan dan sengaja mencetus dan memulakan kontravesi.

  2. dkds says:

    PR sengaja memainkan isu sensitif bagi menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan sedia ada…sedangkan keputusan yang diberikan adalah mahkamah…

    tgk sahaja media pro mereka dan pemimpin mereka setiap hari mengulang-ulang perkara ini sehingga menjemput kaum bukan islam memberi komen yang menyentuh kesucian umat islam….sudah sampai masanya kerajaan bertindak terhadap golongan ini

    • Hanya Bertanya says:

      Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

      Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

      “Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala,” katanya.

      Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut “pihak tertentu”.

      Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili – yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian – juga dianggap murtad.

      Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

      “Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu” katanya.

      Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah “Allah” boleh menjadi kafir dan murtad.-Dr Asri

      • WTF says:

        Saudara Hanya Bertanya

        Sekiranya kita rujuk pada Al Quran (An-Nisaa’ 4: 171), adanya larangan penggunaan kalimah Allah kepada ahli kitab.

        http://quran.com/4/171

        Do you have problem with that???

      • gambus says:

        Dah banyak kali rasanya forummer kat sini cakap mengenai bahasa … tapi Zulkifli membawanya dengan lebih terperinci .. yang aku letak ni hanya sebahagian jee , untuk artikel penuh boleh baca kat sini

        zul4kulim.blogspot.com/

        1. ‘Arab kristian dah lama pakai!

        Tiba-tiba semua orang jadi pakar bahasa ‘arab. Siap dengan segala analisa dan kupasan, tanpa sedikit pun menyedari bahawa bahasa ‘arab dan bahasa Melayu sangat berbeza.

        Dalam bahasa ‘arab, terjemahan bagi perkataan ‘god’ ialah ‘allah’. Ini kerana sejak Adam a.s lagi, perkataan god yang diketahui mereka ialah allah.
        Kalimah ALLAH dalam bahasa arab ditulis seperti berikut: الله

        Dalam bahasa arab, mereka tidak membezakan antara nama am (common noun) dengan nama khas (proper noun) melalui tulisan, berbeza dengan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

        Bagi kita orang Melayu, kita boleh membezakan antara nama am dengan nama khas melalui tulisan, walaupun ejaan dan bunyinya sama. Contohnya:

        Perkataan ‘bush’ dengan ‘Bush’.

        Apa perbezaan antara kedua perkataan ini?

        Ejaan dan bunyi sama sahaja. Tetapi bila melihat tulisan perkataan ‘bush’, kita orang Melayu terus faham itu adalah ‘nama am’ bermaksud semak.

        Tetapi bila melihat tulisan ‘Bush’, kita tahu itu nama khas, nama orang, nama bekas Presiden Amerika!

        Bahasa Melayu membezakan ‘nama am’ dengan ‘nama khas’ melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.

        Tetapi dalam bahasa arab, tidak ada perbezaan penulisan perkataan.
        Perkataan nama khas ‘Allah’ dan nama am ‘allah’ ditulis sama sahaja iaitu: الله

        Orang arab bila melihat tulisan itu mereka faham. jika yang menyebutnya bukan Islam, mereka faham itu terjemahan nama am bagi perkataan ‘god’. Atau dalam tulisan rumi, mereka faham ‘allah’ itu ialah ganti nama am perkataan ‘god’.

        Tetapi bila yang menyebutnya Muslim, orang Islam, mereka faham itu nama khas bagi God; atau lebih tepat dalam tulisan rumi bahasa Melayu ‘ALLAH’.

        Itulah perbezaannya. Ini namanya ‘uruf al-balad. Kefahaman setempat. Apa yang difahami di Arab tidak sama dengan apa yang difahami di Malaysia. Walaupun perkataan itu sama. Bila orang arab sebut haram, itu mereka faham sebagai Mekah atau Masjid Nabawi. Tetapi orang Melayu faham lain.

        Bila orang Indonesia sebut ‘Bapak Anuar membutuhkan Pak Khalid’, orang Indonesia faham Bapak Anwar memerlukan Pak Khalid. Tetapi bagi Melayu Malaysia, itu maksudnya Bapak Anuar meliwat Pak Khalid (perumpaan sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup apatah lagi yang dah padam)!

        Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain kefahamannya. Itulah ‘uruf al-balad.

        Sebab itu kita tidak boleh kata memandangkan kristian arab pakai kalimah ‘allah’, maka kristian Malaysia sini pun boleh pakai. Bagi orang arab, ini persoalan bahasa. Bagi kita ini soal aqidah, nama ketuhanan.

        2. Jadi apa nama tuhan yang digunakan oleh arab kristian?

        Sebab itu bila kita tanya orang kristian arab apa nama tuhan dia, mereka tidak akan sebut ‘ALLAH’. Sebaliknya mereka akan sebut seperti berikut:

        بِاسْمِ الآبِ وَالاِبْنِ وَالرُّوحِ الْقُدُسِ

        Atau dalam tulisan rumi ditulis seperti berikut: Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus; Dengan nama Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Kudus; In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit!

        Dan orang arab kristian tidak menggunakan nama ‘Jesus’ sebaliknya mereka menggunakan perkataan Al-Masīḥ atau أَلْمَسِيح atau Yasu – iaitu terjemahan perkataan atau Yeshua dalam bahasa Hebrew.

        Jadi kita orang Melayu tidak sepatutnya keliru atau dikelirukan dengan hujah sesat menyatakan memandangkan kristian ‘arab boleh pakai kalimah allah, maka kristian Malaysia pun boleh guna! Itu adalah pendapat yang sesat lagi menyesatkan!

        3. Kenapa kristian tidak terjemah gantinama ‘god’ dengan perkataan lain?

        Itulah yang menjadi persoalannya sekarang. Perkataan ‘god’ dalam Bahasa Inggeris sepatutnya dan betulnya bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu ialah dengan menggunakan perkataan ‘tuhan’, bukan ‘allah’.

        Kita orang Melayu tidak terjemah perkataan ‘God The Father, God The Son & God The Holy Spirit’ dengan ‘Allah Bapak, Allah Putra & Allah Roh Kudus’.

        Kita tahu itu tidak betul. Sepatutnya diterjemahkan dengan betul ke Bahasa Melayu dengan perkataan ‘Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Tuhan Roh Kudus’. Itu baru betul!

        Atau mereka boleh terjemah menggunakan perkataan Hebrew iaitu Eli atau Eloi atau Elohim (semuanya bermakna ‘god’ dalam bahasa Hebrew dan memang digunakan dalam Kitab Perjanjian Lama sehingga sekarang). Maka ia akan jadi ‘Eli Bapak, Eli Putra & Eli Roh Kudus’.

        Kenapa mereka berdegil mahu terjemah perkataan ‘god’ dengan menggunakan kalimah ALLAH saya pun tidak tahu! Adakah mereka mempunyai agenda tersirat?
        Tetapi kalau ikut pendedahan majalah mereka sendiri Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.
        (sila rujuk http://www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14.15.html di mukasurat 2).

        4. Habis macam mana kristian nak nyanyi lagu Negeri Kedah?

        Ada yang lebih teruk berhujah, kalau macam tu kristian dan non-muslim lain tidak boleh lah menyanyikan lagui negeri Kedah!!!

        Lirik Lagu Kebesaran Negeri Kedah

        Allah Selamat Sultan Mahkota
        Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
        Memelihara Agama Nabi Kita
        Negeri Kedah Serata-rata

        Saya sampai menggelengkan kepala bertanya, awat lah hangpa boleh jadi bengong sampai macam tu?

        Jawapannya mudah sahaja. Dalam konteks lirik lagu Negeri Kedah diatas, kalimah ALLAH dalam lirik ALLAH selamat Sultan Mahkota itu membawa maksud ALLAH Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu.

        Sesiapa pun yang menyanyi lirik lagu itu faham, atau kena faham ianya membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu! Ia tidak pernah bermaksud, dan tidak diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Tiga Dalam Satu, Allah Triniti, Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Suci!!!

        Bukan…bukan…bukan!!!

        5. Lencana Polis, Askar macam mana?

        Ada juga memberi hujah yang kurang cerdik; habis polis bukan Islam pakai lambang atau lencana ada kalimah ‘ALLAH’ macam mana?

        Sekali lagi, seperti soalan lagu Negeri Kedah, kalimah ALLAH yang tertera di lencana polis, tentera atau mana-mana di Malaysia ini membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu. Ia tidak pernah bermaksud, atau diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga Dalam Satu, atau Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Kudus!!!

        Samada yang memakai lencana tertera kalimah ALLAH itu bangsa Melayu, Cina, India, Punjabi, atau beragama Islam, Kristian, Hindu, Budha, Sikh atau Tao; maksud kalimah ALLAH dilencana atau lambang polis, tentera dan lain-lain itu ialah ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu!

        6. Dalam Al-Quran kafir sebut kalimah ALLAH!

        Ini hujah yang cukup popular dikalangan peliwat democrazy dan para parasit pelesit dan yang sewaktu dengannya!

        Mereka akan mencemek bibir sambil berkata, Allah sendiri berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:

        ‘Dan sesungguhnya jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (kafir dan musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan(untuk faedah makhluknya)?. Sudah tentu mereka akan menjawab ALLAH. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan ALLAH dan memtauhi perintahNya?’.
        Al-Ankabut: 29-61 (rujuk juga Al-Ankabut: 29:63-66)

        Maka bertempiklah para peliwat democrazy dan parasit pelesit dengan penuh ketakburan! Tengok, ALLAH sendiri kata kafir guna kalimah ALLAH dalam menjawab soalan yang ditanya!

        Dalam ayat-ayat seperti ini, kalimah ALLAH digunakan dalam bentuk rubbubiyah; dalam bentuk sifat. Sifat ALLAH sebagai pencipta langit, sifat ALLAH sebagai pencipta bumi, sifat ALLAH sebagai penurun hujan, sifat ALLAH sebagai pemberi nyawa, sifat ALLAH sebagai pencipta matahari, bulan, bintang, cakrawala, lembu, unta, dan macam-macam lagi sifat ALLAH.

        Kalau non-Muslim hendak menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk rubbubiyah, pakailah. Kita tidak ada masalah. Cuma jaga adab dan syarat penggunaan. Seperti jangan pakai dalam toilet, jangan pakai sambil nak beli nombor ekor, jangan guna masa nak berliwat atau berzina, jangan pakai masa nak makan babi, dan lain-lain syarat seperti yang ditetapkan syara’.

        7. Habis tu, kenapa kita larang kristian gunakan kalimah ALLAH?

        Kita menentang kristian di Malaysia ini guna kalimah ALLAH kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk i’tiqad atau aqidah.yang syirik dan kufur!

        Iaitu mereka mengatakan ALLAH itu Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak, Allah Anak & Allah Ruh Kudus.

        Mereka telah, samada dengan sengaja atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah ALLAH!
        Mari kita lihat bagaimana contoh-contoh kalimah ALLAH yang telah disalahgunakan untuk membawa maksud yang mensyirikkan, bahawa kalimah ALLAH itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti – Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.

        Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) “Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati”, kata Yesus kepada Marta. “Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. “Tuhan,” jawab Marta, “saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang kedunia ini”.
        Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) “jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju kesana, kita akan tahu bahwa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja”;
        Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13) “hormatilah TUHAN, Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama Nya saja”;
        Lafaz dalam upacara baptis berbunyi “saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus”;
        Risalah menyebut “Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya Yang Tunggal”;
        Risalah menyebut “Yesus Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia”;
        Risalah bertajuk “Allah Pilih Pemimpin” menceritakan ketuhanan triniti;
        Risalah bertajuk “Firman Allah Hidup” menceritakan tentang bible;
        Risalah bertajuk “Jalan Kepada Allah” menceritakan tentang pengutusan Jesus;
        Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;
        Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;
        Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;
        Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih;
        Tajuk lagu “Allah Peduli” dengan lirik menyebut “Allah mengerti, Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, Sebab Allah Yesus ku mengerti” nyanyian Agnes Monica;
        Tajuk lagu “Harapan Bangsa” dengan lirik menyebut “Bapa engkaulah harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu” nyanyian Jaclyn Victor.

        Sedangkan ALLAH telah berfirman dengan cukup jelas didalam Al-Quran:

        “Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata ‘Sesungguhnya ALLAH ialah Isa Al-Masih ibnu Maryam’. Pada Isa Al-Masih sendiri berkata,’Wahai Bani Israel, sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu, bahawa sesiapa yang menyengutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka ALLAH pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka. Sesungguhnya tiada seorang pun penolong bagi kaum yang zalim.

        Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata,’Bahawasanya ALLAH ialah satu daripada tiga tuhan.’ Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang yang kafir antara mereka akan dikenakan azab yang pedih”.
        Surah Al-Maidah:72-73

        Jadi bagi kita umat Islam ini adalah soal aqidah! Ini soal keimanan! Ini soal kepercayaan! Ini soal perintah ALLAH!

        Atas sebab itulah kita menentang! Itu sebabnya kita melarang! Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar habuk pun dalam isu ini!

  3. Jambol says:

    Suara-suara dan pendapat sumbang, kononnya dari masyarakat dengan menggunakan nama “Melayu”, disebarkan dengan meluas dalam media-media pro-pembangkang tanpa apa-apa tindakan kerajaan.

    Apa yang dibuat oleh menteri komunikasi ? Takut kah ? Belum lihat kah ? Belum baca kah ? Hampas betul ……

  4. alimedanbaru says:

    … SEDANG MEMAINKAN NAMA MAK BAPAK BOLEH NAIK PARANG ATAS TENGKOK…INI KAN PULAK NAMA TUHAN? Apakah DAP dan penganut Kristien dah puas hidup aman damai di negara ini… nak ‘jom tukar’ suasana berdarah pulak. ini bukan provokasi, tetapi hakikat yg boleh berlaku kalau itu yg dimahukan… fikirkan lah wahai kafir laknattullah!

    • Hanya Bertanya says:

      Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan semalam.

      “Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri. Kalimah Allah itu berasal daripada perkataan ‘al-ilah’ yang bermaksud tuhan. Kalimah itu telah digunakan di serata dunia dan memasuki alam Melayu dari negara Arab,” kata pengarangnya.

      “Kalimah Allah tidak hanya eksklusif untuk Islam malah Kristian dan Yahudi juga menggunakan kalimah itu merujuk kepada tuhan sebelum kedatangan Islam.

      “Al-Quran sendiri dalam Surah Al-Ankabut menjelaskan umat Islam harus menjelaskan kepada kaum (Kristian dan Yahudi) bahawa tuhan adalah satu.”

      Akhbar itu turut mengambil contoh UAE menjadi negara Islam dengan pecahan populasi Kristian dan Hindu tetapi boleh hidup bersama mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa ada diskriminasi.

      Akhbar di Timur Tengah juga kerap memainkan isu ini beberapa kali sejak ia mula didebatkan di Malaysia pada awal 2010.

      Pada Januari 2010, seorang kolumnis akhbar di sana menyebut, “Malaysia telah bertindak kejam kepada penganut Kristian dengan menggunakan isu kalimah Allah yang menunjukkan mereka sendiri tidak cukup arif tentang Islam.

      “Dalam Islam, Allah merujuk kepada kalimah Arab yang merujuk Tuhan Maha Besar dan Pencipta sekalian alam. Allah juga adalah tuhan kepada Nabi Noh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad dan nabi-nabi yang lain,” kata Akash Sagar.-Dipetik dari Malaysia Insider

      • raplahjingaa says:

        Akhbar UAE ?? laaaa..segala akhbar di UAE semuanya dikawal oleh puak anti Islam. Sapa-sapa yang pernah pi UAE akan faham, kat sana Islam hanya perhiasan, pemerintah UAE hidup ngalahkan yahudi.

        • WTF says:

          Hehehehe…dah mai Mooh baru ni…

        • Kayu says:

          Injil Barnaba adalah terjemahan dalam bahasa Malaysia oleh Drs. Fauzi Haji Awang. Injil ini diterjemahkan dari terjemahan bahasa Arab oleh Dr. Khalil Sa’adat yang diterjemahkan dari naskah berbahasa Inggeris oleh Lonsdale dan Laura Ragg dan merupakan terjemahan naskah bahasa Itali. Naskah berbahasa Itali berada di perpustakaan kerajaan di Wina. Naskah ini terdiri dari 225 halaman yang tebal dijilid dengan dua lembar kulit lembut namun kuat. Dr. Khalil Sa’adat menceritakan bahwa orang pertama yang menjumpai naskah Itali adalah Tuan Cremer Poland, penasehat raja Prusia yang tinggal di Amsterdam yang meminjam naskah tersebut dari perpustakaan tokoh terkenal di sana yang namanya tidak disebutkan hanya gelar disebut secara samar pada tahun 1709. Empat tahun sesudahnya dihadiahkan kepada Prince Eugene Savoy yang akhirnya tahun 1738 seluruh koleksi prince tersebut dipindahkan ke perpustakaan kerajaan di Wina.
          Drs. Fauzi Haji Awang dalam kata pengantarnya menyatakan bahwa injil terjemahan ini setidaknya dapat memberi pengetahuan pada kita tentang perkara yang memang agak tersembunyi tidak lagi diakui oleh pihak gereja-gereja. Walaupun tidak diakui pihak gereja, namun injil ini pernah dipakai di gereja selama beberapa waktu. Injil Barnaba terjemahan ini setebal 628 halaman terdiri dari 222 pasal. Merupakan pasal yang menarik perhatian saya adalah pasal 72 ‘Yesus memberitahu akan kedatangan nabi pilihan, Pasal 95, ‘Pengakuan Yesus tentang dirinya.’ Pasal 95 dan 96 pada intinya menujukkan penjelasan Yesus [Nabi Isa as] mengenai siapa Tuhan yang sebenarnya, yang sifat-sifatnya serta dzatnya bukan seperti makhluk ciptaan-Nya, bukan seperti manusia. Nabi isa menyatakan bahwa beliau hanya manusia yang nantinya akan mati, takut pada Allah dan menyatakan bahwa kemuliaan dan ketinggian itu hanya milik Allah. Pasal 271, Yesus menyuruh Barnaba menulis kebenaran. Dalam pasal 271 terdapat ayat yang meyatakan perkataan Yesus, ‘Bertawakallah kepada Allah yang telah menciptakan bunda dan menciptakan aku.’ Terdapat pula ayat, ‘Kemudian ia dibawa oleh malaikat yang berempat itu di hadapan mata mereka naik ke langit.’
          Sebagai umat Islam, kita memang hanya menyakini Al Qur’an sebagai satu-satunya kitab yang terjaga dan menjadi pedoman dalam hidup untuk mencapai tujuan hidup seperti yang telah disyariatkan. Catatan kecil ini sekedar penambah pengetahuan kita bahwa ada injil Barnaba yang saat ini telah dilarang digunakan di gereja, namun dulu pernah digunakan dan dalam injil ini pula terdapat pengkabaran akan ada utusan Allah selanjutnya yang mengarah pada Rasulullah SAW serta pernyataan Yesus [Nabi Isa as.] bahwa beliau adalah utusan serta ciptaan-Nya dan bukannya Tuhan.

  5. raplahjingaa says:

    Tapi depa lupa…kafir di negara ni, sememangnya majoritinya tidak mengundi BN, dan depa jugak lupa sebab isu ini jugak PAS kehilangan terlalu banyak undi.

  6. anaksi says:

    bagi saya, sebenarnya alasan kputusan mnghalang pgunaan kalimah Allah utk terjemahan God dlm mjalah kristian itu ialah kuasa budi bicara mutlak menteri ikut akta cetak yg mmpertimbangkn akan mybebkn kekliruan dlm msyrkt.
    BUDI BICARA MUTLAK.!!!
    sbb itu , seksyen ini, Karpal yg tahu undang2 minta agar ianya dipinda!!!!

    alasan yg pgunaan kalimat bukan sbhagian dari pcyaan kristian, sgt mudah utk dipertiakai.

    jd yg perlu difahamkn kpd rakyat ialah alasan dan sebab menteri guna kuasa budi bicara mutlak itu.
    tgok shj skrg, pgunaan masih dilarang , telah berlaku keadaan yg kucar-kacir dan pertelagahan antaran agama. jd mmg wajar menteri guna kuasa mutlak itu. dan byk lagi rasional pgunaan kuasa mutlakitu yg tidak boleh dipertikai oleh mahkamah krn mmg telah diperuntukkn oleh akta cetak.

  7. zammir says:

    Sebenar hamPas ini tahu kalimah Allah ini memang hak mutlak utk orang islam tp atas dasar nk berkuasa mmerintah negara sanggup gadaikn akidah demi utk berkuasa tp malangnya bila dpt kuasa pn belum tentu dpt laksanakn. hukum islam sepenuhnya..patutlh parti pas ini tmpt berhimpun syiah. sebab senang nk hasut pengikutnya dr dlm..lg asal usul syiah pn dari yahudi totok yg mnyelewengkn wasiat Nabi Muhammad S.a.w. utk org islam bergolak sesama sendiri..

  8. baba says:

    kalau org bukan islam tentang kita boleh faham lagi, ni ada nama islam tapi mempersendakan kalimah Allah…..sapa nak jawab…..ha kawablah wahai pemimpin islam dalam pakatan syaitan

  9. jombo says:

    Dicadangkan god ditukar kepada tokong baru sesuai kerana majoriti cina adalah penganut kristian macam gung eng

  10. decepticon jr. says:

    guan eng anak,guan eng ayah dan guan eng happy ghost

  11. Mat Panjang says:

    Ada ramai manusia di Malaysia dan di seluruh Alam masih keliru tentang kalimah “ALLAH” – dari sudut agama dan sejarahnya.

    Saya harap ramai lagi Professor-Professor Muslim dari seluruh Alam dapat memberi penerangan dan penjelasan tentang kalimah “ALLAH” dari segi sejarahnya.

    • anonimus says:

      Apa relevennya sejarah kat luar negara sedang kita ada sejarah kita dalam ruang lingkup negara kita yang terpelihara. Adakah terbukti sejarah yang berlaku di luar negara itu penuh dengan kebaikan atas sebab semua pihak boleh menggunakan kalimah tersebut? Memelihara penggunaan kalimah di semenanjung sudah pasti membawa kebaikan dan kelebihan kepada umat kita. Jika pihak kristian tidak boleh guna kalimah Allah, adakah agama mereka akan mengalami musibah, ada kekurangankah dalam kpercayaan mereka? Sebenarnya mereka sedar tentang impak yang akan berlaku kepada umat kita seperti mana berlaku di Indon contohnya. Penting sangatkah hal sejarah di luar negara berbanding dengan akidah umat Islam di negara kita?

  12. shwan says:

    Kita umat melayu Islam wajib bersatu. Kita mesti bersatu padu. Dalam keadaan Islam dipermainkan ini keadan amat memerlukan kita bersepakat. Jangan mudah ditipu dan dipermainkan oleh semua media musuh umat melayu untuk memecah belahkan kita. Mereka kalah di mahkamah maka mereka mahu wujudkan huru hara dan kecoh supaya kerajaan dan para hakim menukar keputusan bila Kristian merayu di mahkamah persekutuan nanti.

    • WTF says:

      Saya setuju dgn saranan saudara…

      Umat MELAYU ISLAM WAJIB BERSATU dalam hal ini…

      • Hanya Bertanya says:

        Kalau Islam dihalang guna ‘Isa’ bagaimana?

        Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:

        (1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.

        (2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

        (3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.

        (4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

        “Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?” tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

        Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

        “Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?” soalnya lagi?

        ~ Malaysiakini

        • raplahjingaa says:

          Si Wan ji ni pun satu tonggong.

          1. Apakah kitab Injil dan taurat yang digunakan sekarang ni ada dalam bentuk mula-mula ianya di turunkan ?? – jawapannya tidak !

          2. Rujuk jawapan pertama
          3. Apakah orang kristian tu semua mengucap dua kalimah syahadah ??
          4. Jangan jadi bodoh, Al Quraan menerangkan penentangan orang kristian terhadap Injil.

          Tak payah noh gadut, budak sekolah agama pun boleh jawab ! yang terkial-kial nak jawab ialah ustaz kaki hisap gam wan ji tu dan cai-cai PAS.

          • bujuk says:

            Nabi pernah berkahwin dengan Ahli Kitab (perempuan yahudi), pastinya dia tidak Mungucap 2 kalimah syahadah seperti orang muslim. Apa nak d sebut dengan perkahwinan tersebut?

          • WTF says:

            Bujuk!!!

            Please give CONCRETE REFERENCE dalam subjek ini!!!

          • Kayu says:

            Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?”

            Ini jawapannya..,,.Memang logik orang Yahudi dan Nasrani sekarang tak sama dengan zaman dahulu kerana mereka bukan lagi beriman kepada kitab mereka yang sebenar,sebaliknya kepada kitab yang telah diubahsuai mengikut nafsu mereka, jadi mereka bukanlah mengamalkan ajaran agama mereka yang sebenar seperti yang tercatat dalam Al-Quran,.kebanyakan mereka kelihatan seperti tidak beragama ,,.!!.tiada agama.,

            Injil Barnaba terjemahan dalam bahasa Malaysia oleh Drs. Fauzi Haji Awang. Injil ini diterjemahkan dari terjemahan bahasa Arab oleh Dr. Khalil Sa’adat yang diterjemahkan dari naskah berbahasa Inggeris oleh Lonsdale dan Laura Ragg dan merupakan terjemahan naskah bahasa Itali. Naskah berbahasa Itali berada di perpustakaan kerajaan di Wina. Naskah ini terdiri dari 225 halaman yang tebal dijilid dengan dua lembar kulit lembut namun kuat. Dr. Khalil Sa’adat menceritakan bahwa orang pertama yang menjumpai naskah Itali adalah Tuan Cremer Poland, penasihat raja Prusia yang tinggal di Amsterdam yang meminjam naskah tersebut dari perpustakaan tokoh terkenal di sana yang namanya tidak disebutkan hanya gelar disebut secara samar pada tahun 1709. Empat tahun sesudahnya dihadiahkan kepada Prince Eugene Savoy yang akhirnya tahun 1738 seluruh koleksi prince tersebut dipindahkan ke perpustakaan kerajaan di
            Drs. Fauzi Haji Awang dalam kata pengantarnya menyatakan bahwa injil terjemahan ini setida-tidakknya dapat memberi pengetahuan pada kita tentang perkara yang memang agak tersembunyi tidak lagi diakui oleh pihak gereja-gereja. Walaupun tidak diakui pihak gereja, namun injil ini pernah dipakai di gereja selama beberapa waktu. Injil Barnaba terjemahan ini setebal 628 halaman terdiri dari 222 pasal. Merupakan pasal yang menarik perhatian saya adalah,,., pasal 72 ‘Yesus memberitahu akan kedatangan nabi pilihan, Pasal 95, ‘Pengakuan Yesus tentang dirinya.’ Pasal 95 dan 96 pada intinya menujukkan penjelasan Yesus [Nabi Isa as] mengenai siapa Tuhan yang sebenarnya, yang sifat-sifatnya serta dzatnya bukan seperti makhluk ciptaan-Nya, bukan seperti manusia. Nabi isa menyatakan bahwa beliau hanya manusia yang nantinya akan mati, takut pada Allah dan menyatakan bahwa kemuliaan dan ketinggian itu hanya milik Allah.,,. Pasal 271, Yesus menyuruh Barnaba menulis kebenaran. Dalam pasal 271 terdapat ayat yang meyatakan perkataan Yesus, ‘Bertawakallah kepada Allah yang telah menciptakan bunda dan menciptakan aku.’ Terdapat pula ayat, ‘Kemudian ia dibawa oleh malaikat yang berempat itu di hadapan mata mereka naik ke langit.’..,,
            Sebagai umat Islam, kita memang hanya menyakini Al Qur’an sebagai satu-satunya kitab yang terjaga dan menjadi pedoman dalam hidup untuk mencapai tujuan hidup seperti yang telah disyariatkan. Catatan kecil ini sekedar penambah pengetahuan kita bahwa ada injil Barnaba yang saat ini telah dilarang digunakan di gereja, namun dulu pernah digunakan dan dalam injil ini pula terdapat khabar akan ada utusan Allah selanjutnya yang mengarah pada Rasulullah SAW serta pernyataan Yesus [Nabi Isa as.] bahwa beliau adalah utusan serta ciptaan-Nya dan bukannya Tuhan.

          • gambus says:

            bujuk oo bujuk , ahli kitab ni wujud lagi ke sekarang ?? dengan kiab mereka yang diubah untuk kepentingan masing-masing ..

        • WTF says:

          Saudara Hanya Bertanya,

          Islam dihalang guna “Isa”, well I have no problem with that

          Kami umat Islam mengucap dua kalamah Syahadah:

          “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

          Do you have a problem with that???

          • bujuk says:

            Tuan… Isa a.s adalah antara RASUL yg. WAJIB d ketahui, anak2 kita telah d ajar dan hafal 25 rasul yg. wajib kita BERIMAN dengannya. Kita bukan hanya WAJIB beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w., Sekian banyak Nama Isa ibni Mariam d rakamkan dalam Quran. Apa maksud tuan takda problem? tak perlu membaca Quran atau sebut nama yg. lain?
            Paling penting adakah Allah redha dengan perbuatan tersebut.

          • WTF says:

            La Bujuk!!!

            Cuba baca betul2 apa saudara Hanya Bertanya cut & paste tulisan Wan Ji Hussein:

            “Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

            “Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?” soalnya lagi?”

            Kat England Bujuk, lantak pi la kalau ada Mahkamah England nak cakap apa pun, bukan aku duduk kat sana

            What REALLY happen is, bila Mahkamah Rayuan Malaysia memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald, apa reaksi PAS dan puak2 Fuckutan dalam hal ini:

            Ini reaksi PAS:

            http://www.malaysiakini.com/news/244105

            Nak tanya Bujuk, awat TERGEDIK2 pemimpin PAS menokong kalimah Allah digunakan sbg kata ganti nama Tuhan dalam Bible???

            Pemimpin2 PAS tak pernah baca Al-Quran surah An-Nisaa’ 4: 171???

            Ataupun PAS anggap surah An-Nisaa’ 4: 171 ni hanya 0.00001% macam Hudud???

            Betul tak Bujuk????

          • bujuk says:

            Problemnya d England ada ribuan umat Islam kalaupun mungkin juga jutaan. Apakah kita hanya pentingkan diri sendiri tampa memikirkan kesusahan/ penderitaan saudara kita yg. lain?
            Ada hadis yg. sebut tidak sempurna iman kamu jika tidak mencintai saudara islam kamu seperti mencintai diri kamu sendiri.
            Tuan juga bermaksud, tidak pedulikan apa2 yg. menimpa umat Islam d negara2 kuffar. Apakah tuan fikir seorang ahli ibadat dapat masuk syurga jika dia menggabaikan saudara dan ahli keluarga dia untuk beriman dan beramal soleh?
            Aku bukan menulis d sini atas dasar politik… InsyaAllah.

          • WTF says:

            La…nak main INTERNATIONAL ker Bujuk!!!

            Persoalan sekarang bukan di England, Wan Ji Hussein pun kata JIKA ahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran

            JIKA tu KALAU BERLAKU!!! Ada berlaku ker kat mahkamah England sekarang Bujuk???

            Tu pasal aku tak peduli apa si Wan Ji Hussein tu kata!!! SEBAB MEMANG TAK BERLAKU PUN!!!

            Malah cuba tengok apa Noh Gadut kata…

            http://www.sinarharian.com.my/nasional/boleh-murtad-jika-pertikai-keputusan-kalimah-allah-1.211747

            Malah tajuk dalam Sinar Harin pun “Boleh murtad jika pertikai keputusan kalimah ALLAH”

            La ni PAS yg dok pertikaikan hal ini, takkan tak nampak lagi…

            Hang kata jgn pentingkan diri sendiri, tapi kenapa puak PAS PENTINGKAN DIRI SENDIRI menyokong kalimah Allah digunakan sbg kata ganti nama Tuhan dalam Bible!!!

            Bujuk berkata:

            “Ada hadis yg. sebut tidak sempurna iman kamu jika tidak mencintai saudara islam kamu seperti mencintai diri kamu sendiri.”

            Kalau camtu, kenapa puak PAS TAK KISAH dan TIDAK MENCINTAI SAUDARA ISLAM SENDIRI bila menyokong kalimah Allah digunakan sbg kata ganti nama Tuhan dalam Bible!!!

            At least ini benar2 berlaku, pasal cerita mahkamah England tak berlaku lagi!!!

            Bujuk kata:

            “Tuan juga bermaksud, tidak pedulikan apa2 yg. menimpa umat Islam d negara2 kuffar. Apakah tuan fikir seorang ahli ibadat dapat masuk syurga jika dia menggabaikan saudara dan ahli keluarga dia untuk beriman dan beramal soleh?”

            PASAL perihal mahkamah England tak berlaku, apahal aku nak peduli!!!

            Adakah puak PAS berfikir yg ibadat puak PAS dapat masuk syurga jika puak PAS menggabaikan saudara dan ahli keluarga dia untuk beriman dan beramal soleh bila membenarkan kalimah Allah digunakan sbg kata gannti nama Tuhan dalm Bible YG JELAS MENYEKUTUKAN ALLAH SWT!!!

            RUKUN IMAN YG PERTAMA APA BUJUK!!!!

          • bujuk says:

            Dalam apa masalah pun kita kena ikut perintah Allah dan Nabi. PAS tak sokong kristian semenanjung guna kalimah Allah, tapi PAS tak halang sebab Allah dan Rasulnya tak pernah halang orang kafir guna kalimah Allah.
            Jadi kita kena terangkan dengan jelas kenapa mereka tak boleh guna kalimah tersebut dan bukan guna sentimen perkauman. Aku yakin orang Islam, sejak kecil lagi dah tahu Isa a.s. adalah Nabi dan bukan Tuhan. Anak2 kita juga tahu Allah adalah Tuhan yg. Esa manakala Isa a.s adalah Nabi Orang Kristian, seperti Muhammad s.a.w. Nabi umat Islam. Tiada kekeliruan, kecuali mereka adalah Islam baka semata2.

          • Gambus says:

            Dasar pembelit punya bujuk , kau kata PAS tak sokong kristian menggunakan kalimah Allah disemenanjung TAPI Pas tak halang kalau nak guna !!!

            Ni pelacur agama puak PAS kalau cakap memang penuh muslihat dan penipu !!! … ni sama jugak macam PAS benarkan jugak LAGIPUN tak payah kau nak berbelit , pemimpin PAS ramai setuju dahhh pun kristian gunakan nama Allah demi Politik !!!

            kepala hotak kau guna perkauman ?? dengan jelas semua memberi kenyataan sebab musabab yang jelas kenapa kristian tak boleh gunakan kalimah Allah !!!

          • WTF says:

            Bujuk…seriously are you convince you are in the right path…

            The truth PAS menyokong kalimah Allah digunakan sbg kata ganti nama tuhan dalam kitab Bible…

            And you still LIVE IN DENIAL by saying PAS tak sokong, tapi tak larang kalimah Allah digunakan sbg kata ganti nama tuhan dalam kitab Bible!!!

            RUKUN IMAN YG PERTAMA APA BUJUK!!!!

            TAK BERANI NAK JAWAP KER BUJUK!!!!

        • gambus says:

          macai PAS wan ji pulak digunakannya .. woiii ada lagi ke ahli kitab sekarang ni ?? ni kat sekolah rendah agama awal-awal dah belajar benda ni !!!

          Nak guna fakta pun takkan sampai bawak budak-budak punya arguments .. Malaysiakini tu memang dah jelas anti Islam dan anti Melayu akan gunakan sesiapa untuk kepentingan mereka walaupun pandangan mereka kelihatan sangat jahil

  13. Hanya Bertanya says:

    Isu kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad s.a.w memang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan.

    Bahkan kaum Quraish sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w juga guna nama Allah.

    Bapa Nabi Muhammad s.a.w bernama Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Padahal bapa Nabi Muhammad s.a.w tidak sempat pun bertemu dengan Nabi s.a.w sebagai RasululLah.

    Kristian Qibti (Coptic) di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan ‘Allah’. Demikian Kristian Lebanon dan Jordan, gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ‘Allah’ sejak zaman silam.

    Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa a.s.

    Justeru bukan sahaja perkataan Allah, banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian seperti nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain.

    Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah (maksudnya):‘segala puji bagi Allah tuhan segala alam’.

    Tiada muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi Allah Tuhan kaum muslimin sahaja’. Ini kerana muslim mengakui Allah itu tuhan untuk semua, bukan tuhan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.

    Maka isu kalimah Allah tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu Allah.

    Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya.- DR Asri

    • raplahjingaa says:

      Jangan jadi bodoh. macam budak lepasan SRJKC !!

      Aku nak tanya hang, Allah ada anak bini ke ?? kalau jawapan hang tak ada, kenapa hang nak samakan Allah swt, dengan Allah berkonsepkan trinity bagi kristian ??

      Kalau jawapan hang ada, maksudnya kepercayaan hang dan tuhan kami ialah berlainan, dan sudah pasti hang tak pernah mengucapkan dua kalimah syahadah.

      Orang Arab tak kan boleh faham apa-apa pun, sebab pekara yang mudah seperti membantu saudara mereka di palastine pun depa tak boleh nak fikir.

      So jangan lah terlalu menebal stigma bahawa orang arab lebih Islam dari orang Islam dari bangsa lain !!

    • WTF says:

      Saudara Hanya Bertanya,

      Dalam Al-Quran, disebut bahawa org kafir Quraisy memanggil patung2 berhala dgn nama Lata dan Uzza, dan Manat:

      “Maka apakah patut kalian (orang-orang musyrik) menganggap (berhala) Lata dan Uzza, dan Manat yang ke tiga (yang) kemudian (sebagai anak perempuan Allah). Apakah (pantas) untuk kalian yang laki-laki dan untukNya yang perempuan ? Yang demikian itu tentulah suatu pembagian yang tidak adil. Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kalian dan nenek moyang kalian mengada-adakanya:; Allah tidak menurunkan suatu keterangan apapun untuk (menyembah)nya. Mereka hanya mengikuti dugaan, dan apa yang diingini oelh keinginannya. Padahal sungguh, telah datang petunjuk dari Rabb mereka.” (QS. An-Najm [53]:19-23.

      http://quran.com/53/19-23

      Do you have problem with that, or shall I continue!!!

      • gambus says:

        aku tgk orang Pakatan dan PAS ni dah makin gila demi perjuangan puak kristian DAPigs untuk mempermainkan isu kalimah Allah .

        Sanggup guna fakta “zaman Jahiliyah yang menyembah berhala dan menganggap masih menyembah Allah”

        ini jelas satu perbuatan syirik , takkan benda mudah macam ni pun tak tahu ???

  14. decepticon jr. says:

    jika benar nabi ada berkahwin dgn perempuan yahudi,tu smua perintah allah.bukan suka suka dan ada sebab sebabnya.yg kite nak ikutkan masa arab jahiliah tu wat pe.lain padang, lain belalang.lepas ni tak payah makan nasi.makan roti gan kambing je la.dah negara kite,ikut cara kite la.org pas selalu ckp islam x pandang bangsa.jd bakpe nak tiru bangsa arab jahiliah dulu sehinggakan allah utuskan nabi utk membetulkan akidah mereka serta sekelian umat manusia.kristian berpusat kat rome jd ikut stail rome la.so wat pe arab stail yg tak ok bwk kat malaysia

  15. decepticon jr. says:

    kitab kitab ori yg tak kena dgn selera dieorg semua dah vatican haramkan.tak tau la aji adi kata bole makan sembelihan ahli kitab.die org sembelih binatang lg ke. pakai ketuk atau karen kot.agak2 klu guan eng atau karpal sing sembelih ayam,bujuk makan tak?

  16. Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

    Orang2 PAS nih makin lama aku tengok makin bodoh la diorang nihh..Mungkin dengan isu sebegini diorang boleh MENGHALALKAN kes2 Anwar AL-Juburi & Pornstar STOPA ALI kot…

  17. shwan says:

    Saya bersyukur kerana masih ada orang biasa dan para agamawan yang bangkit pertahankan kalimah Allah kerana mereka melihat jauh ke depan dalam hal isu ini.

    Kepada orang Islam samada kalangan agamawan maupun orang biasa anda perlu berhati-hati dengan pendirian anda yang melanggar batasan aqidah kerana tidak menjaga hak Allah daripada puak Kafirun yang mahu mempermainkan kalimah suci Allah. Mereka mahu mensyirikkan Allah dan memasang perangkap menggunakan kalimah ini untuk memurtadkan umat melayu yang masih berbaki sedikit imannya.

    Sebagai umat Islam yang sedar kita mesti mempertahankan aqidah umat Islam yang berbaki sedikit ini. Suatu hari nanti kerja kita akan menjadi lebih sukar untyuk mempertahankan aqidah anak cucu kita kerana kesilapan kita membuat percaturan. Jangan hanya kerana mahu mengambil hati kafirun kita melanggar hak menjaga kesucian nama Allah

    Syukur para hakim menyebelahi kita dan kita jangan ambil mudah hal ini kerana puak Evangelis akan terus mencabar kita kerana mereka kurang ajar disebabkan ada orang melayu yang bernafsu untuk berkuasa sanggup memperkecilkan hal aqidah umat Islam.

Leave a Reply

Threesome