Menu Utama

Jangan sebelahi penjenayah, pindaan PCA tetap dibentang

Mana-mana pihak digesa tidak memberi sokongan kepada penjenayah dengan menentang pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang akan dibentangkan dalam Parlimen hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan penjenayah kerana soal kesejahteraan dan keselamatan orang ramai lebih menjadi agenda utama.

“Dari sudut perundangan PCA ini tidak pernah ditujukan selain kepada penjenayah dan saya harap tidak ada mana-mana peguam, individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik yang cuba membela kegiatan penjenayah.

“Tindakan kita ialah tindakan buta warna dan tidak mengenal masa misalnya, dalam Op Cantas yang kita jalankan orang Melayu lebih ramai ditahan iaitu seramai 3,800 orang berbanding kaum Cina dan India yang masing-masing seramai 1,900 dan 2,400 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Melancarkan Hari Pendaftaran Negara di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai hak asasi manusia dengan mengadakan bantahan di perkarangan Parlimen semalam bagi membantah pindaan PCA kerana mendakwa peruntukkan itu membenarkan penahanan individu tanpa bicara. – UTUSAN ONLINE






3 Komen to Jangan sebelahi penjenayah, pindaan PCA tetap dibentang

  1. impiety says:

    setuju…. ini bukan isu perkauman.. ini isu jenayah.. penjenayah ni bukan satu bangsa jer.. apasal mau takut kalau tak buat salah? akal taruk kat lutut…

  2. […] Continued here: Jangan sebelahi penjenayah, pindaan PCA tetap dibentang […]

  3. Mat Panjang says:

    Pindaan yang sedang dibahaskan di Parlimen tentang Akta Pencegahan Jenayah akan menjadikannya lebihkurang serupa dengan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)1985.

    Masaalah dan bahayanya kegiatan-kegiatan Kongsi gelap, gangster dan samseng dalam melakukan jenayah seperti merampas, perasugut, merompak, menyamun bersenjata api, membunuh dll jenayah berat adalah sama bahayanya dengan kegiatan menyeludup dan mengedar dadah. Ia semua mengancam keselamatan dan ketenteraman awam, individu, masyarakat dan KEBEBASAN kita semua bergerak dengan bebas, aman dan tenteram.

    Kegiatan jenayah mereka adalah satu penyakit sosial yang perlu di tangani dengan segera, baik dan berkesan sepertilah kita menangani penyakit barah, TB, Aedes, AIDS dll penyakit – mengenalpasti, mengesan, mengubati, membaikpulih & kaunselling mereka yang terlibat dan mengadakan program untuk mencegah mereka yang muda supaya tidak dipengaruhi dan mengikuti mereka yang masih aktif.

    Bukankah tugas di atas sedang dilaksanakan oleh Polis, KDN dll Kementerian, Jabatan dan Agensi?

    Apakah sumbangan Majlis Peguam Malaysia dalam membendung dan mencegah agar kegiatan jenayah itu dapat diberhentikan atau dikurangkan? Membela (defend) mereka apabila ditangkap dan didakwa di Mahkamah dan itu sahaja dalam menegakkan keadilan dan kebabasan?

    Tertuduh memang ada kebabasan dan hak untuk pembelaan oleh Peguam.

    Kita sebagai rakyat juga ada hak dan kebebasan untuk mendapat “protection” daripada kena samun, rompak,rogol, culik, bunuh, dicederakan oleh penjenayah di mana sahaja kita berada di Malaysia ini. Dan siapakah yang boleh menjamin dan melaksanakan itu semua, tidak lain tidak bukan Kerajaan, KDN, PDRM dan ATM dll agensi penguatkuasa.

Leave a Reply